SYARAT PERTANDINGAN
1) Jenis Pertandingan
Pertandingan nyanyian solo/duet terbuka (lelaki atau perempuan).
2) Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMK Pekan Nenas.
3) Persembahan
Lagu yang dinyanyikan mestilah dalam Bahasa Melayu dan
bertemakan patriotik.
Setiap rakaman nyanyian lagu tidak boleh melebihi 5 minit.
Pakaian peserta mestilah bersesuaian dan sopan dengan pilihan
lagu.
Peserta dibenarkan menggunakan prop sebagai idea kreativiti.
Bagi pelajar yang menyertai acara duet, anda digalakkan berduet
secara atas talian menggunakan aplikasi seperti Smule atau Tiktok
bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Pelajar hendaklah menghantar rakaman nyanyian melalui borang
penyertaan di link berikut: https://forms.gle/qfCLDm56MtijA7oS9
Rakaman video boleh dihantar bermula 29 Ogos-12 September
2021 dalam format MP4/ HD720/Full HD 1080p sahaja.
Video-video yang diterima akan dimuatnaik dalam Facebook SMK
Pekan Nenas pada 13 September 2021.
PEMARKAHAN
1) Undian
50 % markah peserta dikirakan berdasarkan jumlah LIKE dan
SHARE yang terbanyak di Facebook.
Tarikh undian berakhir pada 19 September 2021.
2) Penjurian
50% lagi markah adalah pemarkahan dari pihak juri. Antara kriteria
yang akan diambil kira ialah:
a. Tone (mutu suara) – 20 markah
b. Tempo (ketepatan mengikut rentak) -10 markah
c. Persembahan (Gaya dan Personaliti) -10 markah
d. Sebutan (suara dan senikata jelas) – 5 markah
e. Keterampilan (keyakinan, kostum dan kreativiti video) – 5 markah
Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan semua guru pjk kelas
masing-masing.