NAMA AHLI KUMPULAN :
Rashwini Subramaniam (21DDT20F1061)
Sangeerthanaa Sundirakumar (21DDT20F1062)
Shaarani Navaratnam (21DDT20F1052)
Sai Vishallni Mahendran (21DDT20F1056)
Nama Pensyarah : Pn. Nur Idayu BT Awang Teh
TAJUK : Aktiviti aktiviti sosial dalam membentuk
semangat kejiranan dan saling bekerjasama jiran
t et angga.
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA
SURAT
1 PENGENALAN
3-4
2 SEMANGAT KEJIRANAN 4-6
3 LANGKAH- LANGKAH UNTUK 7-10
MEMUPUK SEMANGAT 10-11
KEJIRANAN
4 KESIMPULAN
5 LAMPIRAN 11-13
6 RUJUKAN 13
PENGENALAN
Semangat kejiranan merujuk satu perasaan yang mengutamakan jiran tetangga
dalam kehidupan seseorang itu. Pengamalan semangat ini melibatkan sikap sering
berbual dengan jiran, mengunjungi mereka ketika perayaan atau kecemasan serta
membantu apabila diperlukan tanpa sebarang pertanyaan. Media massa turut
menyiarkan pelbagai kemelut yang melibatkan aspek kejiranan di negara ini
sehingga menimbulkan polemik yang meluas itu. Akibatnya, pelbagai punca kemelut
ini berlaku dan kaedah untuk mengatasinya harus difahami segera.
Salah satu daripada ajaran yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan
hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak
boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, ia telah menekankan
kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan
yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya. Agama masing-masing amat
menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah
satu cara hidup yang harmoni. Dalam konteks kejiranan, manusia perlu saling
menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan
baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep
kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam
masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada
masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan
kejiranan. Oleh itu, dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca
punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk
semangat kejiranan, kepentingan semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam
masyarat.
SEMANGAT KEJIRANAN
Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat
kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat
memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat
menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita.
Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup
sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama
jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya
perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai
semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu
memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah
masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang
teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang
lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat,
kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat
menghasilkan sesuatu yang baik.
Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong,
saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu
suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik
mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam
aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu
sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur
denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah
masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam
suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah
masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan
mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah
masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar
dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat
dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam
mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu
dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat
diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat
diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk
semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan
menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan.
Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti
semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang
teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara
kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini
dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain
dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum
lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan
yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang
erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu
selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya
keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian sepertimencuri,
merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat
harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga
dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan penduduk
terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di
sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik
dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam
membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah
masyarakat.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada
semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan
masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan
semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara.
Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab
dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai
Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat
merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin
keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran
Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
LANGKAH- LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad
negara yang kian membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara
yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama
hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun begitu, isu memupuk semangat
kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dewasa
ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin
terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan
membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan
yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit
bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara
yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat
tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah
Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan,
belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita
ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang
melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, beberapa langkah yang
pragmatik harus diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada semua lapisan
masyarakat.
Langkah yang paling pragmatik untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang
ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa
haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada
dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong
dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan.
Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-
anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka
negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam
mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan
datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.
Memetik wasitah nirmala seterusnya, uslub lain untuk memupuk semangat kejiranan
dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan
perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun tetangga
berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira
kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan
keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas
meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya, senario
ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali
gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang
muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu
mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang
utuh dan bersatu padu.
Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong oleh ahli komuniti atau badan bukan kerajaan (NGO). Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul
dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain
yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang
mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara
satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang
penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun
Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan
pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan
menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa
aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat
Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis
rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk
ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran
setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan
bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya,
melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan
rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina,
Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah
dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti
“Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat
diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu
sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. Hal ini
dikuatkan lagi dengan kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan
keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam
mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di
sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan
hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-
mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun
sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan
terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi,
kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran
kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami
oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.
KESIMPULAN
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara
jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu ,
perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi
budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan
masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat
kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam
kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi
memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan
datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan
berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya
negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
LAMPIRAN
Antara cara yang dilakukan untuk memupuk kembali semangat kejiranan
Rujukan :
https://mypt3.com/semangat-kejiranan-peranan-hidup-berjiran-pt3
https://karangan.net/memupuk-semangat-kejiranan/
https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/karangan-kepentingan-semangat-kejiranan.html?m=1