BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN.
Secara amnya setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa memikirkan
pelbagai cara untuk mencipta atau menaik taraf sesuatu benda untuk kegunaan
peribadi mahupun untuk kegunaan pengguna sejajar dengan matlamat negara iaitu
untuk mencapai revolusi industri 4.0. Menurut Klaus Schwab (2017) revolusi industri
4.0 boleh digambarkan dengan kemunculan robot pintar, kenderaan tanpa
pengemudi, supercomputer dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan
hidup manusia dipermudahkan dengan bantuan robot yang menjadi sahabat bagi
bagi menguruskan aktiviti dan tugas harian.
Dahulunya kebanyakan manusia memanggang ayam dengan menggunakan
kaedah yang berbahaya dan sukar. Sebagai contoh, menggunakan batu yang
dijadikan tapak lalu dialaskan dengan jaring untuk diletakkan bahan mentah yang
hendak dibakar. Kaedah tersebut jelas menggambarkan kesukaran dan risiko yang
akan dihadapi oleh manusia.
Multifunction grill ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang dicipta oleh kami
bagi mengurangkan risiko dan memudahkan pengguna mengendalikannya
disamping bagi mengurangkan tenaga kerja manusia sejajar dengan revolusi industri
4.0.
Antara kesulitan pengguna yang telah kami kaji terdapat beberapa ciri-ciri atau
kelebihan yang akan kami wujudkan dalam projek ini antaranya adalah tempat
meletakkan bahan bakar iaitu arang boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna.
Seterusnya, Multifunction Grill ini juga dilengkapi dengan dua kipas, kipas yang
pertama iaitu terletak berhampiran dengan arang berfungsi untuk menghidupkan dan
mengawal api manakala kipas yang kedua yang terletak di atas pembakar berfungsi
untuk mengawal asap. Di samping itu, jaring pembakar ini boleh diterbalikkan
dengan mudah. Selanjutnya, Multifunction Grill ini dilengkapi dengan roda bagi
memudahkan pergerakan.
Multifunction Grill yang dicipta oleh kami banyak memberi manfaat kepada
pengguna kerana terdapat beberapa kemudahan dan dilengkapi dengan beberapa
ciri keselamatan.
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK
Pada masa kini pengguna lebih cenderung kepada cara memasak yang
pelbagai mengikut citarasa di samping ingin mengekalkan aroma yang tersendiri.
Lazimnya jika pengguna menggunakan kaedah membakar menggunakan arang
akan membuatkan bahan yang hendak dibakar itu menjadi lebih lazat dan
membangkitkan selera makan.
Terdapat beberapa kajian yang telah kami lakukan sebelum memilih projek ini
menjadi Projek Tahun Akhir kami antaranya permasalahan untuk menterbalikkan
ayam, menghidupkan dan mengawal api, mengawal asap dan alat pembakar yang
mudahalih.
Pemanggang yang kami cipta ini adalah alat memanggang yang bercirikan
moden. Terdapat beberapa keistimewaan yang dapat pengguna perolehi daripada
alat ini antaranya ianya mudahalih, boleh mengawal haba mengikut kehendak
pengguna, mudah dikendalikan dan terdapat beberapa ciri keselamatan.
Multifunctopn Grill ini dirancang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
peniaga dan pengusaha ketika memanggang.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Multifunction Grill ini dicipta bagi memudahkan kerja-kerja memanggang.
Sebelum pembakar ini dicipta kami telah membuat beberapa kajian tentang risiko
dan kesukaran menggunakan pembakar yang terdahulu.
Terdapat beberapa kesukaran yang telah kami kaji antaranya pengguna
mempunyai kesukaran untuk meterbalikkan ayam. Sebagai contoh, para pengguna
perlu mengambil penyepit makanan lalu meterbalikkan secara satu-satu. Terdapat
beberapa risiko jika pengguna menggunakan penyepit antaranya bahan yang
dibakar tersebut akan terjatuh. Dengan adanya pembakar ini ayam dapat
diterbalikkan sekaligus dengan mudah.
Selanjutnya, pengguna juga mempunyai kesukaran untuk mengidupkan api.
Sebagai contoh pengguna perlu mengipas arang tersebut secara manual. Dengan
adanya pembakar ini juga dapat menjimatkan tenaga pengguna untuk
menghidupkan api.
Seterusnya, pengguna juga mempunyai kesukaran untuk mengawal api.
Sebagai contoh, jika api terlalu marak pengguna perlu mengawal api dengan
menggunakan kipas. Maka dengan pembakar ini pengguna tidak perlu khuatir
kerana tempat meletakkan arang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna.
Akhir sekali, kesukaran yang dihadapi oleh pengguna adalah untuk mengalihkan
pembakar tersebut kemana-mana. Sebagai contoh, pengguna lazimnya akan
menggerakkan pembakar ke tempat yang sesuai dengan adanya pembakar ini dapat
memudahkan pergerakkan kerana pembakar ini dilengkapi dengan roda.
1.4 TUJUAN PROJEK.
Tujuan projek ini direka adalah untuk memudahkan kerja pengguna untuk
memanggang dengan sempurna. Di samping itu, projek ini direka khas untuk
membantu para peniaga dan pengusaha mempercepatkan proses memanggang..
Selanjutnya projek ini juga dapat membantu mengurangkan kos majikan untuk
menggaji pekerja.
Akhir sekali, harapan saya untuk projek ini adalah dapat membantu
memudahkan kerja para peniaga dan pengusaha justeru dapat mempromosikan
produk ini keluar supaya dapat membantu meningkatkan produktiviti negara..
1.5 OBJEKTIF PROJEK.
Sesebuah projek yang dibangunkan mempunyai objektif yang ingin dicapai.
Objektif ini perlu bagi menyatakan fungsi atau perlunya produk ini dihasilkan dan apa
yang hendak dicapai oleh penciptanya.
Objektif utama projek yang kami hasilkan iaitu Multifunction Grill ialah ingin
membantu para peniaga dan pengusaha serta menjimatkan tenaga kerja manusia.
a) Mereka bentuk Multifunction Grill yang dapat membakar dengan cepat.
b) Menghasilkan alat pembakar yang boleh membakar dalam kuantiti yang
banyak.
c) Menghasilkan tempat arang yang boleh dilaras.
d) Menghasilkan kipas mengawal asap.
e) Menghasilkan kipas untuk mengawal api.
f) Menghasilkan pembakar yang mudah alih.
1.6 SKOP PROJEK.
Menghasilkan sebuah reka bentuk Multifunction Grill yang dapat memenuhi
keperluan semasa pada masa kini. Antara permasalahan yang dapat diselesaikan
adalah kesukaran untuk menterbalikkan ayam, kesukaran untuk menghidup api,
mengawal asap dan kesukaran pengguna untuk mengalihkan pembakar tersebut.
Skop utama projek ini adalah:
a) Pembakar yang boleh menjimatkan masa penggunanya.
b) Mempunyai ruang pembakar yang besar untuk membakar dalam kuantiti yang
banyak.
c) Mempunyai tempat arang yang boleh dilaras bagi meemudahkan pengguna
mengawal suhu.
d) Mempunyai kipas untuk mengawal asap supaya asap tidak terkumpul pada satu
tempat.
e) Mempunyai kipas untuk memudahkan pengguna bagi menghidupkan dan
mengawal api.
f) Mempunyai roda bagi memudahkan pengguna untuk mengalihkan mesin
pembakar kemana sahaja.
1.7 KEPENTINGAN PROJEK
Projek ini boleh mengaplikasi apa yang dipelajari daripada projek akhir yang
dihasilkan ini ketika berada di alam pekerjaan kelak. Terdapat pelbagai kepentingan
yang dapat kita perolehi daripada projek ini.
a) Pengusaha dan perniaga
Antaranya adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha
atau peniaga di luar sana. Hal ini kerana kebanyakkan alat pemanggang diluar sana
sukar untuk dikendalikan di samping dapat mengurangkan tenaga kerja manusia dan
kos pengeluaran gaji.
b) Pensyarah kolej
Seterusnya, projek ini juga penting kepada pensyarah di kolej vokasional
supaya pensyarah boleh menilai keberkesanan dan sistem mekanik yang diingini
dalam projek ini.
c) Negara
Selain itu, projek ini juga berpotensi untuk meningkatkan produktiviti negara.
Pada masa kini negara amat memerlukan projek-perojek yang berpotensi untuk
kemajuan negara kerana ingin mencapai industri revolusi 4.0.
d) Tenaga Mahir
Akhir sekali, alat pembakar ini juga boleh menjadi sumber pendapatan kepada
tenaga mahir bagi menjana pendapatan sampingan untuk menyara hidup.
1.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya, projek yang hendak kami laksanakan ini ingin memudahkan
kerja-kerja memanggang dan boleh menjimatkan kos dan masa. Projek ini juga
dapat membantu para pengusaha dan peniaga untuk memanggang. Projek
Multifunction Grill ini dapat menjimatkan ruang kerana saiz yang sederhana di
samping ianya mempunyai ciri mudahalih. Oleh itu, kami berharap agar projek kami
ini dapat dimanfaatkan oleh para pengusaha dan peniaga khasnya untuk
memudahkan kerja-kerja memanggang.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan mengkaji kajian-kajian lalu yang telah dijalankan oleh
penulis-penulis tentang peralatan untuk memanggang ayam yang sering digunakan
oleh pengusaha dan peniaga. Kajian ini adalah hasil daripada pemerhatian kami
tentang kesukaran dan risiko peniaga dan pengusaha ketika mengendalikan alat
pemanggang. Sebuah reka bentuk yang baik perlulah difikirkan supaya dapat
memenuhi kehendak pasaran. Maka tercetuslah idea untuk kami mencipta
Multifunction Grill yang berpotensi untuk memanggang makanan dalam kuantiti yang
banyak dalam masa yang singkat. Selain memanggang ayam pelbagai bahan
mentah juga boleh dipanggang di atas pemanggang ini sebagai contoh ikan,daging
dan lain-lain. Alat pemanggang ini juga mempunyai beberapa kelebhan dan ciri
keselamatan yang tiada pada pembakar yang terdahulu.Dalam bab ini kami akan
menerangkan tentang teori rekabentuk, kaedah reka bentuk, kajian terhadap sifat
bahan dan reka bentuk yang berkaitan.
2.2 TEORI REKA BENTUK
Terdapat beberapa definisi tentang rekabentuk telah dibuat untuk memudahkan
kita mengenalpasti apakah sebenarnya reka bentuk sesuatu projek. Keadaan ini
menunjukkan produk yang paling dikehendaki pada hari ini adalah personaliti
sebagaimana yang dinyatakan seorang pakar sosiologi iaitu David Riesman
(Baudrillard & Jean 2006). Hal ini turut dinyatakan oleh Shaharuddin et al. (2001)
yang mana terdapat beberapa faktor lain yang belum ditemui dan hanya selepas
mengenal pasti faktor-faktor yang berpotensi mudah bagi organisasi perniagaan
untuk mengetahui faktor yang menyumbang kepada keputusan pembeli.
2.3 KAEDAH REKA BENTUK
R.D Culum (1988) menggariskan tujuh langkah utama yang perlu dititikberatkan
dan diberi penekanan oleh pereka sebelum mula direkabentuk. Tujuh langkah
tersebut adalah:
i. Mengenalpasti permasalahan yang wujud.
ii. Kajian masalah yang kemudian diterjemahkan dalam bentuk yang mudah
difahami.
iii. Menyesuaikan dengan pengetahuan sedia ada.
iv. Reka bentuk dianalisis supaya dapat memenuhi keperluan untuk
melaksanakannya.
v. Dari sumber analis, pereka akan menilai dan membuat pemilihan untuk
menghasilkan penyelesaian.
vi. Pemilihan dan penilaian reka bentuk.
vii. Menyampaikan penyelesaian yang dipilih.
Di samping itu, terdapat beberapa faktor lain yang sewajarnya dipertimbangkan
oleh pereka bentuk sebelum reka bentuk itu dihasilkan. Menurut R.D Culum (1988)
mempertimbangkan kaedah terbaik dalam menghasilkan satu reka cipta yang
mudah, murah dan sesuai dengan kemahiran pekerja perlu ada pada seseorang
pereka bentuk itu.
2.4 KAJIAN TERHADAP SIFAT BAHAN
Multifunction Grill yang kami cipta mempunyai beberapa ciri yang
tersendiri. Antaranya tempat arang yang boleh dilaras, mempunyai dua kipas
untuk mengawal api asap dan mempunyai roda bagi memudahkan
pergerakkan. Kesuluruhan struktur binaan pembakar ini adalah
menggunakan logam keluli lembut kecuali roda. Logam yang digunakan
adalah berdasarkan sifat-sifat materialnya. Istilah bagi sifat-sifat fizikal bahan
tersebut perlulah difahami antaranya:
2.4.1 KEKUATAN
Kekuatan ialah istilah mengenai kebolehan logam menahan beban atau
perubahan bentuk apabila dikenakan satu daya.
2.4.2 KEANJALAN
Keanjalan merupakan keupayaan bahan untuk kembali kepada bentuk asal
apabila daya tegangan dilepaskan.
2.4.3 KEMULURAN
Kemuluran ialah kebolehan sesuatu bahan dipanjangkan, dibengkokkan, dipintal
dan dibentuk dalam keadaan tetap dengan menggunakan daya tegangan tanpa
putus.
2.4.4 KELIATAN
Keliatan ialah kebolehan bahan menyerap tenaga di mana ianya berlawanan
dengan sifat-sifat kerapuhan iaitu tiada perubahan bentuk asal sebelum pecah
setelah dikenakan beban.
2.4.5 KEKERASAN
Kekerasan ialah kemampuan sesuatu bahan menahan dari hakisan atau
kehausan lasak.
2.5 KESIMPULAN
Masih ramai lagi pengguna yang masih menggunakan pembakar yang lama di
premis masing-masing. Dari pemerhatian kami, kami mendapati terdapat beberapa
kesukaran dan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna justeru itu, tercetuslah
ilham kami untuk mencipta alat pemanggang bagi memudahkan dan mengurangkan
risiko yang dihadapi oleh pengguna ketika memanggang. Di samping itu, projek yang
kami cipta ini bertujuan untuk mengurangkan tenaga kerja manusia di samping untuk
dipasarkan keluar bagi meningkatkan produktiviti negara.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang metadologi, kaedah dan perancangan
perlaksanaan projek seperti carta gantt dan jadual kerja. Bahagian ini juga akan
menyatakan analisis yang dilaksanakan termasuk kos bahan serta lain-lain yang
berkaitan bagi pelaksanaan projek. Metodologi adalah salah satu cara untuk
mengenal pasti bagaimana projek ini dapat dijalankan dari peringkat awal
sehinggalah kepada proses pembentangan ini. Dalam bab ini juga aspek-aspek
berkaitan dengan kaedah perlaksanaan projek akan dibincangkan dengan lebih
mendalam lagi supaya dapat difahami dengan jelas beberapa konsep yang telah
dikenalpassti dan akan diberi penerangan secara ringkas konsep yang terbaik akan
dipilih sebagai reka bentuk sebenar untuk projek Multifunction Grill.
Antara konsep yang dilakukan adalah seperti berikut:
I. Melakukan tinjauan awal bagi memperolehi maklumat terperinci mengenai reka
bentuk pemangang yang sedia ada.
II. Mengumpul dan mengkaji maklumat berkaitan alat yang diperlukan untuk
mencipta Multifunction Grill.
III. Mencari bahan dan komponen yang diperlukan untuk penghasilan projek.
IV. Proses pemasangan komponen dilakukan dengan berpandukan lakaran dan
ukuran yang ditetapkan.
3.2 BILL OF MATERIAL.
Kos rekabentuk dikira berdasarkan pada pasaran harga semasa untuk setiap
komponen yang difabrikasikan. Analisis berkaitan dengan kos adalah seperti berikut
dalam jadual dibawah.
BIL BAHAN-BAHAN UNIT RM PER JUMLAH
UNIT
1. BATERI 1 RM60.00 RM60.00
2. RODA 4 RM10.00 RM40.00
3. JACK KERETA 1 RM40.00 RM40.00
4. KIPAS 2 RM50.00 RM100.00
JUMLAH RM240.00
Anggaran kos merupakan satu aspek yang amat penting dalam bidang rekabentuk
bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu projek di pasaran. Kos pembuatan produk
seharusnya seoptimum atau seminima mungkin tanpa menjejaskan reputasi dan
kualiti produk. Pada peringkat penghasilan produk ini, kaedah anggaran kasar
bolehlah dibuat kerana penentuan kos secara tepat adalah rumit.
3.3 PERLAKSANAAN PROJEK
Perlaksanaan kerja didalam projek akhir adalah mengikut turutan kerja yang telah
dirancang sebelum kerja-kerja perlaksanaan bermula perancangan merupakan
aspek yang paling penting bagi memastikan proses perlaksanaan projek berjalan
lancar, teratur dan sistematik. Projek yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri produk
yang berkualiti, kemas dan berfungsi dengan baik.
Terdapat beberapa perancangan kerja yang telah dijalankan iaitu;-
I. Penghasilan projek dan skop kerja
II. Carta gantt
III. Carta aliran kerja.
Carta ini dapat menganalisis proses dan jangka masa kerja yang dijalankan untuk
menyelesaikan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan seterusnya
menghasilkan produk yang berkualiti. Objektif perlaksanaan projek adalah seperti
berikut ;-
I. Menunjukkan cara kerja yang teratur dan perancangan yang sistematik.
II. Memudahkan proses penyelesaian masalah dilakukan.
III. Memberi penerangan tentang cara dan perlaksanaan setiap kerja mengikut
bahagian-bahagian projek.
IV. Memperolehi perlaksanaan kerja yang betul dan tempoh masa yang
ditetapkan.
3.3.1 PENGHASILAN PROJEK DAN SKOP KERJA STRUKTUR
PECAHAN KERJA (WBS).
Struktur pecahan kerja merupakan satu jadual yang memaparkan pecahan-pecahan
kerja. Pecahan-pecahan ini dibahagikan mengikut seksyen-seksyen dimana setiap
seksyen terdiri dari kumpulan keja bagi penghasilan projek Multifunction Grill adalah
seperti mana yang tertera dalam jadual dibawah.
Aktiviti kerja untuk projek Multifunction Grill
BIL SEKSYEN AKTIVITI
Pemilihan projek
A SEKSYEN 1 - Lakaran awal rekabentuk
- Perbincangan bersama penyelia
Persediaan projek
B SEKSYEN 2 - Penyediaan lukisan (autocad)
Pemilihan bahan
C SEKSYEN 3 - Pemilihan bahan
- Perbincangan dankesesuaian bahan
Pembelian bahan
D SEKSYEN 4 - Pengiraan kos bahan
- Pembelian bahan
Proses pembuatan
E SEKSYEN 5 - Mengukur dan menanda
- Pemotongan bahan
- Kimpal paku bahagian
- Kimpal penuh bahagian
- Mencanai
Proses pengujian/kekemasan
F SEKSYEN 6 - Bersihkan
- Mengecat
Proses akhir projek
G SEKSYEN 7 - Laporan
- Pembentangan
3.3.2 JADUAL PERANCANGAN UMUM
Sebelum carta gantt dan carta alir dibina penjadualan kerja dilakukan, penjadualan
kerja terbahagi kepada beberapa seksyen yang terdiri dari urutan tugas yang perlu
dilakukan. Seksyen-seksyen ini disusun mengikut turutan dalam proses
menghasilkan projek ini. Setiap seksyen ditugaskan kepada pekerja atau orang yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
PERANCANGAN UMUM
AKTIVITI TARIKH AKTIVITI TEMPOH
Pemilihan projek
A 18-19.1.2020 - Lakaran awal rekabentuk 2
8
- Perbincangan bersama penyelia
Persediaan projek
B 20-28.1.2020 - Penyediaan lukisan (autocad)
Pemilihan bahan
C 29.1-12.2.2020 - Pemilihan bahan 15
- Perbincangan dan kesesuaian
bahan
Pembelian bahan
D 13-15.2.2020 - Pengiraan kos bahan 3
- Pembelian bahan
Proses pembuatan
E 24.2-14.4.2020 - Mengukur dan menanda 51
- Pemotongan bahan 6
- Kimpal paku bahagian
- Kimpal penuh bahagian
- Mencanai
Proses pengujian/kekemasan
F 16-21.4.2020 - Bersihkan
- Mengecat
3.3.3 CARTA ALIR
MULA
PERANCANGAN
PROJEK
PERBINCANGAN PROJEK
YANG DIJALANKAN
MEMILIH PROJEK
PEMBENTANGAN
PROPOSAL
MENCARI MAKLUMAT
REKABENTUK
A
PERLAKSANAAN
LUKISAN
PEMILIHAN
BAHAN MENTAH
PERLAKSANAAN
PROSES FABRIKASI
PERLAKSANAAN
PROSES KIMPALAN
PENGUJIAN DAN
PERMASALAHAN
PENGAKHIRAN
TAMAT
Carta alir proses perancangan dan perlaksanaan pembinaan Multifunction Grill
3.4 CARTA GANTT
Carta ganntt merupakan jadual yang digunakan sebagai panduan untuk menyiapkan
projek. Ia dilaksanakan agar kerja yang dilakukan dapat mengikut tempoh masa
yang telah ditetapkan. Satu carta yang menunjukkan perancangan yang
mengandungi tugasan yang melibatkan sesuatu aktiviti dengan tempoh masa.
Aktiviti-aktiviti direkodkan dalam arah menegak dan tempoh masa akan dinyatakan
dalam arah melintang. Semua aktiviti mestilah dinyatakan tarikh proses bermula dan
berakhir. Carta Gantt terbahagi kepada dua iaitu carta gantt perancangan dan carta
gantt sebenar.
CARTA GANTT PERANCANGAN
Carta Gantt perancangan dilakukan sebelum kerja-kerja penghasilan projek
dilakukan. Kebanyakkan proses yang dirancang tidak sama setelah projek
dijalankan, ini bermaksud Carta Gantt perancangan tidak seiring dengan Carta Gantt
sebenar.
CARTA GANTT SEBENAR
Carta Gant sebenar bermaksud apabila kerja-kerja perlaksanaan projek sebenar
dilakukan ianya sama dengan perancangan yang telah direncanakan dalam kertas
kerja sebelum ini. Perbandingan ini boleh membuatkan kita menguruskan masa
dengan betul dan tidak menganggu jadual perlaksanaan yang akhirnya
menyebabkan kos yang berlebihan.
PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN
BULAN
NO PERKARA JAN FEB MAC APR
1234123412341234
Pemilihan projek
1 - Lakaran awal rekabentuk
- Perbincangan bersama penyelia
Persediaan projek
2 - Penyediaan lukisan (autocad)
Pemilihan bahan
3 - Pemilihan bahan
- Perbincangan dan kesesuaian
bahan
Pembelian bahan
4 - Pengiraan kos bahan
- Pembelian bahan
Proses pembuatan
5 - Mengukur dan menanda
- Pemotongan bahan
- Kimpal paku bahagian
- Kimpal penuh bahagian
- Mencanai
Proses pengujian/kekemasan
6 - Bersihkan
- Mengecat