SMK IDEAL HEIGHTS
Menjadi peneraju dalam penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi perhutanan tropika menjelang tahun 2030. Memperkasakan penyelidikan dan pembangunan, pemindahan teknologi dan penyelesaian permasalahan industri secara saintifik bagi memenuhi keperluan perhutanan tropika masa kini dan akan datang. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Menjana pengetahuan saintifik bagi pemahaman, pengurusan dan penggunaan sumber hutan Mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan dengan penggunaan alat saintifik terkini Mengkaji kepelbagaian biologi bagi menghasilkan produk berguna melalui penyelidikan dan pembangunan yang intensif Memajukan teknologi berkaitan bagi memenuhi keperluan industri perhutanan Mempakejkan hasil penyelidikan dan pembangunan untuk disebar kepada pelanggan Mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan melalui pemindahan teknologi kepada pihak yang berminat Menyediakan perkhidmatan cemerlang untuk memenuhi kepuasan pelanggan Mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 POKOK SENGKUANG TARENNA RUDIS
Menyediakan program pembangunan sumber manusia bagi melahirkan golongan saintis yang berwibawa dan kompeten Menyediakan suasana kerja yang kondusif bagi menggalakkan cetusan idea di kalangan saintis dan perhubungan lebih rapat dengan pelanggan Menyebarkan hasil teknologi, penyelidikan serta memberi perkhidmatan nasihat dan teknikal yang tepat dan profesional Menyediakan penyelesaian praktikal kepada masalah berkaitan pengurusan dan penggunaan sumber dan hasil hutan Menyediakan kemudahan dan memberi perkhidmatan profesional dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 POKOK MERANTI
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada 1926, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985. Sejak 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM telah dikuatkuasakan dan MFRDB digantikan oleh anggota Institut dengan tambahan empat orang wakil dari sektor korporat untuk membantu usaha komersialisasi. NRE telah disusun semula menjadi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 2023. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 POKOK TUALANG
Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong, kira-kira 16 km di barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM diterajui oleh Dr Ismail Parlan sebagai Ketua Pengarah semenjak 2021 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2015 mulai 2017. FRIM telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan pada April 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan bawah akta yang sama pada Januari 2015. Kini, FRIM sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dokumen pencalonan FRIM kepada UNESCO bagi sesi penilaian 2024/2025 telah dikemukakan pada 29 Januari 2024 kepada pihak sekretariat UNESCO di Paris. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 POKOK JATI POKOK SENTANG
Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber hutan; Memperoleh dan menyebar maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan pengurusan hutan dan penggunaan hasil hutan; Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan dengan badan-badan dalam dan luar Malaysia; Mengkomersial dapatan penyelidikan bagi pembangunan; serta menyediakan perkhidmatan nasihat teknikal, perundingan dan perkhidmatan lain berhubung dengan hutan dan industri berasaskan hutan; Menyediakan program latihan; dan meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan; dan Memperkukuhkan tadbir urus institut bagi menyokong R,D,C&I. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 Dipterokarpa (Dipterocarpaceae) Asam Batu (Begonia spp.)
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 Setelah memperoleh perkenan Sultan Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) telah ditubuhkan di sebuah kawasan tapak bekas lombong bijih timah di Kepong yang diusahakan sebagai kebun sayur pada tahun 1925. Setahun kemudiannya, Dr.F.W. Foxworthy, pegawai penyelidik pertama dalam bidang perhutanan, telah memulakan usaha penyelidikan perhutanan dengan penubuhan tapak semaian hutan serta petak percubaan penanaman pokok secara besarbesaran.
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 Bangunan pejabat pertama IPP yang menempatkan muzium, makmal, bilik kerja, ruang pejabat, herbarium dan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1929. Aktiviti penyelidikan perhutanan di bangunan ini pada ketika itu merangkumi botani, silvikultur, ekonomi, kimia dan zoologi. Bangunan dua tingkat berbentuk ‘U’ ini dibina berdasarkan rekaan kolonial dengan ciri-ciri tropika serta mempunyai elemen tiang yang tebal dan ruang siling yang tinggi (Francis Ng, 2009). Tapak semaian IPP yang ditubuhkan pada tahun 1929 merupakan pusat penyemaian biji benih pokok hutan sebelum benih-benih atau anak pokok hutan ini dibekalkan untuk aktiviti penananam. Aktiviti penanaman bagi penubuhan petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran telah dimulakan seawal tahun 1926 dengan menggunakan 100 spesies pokok asli dan eksotik.
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 J.G. Watson yang berkhidmat di bawah Dr F.W. Foxworthy sebagai Timbalan Pemelihara dan ahli ekonomi hutan; telah memulakan usaha pembangunan arboreta atau koleksi tumbuhan hidup di FRIM pada tahun 1929. Dua arboretum pertama di FRIM ialah Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan-Dipterokarpa. FRI/FRIM juga dikenali sebagai Ringyo Shikenjyo atau ‘Stesen Percubaan Perhutanan’ ketika penaklukan Jepun di Malaya (1942–1945). Ketika itu, seramai 37 orang pekerja Jabatan Perhutanan telah terkorban. Menurut Anon, 1954, nama setiap pekerja yang terkorban semasa penaklukan Jepun telah diabadikan pada plak peringatan yang ditempatkan di FRI pada 6 Mac 1954. Arboretum Dipterokarpa pada tahun 1939
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Merupakan pusat koleksi tumbuhan hidup. Koleksi ini dipelihara untuk tujuan penyelidikan, pemuliharaan germplasma dan pendidikan. Arboretum ditubuhkan bagi menyokong penyelidikan dalam bidang botani dan penyelidikan lain yang berkaitan dengannya. Sehingga kini FRIM mempunyai tujuh arboretum dan satu taman botani. Arboretum yang tertua iaitu Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan Dipterokarpa telah ditubuhkan pada 1929 Terdapat juga Arboretum Monokot yang menyimpan koleksi khas daripada keluarga palma, halia, keladi dan tumbuhan herba yang lain. Taman Etnobotani pula mempunyai 77 spesies yang digunakan untuk masakan dan amalan budaya. Secara ringkasan, arboreta di FRIM mempunyai sekurang-kurangnya 354 spesies yang terdiri daripada 149 genera dan 48 keluarga. Justeru, FRIM kini merupakan pusat bagi koleksi spesies tumbuhan yang utama. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Penubuhan Galeri Penyelidikan FRIM mengubah imej Muzium FRIM kepada sebuah pusat pengumpulan setempat pelbagai hasil aktiviti para penyelidik FRIM dalam bentuk poster, majalah, risalah, bahan, produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan yang dipamerkan. Gaya penyampaian dan persembahan Galeri Penyelidikan FRIM adalah mengikut trend masa kini. Pelbagai elemen berunsurkan ciri-ciri perhutanan diwujudkan sebagai motif sampingan bersesuaian dengan imej FRIM sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam bidang penyelidikan perhutanan. Galeri Penyelidikan FRIM telah dirasmikan oleh YB Dato Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada Mac 2010. Galeri Penyelidikan FRIM berperanan sebagai perantara dalam mendekatkan diri, mempelajari dan menghayati perkembangan penyelidikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga para penyelidik FRIM yang berwawasan dan mampu berdaya saing di peringkat global. Kewujudan Galeri Penyelidikan FRIM dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan akan datang sebagai pusat rujukan yang amat berharga dan warisan yang tidak ternilai melalui maklumat sejarah, latar belakang dan seni bina rumahrumah tradisional tersebut yang turut dipaparkan di laman web FRIM, poster, majalah, risalah dan sebagainya. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Rumah Terengganu ini telah dibina sepenuhnya daripada kayu cengal dan tanpa paku tunggal. Rumah tradisional ini telah dipindahkan dari Pulau Rusa, Terengganu dan dibina semula di FRIM. Berjiran dengan rumah ini ialah Rumah Melaka yang menambahkan lagi koleksi rumah kayu tradisional Melayu di FRIM. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan FRIM di Jalan Kapur, kawasan tanah lembap FRIM dahulunya merupakan bekas lombong bijih timah dan kebun-kebun sayur. Kini, ia merupakan habitat bagi pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan. Kawasan ini menjadi tempat tinggal burung-burung seperti ruak-ruak (Amaurornis phoenicurus). Haiwan-haiwan lain yang boleh dilihat di sini ialah biawak, katak, lintah dan pelbagai spesies serangga. Tidak seperti kawasan tanah lembap yang lain, kawasan tanah lembap di FRIM ini dikelilingi oleh ladang hutan, tapak semaian dan arboretum pokok buahbuahan. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Bongkah kayu bersilika ini ialah tinggalan pokok mersawa (Anisoptera, famili Dipterocarpaceae) di Jawa yang tertanam di dalam letusan gunung berapi berjuta-juta tahun yang lampau. Abu gunung berapi mengawet batang pokok manakala air yang mengandungi silika terlarut meresap ke dalam kayu dan secara beransur-ansur menggantikan tisu kayu dengan silika. Selepas berjuta-juta tahun, seluruh kayu diganti dengan silika. Silika ialah galian yang lebih dikenali sebagai pasir. Silika tulen tidak berwarna tetapi warnanya diperoleh daripada tembaga, besi dan bahan galian lain. Kayu bersilika juga dikenali sebagai kayu batu atau kayu terbaiduri. Spesimen ini berasal dari Jawa dan dihadiahkan kepada FRIM oleh Dr Francis Ng, bekas Timbalan Ketua Pengarah FRIM. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Taman Etnobotani FRIM telah mula ditubuhkan pada tahun 1995 dengan keluasan menghampiri 1.4 ha. selepas peluasan kawasan pada tahun 2009 dan 2017. Ia terletak lebih kurang 400 m dari pintu masuk utama FRIM. Taman Etnobotani bertindak sebagai pusat pemuliharaan ex-situ serta pusat germplasma bagi tumbuhan ubatan dan beraroma (MAPS) yang digunakan oleh pelbagai etnik di Semenanjung Malaysia. Ia turut berfungsi untuk memupuk minat masyarakat umum terhadap MAPS. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 400 spesies MAPS daripada 100 famili yang dipulihara di Taman Etnobotani. Beberapa famili besar adalah Zingiberaceae (famili tepus), Rubiaceae (famili kopi), Fabaceae (famili kekacang), Euphorbiaceae (famili getah), Malvaceae (famili bunga raya) dan Rutaceae (famili limau). Beberapa pokok popular yang digunakan oleh industri seperti ramunggai (Moringa oleifera), hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) boleh dijumpai di sini. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Terletak dalam kedamaian hutan ladang, di sini terdapat sebuah air terjun yang kecil, padang rumput, beberapa buah wakaf dan tandas. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi BIOTEKNOLOGI PERHUTANAN Memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan dan komersialisasi ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi. KELUARAN HUTAN PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Menyediakan dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan. BIODIVERSITI HUTAN Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif. HASILAN SEMULA JADI Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara. EKONOMI DAN ANALISA STRATEGIK PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
FRIM juga merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang paling popular di Malaysia. Kampus utamanya di Kepong menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti rekreasi untuk pengunjung termasuk jelajah denai alam, mandi di kawasan perkelahan, aktiviti pendidikan alam, tapak perkhemahan dan perkelahan, taman botani dan arboreta. PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024 Karas (Aquilaria spp.) kopi (Rubiaceae)
Pameran Perabot Antarabangsa Cologne (1995) Pameran Antarabangsa Geneva Invention ke25 (1997) Anugerah Pencapaian Saintifik Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Penyelidikan Perhutanan (IUFRO), (1995, 2000 & 2010) Anugerah Sains Antarabangsa Toray (1999) Anugerah Pencipta Petronas (1992 & 1994) Anugerah Perekacipta Negara (1995 & 1997) Anugerah MINDEX/INNOTEX (1993 & 1995) Anugerah Langkawi (1991) Anugerah Jabatan Perkhidmatan Awam (1996) Anugerah Saintis Muda Negara (1993) Anugerah Merdeka (2012) Anugerah Sains Mahathir (2009) Anugerah BrandLaureate (2010-2011 & 2012) Anugerah Sains dan Teknologi Bank Pembangunan Islam (IDB) 2012 Anugerah Buku Negara (2010, 2012, 2013, 2016, 2019, 2022 & 2023) Anugerah Buku ASEAN 2019 Anugerah Inovasi Negara 2013 PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024
Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2014 (Kategori Paten) Pusat Pensahihan Herba oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2014) Anugerah Emas bagi Malaysia di Persidangan ke-13 Negara-negara Anggota kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP13) (2016) Pameran Reka Cipta Antarabangsa ke-45 di Geneva pada Mac 2017 Anugerah Khas Inovasi Hijau daripada Negeri Selangor pada Oktober 2017 Jurnal Berprestasi Tinggi Diindeks dalam Web of Science pada 2018. Malaysia Book of Records (MBR) dan kini memegang 45 MBR. Anugerah UNESCO Sultan Qaboos Prize 2021 Pembangunan Islam (IDB) 2012 PUSAT SUMBER HAMZAH FANSURI 2024