The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN GB_PERASMIAN SEKOLAHKU SEJAHTERA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU DANIA YASIN, 2022-08-07 11:16:07

TEKS UCAPAN GB_PERASMIAN SEKOLAHKU SEJAHTERA

TEKS UCAPAN GB_PERASMIAN SEKOLAHKU SEJAHTERA

SK HULU BERNAM,
KG BARU ‘B’, HULU BERNAM,

44110 HULU BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

TEKS UCAPAN PERASMIAN SEKOLAHKU SEJAHTERA
OLEH GURU BESAR SK HULU BERNAM

HAJAH LAFISAH BINTI HAJI MOHD NOR

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Kasih Sayang

Yang Berusaha,
En. Idzham bin Hamdan YDP SK hulu Bernam
Yang Dihormati,
Pn. Hapsah binti Munjiat, PK Hal Ehwal Murid selaku Naib Pengerusi Program
Sekolahku Sejahtera.
Pn. Haslina binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Azizah binti Yahya, PK Kokurikulum,
En. Mohd Fais bin Jamil, PK Pendidikan Khas,
Pn. Hajah Rosliza binti Shaari, Guru Kaunseling (Penyelaras Program Sekolahku
Sejahtera)

Barisan guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya kita semua dapat
berkumpul meraikan Majlis Perasmian Sekolahku Sejahtera Peringkat Sekolah SK
Hulu Bernam Tahun 2022. Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah
dan ribuan terima kasih unit HEM, UBK dan JK Pelaksana dapat merealisasikan
majlis perasmian Sekolahku Sejahtera pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku
SEJAHTERA. Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri
Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi
mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Konsep
Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai
tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Hadirin sekalian,

Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14
elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan
harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:

S – Selamat, Seronok dan Sihat
E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi

Hadirin sekalian,

Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta
diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita
akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan
mampu bersaing di peringkat dunia.

Konsep ini bukanlah satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata pelajaran sedia
ada. Malah konsep ini tidak akan menambah beban tugas guru termasuk pelaporan
tentang pelaksanaannya. Apa yang penting adalah untuk guru serta masyarakat
bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi pewaris negara supaya
nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka.

Akhir kata dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim sukacitanya saya Guru Besar
SK Hulu Bernam merasmikan Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera Peringkat
Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam Bagi Tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Hajah Lafisah binti Haji Mohd Nor
Guru Besar
SK Hulu Bernam
8 Ogos 2022


Click to View FlipBook Version