BUKU SKRAP
PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH : WAN ZARIFF ZUFAYRI BIN WAN MOHD KHAIRI
KELAS : 4 BIDARA 2021
NAMA GURU : CIKGU ZURIATI BINTI JAMALLUDIN
PENDAHULUAN
Malaysia mempunyai pelbagai kaum maka setiap kaum
mempunyai pakaian tradisi masing-masing. Terdapat pakaian
yang berkait rapat dengan dogma agama terutama sekali
pakaian orang Melayu.
1. KAUM MELAYU
Orang Melayu terdapat di pelbagai negeri yang setiap negeri
memaparkan pakaian tradisi yang berbeza. Namun secara
amnya seluruh orang Melayu memakai baju kurung sebagai
pakaian tradisi. Cuma reka bentuk atau potongan baju kurung
agak berbeza-beza mengikut negeri. Selain itu baju kebaya
dan kebarung (gabungan baju kurung dan kebaya) juga
menjadi pilihan masyarakat Melayu Malaysia.
BAJU MELAYU KEBIASAAN BAJU MELAYU KEBIASAAN
MELAYU JOHOR MELAYU KEDAH
MELAYU PULAU PINANG MELAYU PERAK
MELAYU SELANGOR MELAYU NEGERI SEMBILAN
MELAYU MELAKA MELAYU KELANTAN
MELAYU TERENGGANU MELAYU PAHANG
MELAYU PERLIS
2. KAUM CINA
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan
berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini
membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk
tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan
suasana tempatan.
Wanita berketurunan Cina akan memakai cheong sam. Ia
biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti
majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Cheong sam
dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negara
China pada tahun 1911.
Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek
Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina
selain dari ‘cheong sam’.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi
mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai
oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta
dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina di Malaysia.
3. KAUM INDIA
Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna terang dan
kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak,
labuci juga batu-batu permata.
Pada hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi
dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang
digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja
mengenakan skirt labuh ‘Ihenga’ juga dipadankan dengan
baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti
atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-
dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah
dengan sulaman benang emas dan labuci.
4. KAUM IBAN
Orang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak.
Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai
Sarawak. Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan
memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan
manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau
cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan
bercorak. Mereka juga mengenakan ikat kepala dari kain
tenun dan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok
tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias
syiling dan loceng serta selampai dan marek empang.
Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang
kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau
bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau
kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik.
Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai
dan sudu tinggi.
5. KAUM BIDAYUH
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita
merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit
kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh menggayakan
baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias
selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak.
Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah
dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
PENUTUP
Seperti peribahasa melayu yang mengatakan, ‘Tak Kenal
Maka Tak Cinta’. Selepas saya menyiapkan buku skrap ini, saya
dapat mengetahui pelbagai pakaian tradisional pelbagai
kaum di Malaysia. Andai rakyat Malaysia memahami dan
menghayati budaya ini, ia akan mewujudkan rasa hormat
menghormati antara kaum. Semangat perpaduan yang wujud
akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat
pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia yang
bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara
untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.