Penghayatan Etika dan Peradaban
TAJUK: Peranan Rancangan Malaysia
dalam perpaduan negara
KANDUNGAN
1. Rancangan Malaysia pertama (1966-1970) – m/s 4
2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) – m/s 5
3. Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) – m/s 8
4. Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980) – m/s 11
5. Rancangan Malaysia keempat (1981-1985) – m/s 13
6. Rancangan Malaysia kelima (1986-1990) – m/s 15
7. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) – m/s 18
8. Rancangan Malaysia keenam (1990-1995) – m/s 19
9. Rancangan Malaysia ketujuh (1996-2000) – m/s 21
10. Dasar Wawasan Negara (DWN) – m/s 23
11. Rancangan Malaysia kelapan (2001-2005) – m/s 24
12. Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010) – m/s 26
13. Rancangan Malaysia kesepuluh (2011-2015) – m/s 28
14. Rancangan Malaysia kesebelas (2016-2020) - m/s 30
15. Rujukan – m/s 32
1
RANCANGAN MALAYSIA
Pihak kerjaan menitikberatkan isu ini dalam setiap
rancangan pembangunan negara yang dirancang
setiap 5 tahun. Bagi mencapai objektif tersebut,
kesemua rancangan pembangunan lima tahun
negara selepas DEB diteliti dan dianalisi bagi
menyokong fakta bahawa kerajaan memandang
serius akan isu ketidakseimbangan kaum dalam
pembangunan ekonomi negara. Kajian oleh
(Hasnah, 2018) mendapati jurang
ketidakseimbangan pegangan ekonomi dalam
antara kaum semakin berkurang dan ini secara
tidak langsung mencerminkan kejayaan dalam
usaha menangani isu-isu perpaduan di negara ini.
2
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA
TAHUN
Rancangan Pembangunan Lima Tahun ialah pelan
jangka pendek yang mengandungi dokumen kerja
utama untuk melaksanakan program pembangunan
kerajaan, menetapkan sasaran perkembangan
makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan untuk
program pembangunan sektor awam bagi tempoh
lima tahun.
3
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
(1966-1970)
*Rancangan lima tahun yang pertama setelah
pembentukan Malaysia.
Objektif
Memberikan tumpuan Penekanan terhadap
kepada aspek integrasi pembangunan sumber
nasional dalam kalangan manusia dan
penduduk Malaysia kepelbagaian program
(Tanah Melayu, Sabah dalam pembangunan
dan Sarawak). ekonomi.
Meningkatkan
pendapatan penduduk,
peluang pekerjaan dan
kemudahan infrastruktur
Pelaksanaan
Beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan.
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2. Bank Bumiputra
3. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA)
4. Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan
Nasional Berhad (PERNAS)
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(Diperkenalkan dari tahun 1971 sehingga
1990)
DEB merupakan satu program sosioekonomi di
Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan
Malaysia Kedua oleh Perdana Menteri Tun Abdul
Razak. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah
digubal dalam konteks strategi serampang dua mata
untuk :
Mengurangkan dan akhirnya
membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan
dan menambah peluang-
peluang pekerjaan untuk
semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum.
Mempercepatkan proses
penyusunan semula ekonomi
Malaysia untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi
supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi .
5
Kaum Kadar Pendapatan
Kemiskinan Purata
(%) Keluarga
Sebulan (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00
Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970
6
Pemilikan Jumlah %
Pemilikan 4.3
Bumiputra (RM Juta) 2.6
Perseorangan
279.6
dan Agensi
Amanah 168.7
a) Bumiputra
Perseorangan
b) Agensi 110.9 1.7
Amanah
Bukan Bumiputra 2233.2 34.0
Warganegara 4051.3 61.7
asing
Jumlah 6564.1 100.0
Kadar Pemilikan Berdasarkan
Kelompok Etnik 1970
7
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
(1971-1975)
Objektif
• Memastikan matlamat DEB tercapai, iaitu
membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat untuk mengelakkan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
• Memperkukuh perpaduan kaum.
Pelaksaan
• Penubuhan lebih banyak perusahaan di
kawasan baharu dan penglibatan kerajaan
dalam projek-projek besar dalam negara.
• Menggalakkan pemilikan modal saham
dalam sektor korporat oleh Bumiputra
sekurang-kurangnya 30% dalam tahun 1990.
• Penubuhan Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS) 1974.
• KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahun,
iaitu lebih tinggi daripada yang
dirancangkan, 6.8% setahun. Pertumbuhan
beberapa sektor utama seperti pertanian
(25%), pembuatan (19.3%), perdangngan
(14.4%) dan lain-lain (10.15%).
8
RMK 2 dari segi PERPADUAN :
• -Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk
menyusun semula masyarakat dan mengurangkan
penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing
dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus
memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang
Melayu.
• -Pelaksanaan RMK 2 dilihat oleh sesetengah
golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya
meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di
dalam sektor ekonomi.
• -RMK 2 meningkatkan penglibatan kerajaan di
dalam sektor ekonomi dengan sasaran utama
menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu
terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan
perlombongan. Bagi mengelak daripada menyekat
pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini
memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih
besar, supaya pada masa yang sama pegangan
ekonomi kedua-dua kumpulan Melayu dan bukan
Melayu dapat dikembangkan berdasarkan nilai
mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam
nilai relatif.
• -Hal ini melahirkan semangat perpaduan dikalangan
orang Melayu.
9
BIDANG PENGELUARAN
BIDANG PERLOMBONGAN
10
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA
(1976-1980)
Objektif
• Peringkat kedua
pelaksanaan DEB. Usaha
dilakukan untuk
mengurangkan jurang
ekonomi antara wilayah
dengan mewujudkan
bandar-bandar baharu.
• Penekanan kepada isu
alam sekitar dan
keselamatan negara.
Pelaksaan
• Sebanyak 28 buah
bandar dibina di bawah
rancangan KEJORA,
KETANGAH dan DARA.
• Badan-badan berkanun
seperti MARA, FELDA,
PERNAS, UDA dan RISDA
meneruskan usaha-
usaha pembangunan.
11
RMK 3 dari segi PERPADUAN :
• -RMK 3 masih memberi tumpuan kepada bidang
pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara
untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar
bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini
menyaksikan pembukaan bandar baru dan
pembangunan tanah dipergiatkan antaranyan
KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.
Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir
tempoh RMK 3 iaitu 1980 dan pada masa itu
terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di
kawasan rancangan pembangunan tanah.
• -Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah
dipertingkatkan dengan tujuan eksport.
• -Kita dapat lihat disini bahawa perpaduan akan
tercipta apabila bandar-bandar baru mula
dibangunkan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis
kaum akan menetap di bandar tersebut.
12
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
(1981-1985)
Objektif
• Dilancarkan semasa negara
mengalami masalah
kemelesetan ekonomi
akibat kejatuhan harga bijih
timah dan getah dunia.
• Tumpuan diberikan kepada
sektor pertanian di luar
bandar.
• Sektor baharu diperkenalkan
iaitu sektor perusahaan
berat yang berasaskan
pelaburan modal.
Pelaksaaan
• Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM).
• Kawasan perindustrian baharu dibuka seperti
Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
• Membuka kawasan perdagangan bebas seperti
Bayan Lepas.
• Memperkenalkan program Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia dan Pelan Induk Industri (PIP).
• KDNK berkembang pada kadar purata 5.8% setahun.
Pendapatan per kapita meningkat sebanyak 4.4%
setahun daripada RM 3,171 juta pada tahun 1980
kepada RM 4,609 juta pada tahun 1985.
• Kereta nasional pertama “Proton Saga” dikeluarkan.
13
RMK 4 dari segi PERPADUAN :
• -Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi
daya pengeluarannya. Dasar Pertanian Negara
(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984
bermatlamat memaksimumkan pendapatan
daripada pertanian dan mempergiatkan semula
sumbangan sektor itu kepada pembangunan
ekonomi negara keseluruhannya[1]. Rancangan-
rancangan DPN meliputi pembukaan tanah-tanah
baru, pemulihan serta penyatuan kebun-kebun kecil,
penanaman semula, pembangunan pertanian
secara bersepadu dan pembinaan kemudahan
pengairan.
• -Perpaduan wujud apabila pekebun-pekebun kecil
bersatu untuk menghasilkan sebuah produk
tanaman yang baik untuk dijadikan sumber ekonomi
kepada negara.
14
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA
(1986-1990)
Objektif
• Mencapai perpaduan negara.
• Mencapai objektif DEB.
• Meningkatkan peranan sektor swasta dari
aspek hak milik syarikat, perlesenan dan
aktiviti ekonomi yang lain.
• Meningkatkan pelaburan asing terutama
dalam sektor eksport.
• Menggalakkan sektor pertanian dan luar
bandar.
Pelaksanaan
• Menekankan bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D) untuk meningkatkan
pendapatan dan kekurangan guna
tenaga.
• Pembangunan sumber manusia dalam
aspek latihan kemahiran, pengurusan,
keusahawanan, pembinaan, perhotelan
dan perkapalan.
• Menubuhkan Perbadanan Pelancongan
Malaysia.
• Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia
pada tahun 1990.
15
RMK 5 dari segi PERPADUAN :
• -Pembangunan kawasan luar bandar terus
diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih
cekap dititikberatkan supaya dapat
menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi
Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf
tangan digalakkan.
• -Sektor pelancongan juga
dititikberatkan. Penubuhan Perbadanan
Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri
pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun
Melawat Malaysia pada tahun 1990.
• -Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama
untuk tujuan pemasaran dalam negara dan
antarabangsa misalnya penghasilan
kereta PROTON.
• -Dalam RMK ini, perpaduan dapat dilihat apabila
rakyat Malaysia berusaha mempromosikan tempat-
tempat pelancongan yang menarik di Malaysia
melalui atas talian, risalah, akhbar dan banyak lagi.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertungkus-lumus
menghasilkan produk kebanggaan Malaysia sendiri
dengan penghasilan kereta PROTON.
16
PROTON (produk keluaran Malaysia)
17
Dasar Pembangunan Nasional
(DPN)
(Diperkenalkan dari tahun 1991 sehingga
2000)
DPN merupakan dasar ekonomi Malaysia yang telah
dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Dasar ini
merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Walau bagaimanapun, DPN ini fokusnya hampir serupa
dengan DEB.
Fokus
Membasmi Menyusun Membantu
golongan semula golongan
yang susah
miskin masyarakat
Objektif
DPN
-Memperkukuhkan -Menjadi negara maju
kestabilan negara dari dan mengukuhkan sosial,
segi ekonomi, sosial dan
nilai etika, moral, kualiti
politik melalui hidup dan mengamalkan
pembangunan bandar prinsip pentadbiran yang
adil dan kecemerlangan
dan di luar bandar. 18 ekonomi.
RANCANGAN MALAYSIA
KEENAM (1991 – 1995)
Objektif
- Mengekalkan momentum pembangunan
pesat ekonomi negara.
- Menguruskan kejayaan ekonomi negara
supaya matlamat pembangunan seimbang
tercapai.
Pelaksanaan
-Menggalakkan penglibatan sector swasta
dalam ekonomi negara dan menyegerakan
program penswastaan.
-Mengurangkan perbelanjaan tidak produktif.
-Mengekalkan dasar liberalisasi pelonggaran
peratusan dan undang-undang untuk
memperbaik iklim pelaburan.
-Mengubah struktur industri sedia ada kepada
penggunaan teknologi yang lebih canggih dan
keluaran yang lebih bermutu.
19
RMK KEENAM DARI SEGI
PERPADUAN
• -Mewujudkan keseimbangan yang optimum
di antara matlamat pertumbuhan ekonomi
dan pengagihan yang saksama.
• -Mengurangkan dan akhirnya
menghapuskan keadaan ketidaksamaan
dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
dalam negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama
faedah yang diperolehi daripada
pembangunan ekonomi untuk semua rakyat
Malaysia.
• -Membangunkan sebuah masyarakat yang
progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi , di samping
mempunyai nilai nilai sosial dan kerohanian
yang positif serta menghayati perasaan
bangga dan cintakan negara.
20
RANCANGAN MALAYSIA
KETUJUH (1996 – 2000)
Objektif
-Mewujudkan pertumbuhan ekonomi seimbang
dengan strategi peningkatan produktiviti dan
memperkuat daya tahan ekonomi negara.
-Keutamaan kepada pembasmian kemiskinan dan
pegagihan pendapatan.
-Mempertingkatkan guna tenaga , pendidikan ,
dan Latihan.
Menekankan pembangunan kemasyarakatan
seperti perumahan , kesihatan , khidmat social dan
infrastruktur.
Pelaksanaan
-Melaksanakan projek menjana pendapatan
dan memperbaiki perhubungan melalui KLIA ,
Hubungan Kedua Malaysia-Singapura ,
MEASAT dan lain-lain.
-Menyediakan kemudahan bagi
meningkatkan kualiti hidup golongan miskin.
-Penempatan semula setinggan , projek
perumahan kos rendah dan Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
-Menambah peluang Pendidikan dan Latihan
dengan menambah jumlah Universiti.
21
RMK KETUJUH DARI SEGI
PERPADUAN
• -Usaha kerajaan bagi mengurangkan
kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat. Dalam tempoh RMT , usaha
kerajaan diteruskan bagi mengurangkan lagi
kemiskinan dan ketidaksamaan pendapatan
di antara kumpulan etnik dan kumpulan
pendapatan serta wilayah. Antara yang
dilakukan ialah mengurankan kadar
kemiskinan ke tahap 5.5 peratus , manakala
kemiskinan di kalangan golongan termiskin
akan dapat dibasmi sepenuhnya menjelang
2000.
• -Penyusunan semula corak gunatenaga juga
tetap diberikan perhatian oleh kerajaan bagi
menggambarkan komposisi etnik penduduk
negara. Perhatian khusus diberi untuk
meningkatkan penawaran tenaga kerja
Bumiputera dalam bidang professional dan
pengurusan melalui Pendidikan dan Latihan.
22
Dasar Wawasan Negara
(DWN)
(Diperkenalkan dari tahun 2001 sehingga
2010)
Dasar Wawasan Negara dengan tema utama, iaitu
‘Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’.
Membina bangsa yang Menggalakkan
berdaya tahan dengan pewujudan masyarakat
memupuk perpaduan, yang saksama melalui
menyemarakkan pembasmian
semangat patriotic, kemiskinan dan
membina masyarakat pengurangan
yang bertolak ansur. ketidakseimbangan
dalam kalangan dan
dalam kumpulan etnik
Teras
utama
DWN
Mengekalkan Mempertingkatkan
pertumbuhan ekonomi daya asing untuk
menghadapi cabaran
yang tinggi dengan
memperkukuh sumber globalisasi dan
pertumbuhan, institusi liberalisasi.
kewangan dan korporat
serta pengurusan ekonomi
makro.
23
RANCANGAN MALAYSIA
KELAPAN (2001 – 2005)
Objektif
-Memperkukuhkan keupayaan , kebolehan
dan keazaman negara untuk meghadapi
cabaran masa hadapan.
-Penekaan kepada perpaduan melalui
pembangunan sosiaekonomi.
Pelaksanaan
-Dasar penswastaan diperkukuhkan.
-Menggalakkan pelaburan asing (FDI)
terutama dalam sektor berteknologi tinggi.
-Pengenalan program Rakan Muda bagi
tujuan memperkukuhkan nilai dan etika.
24
RMK KELAPAN DARI SEGI
PERPADUAN
• -Kerajaan berusaha menangani isu
ketidakseimbangan pendapatan ,
terutamanya antara kumpulan etnik ,
penduduk bandar dan luar bandar dan
wilayah. Usaha diambil bagi meningkatkan
kumpulan berpendapatan sederhana serta
meningkatkan pendapatan golongan
berpendapatan srendah.
• -Kerajaan juga menekankan kepada
peningkatan pelaksanaan strategi dan
program penstrukturan semula pekerjaan
dalam pelbagai sector ekonomi dan di
semua peringkat pekerjaan untuk
mencerminkan komposisi penduduk.
BANDAR
25 LUAR BANDAR
RANCANGAN MALAYSIA
KESEMBILAN (2006 – 2010)
Objektif
-Memberikan tumpuan kepada
permulaan fasa kedua Wawasan 2020
dengan memberikan keutamaan kepada
aspek pembangunan insaniah bagi
membantu pembangunan fizikal.
Pelaksanaan
-Memastikan pengagihan ekonomi yang
saksama.
-Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan
terutama dalam kalangan rakyat termiskin di
luar bandar.
-Menyediakan kemudahan perkhidmatan
yang cekap dan berkesan.
-Menggalakan penyertaan perusahaan kecil
dan sederhana (PKS).
-Merancakkan program penswataan.
26
RMK KESEMBILAN DARI
SEGI PERPADUAN
• -Membasmi kemiskinan supaya tidak ada
rakyat yang ditinggalkan dari arus
pembangunan.
• -Menjana arus pembangunan yang lebih
seimbang , terutamanya di Kawasan yang
kurang mengalami pembangunan dan
seterusnya membuka lebih banyak peluang
penyertaan dalam ekonomi negara.
• -Memastikan bahawa manfaat daripada
pembangunan ekonomi dapat dinikmati
oleh rakyat secara adil dan saksama.
27
RANCANGAN MALAYSIA
KESEPULUH (2011 – 2015)
Objektif
-Memacu ekonomi berdasarkan factor dalam negara.
Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan
antarabangsa.
-Mentransformasi negara berpendapatan tinggi.
-Bertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi.
-Mengekalkan modal insan cemerlang.
-Memastikan peluang sama rata , perkongsian pintar.
Pelaksanaan
-Pembangunan berasaskan kekuatan negara.
-Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan
pertumbuhan ekonomi.
-Menuju ke arah pembangunan sosiaekonomi
secara inklusif.
-Membangunkan dan mengekalkan modal
insan bertaraf dunia.
-Mewujudkan persekitaran ke arah
meningkatkan kualiti hidup.
28
RMK KESEPULUH DARI
SEGI PERPADUAN
• -Menyediakan sokongan bagi membina
keupayaan dan meningkatkan potensi menjana
pendapatan melalui pendidikan dan
keusahawanan.
• -Menangani keperluan taraf hidup semasa
dengan meningkatkan akses kepada kemudahan
asas.
• -Melaksana program khusus untuk kumpulan sasar
yang mempunyai keperluan tertentu seperti
Bumiputera di Sabah dan Sarawak , terutamanya
etnik minority ; masyarakat orang asli di
Semenanjung Malaysia ; penduduk di kampung
baru Cina ; dan pekerja ladang yang sebahagian
besarnya berketurunan India.
• -Meningkatkan keupayaan Bumiputera di Sabah
dan Sarawak dan masyarakat orang asli di
Semenanjung Malaysia dalam tempoh
rancangan , program pembangunan bersepadu
dan bantuan peningkatan keupayaan khusus
akan dilaksana bagi mengurangkan insiden
kemiskinan yang tinggi dalam kalangan orang
sungei , rungus , suluk , tidong , penan , kajang ,
kedayan dan kelabit serta masyarakat orang asli
di semenanjung Malaysia.
29
RANCANGAN MALAYSIA
KESEBELAS (2016 – 2020)
Objektif
-Memperkukuhkan daya tahan ekonomi
makro untuk pertumbuhan mampan.
-Memperkukuhkan inklusiviti ke arah
masyarakat yang saksama.
-Meningkatkan kesejahteraan rakyat.
-Meningkatkan pembangunan modal insan
untuk negara maju.
-Memperkukuhkan infrastruktur demi
menyokong pertumbuhan ekonomi.
Pelaksanaan
-Meningkatkan taraf isi rumah dan
mentranformasi luar bandar untuk
kesejahteraan masyarakat.
-Mempercepat pertumbuhan wilayah ke arah
keseimbangan geografi.
-Memperkukuhkan peluang Komuniti Ekonomi
Bumiputera (BEC).
Membudayakan semangat 1 Malaysia untuk
memperkukuhkan perpaduan nasional.
-Penambahbaikan pendidikan.
30
RMK KESEbelas DARI SEGI
PERPADUAN
• -Penyediaan RMK 11 adalah berpandukan Strategi
Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang
memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi
berteraskan rakyat dan ekonomi berteraskan modal
dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi. RMK 11
dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei
2015.
• RMK 11 mempunyai enam teras =
1. Memperkukuh 2. Meningkatkan
inklusiviti ke arah kesejahteraan rakyat.
masyarakat yang
saksama.
Meningkatkan Teras 3. Meningkatkan
pertumbuhan RMK 11 pembangunan
ekonomi untuk modal insan untuk
peningkatan negara maju.
kemakmuran
Memperkukuh 4. Kemampanan
infrastruktur bagi dan daya tahan
pembangunan
menyokong
pertumbuhan melalui
pertumbuhan
ekonomi.
hijau.
31
RUJUKAN
1. Buku Pengajian Malaysia (Edisi
Keenam).
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ra
ncangan_Malaysia_Pertama
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ra
ncangan_Malaysia_Kedua
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ra
ncangan_Malaysia_Ketiga
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ra
ncangan_Malaysia_Keempat
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ra
ncangan_Malaysia_Kelima
7. file:///C:/Users/shazrul%20ajoy/A
ppData/Local/WhatsApp/app-
2.2041.6/resources/app.asar/ind
ex.html#
32
TAMAT