The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sknh0157, 2021-09-11 11:02:04

BUKU LOG PENGAKAP - BM4 UMMI SAKINAH

TUGASAN 1 MPU3062

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU MELAKA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KOD KURSUS
MPU3062

NAMA KURSUS
KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM

NAMA: UMMI SAKINAH BINTI IBRAHIM
SEKAWAN KUNING

UNIT BAHASA MELAYU 4
PENGAKAP

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS

SEMESTER 3 TAHUN 2021

NAMA PELAJAR : UMMI SAKINAH BINTI IBRAHIM

ANGKA GILIRAN : 2020142340100

NOMBOR KAD PENGENALAN : 010930-01-0184

KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU 4

KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3062 KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

NAMA PENSYARAH : EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON
TARIKH HANTAR :
10 SEPTEMBER 2021
Medium:-

Pengakuan Pelajar Menerima Individu
Maklum Balas Daripada Kumpulan
Pensyarah Kuliah

Tanda Tangan Tarikh

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja

NO. MARKAH
TUGASAN
Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah
1
2
3
Jumlah

Markah Selepas Moderasi

DATA PERIBADI

BIODATA DIRI NAMA: UMMI SAKINAH BINTI IBRAHIM
NO IC: 010930-01-0184
NO TEL: 018-2660571
TEMPAT TINGGAL: BATU PAHAT, JOHOR
E-MEL: [email protected]

LATAR 2008-2013: SK JELUTONG
BELAKANG 2014- 2018: SMA PARIT RAJA
PENDIDIKAN 2019-KINI: IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PENGLIBATAN
SEKOLAH RENDAH: PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA [2011-2012]
DALAM (AHLI AKTIF)
KOKURIKULUM
PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA [2013]
PENCAPAIAN (PENGERUSI)
TERTINGGI
DALAM SEKOLAH MENENGAH: TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH [2014-2018]
KOKURIKULUM (AHLI AKTIF)

UNIT UNIFORM SEKOLAH RENDAH: PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING 2011,
DI IPG PERTANDINGAN KALAM JAMAIE 2012

SEKOLAH MENENGAH: PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA
INGGERIS PERINGKAT NEGERI TAHUN 2016, PERTANDINGAN FORUM
REMAJA PERINGKAT DAERAH TAHUN 2018, PERTANDINGAN KAWAD
KAKI RUMAH SUKAN 2018

PENGAKAP

HARAPAN & SAYA BERHARAP DAPAT MENJADI SEORANG INSAN YANG
CITA-CITA BERGUNA DAN DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
SETERUSNYA MAMPU MENJADIKAN DIRI SEBAGAI INSAN YANG
BERKUALITI DARI SEGALA ASPEK SEPERTI MANA YANG
TERMAKTUB DALAM FASAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK).

BENDERA MALAYSIA

SEJARAH PENGAKAP

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura
dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu,
beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909)
tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat
dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-
kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai
pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura (1910)
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928)
3. I.R Wheeler di Perak (1926)
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka (1925)
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925)
7. Ameen Akhbar di Selangor (1926)
8. A.J Cracle di Terengganu (1926)
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927)
10. Perlis dibawah naungan Kedah (1931)
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (1913)
12. Sarawak (1915)

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia
ke - 2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada
tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.
Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki
di pulauberkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith
Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh
pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah
pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk
budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagaiidea dan pengalaman untuk budak-
budak melalui penerbitan buku “Scouting for Boys” yang dikarang oleh beliau sendiri.
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British.
Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun
sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui
beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap
Duniayang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik
sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord
Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah
beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada
tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat
menyambut ulangtahun ke 84.

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan Penubuhan Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia telah dinyatakan di dalam
perkara1- Penubuhan, Pendaftaran, Pentadbiran (O.R.A) Persaudaraan Pengakap
Raja Malaysia yang telah dibuat oleh Majlis Pengakap Negara Malaysia yang
menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968;
Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan
pindaan Akta Parlimen Akta No. 143 tahun 1974; Akta Persekutuan Pengakap-
Pengakap Malaysia 1974 dan semakan Akta Parlimen Akta No. 409 tahun 1989; Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968.

Penubuhan persaudaraan Pengakap Raja Malaysia ditubuhkan dengan tujuan:

• Memelihara serta menyemarakkan Semangat Pengakap di kalangan
Pengakap Rajadan Pengakap di semua Peringkat.

• Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi
pengetahuan, kemahiran dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya
upaya yang telah diperolehi melalui Pengakap.

• Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam
sebarang bidang yang terdaya sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakap.

• Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM")
peringkatDaerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan
aktiviti.

• Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka.

• Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM.

BENDERA PENGAKAP

LOGO PENGAKAP

LAMBANG MAKSUD
PECAHAN TIGA KELOPAK Melambangkan Persetiaan Pengakap yang
tiga itu:
WARNA KUNING, HIJAU DAN MERAH
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
2. Menolong orang pada setiap masa.
3. Menurut undang-undang pengakap.

Melambangkan unit-unit Pengakap:

Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak;
Hijau bagi Unit Pengakap Muda;
MerahbagiUnit PengakapRemaja.

DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA Melambangkan Undang-Undang
BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK Pengakap.

KIRIDAN KELOPAK KANAN

IKATAN HIJAU Menunjukkan ikatan persaudaraan
Pengakap.

LINGKARAN TALI BERWARNA KUNING Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia
dan persaudaraan Pengakap Sedunia.

ANAK BULAN DAN BINTANG Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah
Agama Islam.

WARNA KUNING PADA ANAK Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli
BULAN DAN BINTANG Yang Maha Mulia Raja-raja.

BINTANG PECAH 14 (WARNA KUNING) Melambangkan 14 buah negeri, termasuk
Wilayah Persekutuan yang terkandung di
dalam Malaysia.

LAMBANG MAKSUD
PECAHAN TIGA KELOPAK Melambangkan Persetiaan Pengakap yang
tiga itu:
DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA
BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK 4. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
5. Menolong orang pada setiap masa.
KIRI DAN KELOPAK KANAN 6. Menurut undang-undang pengakap.

Melambangkan Undang-Undang
Pengakap.

IKATAN PUTIH Menunjukkan ikatan persaudaraan
Pengakap.
LINGKARAN TALI BERWARNA
PUTIH Melambangkan persaudaraan Pengakap
Sedunia.

WARNA UNGU Warna Biro Pengakap Sedunia

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan
seberapa daya upaya saya akan: -

• Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
• Menolong orang pada setiap masa,
• Menurut Undang-undang Pengakap.

UNDANG – UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang
di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu
bapanya,majikannya serta orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang
pada setiapmasa.

4. Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-
lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan
agamanya.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu

bapanya,Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa
persoalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum
walaupunsemasa kesusahan.
9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

COGAN KATA PENGAKAP

ISYARAT DAN HORMAT PENGAKAP

ISYARAT PENGAKAP
Tiga jari yang dirapatkan mengingatlan kepada Persetiaan Pengakap iaitu:

• Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
• Menolong orang pada setiap masa
• Menurut undang–undang pengakap

- Ibu jari membawa maksud Undang-undang Pengakap. Kari kelingking
membawa maksud ahli Pengakap.

- Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai
seorang ahli Pengakap,kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10
undang – undang Pengakap.

- Juga sebagai tanda golongan yang kuat atau kaya membantu
golongan yang lemah atau miskin.

- Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud
persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjat mahupun
keturunan.

HORMAT PENGAKAP

Diberikan semasa:
a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap
atau orangkenamaan.
b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah
c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.

SENI KATA LAGU PENGAKAP MALAYSIA

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna

Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja, dan Negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita

Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

OBJEKTIF PENGAKAP

1. Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan
Pengakap Malaysia) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpengakap
dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

2. Ahli-ahli Pergerakan Pengakap Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.

VISI PENGAKAP

Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menjadi
pertubungan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang

akan melatih golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang
menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai

kepengakapan.

MISI PENGAKAP

Misi kepengakapan adalah menyumbang kepada pendidikan generasi muda
melalui satu sistem nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan Undang-
undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana
rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan memainkan peranan yang
berguna kepada masyarakat.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara
Ketua Pengakap Negara/ Yang
Dipertua Tuan Haji Nasaruddin bin
Shamsuddin
Mej. Jen. Prof. Dato’. Dr. Haji Mohd Zin
bin Bidin

Naib Yang Dipertua
Dato’ Haji Ahmad Shazilly bin Ismail

Bakti

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Mej. Jen. Dato’. Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin

Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara

Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid

Ketua Setiausaha Bendahari Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu
Kerja Pengakap Negara Pejabat
Tan Sri Haji
Tuan Haji Lani bin Abdullah bin • Pesuruhjaya Antarabangsa • Pengakap Khas
Ibrahim • Pesuruhjaya Latihan Negara • Pengakap Kanak-kanak
Taib • Kesihatan dan Bencana Alam • Pengakap Muda
• Pendaftaran dan Keahlian • Pengakap Kelana
Setiausaha • APR Liason Officer • Pengakap Laut
Kerja Latihan • Pembangunan Kepengakapan • Pengakap Udara
• Sumber Dewasa • Unit Antarabangsa
• Media dan ICT • Tugas-tugas Khas
• Logistik
• Program
• Tugasa-tugas Khas
• Hal Ehwal Wanita

STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP IPGK PEREMPUAN MELAYU

Pengerusi
Dr. Faridah binti Yakob

Timbalan Pengerusi Penolong Pesuruhjaya
Dr. Hajah Norshidah
Zaimawati binti Abdul
binto Abu Husin Kadir

Pesuruhjaya
Mohd Rosli bin

Badron

Penolong Pesuruhjaya
Hishamuddin bin
Basiron

Ketua Majlis Sekawan

Ketua Majlis Sekawan

NuruNl JausrauinlaJJabasisnamtiinJiaasmbiinti

Ketua-ketua Sekawan
Ketua-ketua Sekawan
- Nuril Hidayah binti Adnan
- Nurul Hidayah binti Azhari
- Nurul Jasaina binti Jasmi
- Nur Auni Najah binti Mohamed
- Siti Iffah Izzati binti Hamin

STRUKTUR ORGANISASI SEKAWAN KUNING

JURULATIH
Encik Hishamuddin bin Basiron

KETUA SEKAWAN
Nuril Hidayah binti Adnan

PEN. KETUA SEKAWAN
Ummi Sakinah binti Ibrahim

QUARTER MASTER
Fatin Fasihah binti Othman

AHLI SEKAWAN AHLI SEKAWAN
Marsilla binti Mokhtar
Wan Nur Wahidah binti
Wan Mohd Rizduwan

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

PAKAIAN SERAGAM

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP AHLI





PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PEMIMPIN



LENCANA PENGAKAP

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang murid
itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut: -
• Makna lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Sedunia.
• Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap
• Lima prinsip Rukun Negara
• Hormat Pengakap dan cogan kata Pengakap.
• Sejarah pergerakan Pengakap.
• Cerita hutan.
• Laung Agung.
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang murid sebagai mengakui bahawa
dia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia
yang luas itu.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap latar biru tua ini
dipakai padasaku kiri kemeja (uniform Pengakap).

NOTA-NOTA KULIAH MINGGU KELAS

MINGGU 1: RABU, 23 JUN 2021 (PENGENALAN, KONSEP,
SEJARAH, DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM)

Aktiviti Pembelajaran:
1. Penerangan oleh jurulatih tentang maklumat kursus yang merujuk
kepada RMK
2. Setiap sekawan melakukan tugasan yang telah diagihkan

Sekawan Kuning:
- Cerita Hutan, Mowgli, Istiadat Laung Agung

Sekawan Merah:
- Hormat Pengakap, Persetiaan Pengakap, Undang-undang
Pengakap

Sekawan Biru:
- Sejarah Pengakap Dunia, Sejarah Pengakap Malaysia

Sekawan Hijau:
- Tanggungjawab Pemimpin (Ciri dan Peranan Pemimpin) dan
Sistem Berpatrol (Sekawan)

Sekawan Ungu:
- Logo Pengakap dan Pemakaian Seragam Pengakap

MINGGU 2: RABU, 30 JUN 2021 (PENGENALAN, KONSEP,
SEJARAH, DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM)

Aktiviti Pembelajaran:

1. Pembentangan tugasan sekawan (bermula dari Sekawan Kuning,
Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan Ungu, dan Sekawan
Hijau)

2. Pelaksanaan amali (Persetiaan Pengakap dan Undang-undang
Pengakap)

Tugasan Sekawan:
- Sekawan Kuning membentangkan tentang sebuah cerita
hutan yang bertajuk Mowgli. Mowgli merupakan seorang anak
kecil yang dijumpai oleh sebuah keluarga serigala di hutan.
Keluarga serigala tersebut membesarkan Mowgli seperti anak
mereka sendiri. Kemudian, tiba masanya waktu perhitungan
Mowgli. Setelah dibuat perhitungan, satu istiadat dilakukan
semasa perjumpaan tersebut. Istiadat tersebut turut
diterapkan dalam perjumpaan Pengakap, iaitu Istiadat Laung
Agung.
- Ketua mengetuai bacaan ikrar dan bacaan undang-undang
pengakap dialunkan mengikut sekawan masing-masing.

MINGGU 3: RABU, 7 JULAI 2021 (KEMAHIRAN PERKHEMAHAN;
ASAS KAWAD KAKI DAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS)

Aktiviti Pembelajaran:

1. Penerangan tugasan aktiviti dan pembentangan bahan oleh guru
melalui Google Meet.

2. Pelaksanaan amali kawad kaki dan pertolongan cemas.

Tugasan individu:
- Pada kali ini, pelajar didedahkan dengan asas kawad kaki,
jenis kawad, dan bahasa hukuman kawad kaki. Sebagai bakal
guru, pelajar perlu menguasai sekurang-kurangnya gerakan
asas, iaitu paraskan skuad, sedia, senang diri, rehatkan diri,
ke kanan lurus, buka dan tutup barisan, berpusing ke kiri,
kanan, depan belakang, berhenti dalam masa cepat jalan,
hormat ke kanan semasa berjalan, dan keluarkan baris.
Pelajar juga belajar tentang gerakan-gerakan kawad statik,
gerakan-gerakan kawad dinamik, dan bahasa-bahasa
hukuman semasa kawad kaki.
- Bagi pertolongan cemas pula, pelajar didedahkan dengan
asas pertolongan cemas, tindakan yang perlu diambil ketika
menjalankan pertolongan cemas, belajar tentang pembebat
dan pembalut, belajar membuat anduh, belajar merawat
luka, sengatan, melecur, pitam, keracunan, dan belajar
mengenai patahan serta terseliuh.

MINGGU 4: RABU, 14 JULAI 2021 (KEMAHIRAN PERKHEMAHAN;
KRAF PERKHEMAHAN DAN IKHTIAR HIDUP)

Aktiviti Pembelajaran:

- Pelaksanaan Istiadat Pengakap Kanak-kanak
- Teori kraf perkhemahan dan ikhtiar hidup

Tugasan individu:
- Pelajar melaksanaan Istiadat Pengakap Kanak-kanak yang

diketuai oleh sekawan yang bertugas
- Pelajar didedahkan dengan teori-teori perkhemahan, iaitu

cara mendirikan khemah, cara penjagaan khemah, pemilihan
kawasan tapak perkhemahan, kebersihan khemah, dan
persediaan perkhemahan.
- Pelajar juga didedahkan tentang kraf perkhemahan (gajet),
iaitu tujuan gajet, jenis-jenis gajet, dan cara membuat gajet.
- Pelajar turut didedahkan dengan masakan rimba dan
masakan solar, iaitu cara memasak tanpa menggunakan
sebarang peralatan dapur. Masakan dimasaka dengan
kaedah natural, hanya menggunakan bahan dan alat
semulajadi.
- Pelajar juga belajar tentang perangkap, iaitu jerat yang dibina
untuk memerangkap haiwan atau binatang semasa
kehabisan makanan dalam menyertai perkhemahan di hutan.

MINGGU 5: RABU, 21 JULAI 2021 (KEMAHIRAN PERKHEMAHAN;
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN & ORIENTASI
KURIKULUM SEKOLAH)

Aktiviti Pembelajaran:

1. Istiadat Pengakap Kanak-kanak
2. Teori Pengurusan dan persiapan perkhemahan serta orientasi

kurikulum sekolah
3. Aktiviti tugasan sekawan

Tugasan:
- Pelajar melaksanakan Istiadat Pengakap Kanak-kanak yang
diketuai oleh sekawan yang bertugas
- Jurulatih mendedahkan pelajar dengan orientasi kurikulum
sekolah dan elemen-elemen penting yang perlu ada di
dalamnya
Tugasan Sekawan:
1. Sekawan Kuning – Konsep perkhemahan & penglibatan
(mengikut kategori sekolah rendah, sekolah menengah
rendah, sekolah menengah atas, kolej, dan pemimpin)
2. Sekawan Merah – Sijil dan anugerah & tujuan
perkhemahan
3. Sekawan Biru – Jenis perkhemahan (ringkas, kumpulan,
besar-besaran) & Pemilihan tempat
4. Sekawan Hijau – Aspek keselematan, kemudahan asas &
pemeriksaan pagi (tujuan, komponen penilaian, prosedur
istiadat, standard perkhemahan)
5. Sekawan Ungu – Surat-menyurat (jenis-jenis surat) &
laporan dan refleksi (format)

MINGGU 6: RABU, 28 JULAI 2021 (PENGURUSAN DAN PERSIAPAN
PERKHEMAHAN & KEMAHIRAN PERKHEMAHAN)

Aktiviti Pembelajaran:

1. Pembentangan sekawan (bermula dari Sekawan Biru, Sekawan
Merah, Sekawan Ungu, Sekawan Hijau, dan Sekawan Kuning)

2. Aktiviti tugasan sekawan

Tugasan:
- Sekawan Kuning membentangkan konsep asas
perkhemahan yang perlu diketahui oleh semua ahli
pengakap sebagai pengenalan
- Sekawan Kuning juga menerangkan penglibatan pengakap
berdasarkan kategori-kategori yang berbeza, iaitu sekolah
rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas,
kolej, dan pemimpin)

Tugasan Sekawan:
- Sekawan Kuning – Simpulan manuk & Simpul belit
- Sekawan Biru – Simpulan buku sila & simpulan pencuri
- Sekawan Merah – Simpulan tindih kasih & ikatan seraya
- Sekawan Ungu – Simpulan bunga geti & ikatan serong
- Sekawan Hijau – Simpulan balak & ikatan lilit kacang

MINGGU 9: RABU, 18 OGOS 2021 (KEMAHIRAN PERKHEMAHAN)

Aktiviti Pembelajaran:

1. Pembentangan tugasan sekawan (simpulan dan ikatan) bermula
dari Sekawan Merah, Sekawan Ungu, Sekawan Hijau, Sekawan
Kuning, dan Sekawan Biru

2. Pelajar perlu menyediakan beberapa utas tali untuk simpulan dan
ikatan serta beberapa batang kayu

Tugasan:
- Sekawan Kuning menerangkan cara membuat simpulan
manuk dan simpulan belit melalui video Youtube
- Seorang sekawan kuning memberi tunjuk cara membuat
simpulan manuk dan simpulan belit secara ‘live’ dalam
Google Meet
- Pelajar lain menonton video tersebut dan mencuba untuk
mengikuti arahan dan pergerakan ahli sekawan kuning yang
membuat tunjuk cara

MINGGU 10: RABU, 25 OGOS 2021 (PENGURUSAN DAN
PERSIAPAN PERKHEMAHAN)

Aktiviti Pembelajaran:
1. Penerangan tentang tugasan-tugasan perkhemahan oleh jurulatih.
2. Jurulatih mengingatkan pelajar untuk menyediakan bahan-bahan yang

diperlukan dengan lengkap semasa menjalankan tugasan.
3. Jurulatih berkongsi tips-tips bermanfaat untuk tugasan perkhemahan.
4. Jurulatih mengulas semula isi pembelajaran yang telah dipelajari pada

minggu-minggu sebelum-sebelum ini.

NOTA KULIAH MINGGU PERKHEMAHAN

HARI PERTAMA: SELASA 7 SEPTEMBER, 8.00 A.M – 3.00 P.M

TAKLIMAT UJIAN KAWAD KAKI
OLEH: TUAN ZAINAL ABIDIN BIN SAMSUDIN

Isi kandungan taklimat:
1. Penerangan tentang ujian kawad kaki dengan terperinci, iaitu

secara rakaman video.
2. Bahasa hukuman kawad kaki dan gerakan penting yang perlu

ada dalam video ujian kawad kaki.
3. Perincian tentang gerakan kawad kaki, iaitu sedia, senang diri,

pusing kanan, kiri, hadapan, belakang, berjalan, dan berhenti.
4. Penerangan tentang peraturan dan syarat yang perlu diterapkan

semasa menjalankan ujian.

HARI KEDUA: RABU 7 SEPTEMBER, 8.00 A.M – 3.00 P.M

TAKLIMAT UJIAN IKATAN DAN SIMPULAN & UJIAN KRAF
PERKHEMAHAN

OLEH: ENCIK HISHAMUDDIN BIN BASIRON & PUAN
ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR

Isi kandungan taklimat:
1. Penerangan tentang ujian ikatan dan simpulan, iaitu simpulan

manuk, simpulan buku sila, simpulan bunga geti, simpulan
tindih kasih, simpulan belit, simpulan balak serta ikatan seraya,
ikatan serong, dan ikatan lilit kacang yang diadakan secara live
melalui Google Meet.
2. Penerangan tentang prosedur ujian simpulan dan ikatan
dengan jelas, ringkas, dan terperinci.
3. Penerangan tentang pembahagian masa bagi setiap kelas
menjalani ujian.
4. Penerangan tentang ujian kraf perkhemahan, iaitu gajet tiang
bendera yang dijalankan secara rakaman video.

HARI KETIGA: KHAMIS 8 SEPTEMBER, 8.00 A.M – 3.00 P.M

TAKLIMAT UJIAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
OLEH: MADAM KRISTIL TAN AI TENG & DR. NORSIAH BINTI

BAHARI

Isi kandungan taklimat:
1. Penerangan tentang ujian asas pertolongan cemas (anduh

besar) secara terperinci.
2. Penerangan tentang pembebat dan pembalut serta tunjuk cara

pembuatan anduh besar.
3. Penerangan tentang bantuan kecemasan CPR secara

terperinci.
4. Penerangan tentang prosedur dan elemen penting yang perlu

ada dalam rakaman video.

HARI KEEMPAT: JUMAAT 9 SEPTEMBER, 8.00 A.M – 3.00 P.M

TAKLIMAT UJIAN MASAKAN
OLEH: ENCIK SHAHRIN BIN ABIDIN & PUAN NORHASLINA

BINTI NORDIN

Isi kandungan taklimat:
1. Penerangan tentang ujian masakan secara terperinci.
2. Penerangan tentang jenis menu, bahan, dan kaedah memasak

yang dikehendaki.
3. Penerangan tentang larangan dalam menjalankan ujian

masakan rimba secara rakaman video.
4. Penerangan tentang prosedur dan syarat semasa memasak.

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Isa. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan.
Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

Amzan Abd. Malek & Hazirah Hamsah. (2007). Pergerakan Pengakap Malaysia.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (t.t). Modul Pembelajaran MPU 2031 Unit Beruniform
(Pengakap). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persekutuan Pengakap Malaysia (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap
Kelana. Persekutuan Pengakap Malaysia.

Persekutuan Pengakap Malaysia. (2009). Kawad dan Istiadat Pengakap.
Persekutuan Pengakap Malaysia.


Click to View FlipBook Version