The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aravinthar Krishnan, 2020-11-02 21:44:24

Rama-rama

Rama-rama

Keywords: Rama-rama

Sjk(t) ladang ban heng, pagoh,
muar

TAJUK : RAMA-RAMA

Sedikit info berkenaan
rama-rama…

❖ Rama-rama dikenali sebagai spesis serangga
nokturnal di mana ia aktif pada waktu malam dan
berehat pada waktu siang.

❖ Rama-rama bergerak aktif pada waktu malam dan
tertarik kepada cahaya lampu, kebiasaannya warna
fizikal rama-rama lebih pudar dan kurang menarik.

❖ Rama-rama dikenali sebagai salah satu kumpulan yang
mempunyai kepelbagaian yang tinggi terutama di
hutan hujan tropika. Terdapat kira-kira 160000 spesis
rama-rama di dunia.

❖ Rama-rama mempunyai ciri fizikal dan tingkah laku
yang menarik. Sebagai contoh, pergerakan rama-rama
pada waktu malam dibantu oleh cahaya bulan dan
bintang.

❖ Sesetengah rama-rama mempunyai warna dan corak
yang unik.

Kitaran hidup
rama-rama…



Kebaikkan
rama-rama kepada alam

sekitar…

❖ Rama-rama dijadikan sebagai indikator biologi untuk
menganalisis biodiversiti kerana kepelbagaiannya yang
tinggi membuatkan ia sangat sensitif terhadap perubahan
keadaan persekitaran.

❖ Rama-rama juga mempunyai kelebihan di mana ia menjadi
agen pendebungaan (proses debunga dipindahkan dalam
pembiakan tumbuhan) pada waktu malam.

❖ Pokok bunga yang biasa dilawati oleh rama-rama adalah
pokok bunga berwarna putih dan pucat yang berbau
wangi dan mempunyai kandungan madu bunga yang
tinggi.

Ancaman kepada rama-rama…

❖ Kewujudan cahaya buatan seperti lampu di jalan
menyebabkan rama-rama lebih mudah dikesan oleh
pemangsa seperti kelawar.

❖ Penggunaan racun serangga yang digunakan dalam
penanaman juga dapat membunuh rama-rama.

❖ Perubahan cuaca juga adalah antara ancaman terhadap
rama-rama jika sebahagian daripadanya tidak dapat
menyesuaikan diri dan beradaptasi.

Kekayaan spesis rama-rama…

❖ Terdapat lebih kurang 4000 spesis rama-rama di
Borneo.

❖ Terdapat kekayaan spesis rama-rama yang tinggi
di Hutan Hujan Tropika di Maliau Basin, Sabah.

Jika, rama-rama pupus???

❖ Keseimbangan ekosistem akan terancam.

❖ Rangkaian makanan akan terputus dan memberi kesan
kepada organisma-organisma yang lain. Hal ini kerana,
sesetengah jenis serangga seperti rama-rama memainkan
peranan penting dalam ekosistem sebagai agen
pendebungaan bagi sesetengah jenis tumbuhan. Sekiranya,
agen pendebungaan tidak ada, maka tumbuhan tidak dapat
membiak. Keadaan ini juga akan membawa kepada
gangguan besar ke atas rantaian makanan, yang akhirnya
turut boleh menjadi ancaman kepada manusia.

Galeri rama-rama….

1. SWALLOWTAILS 4. RAMA-RAMA
BERAYUN
2. RAMA-RAMA GOSSAMER
BERUS BULU
5. KURA-KURA
3. PUTIH DAN MILBERT
SULFUR
6. ZEBRA
SWALLOWTAIL

Bibliografi

1. Laman web

i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rama-rama

ii. https://www.majalahsains.com/rama-rama-keunikannya/
iii. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendebungaan
iv. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/03/135970/

tindakan-perlu-diambil-elak-kepelbagaian-bio-negara-terus-sakit
v. https://ms.artexhausts.com/jenis-nama-rama-rama-25-spesies-

rama-rama-yang-paling-cantik


Click to View FlipBook Version