The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulauni0310, 2024-03-07 06:08:01

E-PORTFOLIO PSVK3462 KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

NAMA : NURUL AUNI BINTI ABDUL HAKIM

KELAS: EPSV-2

P E N G E N A L A N


Mengikut Kamus pelajar bahasa Malaysia, terbitan Dewan bahasa dan Pustaka (1988), "seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah". Mengikut Ibn. Khaldun "Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika". Seni juga membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, mengubah dan sebagainya. Umumnya, seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu. Seni mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hubungan dengan seni visual, seni muzik, seni tari, seni mempertahankan diri, seni bina dan pelbagai ciptaan yang lain. Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni reka ialah garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang. Prinsip seni reka ialah harmoni, penegasan, kontra, imbangan, kepelbagaian, irama dan pergerakan serta kesatuan. P E N G E N A L A N


B I DANG : MEMB UAT CORAK DAN R E KAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. APA ITU MEMBUAT CORAK DAN REKAAN? APA ITU CORAK ? Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas. Motif corak boleh terdiri daripada alam semula jadi, bunga, bahan buatan manusia, geometri, abjad dan lain-lai n


01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 CORAK Susunan Susunan Penuh Susunan Turun separa Susunan berulang Susunan orgee Susunan batu bata Susunan berpusat Susunan sendeng Susunan Jidar Susuna Cerminan Susunan berlajur


01 Lukisan dan Catan CORAK TERANCANG 02 Cetakan 03 Capan 04 Lipatan dan Guntingan 05 Resis 06 Kolaj Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.


01 Pualaman CORAK TIDAK TERANCANG 02 Tiupan 03 Ikataan dan Celupan 04 Renjisan dan percikan Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.


Pelan BILIK DARJAH


Sudut Pameran merupakan tempat hasil murid dipamerkan Rak Pengurusan pula akan digunakan oleh guru untuk meletakkan barang pengurusan pelajar. Keadaan meja pelajar akan diasingkan kepada lelaki dan perempuan kerana bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa aktiviti dijalankan. Rak barang dan alatan akan digunakan untuk meletak bahan-bahan atau alatan seni supaya keselamatan murid terjaga Sudut Matapelajaran akan melihatkan tentang info-info berkenaan mata pelajaran Ruang membuat kerja akan digunakan oleh murid jika murid tidak selesa dengan ruang yang ada pada meja sendiri. Sudut mencari maklumat akan digunakan oleh murid untuk mencari maklumat tentang pelajaran. Ruangan ini akan digunakan semasa aktiviti apresiasi di jalankan.Murid perlu berdiri di tengah dan bentangkan hasil kerja. Sinki air memudahkan pelajar dan pelajar tidak keluar masuk kelas ke tandas ketika aktiviti PdP berlangsung Susunan meja ini disusun sebegini kerana memudahkan pemerhatian guru semasa aktiviti dan murid tidak perlu bergerak dengan banyak semasa aktiviti apresiasi dijalankan


Pelan DEWAN TERBUKA


Sinki air memudahkan pelajar dan pelajar tidak keluar masuk kelas ke tandas ketika aktiviti PdP berlangsung Pentas ini akan digunakan semasa aktiviti apresiasi di jalankan.Murid perlu berdiri di atas dan bentangkan hasil kerja. Baku Sampah juga disediakan supaya murid tidak membuang sampah di merata dewan Layar Putih akan digunakan untuk menayankan bahan bantu belajar seperti slaid lagu dan sebagainya. Kedudukan murid disusun sebigini supaya murid mudah bergerak dan bekerjasama serta berkomunikasi tentang pelajaran. Ruangan aktiviti ini boleh digunakan oleh pelajar jika ruang yang disediakan tidak mencukupi. Sudut info merupakan sudutsudut info semasa dan kehidupan seharia dan boleh membantu pelajar untuk dikaitkan dengan isi pelajaran..


Video Penghasilan Karya Bidang : Membuat corak dan rekaan Tajuk : Stensilan (Inilah Gayaku) Tema : Beg Cantik Menawan Tahun : 4 Link : https://youtu.be/VlqudckNKxk


Proses Penghasilan Karya Bidang : Membuat corak dan rekaan Tajuk : Stensilan (Inilah Gayaku) Tema : Beg Cantik Menawan Tahun : 4


langkah 1 Sediakan bahan seperti : Kertas keras, span, t-shirt, fabric paint, pallet, gunting, hiasan, kertas alas, gam, pisau, apron langkah 2 Untuk menghasilkan blok stensil, murid perlu memotong bahan motif arnab dan bentuk hati yang telah disediakan oleh guru dengan menggunakan gunting atau pisau (atas pemerhatian guru)


langkah 3 Sediakan bahan untuk mengecap. Potong span kepada bahagian yang lebih kecil. Tuangkan cat fabric yang hendak digunakan ke dalam pallet langkah 4 Setelah semua bahan telah siap disediakan. Sediakan baju t-shirt terpakai atau yang telah disediakan oleh guru di atas meja.


langkah 5 Letakkan kertas alas di bahagian dalam baju supaya semasa proses mengecap, cat tidak terkena di bahagian belakang baju langkah 6 Kemudian, lekatkan blok stensil menggunakan pita pelekat mengikut susunan tapak catur supaya blok stensil tidak bergerak.


langkah 7 Mulakan proses mengecap dengan menggunakan span. Murid perlu mengecap bentuk yang ada pada blok stensil dengan berhati-hati dan kemas. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga terbentuk susunan tapak catur langkah 8 Sebelum melakukan proses mengecap untuk motif bentuk hati, biarkan hasil capan bentuk arnab kering sedikit supaya cat tidak comot.


langkah 9 Ulang proses yang sama seperti langkah 6 dan 7 sehingga siap. Lakukan dengan cermat dan kemas. langkah 10 Keringkan hasil capan di bawah cahaya matahari supaya ia kering dengan lebih cepat. Pastikan murid-murid letak di kawasan yang bersih.


langkah 11 Setelah kering, terbalikkan bahagian dalam t-shirt ke luar untuk membuat penandaan pada bahagian yang ingin dipotong. langkah 12 Tanda di kedua-dua bahagian lengan, kolar dan bahagian bawah baju dengan pen penanda. Murid-murid boleh melihat contoh di buku teks pada halaman 26 dan 27


langkah 13 Guntingkan pada bahagian yang ditanda dengan cermat. langkah 14 Setelah potong, terbalikkan semula t-shirt untuk meletakkan hiasan mengikut kreativiti masing-masing.


langkah 15 Selepas hiasan telah melekat dengan kukuh.Terbalikkan semula bahagian dalam t-shirt ke luar. langkah 16 Guna lebihan kain yang dipotong untuk mengikat bawah baju dengan kemas dan kuat sebagai tapak beg.


langkah 17 Terbalikkan semula t-shirt langkah 18 Syabas, kamu telah berjaya menghasilkan beg dengan kreatif !


Hasil Akhir : BEG CANTIK MENAWAN


Click to View FlipBook Version