The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by user0529, 2022-05-23 05:25:20

kebaikan dan keburukan media sosial

kebaikan dan keburukan media sosial

MPU23042 : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SESI 2 2021/2022

E-Folio: Kebaikan dan
Keburukan Media Sosial

WAREEN A/P TOI ONG (26DAT21F1025)

NAMA PENSYARAH:
PUAN DINA BINTI ABDUL KHALIK

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Objektif 3

2 Definisi 4

3 Pengenalan 5
4 Kebaikan 6-11
5 Faktor 12-16
6 Keburukan
17-23

7 Statistik 24-26
8 Langkah 27
9 Kesimpulan 28
10 Lampiran
11 Sumber rujukan 29-31
32-33

Objektif

01

Memberikan penerangan tentang
maksud media sosial dengan jelas.

02

Memberikan penerangan tentang
kebaikan dan keburukan media sosial.

03

Mengenalpasti faktor remaja
taksub dengan media sosial.

04

Membincangkan tentang langkah-langkah
untuk mengatasi penggunaan media sosial.

Definisi Media Sosial

Kamus Dewan

Media bermaksud alat atau pengantara dalam
komunikasi ataupun perhubungan. Manakala sosial
bermaksud segala hal yang berkaitan dengan
kemasyarakatan. Oleh itu, media sosial secara
mudahnya membawa erti instrumen sosial dalam
berkomunikasi.

Andreas Kaplan dan
Michael Haenlein

Media sosial sebagai sebuah kelompok aplikasi
berasaskan internet yang membangun di atas dasar
ideologi dan teknologi dan yang memungkinkan
penciptaan dan pertukaran user-generated content.

Pengenalan

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet
amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”,
“Instagram”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja.
Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi
satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja
kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini
sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.
Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial
yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di
Malaysia.

Sentiasa Platform
berhubung perbincangan

Kebaikan Media Sosial Mudah
menyebarkan
maklumat

Perkongsian Pemberi
maklumat peluang
dan ilmu

Sentiasa berhubung

Seperti yang ramai sudah tahu, media sosial adalah tempat
terbaik untuk berhubung dengan teman tanpa mengira jarak.
Di mana pada zaman dahulu orang berhubung hanya dengan
surat yang boleh mengambil masa yang sangat lama, para
pelajar zaman sekarang boleh bersembang dengan teman
dengan sekelip mata. Tambahan pula, media sosial boleh
digunakan untuk mencari teman-teman yang sudah lama tidak
berjumpa dan teruskan perhubungan mereka

Platform perbincangan

01

Dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, para pelajar
bebas untuk berkongsi gambar, atau juga artikel yang mereka
jumpa di laman maya. Pelajar boleh terus membincangkan hal
yang mereka rasa mereka perlu dapatkan pendapat dari yang
lain. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh kongsikan berita
ataupun informasi yang boleh manfaatkan teman pelajar
mereka yang lain. Tidak lupa juga, dengan “Follow” sesetengah
page Facebook seperti Berita Harian atau NST, mereka juga terus
akan dapat informasi terkini tanpa memerlukan beban
membaca kertas fizikal.

Mudah menyebarkan
maklumat

Sebagai contoh, pada waktu dulu ketika ingin melakukan
majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-
rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan
laman sosial, kad kahwin boleh diletakkan di sana dan
dimaklumkan kepada rakan-rakan secara mudah dan
cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah
gen tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat
disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah
dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

Pemberi peluang

Media sosial bukan sahaja boleh digunakan untuk sirkulasi
informasi, tetapi platform untuk mencipta peluang kepada
pelajar-pelajar juga. Banyak orang sekarang menggunakan
platform media sosial untuk iklankan perniagaan mereka,
atau menggunakan platform ini untuk menjadi selebriti media
maya. Malah, peluang yang dibincangkan di sini juga
merangkumi peluang untuk mendapat bantuan dana atau
sebagainya untuk kenalan mereka menggunakan jaringan
kenalan yang dibincangkan pada isi yang pertama di artikel

ini.

Perkongsian maklumat
dan ilmu

Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan
mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan
yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi
bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan
televisyen untuk mengetahui berita terkini. Malah
perbicaraan mahkamah diketahui dengan serta merta melalui
Twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat
diketahui serta merta ilmu dalam bidang perubatan, teknologi
dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Aplikasi Untuk Sekadar untuk
menarik dan perkongsian ilmu mengisi masa

ketagih dan maklumat lapang
game
Faktor remaja Untuk
Ingin taksub dengan mencari
mendapatkan media sosial pasangan
berita terkini
dengan cepat hidup

Hendak
menonjolkan imej
diri atau hendak
pamer body yang

mantap

Faktor remaja taksub
dengan media sosial

Untuk mencari pasangan hidup

Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari
laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan
hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki
ataupun teman wanita.

Sekadar untuk mengisi masa lapang

Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan
Facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini,
mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
melayari Facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping
mengisi masa lapang ada antara mereka membuat
perniagaan dan membuat promosi melalui laman web sosial
seperti Facebook dan Twitter.

Untuk perkongsian ilmu dan maklumat

Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan
laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan
ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka
boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang
sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang
memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang
perniagaan.

Hendak menonjolkan imej diri atau

hendak pamer body yang mantap.

Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-
lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya
yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing.
Bagi yang kacak dan cantik memang menjadi kegilaan
sesetengah individu.

Ingin mendapatkan berita
terkini dengan cepat

Ada juga remaja yang taksub dengan laman sesawang sosial
kerana ingin mendapatkan sesuatu maklumat terkini dengan
cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada
golongan pelajar dan mereka yang suka sesuatu yang baru.
Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.

Aplikasi menarik dan ketagih game

Laman web sosial seperti Facebook menyediakan pelbagai
aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka
yang ketagih dengan game, Facebook merupakan tempat atau
medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini
tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi Facebook
terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti
akan menyebabkan remaja sanggup melayari Facebook 24 jam
dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.

Mengurangkan 01 02 Melalaikan
fokus tanggungjawab

06 Keburukan 03
Media Sosial Ketagihan
Boleh meruntuhkan
rumah tangga

Gangguan oleh 05 04 Gangguan
individu yang
tidak dikenali kesihatan

Mengurangkan fokus

Bukan sahaja golongan muda, malah orang tua pun sudah “ketagih”
dengan media sosial ini. Jika buku memerlukan fokus dari pelajar
untuk membaca dan memahaminya, media sosial pula direka supaya ia
menarik fokus para pelajar kepadanya. Notifikasi yang menarik
perhatian, dan juga reaksi teman-teman kepada pos mereka sendiri
amatlah mengasyikkan, dan ia menyebabkan pelajar leka dengan
“ketagihan” tersebut.

Melalaikan tanggungjawab

Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga
menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang
terganggu tugas sama ada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya
mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai
‘games’, ‘group provokasi dan gosip’ dan sebagainya. Ketagihan
melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun
dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja
disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan
pelajaran mereka.

Ketagihan

Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk
berengan darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya
diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada
yang menjadi gila disebabkan ketagihan terhadap laman sosial.
Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan
komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.
Selain itu, pelajar kebanyakannya mempunyai masa lapang yang
lebih lama berbanding golongan dewasa yang bekerja. Oleh sebab
yang demikian, para pembangun aplikasi media sosial
mengetengahkan ciri-ciri yang menarik minat pelajar yang
merupakan pengguna aktif mereka. Contohnya, penstriman video
kini menjadi lebih mudah dan pelbagai aktiviti interaktif yang
melibatkan penggunaan media sosial untuk menghabiskan masa di
alam maya tersebut

Gangguan kesihatan

Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan sama ada fizikal ataupun
mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu
memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening
kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah
kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan
seseorang yang terlibat dalam laman web sosial. Kadang-kadang remaja
menghabiskan banyak masa di media sosial sehingga mereka kehilangan
tidur yang berharga. Sebenarnya, satu kajian British yang diterbitkan dalam
Journal of Youth Studies meninjau 900 remaja antara umur 12 dan 15
tentang penggunaan media sosial mereka dan kesannya terhadap tidur. Apa
yang mereka dapati adalah bahawa seperlima dari remaja berkata mereka
"hampir selalu" bangun pada waktu malam dan log masuk ke media sosial.
Kajian itu juga mendedahkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih
berkemungkinan besar daripada kanak-kanak lelaki untuk bangun dan
memeriksa media sosial di telefon mereka.

Gangguan oleh individu
yang tidak dikenali

Kadangkala ada individu yang tanpa disedari
menceroboh peribadi. Sebab itu perlu
berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki
senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan
sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan
terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan
mangsanya.

Boleh meruntuhkan rumah tangga

Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja
perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada
Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-
kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga
membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah
disebarkan. Facebook juga menyebabkan berlaku kes
perceraian kerana suami atau isteri curang selepas
berkenalan dengan kekasih menerusi laman web social.

Statistik remaja menggunakan
media sosial

13 - 15 35 - 44
16 - 17 45 - 54

18 - 24 55 - 64

25 - 34 64 ++

Kaji selidik oleh Pusat Pembangunan Insan dan
Teknokomunikasi. Kajian kuantitatif ini dilakukan melalui
pengedaran boring selidik terhadap 750 orang

Purata jam pengguna melayari
media sosial dalam sehari
mengikut negara

Kaji selidik oleh The Global State, Hootsuite itu telah
dijalankan melibatkan 239 buah negara bagi mengetahui
trend terkini pengguna laman sosial di seluruh dunia

Langkah untuk mengatasi

o Ibu bapa perlu mengawasi aktiviti

Keluarga anak-anak mereka.

o Ibu bapa perlu sentiasa

memeriksa peranti pintar anak-
anak mereka.

o Masyarakat perlu mempunyai disiplin

dan ketahanan diri bagi mengubah corak
hidup.

o Masyarakat perlu menggunakan media

Individusosial untuk kegunaan yang baik dan

aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi
meningkatkan kecekapan minda
masyarakat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan media sosial ini
mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan
kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang
wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak
berkuasa untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang
tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang
berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara
yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa
“mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

Lampiran

Ketagihan media sosial menyebabkan remaja membuat
sesuatu kerja dengan lambat

Lampiran

Pengguna media sosial perlu berhati-hati semasa
menyebarkan maklumat di media sosial agar tidak
mudah ditipu.

Pengguna perlu mengguna media sosial
dengan sedar , jangan terlalu mengikut trend
media sosial.

Sumber rujukan

Buku

Aina Umairah Ansari. 400
Adab di Media Sosial(2021).
Putrajaya : PTS Publishing
House

Dato’Seri Zainal Rahim bin Seman.
Penerapan Etika Penggunaan Media
Sosial Dalam Sektor Awam(2022).
Kuala Lumpur: Sk Setapak

Hilda Rachmawati, S.P., M.M.
Komunikasi Merek Di Media Sosial &
Penerapannya Pada TV Berita (2021).
Indonesia :Penerbit Buku Pendidikan
Deepublish.

Karina Listya Widyasari.
Memaksimalkan Penggunaan Media
Sosial Dalam Lembaga Pemerintah
(2019). Indonesia: Direktorat Jenderal
Informasi dan Komunikasi Publik

Teuku Iskandar. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Internet

https://cmnacademy.com/kebai
kan-dan-keburukan-media-
sosial/

https://blog.airfunding.net/ms/ms-
airfunding-info-
collections/kelebihan-dan-
kekurangan-media-sosial-kepada-
pelajar/

https://eseistpm.blogspot.com/201
5/01/kebaikan-dan-keburukan-
laman-sosial-isi.html


Click to View FlipBook Version