The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja kes Sejarah Tahun 6 Helium

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naqiyahanakhebat, 2021-05-23 04:24:20

Kajian Kes Negeri Selangor

Kerja kes Sejarah Tahun 6 Helium

Keywords: Negeri Selangor

TAJUK KAJIAN KES :
Negeri Selangor ialah salah sebuah negeri di
Malaysia. Tuliskan asal-usul nama negeri Selangor ,
bendera , jata, lagu, ketua negeri dan tempat-

tempat menarik di negeri Selangor

Nama Penuh :
Nurool Naqiyah Binti Mohd Sharul Nizam

Kelas :
6 Helium

Guru Mata Pelajaran :
Puan Munirah Binti Md Said

Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Seafield, USJ 6 Subang Jaya

ASAL-USUL NAMA NEGERI SELANGOR :
Nama negeri Selangor bermula dari Kuala Selangor
dan dikaitkan dengan nama Sungai Selangor.Zaman

dahulu menjadi kebiasaan orang menamakan
sesuatu tempat daripada nama sungai. Nama
Selangor (Kuala Selangor) dikatakan telah wujud
lebih awal dari kurun Masihi 15, sebelum Melaka
dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala

Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

Rujukan: https://image2.slideserve.com/4621517/selangor-l.jpg

BENDERA NEGERI SELANGOR :

❖ Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa
Sultan Selangor yang keempat, Sultan Abdul Samad
(1859-1898).

❖ Satu per empat bahagian bendera terdiri daripada
warna kuning dan merah.

❖ Logo Negeri Selangor dan bintang memberi erti
negeri Islam dan lima pegangan utama.

❖ Kuning juga adalah melambangkan warna DiRaja.
❖ Lima bucu bintang membawa erti mengucap dua

kalimah syahadat, solat lima waktu sehari semalam,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadan
dan mengerjakan haji di Baitullah.

JATA NEGERI SELANGOR :

✓ Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama
negeri.

✓ Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula
Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran
Negeri.

✓ Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah
cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali
bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

LAGU NEGERI SELANGOR :

Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman Dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia

KETUA NEGERI SELANGOR :

DULI YANG MAHA MULIA DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN SHAH ALHAJ
ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ (RAJA MUDA SELANGOR)

Pelantikan Sultan bagi negeri Selangor adalah :

• Menggunakan sistem pewarisan taakhta yang
berdasarkan jurai keturunan sebelah bapa

• Putera sulung Sultan memegang jawatan sebagai

Raja Muda atau Tengku Mahkota yang lazimnya

dilantik untuk menggantikan ayahandanya.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI SELANGOR :
1.

Lawatan ke perpustakaan ini pasti dapat melahirkan rasa
cinta kepada buku dan perpustakaan. Ini kerana, zon khas
untuk kanak-kanaknya dihias dengan cukup kreatif, penuh
dengan warna-warni. Bukan bahagian kanak-kanak sahaja
yang menarik di dalam bangunan 6 tingkat ni, tetapi juga
keseluruhan perpustakaan ini yang berkonsepkan
perpustakaan dalam taman ataupun “library in the park.”

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI SELANGOR :
2.

Terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, adalah sebuah
bangunan dengan reka bentuk unik seperti rumah tradisional
Minangkabau, iaitu Muzium Sultan Alam Shah.
Muzium ini menjadi simbol kepada budaya dan pembangunan
negeri Selangor. Dibina pada tahun 1974, muzium ini diberi nama
Muzium Sultan Alam Shah sempena nama Sultan Selangor yang ke-
7 iaitu Sultan Hisamuddin Alam shah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI SELANGOR :
3.

Di pulau yang dinamakan Pulau Carey ini terdapat sekumpulan
masyarakat asli yang digelar Mah Meri. Waktu terbaik untuk ke sini
adalah sekitar bulan Mac ke April setiap tahun untuk melihat
sambutan Hari Moyang, ketika musim perkahwinan atau Puja
Pantai. Di dalam kawasan kampung ini juga terdapat sebuah
muzium atau galeri kecil yang mempamerkan pelbagai koleksi
seni, agama, budaya dan pelbagai lagi berkaitan dengan
masyarakat asli Mah Meri.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI SELANGOR :
4.

Wet World Water Park Shah Alam adalah sebuah tarikan yang
terletak di tengah bandaraya Shah Alam yang telah dibuka sejak
dari tahun 1996 lagi.
Antara tarikan yang terdapat di taman tema air ini adalah Super
Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, Caribbean Rider, Island
of Treasure dan banyak lagi. Cukup banyak untuk sebuah taman
tema dengan harga tiket tidak lebih dari RM40

Terima kasih kepada Puan Munirah , Guru Sejarah
Tahun 6 Helium atas tunjuk ajar sehingga saya
berjaya menyiapkan tugasan kajian kes ini.

Melalui kajian kes ini, saya lebih mengenali negeri
Selangor dengan lebihterperinci dan menaikkan lagi
rasa cinta serta bangga saya menjadi warga negeri

Selangor.

Terima kasih semua.

- SEKIAN -


Click to View FlipBook Version