11. Tanda koma tidak digunakan di antara petikan langsung yang
berakhir dengan tanda tanya atau tanda seru, dengan bahagian lain
yang mengikutinya.
Misalnya:
“Di mana dayangku tinggal?” tanya Karim.
“Berdiri lurus-lurus!” perintahnya.
12. Tanda koma digunakan untuk memisahkan keterangan tambahan
dan keterangan aposisi.(Lihat juga pemakaian tanda pisah, Bab IV,
Fasal F).
Misalnya:
Guru saya, Pengiran Ahmad, pandai mengajar.
Di daerah kami, misalnya, masih ramai laki-laki bekerja
sendiri.
13. Tanda koma tidak perlu bagi menunjukkan ribu atau juta.
Misalnya:
Lihat halaman 2567.
Dia lahir pada tahun 1965 di Temburong.
Nombor telefonnya 2200464.
14. Tanda koma digunakan bagi angka yang melebihi empat digit
bagi menandakan bilangan ribu, puluh ribu, ratus ribu, juta.
Misalnya:
2,222 dua ribu dua ratus dua puluh dua
2,222,222,222 dua ribu dua ratus dua puluh dua juta
dua ratus dua puluh dua ribu dua
ratus dua puluh dua.
C. Tanda Koma Bertitik (;)
1.Tanda koma bertitik digunakan sebagai pemisah ayat-ayat yang sejenis atau
setara.
Misalnya:
Malam makin larut; kamu belum tidur lagi.
Perut sudah kenyang; kamu masih lapar.
2. Tanda koma bertitik digunakan sebagai pemisah ayat-ayat yang setara dalam
suatu ayat majmuk, iaitu bagi menggantikan kata penghubung.
Misalnya:
Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik
menyiapkan kerja rumahnya; saya sendiri asyik menonton televisyen.
2. Tanda titik bertindih digunakan (i) di antara jilid atau nombor dengan halaman,
(ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab suci, atau (iii) di antara judul
dengan anak judul suatu karangan.
Misalnya: Jurnal Bahasa, 15 (2008), 4:9
Surah Yasin: 36
Bahasa dan Sastera Nusantara: Sejarah dan Masa Depan
3. Tanda titik bertindih digunakan dalam skrip drama sesudah kata nama pelaku
yang melafazkan sesuatu dialog.
Misalnya:
Ibu : Alai, bawa bungkusan ini!
Fatimah : Baik, bu.
Ibu : Jangan lupa, bawa bisai-bisai!
4. Tanda titik bertindih tidak digunakan jika rangkaian atau pemerian
itu merupakan pelengkap yang mengakhiri pernyataan.
Misalnya:
Kita memerlukan kerusi, meja, dan almari.
Fakulti itu mempunyai Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik.
E. Tanda Sempang (-)
1. Tanda sempang menyambung suku-suku kata dasar yang
terpisah oleh penggantian baris.
5. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan (i) se- dengan kata berikutnya yang
dimulai dengan huruf besar, (ii) ke- dengan angka, (iii) angka dengan -an, (iv) ... cara baru
meng- ukur panas. ... cara baru me- ngukur kelapa. ... alat pertahan- an yang baru singkatan
huruf besar dengan imbuhan atau kata, (v) kata dengan kata ganti nama Allah.
Misalnya: se-Borneo
se-Nusantara
hadiah ke-3
tahun 70-an
K.P.-nya nombor 00-278089
Sinar-X
hidayat-Mu
rahmat-Nya
6. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur
bahasa asing.
Misalnya: meng-upgrade-kan
di-update
F. Tanda Pisah (–) (Panjangnya dua kali tanda sempang dan memenuhi ruang) 1. Tanda
pisah membatasi penyisipan kata, kelompok kata atau anak ayat yang memberi
penjelasan khusus.
Misalnya: Kemerdekaan bangsa itu – dan saya yakin akan tercapai – diperjuangkan oleh
bangsa itu sendiri.
2. Tanda pisah menegaskan adanya keterangan aposisi atau keterangan yang lain agar
ayat menjadi lebih jelas. Misalnya: Mereka semua mengenal Awang Moksin – guru tua di
daerah itu – sebagai seorang dermawan.
3. Tanda pisah digunakan di antara angka yang melambangkan bilangan atau tarikh bagi
maksud ‘sampai’, ‘dengan’ atau di antara dua nama bandar bagi maksud ‘ke’, ‘sampai’.
Misalnya:
1 – 20
1910 – 1954
Bandar Seri Begawan – Seria
G. Tanda Elipsis (…) (Tiga titik yang terletak di tengah ruang)
1. Tanda elipsis digunakan dalam ayat yang terputus-putus.
Misalnya: Kalau begitu … ya, marilah kita bergerak.
2. Tanda elipsis menunjukkan bahawa dalam suatu petikan atau teks ada
bahagian yang sengaja dihilangkan.
Misalnya: “Sebab-sebab kemerosotan … akan diteliti lebih lanjut.”
… bersetuju meneliti cadangan tersebut.
Catatan: Jika bahagian yang sengaja tidak dicatatkan itu mengakhiri sesuatu ayat,
perlu dipakai empat titik. Misalnya: Dalam tulisan, tanda baca hendaklah
digunakan dengan hati-hati ….
L. Tanda Petik (“…”)
1. Tanda petik mengapit petikan langsung yang berbentuk dialog daripada naskhah atau
bahan tertulis lain.
Misalnya: “Sudah siap,” kata Salim. “Saya belum siap,” jawab Hakim.
2. Tanda petik mengapit judul syair, karangan dan bab buku apabila digunakan dalam
ayat.
Misalnya:
Karangan Dr.Aini Karim yang berjudul “Kontak Budaya dan Kesannya: Pemindahan
Leksikal” diterbitkan dalam Jurnal Bahasa.
Bacalah “Bola Lampu” dalam buku Dari Suatu Masa, Dari Suatu Tempat.
Sajak “Berdiri Aku” terdapat pada halaman 5 buku itu
3. Tanda petik mengapit istilah ilmiah yang kurang dikenal atau kata yang mempunyai erti khusus.
Misalnya: “Morfologi” tanah itu sedang kami pelajari bersama.
4. Tanda petik penutup diletakkan selepas tanda baca yang mengakhiri petikan langsung.
Misalnya: “Sudah siap?” tanya Ali. Kata Ahmad, “Saya juga minta satu.
5. Tanda baca penutup, ditempatkan di belakang tanda petik yang mengapit kata atau ungkapan
yang dipakai dengan erti khusus.
Misalnya: Kerana warna kulitnya, dia disebut “Si Hitam”. Dia sering disebut “pahlawan”; dia
sendiri tidak tahu sebabnya.
Catatan: Kedua-dua pasang tanda petik itu ditulis sama tinggi di sebelah atas baris.
M. Tanda Petik Tunggal (‘…’)
1. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik.
Misalnya: Tanya Basri, “Engkau dengar bunyi ‘berdering’ tadi?”
2. Tanda petik tunggalmengapit terjemahan atau penjelasan suatu kata atau ungkapan asing.
Misalnya: ‘Kadar inflasi’ ‘rate of inflation’. (Lihat pemakaian tanda kurung, Bab IV, Fasal J)
N. Tanda Ulang (…2) Tanda ulang cuma digunakan untuk tujuanmenyegerakan catatan.
Misalnya: kata2
lebih2
sekali2
O. Tanda Garis Miring (/)
1. Tanda garis miring digunakan dalam penomboran kod surat.
Misalnya:
DBP/P411/M48
2. Tanda garis miring digunakan sebagai pengganti kata dan, atau, per, atau pada
nombor alamat.
Misalnya:
Harganya $2.50/ela
mahasiswa/mahasiswi
Sewanya $130.00/bulan mengkaji
fonologi dan/atau morfologi
P. Tanda Penyingkat (‘)
Tanda penyingkat menunjukkan penghilangan bahagian kata.
Misalnya: Ali ‘kan kuhubungi. (‘kan = akan)
Malam ‘dah tiba. (‘dah = sudah)
EJAAN ISTILAH, KATA PINJAMAN DALAM
BAHASA INGGERIS
PENULISAN UNSUR SERAPAN
Dalam perkembangannya, bahasa Melayu menyerap unsur daripada pelbagai bahasa
lain, baik daripada sesuatu bahasa daerah mahupun bahasa asing, misalnya bahasa
Sanskrit, Tamil, Cina, Arab, Portugis, Belanda, dan Inggeris.
Penyerapan unsur pinjaman dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua
golongan:
Pertama, bagi unsur asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu
seperti vis-a-vis, landrover, ad-hoc, pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan
seperti dalam bahasa sumber.
Kedua, bentuk visual kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah terserap ke
dalam bahasa Melayu, hendaklah diutamakan. Penulisan kata serapan seperti ini adalah
menurut kaedah-kaedah yang berikut:
1. a tetap a
race ras
abstract abstrak
octave oktaf
plate plat
2. ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae
aerial aerial
aerograph aerograf
aerobe aerob
3. ae jika bervariasi dengan e jadi e estetik
aesthetics hemoglobin
haemoglobin hematit
haematite
4. ai tetap ai
aileron aileron
trailer trailer
caisson kaison
5. au tetap au
automatic automatik
tautology tautologi
umlaut umlaut
auditorium auditorium
6. c di muka a, u, o, dan konsonan menjadi k
carbon karbon
classic klasik
cuboid kuboid
coblat kobalt
corpus korpus
7. c di muka e, i, oe, dan y menjadi s
cent sen
cilia silia
cylinder silinder
coelom selom
cybernetics sibernetik
KESALAHAN KATA
Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
Baju itu selesa kerana ia diperbuat daripada kain yang berkualiti.
Kesalahan "ia" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga tidak sesuai untuk
merujuk benda.
Pembetulan baju itu selesa kerana baju itu diperbuat daripada kain yang berkualiti.
Kesalahan Penggunaan Kata Tugas
Kesalahan
Kamarul tidak boleh menghadiri majlis itu kerana demam.
Sebab
Kata bantu ragam 'boleh' tidak sesuai untuk menunjukkan keupayaan
Pembetulan
Kamarul tidak dapat menghadiri majlis itu kerana demam.
Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan
Kesalahan: Setengah masyarakat masih leka dalam menjaga kesihatan diri
Sebab: Kata bilangan 'setengah' digunakan untuk benda yang boleh dibahagi dua dan
tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada manusia.
Pembetulan: Sesetengah masyarakat masih leka dalam menjaga kesihaatn diri.
Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
Ahmad bersedia bila mengetahui berita itu.
Kesalahanan: menggunakan kata Tanya sebagai kata hubung keterangan.
Pembetulan: ahmad bersedia apabila mengetahui berita itu.
Kesalahan Penggunaan Kata Nafi
- Saya bukan bersalam dalam hal itu
- Kesalahan Kata Nafi bukan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut pembetulan
saya tidak bersalah dalam hal itu.
- Pembetulan saya tidak bersalah dalam hal itu.
Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri adalah / ialah
1. Saya bukan bersalah dalam hal itu.
2. Duit itu tidak milik saya.
Kata nafi tidak sesuai digunakan mengikut konteks ayat tersebut.
Saya tidak bersalah dalam hal itu.
Duit itu bukan milik saya.
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
Saya berasal daripada Sarawak.
Izwan menyerahkan duit yang tercicir itu ke guru.
Kata Sendi Nama tidak sesuai di hadapan frasa yang dirujuk.
Saya berasal dari Sarawak.
Izwan menyerahkan duit yang tercicir itu kepada guru.
Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
Kesalahan
Ahmad bersedih bila mengetahui berita itu.
Sebab
Menggunakan kata tanya sebagai kata hubung keterangan.
Pembetulan
Ahmad berserlah apabila mengetahui berita itu.
Kesalahan Penggunaan Kata Ganda
Kesalahan
Ani memelihara seekor kura.
Kanak yang hilang itu telah dijumpai.
Sebab kanak-kanak tidak boleh digugurkan
Kura-kura dan
gandaannya.
Pembetulan
Ani memelihara seekor kura-kura.
Kanak-kanak yang hilang itu telah dijumpai.
Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan
Kesalahan:
Semua orang murid.
Pembetulan:
Semua murid.
K E SE AJ AL AA HNA N
Kesalahan Kesalahan
tanda baca kata majmuk
Perkataan yang
mengikuti
imbuhan
injaman
Kesalahan Kesalahan Kata Nama Am
Huruf Ejaan yang mengikuti
imbuhan
pinjaman
Kesalahan Huruf
Kesalahan Huruf Vokal
a,e,i,o,u
Salah Betul
Masok Masuk
Balek Balik
Betek Betik
Telor Telur
Untok Untuk
Kesal
ahan Huruf Konsonan
(p, d, j, t)
salah Betul
Jawap Jawab
Beda Beza
Mutamat Muktamad
Pikir Fikir
Lojik Logik
Fikir
KESALAHAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL
Huruf Besar Huruf Kecil
Digunakan pada awal Digunakan untuk kata
ayat kata nama khas nama Am yang
bersifat umum
Contoh:- Contoh:-
-->Bolhasan -->abang
-->Sarawak -->guru
-->Kampung -->ayam
Beladin
KESALAHAN TANDA BACA
Tanda Sempang (-)
Digunakan Digunakan Digunakan Sebarang kata
untuk untuk untuk nama khas yang
mengikuti imbuhan
menulis merangkai merangkaikan pinjaman seperti
kata ganda. huruf kecil angka pro dan anti perlu
dengan dijarakkan dengan
Cth: dengan tanda sempang.
Gunung- huruf-besar. akhiran -an Cth: pro-Barat
ganang Cth: rahmat- Cth: 60-an, Cth: anti-Jepun
Nya 70-an
Kesalahan Kata majmuk REALLYGREATSITE.COM
1) Kata Majmuk Bercantum
-Terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap
perlu ditulis dan dieja rapat.
-Contohnya, antarabangsa
2) Kata Majmuk Berjarak
-Perkataan perlu dijarakkan sekiranya perkataan kedua
tersebut mempunyai makna.
-Perkataan yang boleh berdiri sendiri.
-Contohnya, ibu bapa
Perkataan yang mengikut
Imbuhan Pinjaman
Sebarang Perkataan yang mengikut imbuhan
pinjaman maha, juru dan tata perlu dieja
bercantum.
Cth:
-tatabahasa -juruukur
-tatacara -juruaudit
-mahakuasa -mahasiswa
-jururawat
Kesalahan
Ayat
Contoh Kesalahan Ayat antara
di antara
Pertandingan menyanyi di antara peringkat Semua murid
sekolah akan diadakan pada hujung bulan ini.
Pejabat Daerah terletak antara balai polis dan
Hospital Miri.
Semua murid-murid diingatkan supaya belajar
bersungguh-sungguh.
Contoh Kesalahan Ayat Kedua-dua
menghadiahi
Kedua anak Encik Hamdan berjaya melanjutkan
pelajaran mereka ke menara gading. sebab
Ibu menghadiahkan adik sebuah basikal baharu.
Oleh kerana dia demam, dia tidak datang ke sekolah.
Contoh Kesalahan Ayat ialah
ditetapkan oleh dia
Fizuan adalah abang saya.
apabila
Ayah setuju walaupun melanggar syarat yang dia
sendiri menetapkan.
Mathilda sedang menari bila saya tiba di rumahnya.
KESALAHAN
FRASA
Kesalahan Frasa
Nama
Kesalahan yang kerap ialah kesalahan
penggunaan bentuk jamak ataupun
kata bilangan, kata nama majmuk,
rangkai kata setara dan hukum DM.
Contoh Kesalahan Frasa Nama
1. Kesemua peserta-peserta seminar itu dihadiahi
cenderamata sebagai kenang-kenangan.
2. Kami akan membincangkan lain-lain hal dalam
mesyuarat tersebut.
3. Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku
berhampiran.
4. Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke
majlis penyerahan keputusan peperiksaan anak-anak
mereka.
5. Para-para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar
sentiasa peka dengan perkembangan teknologi
maklumat.
Ayat Sepatutnya:-
1.Kesemua peserta seminar itu dihadiahi cenderamata
sebagai kenang-kenangan.
2.Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat
tersebut.
3. Alat-alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran.
4. Para ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke
majlis penyerahan keputusan peperiksaan anak-anak
mereka.
5. Para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa
peka dengan perkembangan teknologi maklumat.
Kesalahan Frasa Nama Pasif
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pembentukan frasa kerja pasif
kata ganti diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-
apa perkataan sama ada kata bantu atau kata sendi antara pelaku dan
kata kerja pasif diri pertama dan kedua. Selain itu kesalahan pembentukan
frasa kerja pasif kata ganti diri ketiga yang tidak tepat iaitu mengikut bentuk
ayat pasif kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua.
Selain itu juga terdapat ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang
menerima keterangan selepas kata kerja yang menggugurkan kata sendi
nama ‘oleh’.
CONTOH KESALAHAN FRASA KERJA PASIF
1. Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan
sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
2. Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan oleh kami
sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
3. Alat tulis itu kami akan beli pada minggu depan.
4. Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan secepat
mungkin.
5. Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari
esok seorang pakar motivasi.
Kesalahan Frasa Adjektif
Kesalahan yang kerap dikemukakan
bagi kesalahan frasa adjektif ialah
kesalahan dari segi pembentukannya
dan penggunaan kata penguat yang
tidak tepat.
Contoh Kesalahan Adjektif
1. Harris merupakan pelajar yang terpintar sekali di dalam
kelasnya.
2. Mereka berpakaian begitu kemas benar untuk ke majlis
tersebut.
3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang paling terawal
sampai di sekolah pada setiap hari.
4. Pemuda itu menjadi begitu terkenal sekali setelah
memenangi pingat emas di peringkat Sukan
Olimpik.
5. Bangunan itulah yang paling tinggi sekali di Kuala
Lumpur.
6. Saya sungguh benci kelakuan buruknya.
Ayat sepatutnya:
1.Harris merupakan pelajar yang terpintar di dalam kelasnya.
2. Mereka berpakaian kemas sekali untuk ke majlis tersebut.
3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang paling awal sampai di sekolah
pada setiap hari.
4.Pemuda itu menjadi begitu terkenal setelah memenangi pingat emas
di peringkat Sukan Olimpik.
5. Bangunan itulah yang paling tinggi di Kuala Lumpur.
6. Saya sungguh benci akan kelakuan buruknya.
Contoh Kesalahan Frasa Sendi
1. Mereka berasal dari sebuah keluarga yang besar.
2. Kami tidak menyangka bahawa mereka akan keluar
daripada hutan itu secepat ini.
3. Mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kebakaran itu
akan ditempatkan di rumah panjang.
4. Dia melemparkan buku tersebut ke Azhar kerana terlalu
marah.
5. Mereka memulakan kerja pembersihan itu daripada
sudut kanan kawasan itu.
Ayat sepatutnya:-
1. Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang besar.
2.Kami tidak menyangka bahawa mereka akan keluar dari
hutan itu secepat ini.
3. Mangsa-mangsa.yang terlibat dalam kebakaran itu akan
ditempatkan di rumah panjang.
4. Dia melemparkan buku tersebut kepada Azhar kerana terlalu
marah.
5.Mereka memulakan kerja pembersihan itu dari sudut kanan
kawasan itu.
Latihan Pengukuhan
1) Kepupusan Flora dan fauna berlaku kerana sikap tamak yang wujud dalam diri ___________
A. Setengah-setengah pihak
B. Sesetengah pihak
2) Venessa Sabella berasal ____________ Sri Aman, Sarawak.
A. dari
B. daripada
3) Puan Rosmaliza ___________ seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin.
A. ialah
B. adalah
4) Sikap dan amalan yang baik harus dijadikan _________
A. tauladan
B. teladan
5) Ayah Shahrulnizam _________ sahaja meninggal petang semalam.
A. baru
B. baharu
6) Kita sesama manusia perlu ____________ antara satu dengan yang lain.
A. saling menghormati
B. saling hormat-menghormati
7) Pelancong dari negara Korea itu sangat _______ buah-buahan tempatan seperti durian dan
manggis.
A. sukakan
B. suka akan
8) Nasi ________ yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama
pada bulan Ramadan.
A. beriani
B. beryani
9) Semangat __________ perlu diterap dalam jiwa para pelajar dalam usaha mengeratkan
hubungan antara kaum.
A. bersatu-padu
B. bersatu padu
10) Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak _________ pagi tadi.
A. dari
B. daripada
Rujukan
Aminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Wahida Abd Wahid, Zulkarnain Farihin Abdullah.
(2019). Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu. Mutiara Suria Ilmu
Resources.
Azmi Misron. (2009, Mac 17). Kesalahan Pembentukan Frasa.
http://azmisron63.blogspot.com/2009/03/bahagian-2.html
Faridah Abdullah. (2015, Mei 24). Kesalahan Tatabahasa Terkini Tajuk 8.
https://www.slideshare.net/FaridahAbdullah/kesalahan-tatabahasa-terkini-
tajuk-8
Livingston Aron. (2012, Jun 24). Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu.
https.//www.slideserve.com/livingston/sistem-ejaan-dalam-bahasa-melayu/?