The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-11-10 21:51:28

6elemen_1

6elemen_1

6 Elemen
Pembelajaran Abad 21
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut



About Us

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan
generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan

banyak bahanbahan penulisan yang mengulas
mengenai pendidikan yang mampu memenuhi
harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan
masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju
bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
berubah sesuai dengan perkembangan teknologi
cyber dan akses kepada internet yang semakin
maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti
“chalk and talk” semata-mata kurang berhasil
menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah
yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan

pengajaran yang relevan sesuai dengan
perkembangan semasa.

Pembelajaran Secara

Kolaboratif

 Belajar untuk bekerja secara kolaboratif.
 Masyarakat hari ini bekerja secara kolaboratif di serata

dunia.
 Pelajar digalakkan bekerja bersama untuk

mendapatkan maklumat.
 Kolaboratif perlu dinamik. Pelajar perlu belajar

bagaimana untuk mengenalpasti pelbagai kekuatan
dan bakat setiap orang yang berbeza yang boleh
diketengahkan sesuatu tugasan dan menukarkan
peranan berdasarkan sifat-sifat ini.
 Sekolah-sekolah juga patut vekerja secara kolaboratif
dengan institusi pendidikan lain untuk berkongsi
maklumat serta mempelajari pelbagai amalan dan
kaedah yang telah dibangunkan.



SUDUT OPEM

Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria
kejayaan kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp.
[Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas
papan tulis.] Murid lihat dan baca.

~ Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .

manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.

Contoh :

Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia .

Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di
Semenanjung Malaysia.


Click to View FlipBook Version