DISEDIAKAN OLEH:
ROSMAWATI BINTI JAMALUDIN
GURU PERPUSTAKAAN
SMK BUKIT MENDI, TRIANG PAHANG
DARUL MAKMUR
Perayaan Deepavali (Tulisan
Jawi: )ديڤاۏاليatau Diwali ialah
suatu perayaan dalam kalangan
penganut agama Hindu
menandakan kemenangan oleh
kuasa kebaikan terhadap
kuasa kejahatan, secara
simboliknya ditujukan dalam erti
cahaya yang menerangi kegelapan.
Maksud tersiratnya ialah
menyemai nilai-nilai positif dalam
diri kita untuk menjadi individu
yang lebih baik dengan mengatasi
nilai-nilai negatif dalam diri kita
untuk perkembangan rohani.
Hari Deepavali bermula
dengan menyapu minyak bijan di
atas kepala dan badan untuk
menyejukkan badan, diikuti
upacara sembahyang bersama ahli
keluarga di rumah dan mendapat
restu daripada ibu bapa dan orang
tua sebelum ke kuil. Semua orang
akan memakai pakaian baru,
berkongsi manisan yangdisediakan
khas untuk Deepavali serta
mengunjungi rumah sanak-saudara
dan rakan-rakan. Pada waktu
malam, barisan lampu dinyalakan
dan bunga api serta mercun
memeriahkan lagi sambutan.
Di Malaysia, hari Deepavali
disambut pada bulan ketujuh kalendar
suria Hindu dan dijadikan cuti umum
persekutuan di seluruh Malaysia
kerana terdapat kira-kira 1.5 juta
penganut Hindu yang kebanyakannya
berasal dari India Selatan.
Malam sebelum hari Deepavali
merupakan hari untuk memperingati
datuk,nenek dan moyang yang telah
meninggal dunia dengan upacara
sembahyang kecil di rumah di
kalangan keluarga terdekat sahaja.
Pada pagi Deepavali, penganut
Hindu akan mandi dengan menyapu
minyak bijan di atas kepala dan badan
untuk menyejukkan badan dan juga
sebagai lambang penyucian badan dan
semangat. Selepas upacara penyucian yang
melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan sembahyang
bersama keluarga di rumah serta
mendapatkan restu ibu bapa dan orang
tua sebelum memakai pakaian baru dan
mengunjungi kuil. Kemudian barulah
mereka mula mengunjungi rumah sanak-
saudara dan rakan-rakan. Rumah terbuka
juga diadakan untuk rakyat jelata.
KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH
"Kolam" asalnya dibuat daripada tepung beras yang tidak
diwarnakan sebagai makanan untuk semut dan serangga
lain kerana agama Hindu percaya bahawa Tuhan atau
Atman wujud di dalam setiap ciptaan Tuhan di dunia ini.
Maka, aspek mendalam ialah "kolam" merupakan cara
termudah untuk memberi sedekah atau pun dilihat sebagai
cara berkongsi sumber alam dengan benda hidup yang lain.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam",
hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang
biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan
diletakkan. Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai
"Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki
maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya. Ia
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah
mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk
rumah mereka.
Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi
berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah
dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu.
Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah
mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu hiasan lantai
yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi
rumah mendapat kesejahteraan.
MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI
Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan
ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga
masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarkat India,
manisan sering menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau hari
perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan
kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya
manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik
dan dialu-alukan.
11 Jenis Makanan Kaum India
Sempena Perayaan Deepavali
Kuih Athirasam
Kuih Maisur Pahku
Kuih Alva
Mereka akan dihidangkan dengan juadah
tradisional kaum India yang terkenal seperti
halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan
sayur-sayuran turut disediakan pada pagi
Deepavali.
Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi
kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran
masala bersama yourgat dan kari dhal. Tidak
ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti
muruku ,adirasam dan payasam. Muruku,
Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan
kuih-muih tradisional orang India.
PANTANG LARANG SEMASA
DEEPAVALI
Pada petang sebelum perayaan, semua
ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis
makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti
memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.
Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau
hampas kepala yang telah diwarnakan dengan
pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini
membawa maksud yang mendalam kepada
semua penganut Hindu termasuk makluk kecil
di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda
ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli
keluarga perlu bangun pagi
sebelum matahari terbit untuk
mandi dan membersihkan diri. Mereka
perlu mandi dengan minyak bijan yang
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli
keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan
kaum India, mandi minyak bijan diibarat
mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari segala kejahatan
dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang
dipakai mestilah warna yang garang seperti
merah, biru dan oren. Mereka dilarang
berpakai pakaian yang berwarna hitam
atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.
Selepas itu barulah bersalam dan memohon
maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah
meninggal dunia.
AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT
DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU
Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat
masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari
Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan
silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut
agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan
secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah
terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan
mereka yang bukan beragama Hindu.
Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai
makanan tradisional yang sungguh lazat seperti nasi
beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi
murukku, omapodi dan manisan seperti laddu dan
neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.
Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-
kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit
ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-
kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan
warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana
perayaan Hari Deepavali.
Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami
tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah
entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman
kepada masyarakat tentang budaya masyarakat India di
Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan
menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan
dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini
memupuk sikap saling hormat-menghormati.
Rujukan
• Sumber Gambar:
www.cookclickndevour.com
https://www.rasa.my/11-manisan-
kudapan-yang-selalu-ada-masa-
deepavali/
https://www.malaysia.gov.my/porta
l/content/141?language=my