MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 1 ISI KANDUNGAN Kata Alu - Aluan Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia [MUAFAKAT] 2023/2025 2 Kata Alu - Aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Gerik 3 Sekapur Sireh Pengetua MRSM Gerik 4 Atur Cara Mesyuarat Agung MUAFAKAT 5 Senarai Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT 2023/2025 6 Senarai Ahli Jawatankuasa MAT MUAFAKAT 2024 7 Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Gerik 2023 8 - 19 Pelaksanaan Mesyuarat AJK MUAFAKAT 2023/2024 20 Laporan Aktiviti Tahunan & Sumbangan MUAFAKAT 2023/2024 21 - 22 Penyata Kewangan MUAFAKAT MRSM Gerik 2023 23 - 24 Cadangan dan Usul Mesyuarat Agung MUAFAKAT 2024 25 - 26 Catatan 27
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 2 KATA ALU - ALUAN Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia [MUAFAKAT] 2023/2025 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari yang mulia ini di Mesyuarat Agung MUAFAKAT Cawangan MRSM Gerik kali Ke-23. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang sudah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan mesyuarat pada hari ini dapat dijayakan dengan lancar. Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua ahli muafakat cawangan MRSM Gerik terutamanya warga ibu bapa dan guru yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini. Menyingkap jerit perih perjalanan MUAFAKAT belakangan ini, organisasi ini sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menempuhi arus moden yang serba pantas pada masa kini. Seiring dengan prestasi MUAFAKAT yang semakin membanggakan, masyarakat dilihat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kebolehupayaan, kecekapan dan keberkesanan pengurusan MUAFAKAT dalam membantu serta menyokong hal ehwal kebajikan, kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar-pelajar IPMA. Hal ini pastinya menguji kematangan dan ketelitian MUAFAKAT dalam memikul serta menjunjung amanah yang diberikan oleh masyarakat khususnya waris pelajarpelajar IPMA agar segala hasrat dan impian dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu, melalui Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT sememangnya merupakan wadah yang menjadi penghubung antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan untuk bersama-sama berbincang serta bermuafakat terhadap apa jua isu dan permasalahan yang berbangkit agar dapat ditangani dengan cekap dan berhemah. Justeru, saya menyeru kepada barisan jawatankuasa MUAFAKAT agar lebih bersikap proaktif dan progresif dalam mengetengahkan serta melaksanakan dasar dan perancangan organisasi yang lebih bersistematik demi memajukan dan meningkatkan lagi prestasi MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA dipersada dunia. Kerjasama erat yang dizahirkan antara ibu bapa, guru dan pihak pengurusan merupakan gabungan mantap yang harus dipelihara agar MUAFAKAT terus menjadi sebuah pertubuhan yang berkualiti dan disegani di peringkat yang lebih tinggi. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan khususnya buat Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan segala matlamat dan sasaran Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM Gerik kali Ke-23 ini. Sekian. DATO’ TS. SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 3 KATA ALU - ALUAN YDP MUAFAKAT MRSM GERIK Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Alhamdulillah dengan kekuasaan dan rahmat-Nya dapat kita menjayakan Mesyuarat Agung Muafakat Cawangan MRSM Gerik kali Ke-23. Saya mewakili pihak Jawatankuasa Muafakat merakamkan terima kasih atas kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung pada tahun ini. Kehadiran tuan/puan membuktikan bahawa kita semua sentiasa komited dalam memastikan kejayaan anak-anak pelajar dan menginginkan perubahan dalam kaedah pendidikan anak- anak kita. Pihak Muafakat sentiasa merencana dan menyokong semua program dan aktiviti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Selain itu, kami sentiasa memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga. Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi berkat kerjasama antara pihak ibu bapa dan guru serta pihak pengurusan maktab, Muafakat berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti utama bagi manfaat pelajar daripada setiap tingkatan. Saya mengharapkan kerjasama sebegini dapat dikekalkan untuk masa yang akan datang. Saya mengharapkan kerjasama, idea dan peranan semua pihak iaitu pihak pengurusan maktab, guru-guru dan ibu bapa bagi mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Saya juga mengharapkan sokongan daripada semua pihak supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kalam, saya menyeru semua ibu bapa dan waris bersama-sama menggembleng tenaga dalam melonjakkan lagi kecemerlangan pelajar di MRSM Gerik. Sekian, wassalam. "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT" MOHD FIRDAUS MAT SAAD Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Gerik
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 4 SEKAPUR SIREH PENGETUA MRSM GERIK Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-Nya, segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-23 bagi tahun 2024 dapat diterjemahkan pada hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Maktab Rendah Sains MARA Gerik mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi maktab dari semasa ke semasa supaya Maktab Rendah Sains MARA Gerik menjadi sebuah maktab yang inovatif dan bertaraf dunia. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga maktab merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program maktab. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik maktab ini dapat terbina menjadi insan yang berilmu, cemerlang dan berakhlak mulia. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anakanak kita menjadi insan yang holistik dan seimbang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian, terima kasih. "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT" PUAN JULIATI BINTI ABDUL JALIL Pengetua MRSM Gerik
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 5 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT 9.00 pagi - 9.30 pagi - Pendaftaran 9.30 pagi - 10.00 pagi - Bacaan doa - Ucapan alu-aluan Pengetua MRSM Gerik - Ucapan perasmian oleh YDP MUAFAKAT MRSM Gerik MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE-23/2024 10.00 pagi – 12.30 tengahari - Ucapan alu-aluan YDP Muafakat - Pembentangan laporan aktiviti dan minit mesyuarat oleh Setiausaha - Pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari - Pemilihan 3 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan - Pembentangan usul - Hal-hal lain - Ucapan penangguhan - Majlis Bersurai
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 6 SENARAI AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT 2023/2025 NO NAMA JAWATAN 1. Pn. Juliati Binti Abdul Jalil Ex-Officio 2. En. Mohamad Shafiq Syahmi Bin Hasan Pengerusi Tetap 3. En. Mohamad Zuwairi Bin Kamarudin Timbalan Pengerusi Tetap 4. En. Mohd Firdaus Bin Mat Saad Yang Dipertua 5. En. Khairul Anuar Bin Muhammad Noh Naib Yang Dipertua 6. Pn. Noor Salina Binti Omar Setiausaha 7. Pn. Nur Adawiyah Binti Md Rosli Penolong Setiausaha 8. Cik Azreen Nadihah Binti Azmi Bendahari 9. En. Syed Alwi Bin Syed Abu Bakar AJK (Ibu Bapa) 10. En. Nor Shahril Bin Che Nazran AJK (Ibu Bapa) 11. En. Mahamad Rohani Bin Mat Isa AJK (Ibu Bapa) 12. Pn. Kartina Binti Kamaludin AJK (Ibu Bapa) 13. Pn. Zaniah@Jamaliah Binti Arshad AJK (Ibu Bapa) 14. Pn. Suwita Binti Mat Saad AJK (Ibu Bapa) 15. En. Iswadi Bin Che Mat AJK (Ibu Bapa) 16. Pn. Norhayati Binti Mt Nor AJK (Ibu Bapa) 17. En. Arman Syah Bin Musa AJK (Ibu Bapa) 18. En. Azlan Bin Mohamad AJK (Ibu Bapa) 19. En. Mohamad Zulfazli Bin Mohd Yusoff AJK (Guru) 20. En. Tengku Azhar Bin Tengku Mohd AJK (Guru) 21. En. Muhammad Faizul Bin Idris AJK (Guru) 22. Pn. Hairul Razimah Binti Md Dalis AJK (Guru) 23. Cik Munirah Binti Mat Jusoh Juruaudit 24. En. Mohd Hamidi Bin Idrus Juruaudit
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 7 AHLI JAWATANKUASA MAT MUAFAKAT 2024 PENGERUSI Pn. Juliati Binti Abdul Jalil TIMBALAN PENGERUSI En. Mohamad Aizuddin bin Abdul Hanan (menjalankan tugas TPPP) SETIAUSAHA I Pn. Noor Salina Binti Omar SETIAUSAHA II Pn. Nur Adawiyah Binti Md Rosli BENDAHARI Cik Azreen Nadihah Binti Azmi AJK PENGACARAAN MAJLIS En. Mohamad Syafiq Syahmi AJK LAPORAN TAHUNAN & BUKU PROGRAM Cik Munirah Binti Mat Jusoh AJK JEMPUTAN & SAMBUTAN Pn. Noor Salina Binti Omar AJK PENDAFTARAN Pn. Nur Adawiyah Binti Md Rosli AJK JAMUAN/MAKANAN Cik Azreen Nadihah Binti Azmi Pn. Ummi Aimah Binti Amran AJK PERSIAPAN DEWAN Pn. Hairul Razimah Binti Md Dalis En. Nik Helmi Azrin Mat Ferait Cik Nor Hasibah Karimah En. Mohd Sarian Mohd Razali AJK PERALATAN & AJK SIARAYA DAN SERANTA En. Muhammad Faizul Bin Idris En. Mohd Zulfazreen Bin Fadzil AJK FOTOGRAFI En Asrul Azli Bin Aziz AJK PENCATAT MINIT Pn. Nur Adawiyah Binti Md Rosli Cik Nor Ili binti Ishak AJK KEKEMASAN DEWAN En. Muhammd Zulfazli En. Wan Amirul Asyraf AJK LALU LINTAS & AJK PEMBACA DOA En. Tengku Azhar Tengku Mohd En. Azahari Mat Hassan En. Haziq Hizami Zamri
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 8 MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK KALI KE-22 Tarikh 26 Mei 2023 Masa 9.00 pagi Tempat Dewan Semarak Budi Bil. Mesyuarat 2023 KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT En. Abdul Halim Bin Saad - Yang Dipertua En. Mohd Abu Samah Bin Mohd Daud - Timbalan Yang Dipertua Cik Nor Ili Binti Ishak - Setiausaha II Cik Azreen Nadihah Binti Azmi - Bendahari Tn. Hj. Mahamad Rohani Bin Mat Isa - AJK Pn. Nur Mardhiah Binti Ismail - AJK En. Mustafa Kamal Bin Abdul Aziz - AJK Pn. Suwita Binti Mat Saad - AJK Pn. Zaniah @ Jamaliah Arshad - AJK Dr. Syed Alwi Bin Abu Bakar - AJK En. Nor Azmi Bin Mokhtar - AJK En. Mohamad Nazri Bin Mokhtar - AJK Cik Azwani Bin Osman - AJK En. Mulyadi A/K Mohamad - AJK En. Tengku Azhar Bin Tengku Mohd - AJK En. Ahmad Ma’kky bin Ismail - AJK En. Muadz bin Mohd Sofi - AJK Cik Munirah binti Mat Jusoh - Juruaudit TURUT HADIR: Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar Bin Ismail - Pengetua En. Hamzah Bin Hawari - TPPP En. Rahizad Bin Hashim - TPKA En. Md Kahruddin Bin Ismail - TPPB
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 9 Kehadiran Ibu Bapa 1. Sarina Binti Shaari 2. Rosnita Binti Ismail 3. Nourazah Binti Abdul Aziz 4. Kartina Bin Kamluddin 5. Mohd Isa Bin Cha Sang 6. Nor Azian Bin Mohd Noor 7. Mohd Syamsul Azrin Bin Mokhtar 8. Rosnaliza Binti Mohd Nasir 9. Rosliza Binti Ramli 10. Norliza Binti Huri 11. Nor Shahril Bin Che Wazran 12. Azamal Bin Ahmad 13. Rozaimah Binti Che Russ 14. Mohamad Zuwaidi Bin Kamarudin 15. Kamarulhuda Binti Muhamad Nur 16. Hafizan Bin Ahmad 17. Abu Bakar Hassan 18. Norhayati Binti Abdul Wahab 19. Mohd Firdaus Mat Saad 20. Mohamad Yusaini Bin Muhamed Yusuf 21. Mohd Hamidi Bin Idrus 22. Samsiah Binti Ahmad 23. Mohd Shukri Bin Sabani 24. Mohamad Najib Bin Mohamad Sapuri 25. Zuraida Binti Hamru 26. Rohayu Salawati Binti Abdul Wahab 27. Abd Sham Bin Hj Ahmed 28. Norsahfila Binti Sofuan 29. Nurul Shiha Binti Ishak 30. Mohamad Fairoz Bin Abdul Hamid 31. Khairul Azam Bin Sepingim 32. Muhammad Suhaimi Bin Abd Majid 33. A’abidah Binti Ibrahim 34. Noor Hasnah Binti Ishak 35. Khairul Anuar Bin Mohamad Nor 36. Rohaiza Binti Omar 37. Iswadi Bin Che Mat 38. Zalinah Binti Yeab 39. Ahmad Nazruddin Bin Mohd Sedik 40. Latifah Binti Mohamed Nazri
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 10 41. Azrim Bin Zamilan 42. Nor Azlan Mohamad 43. Abu Samah Bin Aliddin 44. Hasnah Binti Ishak 45. Khairiah Binti Mohamed Ali 46. Norzuraini Binti Zainal 47. Nazihan Mohd Nazir 48. Che Mohamad Nor 49. Marina Binti Mohd Zahari 50. Mohd Khairi Bin Khashim Kehadiran Guru-Guru 1. Abd Rahim B. Ismail 2. Ahmad Ma'kky B. Ismail 3. Aidil Nor Adha Bin Mohd Nor 4. Anita Safura Bt Mohd Khushairi 5. Azreen Nadihah Binti Azmi 6. Azwani Bt Osman 7. Faizul B. Che Ali 8. Faridah Bt Ismail 9. Farina Aida Binti Said 10. Hairul Razimah Bt Md Dalis 11. Hazilawati Binti Mohd Salleh @ Mohd Sidek 12. Masneh Bt Mohd Yassin 13. Mohd Afifi Bin Ismail 14. Mohd Asri B. Amat 15. Mohd Azani B. Abdullah 16. Mohd Fazil B. Md. Akhir 17. Mohd Hafiszudin Bin Ab Samad 18. Mohd Khairis B. Harun 19. Mohd Nazmi B. Kamaruzzaman 20. Mohd Norazli Bin Bani
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 11 21. Mohd Rasyidi B. Md Yusop 22. Muadz Bin Mohd Sofi 23. Muhamad Zulfazli Bin Mohd Yusoff 24. Muhammad Faizul B. Idris 25. Mulyadi A/K Mohamad 26. Munirah Binti Mat Jusoh 27. Nik Helmi Azrin B. Mat Ferait 28. Noor Zahira Binti Abdul Rahman 29. Noorhalina Binti Ghazali 30. Nornaziha Bt Abd Rahim 31. Nursyahira Binti Mohammad 32. Rohayu Binti Abdul Rahim 33. Ruslina Bt Ab Ghani 34. Sabariah Binti Alias 35. Siti Aminah Binti Said 36. Siti Athirah Bt Abdul Rahim 37. Siti Meriam Bt Abdullah 38. Siti Zahidah Binti Kosran 39. Tengku Azhar Bin Tg. Mohd 40. Wan Amirul Asyraf Bin Yusuf 41. Zufarhani Binti Ahmad Mokhtar 42. Nur Farahin Binti Kamaron Azaman 43. M.Aizuddin Bin Abd Hanan 44. Mohd Zulhilmi Bin Zamri 45. Mohd Shahrul Bin Mohd Safie 46. Nur Amanina Sahira Binti Mat Musa 47. Siti Fatimah Binti Zakaria
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 12 BIL PERKARA TINDAKAN 1.0 1.1 AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat dimulakan dengan lafaz bismillah daripada Tuan Pengerusi. Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat dan memanjatkat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Makluman 2.0 2.1 2.2 AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS Tuan Pengerusi memohon semua ibu bapa meneliti minit mesyuarat yang terdapat dalam buku program dan memohon ahli mesyuarat mengesahkannya sekiranya tidak terdapat sebarang perubahan. Minit mesyuarat disahkan oleh Haslina binti Hashim tanpa sebarang pindaan. Minit mesyuarat disokong oleh Mad Zain Mad Ariffin. Makluman Makluman 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 AGENDA 3 : PEMBENTANGAN OLEH LAPORAN SETIAUSAHA Cik Nor ili selaku Setiausaha II, membentangkan laporan aktiviti dan sumbangan. Setiausaha memaklumkan sumbangan CCTV yang paling banyak diterima. Pengerusi memaklumkan berkenaan pemasangan CCTV dan pendawaian elektrik di asrama sebanyak RM14640.00. Penggunaan smartphone tidak dilaksanakan di maktab atas persetujuan ibu bapa semasa mesyuarat MUAFAKAT tahun lepas. Sumbangan dan bayaran aktiviti akademik kepada pelajar Tingkatan 5 sebanyak RM150 (sebanyak 2 kali). Tujuan bagi kecemerlangan akademik pelajar seperti kem AFWI, majlis restu dan ceramah daripada Guru Cemerlang dan Guru Kementerian Pendidikan dalam memberikan panduan kepada pelajar untuk menjawab SPM. Tuan Pengerusi turut memaklumkan program yang dijalankan berdasarkan peruntukan bajet kewangan dan sumbangan daripada ibu bapa. Selain itu, terdapat juga kekangan daripada pihak MUAFAKAT dan ibu bapa. Tuan Pengerusi mencadangkan agar ibu bapa bersatu dan bekerjasama dalam membantu kecemerlangan para pelajar. Pembelanjaan bagi aktiviti adalah di bawah kuasa kata putus keseluruhan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT dan perbincangan dengan pihak pengurusan maktab. Laporan aktiviti Setiausaha disahkan oleh Mohd Hamidi Idrus dan disokong oleh Mohd Firdaus bin Mat Saad. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 13 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 AGENDA 4 : PEMBENTANGAN KEWANGAN Cik Azreen Nadihah binti Azmi selaku Bendahari MUAFAKAT telah membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2022 seperti yang tercatat dalam buku program dari halaman 23 sehingga halaman 25. Baki akhir kewangan MUAFAKAT sehingga 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM120,676.63 bergabung dengan akaun tumpangan. Tuan Pengerusi memaklumkan sebahagian di dalam laporan kewangan terdapat akaun tumpangan. Tuan Pengerusi juga memaklumkan pada tahun lalu ada segelintir ibu bapa turut membuat sumbangan bagi peruntukan mimbar di surau MRSM Gerik. Tuan Pengerusi memberi galakan untuk ibu bapa membuat sumbangan kepada pihak maktab dan memaklumkan MUAFAKAT menanggung ‘maintenance’ penapis air di maktab setahun sebanyak 4 kali. Selain itu, MUAFAKAT menanggung pembayaran servis sanitary yang dibekalkan kepada maktab bagi penggunaan pelajar perempuan iaitu sebanyak sebulan RM400. Tuan Pengerusi mencadangkan agar terdapat peruntukuan kos penyelenggaran/ ‘maintenance’ sanitary ini perlu disumbang bagi ibu bapa yang mempunyai anak perempuan sebanyak RM18.00 setahun bagi seorang pelajar. Laporan kewangan disahkan oleh Puan Haslina bin Hashim tanpa sebarang pindaan dan disokong oleh Mohd Fauzi bin Moshen. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman 5.0 5.1 AGENDA 5 : CADANGAN DAN USUL Usul 1 : Pembentang Usul Encik Khairul Anuar bin Muhammad Noh Mencadangkan Pengurusan MRSM untuk membuat Mesyuarat Khas atau Mesyuarat Tergempar atau Luar Biasa atau Sesi Townhall khas mengenai sebarang krisi MRSM bersama ibubapa dalam kadar segera supaya ibubapa boleh berkongsi cadangan – cadangan bernas untuk kebaikan Pengurusan MRSM. Penjelasan dan tindakan pengurusan MRSM terhadap sesuatu insiden haruslah dalam tempoh 24 jam kepada MUAFAKAT, untuk melegakan keresahan ibubapa sebelum dibuat mesyuarat khas ini. Maklum Balas: Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar memaklumkan maktab sentiasa membendung sebarang krisis yang berlaku dan masih dalam kawalan maktab.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 14 5.1.1 5.1.2 5.1.3 Perkara tersebut akan menjadi krisis kerana tiada laporan diterima daripada pelajar. Jika kejadian berlaku di asrama, TPPP mengharap agar pelajar membuat aduan kepada warden contohnya isu disiplin dan keracunan makanan. Bagi kes keracunan makanan yang berlaku terdapat kes kecuaian daripada pihak dewan selera dan maktab akan menyediakan kronologi dan menyediakan SOP yang akan dijalankan oleh jawatankuasa maktab bagi perkara tersebut. Maklum Balas : Pengetua Pengetua memaklumkan agar pelajar yang terlibat untuk memaklumkan pada warden dan guru bertugas supaya pihak maktab mudah mengambil tindakan segera. Maktab mengambil tindakan ke atas krisis yang berlaku dan meminta proses semakan status kesegaran bahan mentah tersebut sebelum dimasak dan diberikan kepada pelajar. Menu berada di bawah Lembaga Perolehan MARA dan tidak boleh dipinda. Langkah tindakan SOP pihak pengurusan serta membangun atau menilai semula Pelan Tindakan dan Pemulihan dalam sebarang insiden perlu dimurnikan semula melibatkan pandangan MUAFAKAT. Maklum Balas : Pengetua Pengetua memaklumkan jika terdapat sebarang krisis di maktab, pihak maktab telah menyediakan SOP di bawah jawatankuasa ‘Task Force’ diketuai oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Encik Hamzah bin Hawari untuk menguruskan kes tersebut dengan pihak ketiga. Pengetua bertindak sebagai pelapor dan tugas adalah menyelesaikan kes yang terjadi. MRSM Gerik perlu tegas dengan HQ MARA yang menguruskan tender kantin MARA. Contohnya penyelesaian krisis keracunan makanan sepatutnya disusuli dengan tindakan penukaran kontraktor. Maklum Balas : Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Perkara ini diluar kuasa maktab tetapi pihak maktab mengadakan penalti kepada pihak dewan selera disebabkan kes keracunan para pelajar. Segera membuat servis water cooler yang disyaki telah lama tidak servis, pencucian tangki air yang disyaki berkarat dan paip berkarat kerana dua faktor ini boleh memberikan pembiakan bakteria dan simptom penyakit kepada pelajar dalam tempoh yang panjang.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 15 5.1.4 5.1.5 5.1.6 Maklum Balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Encik Hamzah bin Hawari telah mengambil tindakan dengan permohonan bajet ke atas major ‘maintenance’ dan sekarang menyusul regular maintenance. Kedai koperasi berbayar perlu melanjutkan operasi sehingga malam untuk memberi pilihan kepada pelajar yang ingin membeli makanan pada sebelah malam. Pastikan makanan penting seperti pelbagai roti dan bun, air biskut serta Panadol sentiasa ada. Maklum Balas : Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat TPPB memaklumkan koperasi dibuka setiap hari bermula 6.00 petang sehingga 11.00 malam. Terdapat juga jualan daripada pihak kafe pada petang dan malam. Makanan dewan selera telah ditetapkan oleh pihak BPM dan merujuk kepada garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi kesimbangan zat makanan dan keperluan kalori yang diperlukan oleh pelajar. Maklum Balas : Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar TPPP memaklumkan pelajar kebanyakan memilih makanan merupakan punca isu kekurangan makanan dan meminta para ibu bapa untuk menasihat para pelajar untuk menerima menu yang dibekalkan. Kualiti menu dipantau oleh beberapa kumpulan daripada pengurusan, staff, warden dan Badan Wakil Pelajar. Pemantau bertanggungjawab bagi menyediakan laporan yang akan dibuat setiap kali sesi pemantauan. Pengurusan asrama perlu tegas dengan pelaku isu kecurian yang kerap berlaku. Maklum Balas : Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar TPPP mencadangkan supaya pelajar tidak membawa duit yang banyak kerana kes kecurian terjadi disebabkan kes cemburu di kalangan pelajar dan di atas kecuaian pelajar. Selain itu, TPPP memaklumkan tindakan denda duit dikenakan ke atas pelajar yang tidak mengunci loker. dan pelajar juga cuai dalam penyimpanan kunci loker dan memudahkan kes kecurian berlaku. TPPP mencadangkan ibu bapa menyediakan ‘pad lock’ bagi anak-anak di asrama. Memastikan MRSM Gerik sentiasa mempunyai ramai guru berpengalaman supaya dapat melonjakkan ranking SPM MRSM Gerik ke tahap terbaik. Guru yang berpindah juga perlu mendapat penggantian segera dengan guru yang sama atau lebih pengalaman dengan guru yang berpindah. Pelan jangka pendek atau jangka panjang MRSM Gerik untuk melonjakkan ranking
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 16 5.2 5.2.1 SPM MRSM perlu ditransformasi atau dimurnikan dengan pelbagai pelan tindakan untuk guru dan pelajar. Maklum Balas : Pengetua Pengetua MRSM Gerik memaklumkan di setiap jabatan terdapat guru berpengalaman dan masih baru. Program mentoring disediakan bagi melatih guru baru untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar. Usul 2 : Pembentang Usul Encik Ahmad Nawawi bin Muhammad Sharif Memohon pihak maktab untuk menyelenggara kipas di bilik blok Meranti untuk keselesaan penghuni blok. Aduan kerosakan telah dimaklumkan sebelum ini dan berharap pihak maktab mengambil tindakan. (Tidak hadir – Tuan Pengerusi memohon izin daripada ahli mesyuarat agar membenarkan usul ini dijawab dan diterima.) Maklum Balas :Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) TPPP memaklumkan ini ialah isu selenggaraan yang melibatkan satu atau dua buah bilik sahaja. TPPP mohon kepada ibubapa menasihati pelajar jika ada kerosakan laporkan kepada Ketua Blok atau laporkan terus kepada TPPP. 6.0 6.1 6.1.1 AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN Encik Mohamad Firdaus mencadang menubuhkan Tabung Kasih Sayang dibuat melalui MUAFAKAT. Pelbagai program boleh dibuat melalui duit kutipan tersebut. Duit dikutip melalui online. Pihak MUAFAKAT akan beri hebahan melalui whatsapp mengenai aktiviti yang dibuat. Waris boleh menyumbang mengikut program yang diingini. Cadangan kutipan setiap minggu pada hari Jumaat, atau bila waktu perlu sahaja. Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi mengatakan perlu ada wakil atau ahli jawatankuasa yang memikul tanggungjawab memegang dan monitor tabung tersebut kerana perlukan sistem pengurusan yang betul. Bukan mudah kerana setiap transaksi perlu dicatat kerana akan ada pertanyaan daripada ibu bapa berkenaan transaksi keluar masuk duit. Cadangan lain, duit disalurkan ke dalam bukan akaun MUAFAKAT (akaun kedua yang tidak rasmi) untuk mengelakkan kekeliruan keluar masuk duit. Wujudkan satu lagi akaun yang baru untuk monitor akaun tersebut di kalangan ibu bapa, bukan di kalangan guru.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 17 6.2 6.3 Encik Hamzah, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar memaklumkan terdapat kesalah fahaman tentang bayaran kelas AlQuran iaitu tahsin Al-Quran. Unit Pendidikan Islam berasa bahawa pelajar perlu mengikuti latihan bacaan Al-Quran ini. Oleh itu, untuk tujuan tahsin Al-Quran pelajar disyorkan dikenakan bayaran sebanyak RM40 bagi satu semester. Kelas ini seminggu dua kali. Setahun bayaran sebanyak RM80 iaitu upah untuk mengajar al-Quran pada pelajar. Sesi akan bermula pada Jun sehingga Januari, 19 sesi pertemuan. 32 jam pertemuan secara keseluruhan. Tuan Pengerusi menanyakan persetujuan ibubapa tentang bayaran RM 18.00 setahun dikenakan untuk ‘sanitary’ di tandas pelajar perempuan di asrama. Keputusan ibubapa bersetuju dengan bayaran RM18.00. 7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 AGENDA 7 : PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2021-2023 Pengerusi Mesyuarat selaku YDP telah mengisytiharkan pembubaran AJK bagi sesi ini. Cik Nor Ili mencadangkan melantik Encik Aidil Nor Adha Bin Mohd Nor sebagai Pengerusi Tetap. Encik Aidil Nor Adha memberi huraian mengenai jawatan yang perlu dilantik. Pengundi hanya boleh mengundi sebanyak sekali sahaja. PEMILIHAN JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2023 – 2025. Jawatan YDP Cadangan 1: Encik Abdul Halim mencadangkan Encik Abu Samah. Encik Abu Samah menarik diri kerana anak sudah berada di MRSM Taiping dan ada dikalangan ibu bapa yang lebih layak. Cadangan 2: Encik Ramli Bin Ahmad cadangkan semua AJK dikekalkan kerana AJK yang lepas tiada masalah. Cadangan ditolak kerana jawatankuasa sebelum ini telah dibubarkan. Cadangan 3: Encik Abu Samah cadangkan Encik Mohd Firdaus Bin Mat Saad sebagai YDP. Cadangan disokong En. Mustafa Kamal Bin Abdul Aziz. Cadangan 4: Cikgu Nor Ili mencadangkan Encik Nazhan bin Mohd Nazri sebagai Calon YDP. Encik Nazhan menarik diri dari jawatan ini dan cadangan ditutup untuk Encik Mohd Firdaus.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 18 7.5 7.6 7.7 Keputusan : Majoriti ahli mesyuarat menyokong Encik Mohd Firdaus Bin Mat Saad sebagai YDP tanpa ada pertandingan. Jawatan NYDP Cadangan 1: Encik Iswadi bin Mat mencadangkan Encik Khairul Anuar bin Muhammad Nuh sebagai NYDP. Encik Abdul Halim menyokong cadangan tersebut. Cadangan 2: Encik Mohd Firdaus mencadangkan Encik Nor Shahril Bin Che Nazran sebagai calon NYDP. Encik Ramli menyokong. Encik Abu Samah mencadangkan cadangan ditutup Keputusan: Majoriti undian ahli mesyuarat telah memilih Encik Khairul Anuar Bin Muhammad Nuh sebagai NYDP. Jawatan Ahli Jawatankuasa Ibubapa Cadangan 1: Encik Abdul Halim mencadangkan Dr Syed, Encik Mohd Nazri,Tuan Haji Mahammad Rohani terus kekal. Manakala Encik Shahril sebagai AJK baru. Cadangan diterima. Cadangan 2: En Muhammad Abu Samah mencadangkan Puan Kartina Binti Kamaluddin sebagai AJK baru, manakala Puan Suwita binti Abdul Samad dan Puan Jamaliah Arshad dikekalkan. Encik Mohammad Nazri Bin Mokhtar mencadangkan agar Encik Iswadi bin Che Mat menggantikan beliau disebabkan kekangan tugas. Encik Abdul Halim mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Encik Mustafa Kamal Bin Abdul Aziz. Keputusan: Majoriti ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan Dr Syed, Tuan Haji Mohamad Rohani, En Shahril, Encik Iswadi, Puan Kartina, Puan Suwita dan Puan Jamaliah sebagai AJK MUAFAKAT sesi kali ini. Jawatankuasa Juruaudit Ibubapa Cadangan 1: Encik Abdul Halim mencadangkan Encik Mohd Hamidi sebagai juruaudit. Encik Mustafa Kamal Bin Abdul Aziz menyokong cadangan tersebut. Cadangan 2: Encik Mohd Firdaus mencadangkan Encik Iswadi Bin Che Mat sebagai calon juruaudit.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 19 Disediakan oleh: ____________________ NOR ILI BINTI ISHAK Setiausaha II MUAFAKAT MRSM Gerik, Perak. Disemak oleh: _______________________________ ABDUL HALIM BIN SAAD Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Gerik, Perak Keputusan: Majoriti ahli mesyuarat telah memilih Encik Mohd Hamidi Bin Idrus sebagai juruaudit. PENUTUP Ucapan terima kasih daripada tuan pengerusi dan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT tahun 2023 ditangguhkan pada pukul 1.00 petang dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 20 PELAKSANAAN MESYUARAT AJK MUAFAKAT 2023/2024 BIL BUTIR TARIKH 1 Mesyuarat Jawatankuasa MUAFAKAT 2023 (Bil 01) 23 Mei 2023 2 Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-22/2023 26 Mei 2023 3 Mesyuarat Jawatankuasa MUAFAKAT 2024 (Bil 02) 21 Jun 2023 4 Mesyuarat Jawatankuasa MUAFAKAT 2024 (Bil 03) 21 Mac 2024 5 Mesyuarat Khas MUAFAKAT 2024 23 Mei 2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 21 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN & SUMBANGAN MUAFAKAT 2023/2024 NO PERKARA JUMLAH SUMBANGAN (RM) TARIKH KELULUSAN MEI/2023 1. Sumbangan Pembelian surat khabar NST & Berita Harian bagi keperluan pelajar Tingkatan 5 700.00 3.5.2023 JUN/2023 2. Sumbangan Program Perkhemahan Badan Beruniform 2023 1,500.00 15.6.2023 3. Sumbangan Program Jamuan Durian Homeroom 5,000.00 19.6.2023 4. Sumbangan dana hiasan surau An-Nur MRSM Gerik 4,119.62 20.6.2023 5. Sumbangan kutipan derma kepada pelajar sakit (Yusuf,T2) 300.00 26.6.2023 54,036.00 6. Sumbangan karpet surau An-Nur MRSM Gerik 44,530.00 27.6.2023 JULAI/2023 7. Sumbangan program Kejohanan Olahraga Inter-MRSM Kebangsaan (KEJORA) Zon Utara 2023 800.00 5.7.2023 8. Sumbangan peruntukan tambahan pembelian set papan catur gergasi 500.00 12.7.2023 OGOS/2023 9. Sumbangan kutipan derma kepada Pn. Basyarina atas kehilangan suami 3,090.00 3.8.2023 10. Sumbangan khairat kematian bapa pelajar MRSM Gerik (Afeef,T5) 3,090.00 7.8.2023 11. Sumbangan Lawatan Inspirasi Kerjaya (BWP) 1,400.00 17.8.2023 SEPTEMBER/2023 12. Sumbangan bayaran penceramah Bahasa Melayu 600.00 7.9.2023 13. Sumbangan kutipan kilat kematian waris MRSM Gerik (Aqila,T5) 300.00 11.9.2023 1,750.00 14. Sumbangan bayaran tiket pementasan teater sempena lawatan pelajar cemerlang Bahasa Inggeris ke KLPAC 800.00 15. Sumbangan untuk ‘goodies’ Runding Cara Akademik Tingkatan 5 500.00 26.9.2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 22 OKTOBER /2023 16. Sumbangan bayaran konsultan Kem Kepimpinan & Peningkatan Jati Diri 3,000.00 12.10.2023 17. Sumbangan peralatan pembelian mural Minggu Aktiviti 2,000.00 21.10.2023 18. Sumbangan program MDP Jabatan Matematik 2,628.00 19. Sumbangan pembelian iPad (4 buah) 5,120.00 26.10.2023 NOVEMBER/2023 20. Sumbangan program :Majlis Apresiasi Homeroom 2023 3,000.00 18.11.2023 DISEMBER/2023 21. Sumbangan program : Majlis Graduasi Tingkatan 5 5,000.00 16.12.2023 22. Sumbangan program motivasi bersama Ustaz Yaakub Yusra 2,500.00 29.12.2023 JANUARI/2024 23. Sumbangan program: Majlis Restu & Solat Hajat Tingkatan 5 2023 2,500.00 4.1.2024 FEBRUARI/2024 24. Sumbangan untuk pembinaan surau di tapak perkhemahan 23,000.00 14.2.2024 25. Sumbangan water filter (9 buah) 15,291.00 24.2.2024 MAC/2024 26. Bantuan zakat/bantuan sekolah untuk 35 pelajar terpilih (Rm304x35) 10,640.00 1.3.2024 27. Sumbangan kutipan Tabung Kilat pemandu bas MRSM Gerik (En. Abu Bakar) – kehilangan 2 ahli keluarga 1,500.00 11.3.2024 28. Sumbangan giant fan Surau An-Nur MRSM Gerik 15,500.00 15.3.2024 29. Sumbangan program : Majlis Sambutan Aidilfitri (semua pelajar) 5,000.00 29.3.2024 APRIL/2024 30. Sumbangan kutipan Tabung Kilat kematian waris pelajar (Izzat) 6,435.00 5.4.2024 MEI/2024 31. Sumbangan kutipan Tabung Kilat kematian waris pelajar (Suhaimipelajar Tingkatan 5 2023) 3,995.00 2.5.2024 32. Program Tutormu 3.0 (Anjuran MUAFAKAT Kebangsaan) 111.00 11.5.2024
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 23 PENYATA KEWANGAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 MUAFAKAT CAWANGAN MRSM GERIK AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 PENERIMAAN RM RM 1. Baki 1 Januari 70,278.74 2. DANA MUAFAKAT (Yuran) a) Tingkatan 1 5,680.00 b) Tingkatan 2 4,780.00 c) Tingkatan 3 4,500.00 d) Tingkatan 4 4,230.00 e) Tingkatan 5 4,100.00 f) Jumlah Bayaran Tunggakan 14,655.00 g) Lain-lain sumbangan 129,149.62 Jumlah Penerimaan 167,094.62 TOLAK: PEMBAYARAN 1. Kos Pengurusan Muafakat 25.50 2. Yuran Muafakat Kebangsaan 2,712.00 3. Unit TPKA 20,710.00 4. Unit TPPP 12,000.00 5. Unit TPPB 16,417.00 6. Khairat Kematian 300.00 7. Pulangan wang lebihan/Lain-lain sumbangan 149,150.19 Jumlah Pembayaran (201,314.69) Baki 31 Disember 36,058.67 KENYATAAN LAPORAN KEWANGAN : a) Baki awal dalam akaun muafakat sebanyak RM70,278.74 b) Penerimaan wang dalam akaun muafakat sebanyak RM167,094.62 c) Pembayaran wang dalam akaun muafakat sebanyak RM201,314.69 d) Baki akhir dalam akaun muafakat sebanyak RM36,058.67
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 24 LAPORAN DISEDIAKAN OLEH: LAPORAN DISEMAK OLEH: -------------------------------------- -------------------------------------- CIK AZREEN NADIHAH BINTI AZMI CIK MUNIRAH BINTI MAT JUSOH Bendahari Muafakat Juruaudit I Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak LAPORAN DISEMAK OLEH: LAPORAN DISAHKAN OLEH: -------------------------------------- -------------------------------------- EN MOHD HAMIDI BIN IDRUS EN MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD Juruaudit II Muafakat YDP Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 25 CADANGAN & USUL MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT USUL 1 Pembentang Usul : Pn. Norhaliza Binti Supar 1. Pihak maktab mengadakan program keselamatan dan kesedaran buli dan jenayah di kalangan pelajar maktab bersama pihak PDRM. USUL 2 Pembentang Usul : En. Mohd Firdaus Bin Mat Saad 1. Saya mencadangkan agar pihak Maktab menyediakan ruang untuk para ibu bapa berkongsi video pesanan dari ayah dan ibu berdurasi 3-7 minit di surau yang akan ditayangkan selepas solat Maghrib. Para waris boleh memberikan pelbagai nasihat dan peringatan kepada semua pelajar dalam memberi motivasi, membentuk sahsiah dan disiplin pelajar. Ibu bapa akan berikan video, disemak oleh pihak Muafakat dan ditayangkan oleh pihak BWP BADAR kepada semua pelajar. Juga boleh ditayangkan video video motivasi dari seluruh dunia yang akan memberi inspirasi kepada anak-anak MRSM Gerik. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memainkan peranan dan peringatan serta kata kata nasihat kepada anak anak.g
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 26 USUL 3 Pembentang Usul : En. Muhamad Aidil Bin Mahmad Juari 1. Mencadangkan supaya diadakan “Tabung Bergerak” untuk memudahkan ibu bapa menderma semasa majlis perjumpaan ibu bapa dan hari terbuka asrama. Walaupun jumlah derma RM1 seorang ianya cukup besar dan dapat memberi gambaran kerjasama erat ibu bapa. Justeru sedikit sebanyak boleh menampung dana untuk kegunaan aktiviti yg akan dilakukan. 2. Mencadangkan supaya diadakan kelas bahasa ketiga ‘3rd language’ dalam bentuk kursus jangka pendek berbayar seperti bahasa Mandarin, Jepun, Jerman & Perancis buat pelajar yang berminat. Tenaga pengajar boleh di beri peluang daripada kalangan alumni yg berkemahiran. Semua sedia maklum MARA banyak melahirkan graduan daripada negara yang disebut diatas. Kelas boleh diadakan samada secara fizikal atau atas talian ketika waktu cuti Sabtu/Ahad dan cuti semester. USUL 4 Pembentang Usul : Pn. Kartina 1. Pembaikan kerosakan almari loker.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2024 | 27 CATATAN