MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK KALI KE – 22 TARIKH: 26 MEI 2023 TEMPAT: DEWAN SEMARAK BUDI MRSM GERIK
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 1 ISI KANDUNGAN Kata Alu - Aluan Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia [MUAFAKAT] 2021/2023 2 Kata Alu - Aluan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Gerik 3 Sekapur Sireh Pengetua MRSM Gerik 4 Agenda Mesyuarat Agung MUAFAKAT 5 Senarai Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT 2021/2023 6 Senarai Ahli Jawatankuasa MAT MUAFAKAT 2023 7 Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Gerik 2022 8 - 20 Laporan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT 2023 21 - 22 Penyata Kewangan MUAFAKAT MRSM Gerik 2022 23 - 25 Cadangan dan Usul Mesyuarat Agung MUAFAKAT 2023 26 - 27 Catatan 28
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 2 KATA ALU - ALUAN Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia [MUAFAKAT] 2021/2023 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke - 22. Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersamasama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 3 KATA ALU - ALUAN YDP MUAFAKAT MRSM GERIK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya kita semua diberikan kesempatan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM Gerik. Terlebih dahulu, saya mewakili ahli jawatankuasa MUAFAKAT MRSM Gerik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutama sekali kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini. Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini pada hari ini membuktikan bahawa kita semua prihatin terhadap persekolahan anak-anak kita. Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan kepada MUAFAKAT MRSM Gerik dalam memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk anak-anak kita belajar di MRSM ini. Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa MRSM Gerik ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua atas sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan program-program yang dijalankan oleh MRSM Gerik. Sumbangan dalam bentuk idea daripada ahli MUAFAKAT sangat diperlukan untuk menjayakan perancangan yang dibuat oleh pihak MRSM Gerik agar lebih gemilang dan terbilang pada masa akan datang. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” Sekian, terima kasih. EN. ABDUL HALIM BIN SAAD Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Gerik
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 4 SEKAPUR SIREH PENGETUA MRSM GERIK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta kurniaNya kita diberi peluang dan ruang bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM Gerik kali ke - 22 pada tahun 2023. Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT kali ke -22 cawangan MRSM Gerik. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang berjaya hadir pada hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini memberikan petanda yang positif bahawa wujudnya permuafakatan yang jitu antara ibu bapa dan sekolah dalam memastikan kecemerlangan anak-anak kita di maktab ini. Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu platform bagi semua ibu bapa untuk berbincang dan memberikan idea bagi peningkatan kecemerlangan anak-anak. Proses komunikasi yang baik haruslah diwujudkan dalam kalangan ibu bapa dengan pihak maktab agar kerjasama yang baik dapat dijalinkan. Sokongan daripada pihak MUAFAKAT dalam aktiviti-aktivi yang dirancang di maktab ini amatlah dialu-alukan. Hubungan yang baik antara MUAFAKAT dengan pihak sekolah merupakan resepi tanpa rahsia kejayaan gemilang sesebuah maktab. Akhir kata, semoga segala usaha dan perancangan kita dalam menjadikan anak - anak di MRSM Gerik ini terus gemilang akan mendapat keredaan daripada-Nya. Diharapkan juga kerjasama yang terjalin ini serta komunikasi yang baik dapat dikekalkan agar MRSM Gerik dapat melahirkan modal insan yang cemerlang seterusnya dapat menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” Sekian, terima kasih. TN. HJ MUHAMAD ABU BAKAR BIN ISMAIL PENGETUA MRSM Gerik
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 5 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT 8.30 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran 9.00 pagi - 9.30 pagi - Bacaan doa - Ucapan Perasmian oleh YDP MUAFAKAT MRSM Gerik MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT 2023 9.30 pagi – 12.30 tengahari - Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Gerik Sesi 2022 - Membentang dan Menerima Laporan Tahunan MUAFAKAT MRSM Gerik Sesi 2022 - Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tahunan MUAFAKAT MRSM Gerik Sesi 2022 - Menerima dan Membahaskan Usul - Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2021-2023 - Pemilihan Ahli Jawatankuasa dan Dua Juru Audit Sesi 2021-2023 - Pemilihan Tiga Orang Wakil Ke Mesyuarat Agung Pusat - Ucapan Penangguhan - Penyampaian Sijil kepada Ahli Jawatan Kuasa Sesi 2021-2023 - Majlis Bersurai
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 6 SENARAI AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT 2021/2023 NO NAMA JAWATAN 1. Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar Bin Ismail Ex-Officio 2. En. Mohd Asri Bin Amat Pengerusi Tetap 3. En. Aidil Nor Adha Bin Mohd Nor Timbalan Pengerusi Tetap 4. En. Abdul Halim Bin Saad Yang Dipertua 5. En. Mohd Abu Samah Bin Mohd Daud Naib Yang Dipertua 6. Pn. Farina Aida Binti Said Setiausaha 7. Cik Nor Ili Bt Ishak Penolong Setiausaha 8. Cik Azreen Nadihah Binti Azmi Bendahari 9. En. Mohd Shahar Bin Marsan AJK (Ibu Bapa) 10. Pn. Norzila Binti Mohd Nor AJK (Ibu Bapa) 11. Pn. Nur Mardhiah Binti Ismail AJK (Ibu Bapa) 12. En.Mustafa Kamal Bin Abdul Aziz AJK (Ibu Bapa) 13. Pn.Suwita Binti Mat Saad AJK (Ibu Bapa) 14. Pn. Zaniah @ Jamaliah Arshad AJK (Ibu Bapa) 15. Dr. Syed Alwi Syed Abu Bakar AJK (Ibu Bapa) 16. En. Nor Azmi Bin Mokhtar AJK (Ibu Bapa) 17. En. Mohamad Nazri Bin Mokhtar AJK (Ibu Bapa) 18. Cik Azwani Binti Osman AJK (Guru) 19. En. Mulyadi A/K Mohamad AJK (Guru) 20. En. Tengku Azhar Bin Tengku Mohd AJK (Guru) 21. En. Ahmad Ma’kky Bin Ismail AJK (Guru) 22 En. Muadz Bin Mohd Sofi AJK (Guru) 23. Cik Munirah Binti Mat Jusoh Juruaudit 24. En. Iswadi Bin Che Mat Juruaudit
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 7 AHLI JAWATANKUASA MAT MUAFAKAT 2023 PENGERUSI Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar Bin Ismail TIMBALAN PENGERUSI En. Hamzah Bin Hawari SETIAUSAHA I Pn. Noor Salina Binti Omar SETIAUSAHA II Cik Nor Ili Binti Ishak BENDAHARI Cik Azreen Nadihah Binti Azmi AJK PENGACARAAN MAJLIS En. Aidil Nor Adha Bin Mohd Nor AJK LAPORAN TAHUNAN Cik Munirah Binti Mat Jusoh En. Mohd Hafiszudin Bin Ab Samad AJK JEMPUTAN & SAMBUTAN Pn. Noor Salina Binti Omar AJK PENDAFTARAN Cik Nor Ili Binti Ishak AJK JAMUAN/MAKANAN Cik Azwani Binti Osman Pn. Nur Amanina Sahira Binti Mat Musa Cik Nur Farahin Binti Kamaron Azaman AJK CENDERAHATI Cik Azreen Nadihah Binti Azmi AJK PERSIAPAN DEWAN En. Mulyadi A/K Mohamad En. Wan Amirul Asyraf Bin Yusuf En. Mohd Sarian Bin Mohd Razali En. Haziq Hizami Bin Zamri AJK PERALATAN & AJK SIARAYA DAN SERANTA En. Muadz Bin Mohd Sofi En. Mohd Zulfazreen Bin Fadzil AJK LALU LINTAS En. Ahmad Ma’kky Bin Ismail AJK PEMBACA DOA & KEKEMASAN DEWAN AJK FOTOGRAFI En Asrul Azli Bin Aziz AJK PENCATAT MINIT Puan Siti Aminah Binti Said AJK PEMBACA DOA & AJK KEKEMASAN DEWAN En. Tengku Azhar Bin Tengku Mohd En. Muhammd Zulfazli Bin Mohd Yusoff
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 8 MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT TAHUN 2022 MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK Tarikh 02 September 2022 Masa 10.15 pagi Tempat Dewan Semarak Budi Bil. Mesyuarat 2022 KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT En. Abdul Halim Bin Saad - Yang Dipertua Pn. Farina Aida Binti Said - Setiausaha 1 Cik Nor Ili Binti Ishak - Setiausaha 2 Cik Azreen Nadihah Binti Azmi - Bendahari Tn. Hj. Mahamad Rohani Bin Mat Isa - AJK Pn. Zaniah @ Jamaliah Binti Arshad - AJK En. Mustafa Kamal Bin Abdul Aziz - AJK Pn. Suwita Binti Mat Saad - AJK Dr. Syed Alwi Bin Syed Abu Bakar - AJK En. Nor Azmi Bin Mokhtar - AJK En. Iswadi Bin Che Mat - AJK En. Mohd Asri Bin Amat - AJK En. Aidil Nor Adha Bin Mohd Nor - AJK Cik Azwani Binti Osman - AJK En. Mulyadi A/K Mohamad - AJK En. Tengku Azhar Bin Tengku Mohd - AJK En. Ahmad Ma’kky Bin Ismail - AJK Cik Munirah Binti Mat Jusoh - AJK En. Muadz Bin Mohd Sofi - AJK Turut hadir : Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar Bin Ismail - Pengetua En. Hamzah Bin Hawari - TPPP En. Rahizad Bin Hashim - TPKA En. Md Kahruddin Bin Ismail - TPPB
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 9 Kehadiran Ibu Bapa 1. Nur Zamnah Binti Ab Razak 2. Nor Huda Bt Razali 3. Saodah Bt Japri 4. Mohd Hamidi B. Idrus 5. Rini Marlini Bt Sukri 6. Rosnita Binti Aszari 7. Hamidah Binti Binti Mohamed 8. Norlia Binti Yahaya 9. Muhammad Najib Bin Muhammad Sapuri 10. Norzalifah Mohd Mokhtar 11. Shamsul Adha Binadnan 12. Rosiah Che Hat 13. Noor Jannah 14. Maizatul Erni Binti Kamal 15. Noraini Kamaruddin 16. Salmah Bt Latip 17. Mohamad Yusaini B. Muhamed Yusuf 18. Nora Binti Ibrahim 19. Kammaria Abdul Mutalib 20. Abdul Qaiyum Bin Mohd Radzi 21. Munirah Binti Abdul Wahab 22. Mohamad Faidz Bin Abdul Hamid 23. Lokmannul Hakim 24. Rohayu Salawati Bt Abdul Wahab 25. Samira Wahid 26. Nurzian Yusuf 27. Rose Dashima Bt Ahmad Darbi 28. Ashila Bt R. Azmi 29. Wan Hasbon Rizal Bin Wan Abdullah 30. Azhar Bin Ahmad 31. Amy Suhana Bt Zambri 32. Nadrah Mohamat Kasim 33. Wan Hapizan Binti Hasan 34. Yusnizah Binti Che Ros 35. Zalinah Bt Yeub 36. Aa’bidah Ibrahim 37. Wan Mohd Akmal Bin Wan Ahmad 38. Ahmad Nazaruddin Bin Mohd Sedik 39. Noor Hasnah Bt Ishak 40. Azrin Bin Jamilan 41. Abdul Rashid Abdul Kadir 42. Mohd Hairy B. Aziz 43. Khairul Azaman Bin Supini 44. Iswadi Bin Che Mat 45. Latifah Bt Mumamed Nazri 46. Zakiah Shafie 47. Rusdi B. Abd Majid 48. Ahmad Nawawi B. Muhamad Sharif
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 10 49. Siti Hasmah Bt Mingu 50. Rosnah Binti Mohd Hashim 51. Khairul Fuad Khalid 52. Hasnah Bt Ishak 53. Husaini Bin Mat Shah 54. Khairiah Binti Mohamed Ali 55. Che Muhamad Nor 56. Norfadilah Binti Bosirun 57. Norhayati Bt Mt Nor 58. Khadafy Bin Zahari 59. Adbul Razif B. Abdurahim 60. Shuhada Bt Ayob 61. Wahizam Bt Abdul Wahid 62. Mohd Sabhanuddin Bin Abdul Manap 63. Muhamad Shakir B. Osman 64. Mohd Hafizi Bin Adam 65. Haslina Bt Hashim 66. Mohd Nazri Bin Mokhtar 67. Muhammad Idham Bin Muhamad Adnan 68. Asmadi Bin Sulaiman 69. Noor Maliza Bt Md Zain 70. Abd Kadir Bin Assanar Kahty 71. Khairul Nizam Bin Jamal 72. Mohd Muslim B. Man 73. Khairinizam B. Hj Zaini 74. Shafinaz Binti Sabudin 75. Zarimah Bt Bidin 76. Sarah Binti Mohd Ali 77. Nor Azmi Mokhtar 78. Samsiah Harun 79. Safiah Bt Ibrahim 80. Norzamylah Idris 81. Mohd Fakhruzaman B. Mohd Naim 82. Farihah Binti Osman 83. Noraini Kamarudin 84. Mat Zin Mat Arifin Kehadiran Guru-Guru 1. Abd Rahim B. Ismail 2. Abdullah Zaki Bin Omar 3. Ahmad Kamal Bin Abdul Shukor 4. Anita Safura Bt Mohd Khushairi 5. Faizul B. Che Ali 6. Faridah Bt Ismail 7. Hairul Razimah Bt Md Dalis 8. Hazilawati Binti Mohd Salleh @ Mohd Sidek 9. Masneh Bt Mohd Yassin 10. Mohd Azani B. Abdullah 11. Mohd Fazil B. Md. Akhir 12. Mohd Hafiszudin Bin Ab Samad 13. Mohd Khairis B. Harun
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 11 14. Mohd Nazmi B. Kamaruzzaman 15. Mohd Norazli Bin Bani 16. Mohd Rasyidi B. Md Yusop 17. Mohd Sharul Bin Mohamad Safie 18. Muhamad Zulfazli Bin Mohd Yusoff 19. Muhammad Faizul B. Idris 20. Mulyadi A/K Mohamad 21. Nik Helmi Azrin B. Mat Ferait 22. Nik Nurhidayah Bt Nik Wahid 23. Noor Salina Binti Omar 24. Noor Zahira Binti Abdul Rahman 25. Noorhalina Binti Ghazali 26. Nornaziha Bt Abd Rahim 27. Nursyahira Binti Mohammad 28. Rohayu Binti Abdul Rahim 29. Ruslina Bt Ab Ghani 30. Sabariah Binti Alias 31. Siti Aminah Binti Said 32. Siti Athirah Bt Abdul Rahim 33. Siti Fatimah Binti Zakaria 34. Siti Hajar Binti Abdul Rahim 35. Siti Meriam Bt Abdullah 36. Siti Zahidah Binti Kosran 37. Wan Amirul Asyraf Bin Yusuf 38. Zufarhani Binti Ahmad Mokhtar 39. Noralia Binti Mohd Alias 40. Siti Mardhiah Abd Manab 41. Safirah Abd Rahman 42. Satirah Bt Mat Sharif 43. Wan Nasrul Azim Bin Aidrus
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 12 BIL PERKARA TINDAKAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 AGENDA 1 : UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat dan memanjatkat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini mesyuarat dapat diadakan secara bersemuka. Pengerusi mengharapkan mesyuarat secara bersemuka pada tahun ini akan lebih mengeratkan hubungan serta ibu bapa akan lebih bersikap terbuka dalam membincangkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan mutu MRSM Gerik. Tuan Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat tentang peranan MUAFAKAT iaitu merupakan badan yang berfungsi untuk membantu pihak sekolah agar anak-anak dapat belajar dengan selesa di maktab ini serta mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Beliau turut menyatakan bahawa pihak MUAFAKAT juga merupakan badan yang akan membantu pihak sekolah dari segi kewangan untuk melaksanakan program-program tertentu yang telah dirancang. Tuan Pengerusi mengingatkan para ibu bapa supaya sama-sama menasihati anak-anak agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah wajar seperti mengunci lokar untuk mengelakkan kes kehilangan barangan di asrama. Tuan Pengerusi menasihatkan para ibu bapa sekiranya mempunyai masalah berkaitan dengan anak-anak seperti kes buli, ibu bapa perlulah menghubungi pihak maktab untuk memaklumkan perkara tersebut agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Tuan Pengerusi turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang Program Keusahawanan Homeroom iaitu Program Master Chef yang merupakan program kerjasama Unit Pembangunan Homeroom bersama pihak MUAFAKAT. Penceramah bagi program ini merupakan AJK MUAFAKAT iaitu Puan Jamaliah bt Arshad. Beliau sangat berharap dan menggalakkan ibu bapa untuk menyumbangkan kepakaran yang ada kepada pihak maktab bagi memastikan anak-anak cemerlang dalam pelbagai bidang. Tuan Pengerusi turut mengingatkan ahli mesyuarat bahawa hubungan antara ibu bapa dan pihak maktab amat penting dalam menentukan hala tuju maktab ke arah yang lebih cemerlang. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 13 1.7 Tuan Pengerusi juga turut menggalakkan semua ibu bapa sama-sama bekerjasama dan membantu pihak maktab untuk merealisasikan hasrat maktab supaya dapat mencapai sasaran GPS 2.0 dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. Ibu bapa perlu memberi rangsangan yang baik kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Makluman 2.0 2.1 2.2 AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tuan Pengerusi memohon semua ibu bapa meneliti minit mesyuarat yang terdapat dalam buku program dan memohon ahli mesyuarat mengesahkannya sekiranya tidak terdapat sebarang perubahan. Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT tahun 2021 telah disahkan oleh Pn. Farihah binti Osman dan disokong oleh En. Azrin bin Jamilan. Makluman Makluman 3.0 3.1 AGENDA 3 : PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI OLEH SETIAUSAHA MUAFAKAT Puan Farina Aida Said selaku Setiausaha 1 telah membentangkan laporan aktiviti yang telah mendapat sumbangan daripada pihak MUAFAKAT seperti yang tercatat dalam buku program halaman 33. Program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: NO AKTIVITI JUMLAH SUMBANGAN (RM) PESERTA 1 Program Pencegahan Penularan Covid-19 2500.00 Semua Pelajar 2 Pembelian Test-Kit sebanyak 1000 Unit 4400.00 Semua Pelajar 3 Majlis Graduasi 2021 1000 Pelajar Tingkatan 5 (2021) 4. Program Ihya’ Ramadan 2000 Semua Pelajar 5. Kem Kepimpinan Badan Kepimpinan Pelajar Siri II Sesi 2022 7000 Barisan Kepimpinan Pelajar (BWP,LDP,JPA,BADAR,PRS76 Pelajar) 6. Kejohanan Olahraga Inter-MRSM Kebangsaan (KEJORA) 250 4 Orang Pelajar 7. Program Lawatan Penanda Aras SPM 2022 1450 Pelajar Tingkatan 5 (29 Pelajar) 8. Program BWP Leisure Night 2000 Semua Pelajar Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 14 3.2 Laporan aktiviti ini telah disahkan oleh Pn. Noraini Kamarudin dan disokong oleh Pn. Sarah binti Mohd Ali. Makluman 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 AGENDA 4 : PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN Cik Azreen Nadihah binti Azmi selaku Bendahari MUAFAKAT MRSM Gerik telah membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2021 seperti yang tercatat dalam buku program dari halaman 35 sehingga halaman 37. Baki akhir kewangan MUAFAKAT sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM 38129.01. Tuan Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa baki kewangan MUAFAKAT pada awal bulan Januari adalah sebanyak RM 38129.01. Jumlah ini kemudiannya bertambah apabila yuran Modal Insan telah dibayar oleh para pelajar. Jumlah pendapatan adalah sebanyak RM 56057.00. Tuan Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa pengeluaran wang daripada akaun MUAFAKAT untuk aktiviti-aktiviti maktab adalah hasil perbincangan secara bersama oleh semua ahli jawatankuasa. Tuan Pengerusi turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa pihak MUAFAKAT dalam usaha membantu pihak maktab untuk menaiktaraf penyelenggaraan watercooler di sekitar maktab. Pihak MUAFAKAT mengambil cakna akan aduan yang dibuat oleh pihak ibu bapa tentang kekuatiran mereka mengenai kebersihan air water cooler yang telah diminum oleh para pelajar. Terdapat syarikat yang akan membaik pulih dan menyelenggara water cooler tersebut bagi setiap tiga bulan sekali untuk memastikan air yang diminum oleh pelajar bersih dan selamat. Semua perbelanjaan ini akan ditanggung oleh pihak MUAFAKAT. Tuan pengerusi berharap masalah ini akan dapat segera ditangani. Laporan kewangan ini telah disahkan oleh Pn. Haslina binti Hashim dan disokong oleh Mat Zin Mat Arifin. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman 5.0 5.1 5.2 AGENDA 5 : PEMILIHAN TIGA ORANG PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEBANGSAAN Tuan Pengerusi membuka cadangan kepada ahli mesyuarat untuk memilih tiga orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan. En. Mahamad Rohani bin Mat Isa mencadangkan supaya tiga orang perwakilan yang akan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan mengikut kelaziman tahun sebelum ini iaitu terdiri daripada Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Setiausaha. Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 15 5.3 En. Muhammad Nor bin Salleh menyokong cadangan yang diberikan oleh En. Mahamad Rohani bin Mat Isa. Makluman 6.0 6.1 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.2 AGENDA 6 : PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN USUL Usul 1 : Pembentang usul : En. Mahadi bin Mahmad Mencadangkan agar pihak MRSM Gerik mewujudkan satu sistem semakan pembayaran yuran secara dalam talian untuk menyemak yuran para pelajar bagi mengelakkan pembayaran tertunggak. (Tidak hadir – Tuan Pengerusi memohon izin daripada ahli mesyuarat agar membenarkan usul ini dijawab dan diterima secara umum kerana merupakan isu yang selalu ditimbulkan oleh ibu bapa) Maklum balas: Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail (Pengetua) Tuan Pengetua menjelaskan bahawa ibu bapa perlu membayar yuran melalui aplikasi yang telah disediakan oleh pihak MARA iaitu melalui sistem MARAeps. Ibu bapa boleh membuat bayaran secara dalam talian di mana-mana sahaja mereka berada. Bayaran ini juga boleh dibuat di pejabat MRSM, Pejabat MARA Daerah atau di Pejabat MARA Negeri. Jadi, isu yuran tertunggak ini sebenarnya tidak akan berlaku sekiranya pembayaran telah dibuat. Walau bagaimanapun, pihak MRSM Gerik akan melakukan penyemakan secara berkala dan mengeluarkan surat kepada ibu bapa yang mempunyai bayaran tertunggak. Beliau turut mengingatkan ibu bapa yang menyerahkan bayaran kepada anak-anak untuk dibayar kepada pihak maktab perlu memastikan anak mereka membuat bayaran tersebut serta mendapatkan resit daripada pejabat kerana terdapat juga segelintir pelajar yang membelanjakan wang tersebut dan tidak membuat bayaran seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka. Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi turut memaklumkan kepada ibu bapa bahawa mereka boleh mengambil inisiatif untuk menelefon pihak maktab bagi menyemak bayaran yuran anak-anak pada bila-bila masa. Di samping itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak tidak membelanjakan bayaran yuran yang telah diberikan kepada mereka. Usul 2 : Pembentang usul : Puan Nur Zamnah binti Ab Razak 1. Mencadangkan agar pihak maktab memasang CCTV di blok akademik dan laluan keluar masuk aspura dan aspuri. Tujuan pemasangan CCTV ini untuk memudahkan proses pemantauan kerana kekerapan berlakunya kehilangan / keciciran barang pelajar sekali gus dapat meningkatkan tahap keselamatan. Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 16 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.3 6.3.1 Maklum balas: Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail (Pengetua) Tuan Pengetua menjelaskan kepada ahli mesyuarat bahawa terdapat lima buah CCTV telah dipasang di tempat-tempat penting di sekitar pejabat pentadbiran sehingga ke pondok pengawal. Pemasangan dua CCTV juga telah dibuat di tempat penyimpanan telefon para pelajar untuk mengelakkan kes kecurian. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa asrama merupakan tempat yang sensitif dan privasi. Pihak maktab perlu mendapatkan kebenaran-kebenaran tertentu bagi pemasangan CCTV di asrama. Pihak maktab tidak boleh sewenang-wenangnya memasang CCTV di kawasan asrama. Selain faktor tersebut, pemasangan CCTV tidak dapat dibuat di asrama disebabkan oleh kos yang tinggi. Beliau menyatakan sekiranya pihak MUAFAKAT bersetuju menampung kos pemasangan tersebut lebih kurang RM 20 ribu ringgit, pihak maktab akan cuba mendapatkan kebenaran dan menetukan lokasi pemasangan yang sesuai. Tuan Pengetua turut berpendapat bahawa pemasangan CCTV ini juga sebenarnya dapat memudahkan pihak pengurusan untuk memantau kerosakan yang kerap berlaku di asrama. Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Penegerusi bertanyakan kepada ahli mesyuarat mengenai persetujuan untuk membelanjakan anggaran kos sebanyak 20 ribu bagi menambahbaik pemasangan CCTV yang sedia ada kepada kawasan yang lebih luas seperti di kawasan asrama atau kawasan-kawasan lain yang difikirkan strategik. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membelanjakan anggaran kos sebanyak RM 20 ribu ringgit untuk menambahbaik CCTV di kawasankawasan yang strategik khususnya di kawasan asrama. Tuan Pengerusi turut mempelawa ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk menyumbang tenaga supaya kos perbelanjaan ini dapat dikurangkan. Ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini boleh berbincang dengan Tuan Pengetua atau pihak MUAFAKAT bagi menpercepatkan proses pemasangan ini. 2. Mencadangkan pengurusan bungkusan/surat bersistem seperti yang digunakan di maktab lain bagi mengurangkan beban kerja kakitangan, mempercepatkan carian/capaian oleh pelajar dan kakitangan, persekitaran tanpa kertas dan peringatan sms dapat mengurangkan lambakan parcel. Maklum balas: Tn. Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail (Pengetua) Tuan Pengetua memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa semua bungkusan yang diterima di MRSM Gerik akan diuruskan oleh pihak koperasi. Caj sebanyak RM 0.50 sen akan dikenakan terhadap satu bungkusan yang diterima. Tuan Pengetua turut memohon kerjasama daripada ibu bapa agar menghantar barangan yang penting sahaja Makluman Makluman Makluman Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 17 6.3.2 6.4 6.4.1 kepada anak-anak mereka. Matlamat pihak maktab sebenarnya ingin mengurangkan jumlah barangan yang diterima bukannya untuk menambahbaik sistem yang telah sedia ada. Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat yang hadir bahawa polisi sekolah terhadap pengurusan bungkusan ini adalah untuk mengurangkan jumlah bungkusan yang diterima dan bukannya untuk menambahkan kecekapan dalam pengurusan. Pengerusi turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar barangan yang penting sahaja kepada anak-anak. 3. Mencadangkan pihak maktab mengadakan ceramah dan seminar jemputan PDRM (kesalahan jenayah dan buli), agamawan (Pengurusan jenazah dan kematian) dan seminar komunikasi serta peradaban generasi Z oleh pakar motivasi remaja. Maklum balas : En. Aidil Nor Adha bin Mohd Nor (Kaunselor) En. Aidil menjelaskan bahawa unit kaunseling telah mengadakan ceramah berkaitan kesalahan jenayah dan buli pada bulan Jun yang lepas dengan menjemput penceramah daripada pihak Penjara Taiping. Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 terlibat dengan program ini. Pada bulan Julai pula, unit kaunseling maktab telah mengadakan Program Sahsiah Unggul Peribadi dengan menjemput penceramah yang telah berkongsi pengalaman beliau sendiri bersama para pelajar. Program ini telah melibatkan 76 pelajar yang berpotensi melakukan masalah disiplin dan pelajar yang berpotensi menjadi mangsa yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat pelbagai program yang telah dirancang oleh unit kaunseling pada masa akan datang untuk menangani isu buli ini. Makluman Makluman Makluman 7.0 7.1 AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN / UCAPAN PENAGGUHAN En. Mohamad Firdaus berkongsi pendapat bersama ahli mesyuarat dengan menyatakan bahawa dalam kumpulan Whatsapp ibu bapa para pelajar Tingkatan 1 hampir kesemua ibu bapa tidak bersetuju anak mereka membawa telefon pintar ke maktab. Beliau mencadangkan agar pihak maktab membenarkan para pelajar menggunakan telefon pintar dengan cara yang sangat terkawal seperti penggunaan telefon pintar semasa waktu akademik sahaja dan mesti memulangkan semula setelah tamat sesi akademik seperti pada waktu prep petang. Beliau turut berpendapat bahawa penggunaan telefon pintar dapat mendatangkan kebaikan kepada pelajar dalam pembelajaran dan dapat memberi pendedahan teknologi kepada para pelajar. Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 18 7.1.1 7.1.2 7.1.3 7.1.4 Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohamad Firdaus atas pendapat dan cadangan yang telah diberikan. Beliau menambah bahawa setiap ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penggunaan telefon pintar ini. Tuan Pengerusi memohon ahli mesyuarat untuk memutuskan sama ada untuk memberi kebenaran atau sebaliknya kepada pelajar menggunakan telefon pintar di maktab. Maklum balas : Pn. Yusnizah binti Che Ros Pn. Yusnizah melahirkan kebimbangan berkaitan GPS MRSM Gerik yang berada pada kedudukan 2.9. Beliau berkongsi makluman dengan ahli mesyuarat bahawa sepuluh sekolah terbaik yang mendapat GPS 1.5 ke bawah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Beliau menegaskan bahawa sekolah SBP ini sememangnya tidak membenarkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Pada pendapat beliau remaja di bawah umur 14 tahun memang sukar untuk dikawal. Beliau kurang bersetuju sekiranya pelajar diberikan kebenaran untuk menggunakan telefon pintar di sekolah walaupun dalam keadaan yang terkawal. Beliau turut berpendapat bahawa penggunaan telefon pintar ini tidak menjamin seseorang itu bergerak seiring dengan teknologi kerana remaja berumur di bawah 14 tahun sangat sukar dikawal. Beliau sangat menyokong pihak sekolah untuk menghentikan penggunaan telefon pintar dalan kalangan pelajar tingkatan 3 dan ke bawah sehingga mereka mencapai peringkat umur yang membolehkan mereka berfikir dengan lebih baik. Beliau menyatakan bahawa pihak maktab juga telah melengkapkan kemudahan internet untuk keperluan pelajar. Jadi keperluan penggunaan telefon pintar untuk teknologi tidak diperlukan buat masa ini bagi remaja di bawah umur 15 tahun. Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Yusniza atas pendapat dan cadangan yang telah diberikan. Tuan Pengerusi meminta pandangan daripada pihak maktab mengenai situsi sebenar penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar di maktab ini. Maklum balas : En. Hamzah bin Hawari (TPPP) TPPP memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa sepanjang tempoh lima bulan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar, pihak warden telah merampas sebanyak 274 telefon pelajar daripada 539 orang pelajar di maktab ini iaitu sebanyak 51 % daripada keseluruhan pelajar. Telefon mereka dirampas disebabkan kesalahan yang telah dilakukan seperti kecuaian, menggunakannya semasa di dalam kelas, tidak menghantar telefon mengikut masa yang ditetapkan dan sebagainya. Daripada 274 bilangan ini, sebanyak 33 unit telefon merupakan rampasan yang telah dibuat pada kali kedua. Ibu bapa Makluman Makluman Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 19 7.1.5 7.1.6 7.1.7 perlulah berjumpa dengan TPPP untuk menuntut telefon yang telah dirampas buat kali yang kedua. Beliau turut menjelaskan, apabila telefon tersebut dibuka, kandungan yang terdapat dalam telefon tersebut tidak menyumbang kepada kebaikan pembelajaran para pelajar. Beliau juga terpaksa memperuntukkan waktu tambahan bekerja iaitu selepas waktu pejabat untuk menguruskan perkaraperkara yang remeh iaitu menanti kehadiran para pelajar menuntut telefon pintar mereka yang telah dirampas. Bagi mengekang permasalahan ini, dalam mesyuarat bersama guru-guru, dicadangkan supaya penggunaan telefon pintar bermula bulan September hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja dan dihadkan penggunaannya iaitu bermula pukul 6.30 pagi sehingga 2.30 petang sahaja. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat juga kekangan daripada ibu bapa yang ingin datang berjumpa dengan beliau untuk menuntut kembali telefon yang telah dirampas buat kali kedua. Beliau mengharapkan ibu bapa bertanggungjawab dan bersama-sama pihak maktab untuk mendidik anak-anak tentang penggunaan telefon pintar ini sekiranya mesyuarat pada hari ini memutuskan untuk membenarkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Maklum balas : En. Rahizad bin Hashim (TPKA) Beliau sangat bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Pn. Yusniza bahawa semua sekolah SBP tidak membenarkan langsung penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Hal ini berbeza dengan dasar yang ditetapkan oleh pihak MARA yang membenarkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar tetapi mestilah bergantung kepada keputusan maktab dan mengikut kesesuaian di maktab berkenaan. Maklum balas : Tuan Pengerusi Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima terhadap pandangan yang diberikan tentang penggunaan telefon pintar dalam kalangan para pelajar. Proses undian telah dilaksanakan dalam kalangan ibu bapa bagi mendapatkan keputusan sama ada penggunaan telefon pintar ini akan diteruskan atau ditangguhkan buat sementara waktu. Majoriti ibu bapa yang hadir telah bersetuju supaya penggunaan telefon pintar tidak dibenarkan dalam kalangan pelajar. Pelajar hanya dibenarkan membawa telefon biasa dengan kawalan untuk tujuan komunikasi sahaja. Tuan Pengerusi mengharapkan ibu bapa bapa dapat berlapang dada dengan keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat pada hari ini. Beliau turut berharap agar ibu bapa terus mendoakan kecemerlangan anak-anak di MRSM Gerik ini. Makluman Makluman Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 20 Disediakan oleh: ____________________ FARINA AIDA BINTI SAID Setiausaha (1) MUAFAKAT MRSM Gerik, Perak. Disemak oleh: _______________________________ ABDUL HALIM BIN SAAD Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Gerik, Perak 7.2 Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT tahun 2022 ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari dengan Tasbih Kaffarah dan Surah AlAsr. Makluman
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 21 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SUMBANGAN MUAFAKAT 2022/2023 LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN MUAFAKAT TAHUN 2022/2023 NO AKTIVITI JUMLAH SUMBANGAN (RM) TARIKH KELULUSAN 1 PROGRAM KEUSAHAWANAN RM1,745.00 02/09/2022 2 CCTV DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK RM1,4640.00 02/09/2022 3 MRSM SEGALANYA BERMULA DISINI RM390.00 05/09/2022 4. PEMBELIAN KIOSK KEUSAHAWANAN RM4,215.00 21/09/2022 5. PROGRAM READWARD FOR TOP ENGLISH ACHIEVERS RM500.00 21/09/2022 6. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK RM672.00 28/09/2022 7. PROGRAM DEKAD BAHASA KEBANGSAAN MRSM GERIK RM440.00 28/09/2022 8. MAJLIS RESTU TING 5 RM1,000.00 02/10/2022 9. MODUL PATRIOT SEJARAH RM837.00 05/10/2022 10. KEM AL FALAH WAL ISLAH RM3,000.00 16/10/2022 11. KEJOHANAN TAEKWONDO RM2,400.00 03/11/2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 22 LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN MUAFAKAT TAHUN 2022/2023 (sambungan) NO AKTIVITI JUMLAH SUMBANGAN (RM) TARIKH KELULUSAN 12. MINDA SIHAT AKHLAK TERPUJI RM2,500.00 02/11/2022 13. PROGRAM TEMUDUGA PELAJAR TINGKATAN 5 RM810.40 07/11/2022 14. MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM RM3,367.00 12/12/2022 15. KEM AL FALAH SIRI II RM5,000.00 02/01/2023 16. PEMBELIAN PAPAN CATUR GERGASI RM500.00 05/01/2023 17. APREASIASI HOMEROOM RM4,750.00 07/01/2023 18. GRADUASI KE-28/2022 RM7,310.00 06/01/2023 19. BANNER SPM 2023 RM96.00 11/01/2023 20. MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI 2023 PUAN SATIRAH RM750.00 10/02/2023 21. PEMASANGAN KIPAS AN NUR RM2,930.00 10/02/2023 22. MAJLIS SAMBUTAN RAYA DAN HARI PEKERJA RM6,000.00 02/04/2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 23 PENYATA KEWANGAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2022 MUAFAKAT CAWANGAN MRSM GERIK AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 PENERIMAAN/PENDAPATAN RM RM RM 1. Baki 1 Januari 76,466.41 2. DANA MUAFAKAT (Yuran dan Modal Insan) a) Tingkatan 1 4,890.00 b) Tingkatan 2 7,940.00 c) Tingkatan 3 7,050.00 d) Tingkatan 4 6,800.00 e) Tingkatan 5 5,700.00 f) Jumlah Bayaran Tunggakan/Lain-lain 24,055.00 Jumlah Pendapatan 56,435.00 TOLAK: PEMBAYARAN/PERBELANJAAN 1. Kos Pengurusan Muafakat 4,228.27 2. Yuran Muafakat Kebangsaan 2,580.00 3. Unit TPKA 13,899.00 4. Unit TPPP 11,945.40 5. Unit TPPB 13,865.00 6. Khairat Kematian 400.00 7. Pulangan wang lebihan/Lain-lain sumbangan 15,705.00 Jumlah Perbelanjaan 62,622.67 Baki (31 disember 2022) 70,278.74 KENYATAAN LAPORAN KEWANGAN : a) Baki awal dalam akaun muafakat sebanyak RM76,466.41 b) Penerimaan wang dalam akaun muafakat sebanyak RM56,435.00 c) Pembayaran wang dalam akaun muafakat sebanyak RM62,622.67 d) Baki akhir dalam akaun muafakat sehingga RM70,278.74
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 24 AKAUN TUMPANGAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM GERIK AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 RM RM RM 1. Baki 1 Januari 2022 77,945.57 PENERIMAAN/PENDAPATAN 1) KECEMERLANGAN 9,400.00 2) AMAL ISLAMI/QURAN 11,670.00 3) Lain-lain 10,742.00 Jumlah Pendapatan 31,812.00 TOLAK: PEMBAYARAN/PERBELANJAAN 1) KECEMERLANGAN 16,447.68 2) AMAL ISLAMI/QURAN 35,600.00 3) Lain-lain 7,312.00 Jumlah Perbelanjaan 59,359.68 -27,547.68 Baki 31 Disember 2022 50,397.89 KENYATAAN LAPORAN KEWANGAN : i. Baki awal dalam akaun Tumpangan sebanyak RM 77,945.57 ii. Penerimaan wang dalam akaun Tumpangan sebanyak RM 31,812.00 iii. Pembayaran wang dari akaun Tumpangan sebanyak RM 59,359.68 iv. Baki akhir dalam akaun Tumpangan sebanyak RM 50,397.89
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 25 MUAFAKAT CAWANGAN MRSM GERIK PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 31 DISEMBER 2022 RM RM RM ASET SEMASA Tunai di bank 120,620.53 Tunai di tangan 56.10 120,676.63 120,676.63 DANA TERKUMPUL Dana Terkumpul Awal 154,411.98 Tambah: Lebihan -33,735.35 Dana Terkumpul Akhir 120,676.63 Nota: 1. Baki Akhir Akaun Penerimaan dan Pembayaran 70,278.74 2. Baki Ahkir Akaun Tumpangan 50,397.89 120,676.63 3. Akaun Muafakat rekod yuran pelajar sahaja, Akaun Tumpangan rekod transaksi selain yuran seperti sumbangan kecemerlangan, Tahsin al-quran dan sebagainya. LAPORAN DISEDIAKAN OLEH: LAPORAN DISEMAK OLEH: -------------------------------------- -------------------------------------- CIK AZREEN NADIHAH BINTI AZMI CIK MUNIRAH BINTI MAT JUSOH Bendahari Muafakat Juruaudit I Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak LAPORAN DISEMAK OLEH: LAPORAN DISAHKAN OLEH: -------------------------------------- -------------------------------------- EN ISWADI BIN CHE MAT EN ABDUL HALIM BIN SAAD Juruaudit II Muafakat YDP Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 26 CADANGAN & USUL MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT USUL PERTAMA Pembentang Usul : Khairul Anuar Bin Muhamad Noh 1. Mencadangkan Pengurusan MRSM untuk membuat Mesyuarat Khas atau Mesyuarat Tergempar atau Luar Biasa atau Sesi Townhall khas mengenai sebarang krisis MRSM bersama ibubapa dalam kadar segera supaya ibubapa boleh berkongsi cadangan – cadangan bernas untuk kebaikan Pengurusan MRSM. Penjelasan dan tindakan pengurusan MRSM terhadap sesuatu insiden haruslah dalam tempoh 24 jam kepada MUAFAKAT, untuk melegakan keresahan ibubapa sebelum dibuat mesyuarat khas ini. 2. Langkah tindakan SOP pihak pengurusan serta membangun atau menilai semula Pelan Tindakan dan Pemulihan dalam sebarang insiden perlu dimurnikan semula melibatkan pandangan MUAFAKAT. 3. MRSM Gerik perlu tegas dengan HQ MARA yang menguruskan tender kantin MARA. Contohnya penyelesaian krisis keracunan makanan sepatutnya disusuli dengan tindakan penukaran kontraktor. 4. Segera membuat servis ‘water cooler’ yang disyaki telah lama tidak servis, pencucian tangki air yang disyaki berkarat dan paip berkarat kerana dua faktor ini boleh memberikan pembiakan bakteria dan simptom penyakit kepada pelajar dalam tempoh yang panjang. 5. Kedai koperasi berbayar perlu melanjutkan operasi sehingga malam untuk memberi pilihan kepada pelajar yang ingin membeli makanan pada sebelah malam. Pastikan makanan penting seperti pelbagai roti dan bun, air biskut serta Panadol sentiasa ada. 6. Pengurusan asrama perlu tegas dengan pelaku isu kecurian yang kerap berlaku. 7. Memastikan MRSM Gerik sentiasa mempunyai ramai guru berpengalaman supaya dapat melonjakkan ranking SPM MRSM Gerik ke tahap terbaik. Guru yang berpindah juga perlu mendapat penggantian segera dengan guru yang sama atau lebih pengalaman dengan guru yang berpindah. Pelan jangka pendek atau jangka panjang MRSM Gerik untuk melonjakkan ranking SPM MRSM perlu ditransformasi atau dimurnikan dengan pelbagai pelan tindakan untuk guru dan pelajar.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 27 USUL KEDUA Pembentang Usul : Ahmad Nawawi Bin Muhamad Sharif 1. Memohon pihak maktab untuk menyelenggara kipas di bilik blok Meranti untuk keselesaan penghuni blok. Aduan kerosakan telah dimaklumkan sebelum ini dan berharap pihak maktab mengambil tindakan. USUL KETIGA Pembentang Usul : Khairul Anwar Bin Ahmed 1. Penambahbaikan kualiti dan kebersihan makanan di dewan selera. Sentiasa QC (quality control) makanan yang akan dihidangkan terhindar dari serangga yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT MRSM GERIK 2023 | 28 CATATAN