The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PDPR PANTUN ALAM REMAJA TING 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraliza379, 2021-07-12 08:56:00

PANTUN ALAM REMAJA

PDPR PANTUN ALAM REMAJA TING 2

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

CIKGU NOR ALIZA BINTI ABDULLAH

TEMA : KOMSAS – PUISI TRADISIONAL
TAJUK : PANTUN ALAM REMAJA
KEMAHIRAN : ASPEK SENI BAHASA
Standard Pembelajaran:
4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan
memberikan respons peribadi tentang maksud tersurat dan tersirat
sesuatu puisi.

MAKSUD

 Rangkap 1
 Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut

kepulangan ibu ke rumah.

 Rangkap 2
 Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan

hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

 Rangkap 3
 Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke

rumah.

 Rangkap 4
 Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

 Rangkap 5
 Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik

yang paling menggembirakan anak-anak.

 Rangkap 6
 Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan

anak-anak berasa gembira.

 Rangkap 7
 Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang

gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil
biasanya manja.

TEMA

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

 Persoalan
 (a) Tanggungjawab ibu bapa ialah

memberikan kasih sayang dan kebahagiaan
kepada anak-anak.
 (b) Pemberian hadiah dapat menggembirakan
hati seseorang.
 (c) Anak-anak sentiasa cemas dan risau
sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.

Bentuk Dan Ciri-ciri Pantun
(A) terdiri daripada tujuh rangkap.
(b) berisi empat baris setiap rangkap.
(c) ada pembayang dan maksudnya.
(d) bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(e) terdiri daripada sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris.
(f) bentuknya terikat.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

 (a) Imej alam. Contohnya, itik; kumpai; ayam kinantan;
ranting; rumput.

 (b) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
 (c) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari

kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
 (d) Asonansi. Contohnya, Tidak terkatakan besar

hati (perulangan vokal a).
 (e) Aliterasi. Contohnya, Hanyut batang berlilit

kumpai (perulangan konsonan b).
 (f) Rima akhirnya sama, iaitu abab kecuali rangkap kedua rima

akhirnya aaaa.

NILAI

(a) kasih sayang.
(b) tanggungjawab.
(c) baik hati
(d) hormat-menghormati

Pengajaran

 (a) Kita mestilah menyayangi anak-anak.
 (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
 (c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara

anggota keluarga.
 (d) Kita haruslah menghormati ibu bapa

LATIHAN

SOALAN 1: BERIKAN MAKSUD BAGI RANGKAP BERIKUT.

25

SOALAN 2: NYATAKAN TEMA BAGI PANTUN ALAM REMAJA

SOALAN 3: NYATAKAN CONTOH BAGI GAYA BAHASA BERIKUT
INVERSI :

IMEJ ALAM:
SOALAN 4: NYATAKAN 2 PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM PANTUN INI.


Click to View FlipBook Version