SAM Muhammadiah Pekan Sabak
45200 Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan
BFT6005
No. Tel 03-32161303 No. Fax : 03-32161473
E-mail : [email protected]
dengan kerjasama
Pusat Sumber SAM Muhammadiah Pekan Sabak
dan
Panitia Sejarah SAM Muhammadiah Pekan Sabak
Persatuan Sejarah / Kelab Rukun Negara
Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat
pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu
penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis.
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat
Melayu.Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas.
Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2
helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain
sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas
kawasan tropika.Kaum wanita pula hanya menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung,
kain kemban dan kain selendang. Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat
adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah
serta memakai perhiasan keemasan. Jurang sosial ini wujud semenjak sebelum kedatan-
gan Islam.
Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang
Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk
pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad
ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang pan-
jang.Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-
Buddha masih kuat..Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula berpakaian secara
sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai
baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan
dengan kain sari sutera.
Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan
pemakainya menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung.
Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang berlengan
pendek, berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan
baju alang. Baju alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai baju basahan.
Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan
kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian
masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian
jubah.
Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman
kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu
mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya
masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat
dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang
mengubah bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai
sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan
memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung.
Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan
bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.
Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain
sarung yang diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula
memakai baju kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula
memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa keluar rumah.
Pada waktu itu, wanita – wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan
istana, bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji.
Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman
penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai
menyerapkan ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke atas pakaian tradision-
al Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British ada-
lah, seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian
kot, vest, seluar panjang serta kain samping. Bagi golongan raja-raja pula,
pakaian kot berbutang emas atau logam berbaris yang mengancing baju
yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris serta
memakai pedang. Ada juga yang memakai hiasan jam berantai. Bagi kaum
wanita pula, terutama sekali golongan bangsawan, baju kurungnya masih
dikekalkan dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini dikenakan
dengan kain ikatan „ombak mengalun‟. Selain baju kurung, ada juga „baju
labuh‟ yang berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan
bangsawan, penggunaan aksesori seperti kerongsang sering dipadankan
dengan pakaian mereka.
Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui
evolusi. Fesyen baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau
golongan bangsawan dan kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya,
reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana dengan
rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta aksesori yang digunakan
berbeza.
Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa
bahan pakaian. Ada diriwayatkan dalam sejarah Melayu, seorang hamba raja
menerima anugerah sepersalinan pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya
merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai raja. Anugerah sepersalinan
pakaian dianggap tinggi kerana nilai sosial yang ada pada masyarakat
menganggap apa sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang
mulia. Sebenarnya anugerah sebegini dapat memperkukuhkan kedudukan raja
kerana raja tidak akan memakai atau mengambil sesuatu yang pernah menjadi
bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat boleh mengambil sesuatu yang menjadi
bekas raja melalui anugerah raja.
Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna
kuning dan tidak boleh memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna
kuning dan sutera putih. Tercermin pengaruh Hindu yang menganggap warna
kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk golongan bangsawan.
Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang
amat berharga dan disanjung tinggi. Justeru banyaklah ungkapan yang
menggunakan istilah „kain dipakai‟ untuk menerangkan nilai yang ada pada
seseorang.Sebagai contoh, ungkapan „jika buruk kain dipakai, buruklah sifat
seseorang itu‟. Namun ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan
yang tidak berkemampuan memakai pakaian cantik. Apa yang dimaksudkan
dengan buruk kain dipakai adalah cara seseorang itu mengikat kain. Jika tidak
teliti dan mahir, kain akan kelihatan berkedut dan tidak rapi. Simboliknya,
memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai seseorang yang tidak
tahu mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan kurang teliti.
Citra pakaian tradisional Melayu begitu
penting sehinggakan sebarang perubahan,
penyesuaian dan gubahan yang dilakukan
terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari
dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu
tetap memantulkan keperibadian Melayu dan
terus dipakai hingga kini.
Menurut Dato‟ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam
bukunya Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai
sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut beliau, pakaian
tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan
Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk
Belanga, Singapura.
Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor.
Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher
dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat halus” pada seluruh ba-
ju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju ku-
rung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di
hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing
baju iaitu „rumah kancing‟ dengan menggunakan jahitan benang.
Rumah kancing dibuat dengan jahitan „insang pari‟.
Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya
dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak.
Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain
samping dagang. Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti
baju kurung orang Johor. Bagi kaum wanita, mereka biasanya
memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini,
kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti
butang baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung
ikatan „ombak mengalun‟.
Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari
mula baju ini dicipta. Baju kurung yang ditambah dengan leher
berdiri; dinamakan baju kurung cekak musang atau baju wan.
Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah
jemaah haji yang pulang dari Makkah). Jubah ini telah di-
pendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai.Poketnya
dijahit serupa dengan baju kurung Teluk Belanga. Bahagian
leher baju kurung cekak musang ini dikancing dengan tiga,
lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak
dijahit tulang belut halus.
Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar potong
Melayu dengan kain samping dagang luar.
Bagi kaum wanita pula, baju kurung cekak musang juga
dipakai dengan kain sarung ikatan „ombak mengalun‟.
Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan
India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah,
seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana.
Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepa-
karan penjahit dan kain yang banyak. Hanya golongan berada
yang mampu memakainya.
Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, mana-
kala rakyat biasa menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu
seluar „gunting Melayu‟ dan seluar „gunting Cina‟. Seluar
potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling
ringkas dan memudahkan pergerakan lasak.
Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang
dinamakan „kain dagang‟. Kain ini dipakai oleh kaum
wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini digunakan
untuk melindungi diri daripada cahaya matahari dan
daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain
ini diikat pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung
wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika
diserang.
Kain dagang
Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang
berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju
kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan
menarik. Ia tidak gelobor seperti baju kurung
tradisional. Ini kerana baju kurung moden
mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian
sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara.
Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan
panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.
Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan paka-
ian wanita Barat. Baju belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai
berubah dengan bentuk yang lebih kemas. Potongan baju menjadi
ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang
sesuai telah mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya.
Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju ke-
baya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut
bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu
kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai
dengan kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang
berantai.
Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih
menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung
lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.
Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua. Walaupun dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-
ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu dipakai dengan kain. Ba-
ju kebaya moden ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipa-
dankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan bahagi-
an leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang
biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk
badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.
Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang
ketat dan dibahagian hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras
lutut untuk memudahkan pergerakan.Apabila pemakainya mengatur
langkah, betisnya akan kelihatan.
Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen
pakaian itu berubah kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Ke-
baya ini masih dipadankan dengan kain yang berbelah, tetapi selisih
kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan.
Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu
akan dikecilkan sedikit pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan
si pemakai bergerak bebas.
Baju Melayu Baju Kurung
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju
longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut
dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat
tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, mem-
perlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat
sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju
kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional
seperti songket atau batik. Digandingkan dengan
kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung
sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau
urusan seharian.
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju
Melayu. Baju Melayu merupakan kameja longgar yang dipakai
dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan
kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu
baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan
cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan
pada leher baju tersebut.
Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di kawasan
selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya di-
jahit secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga
biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju.
Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah
dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian
penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju
Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.
Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum maka
setiap kaum mempunyai pakaian tradisi masing-
masing. Terdapat pakaian yang berkait rapat dengan
dogma agama terutama sekali pakaian orang Melayu.
Orang Melayu terdapat di pelbagai negeri yang setiap
negeri memaparkan pakaian tradisi yang berbeza. Na-
mun secara amnya seluruh orang Melayu memakai baju
kurung sebagai pakaian tradisi. Cuma reka bentuk atau
potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut
negeri. Selain itu baju kebaya dan kebarung (gabungan
baju kurung dan kebaya) juga menjadi pilihan
masyarakat Melayu Malaysia.
Baju kurung Johor
untuk perempuan
menjadi sinonim
dengan baju kurung
tradisional yang
standard. Ia
mengenakan kain
yang disusun di
sebelah kiri.
Rata-rata wanita
Melayu di Malaysia
mengenakan baju
kurung Johor, ini
termasuk pakaian
rasmi pelajar sekolah
rendah dan
menengah.
BpppaueujlnnaudgbekgekuurrnspugeonptgdoaenrKnagegsadananh
kain selisih.
Baju tradisional
wanita Pulau
Pinang pula adalah
kebaya pendek
yang dipadankan
dengan kain batik
atau songket
selisih. Lelakinya
pula mempunyai
pengaruh pakaian
golongan ‘Mamak’
yang banyak
terdapat di Pulau
Pinang, namun
pakaian baju
melayu dan
samping yang
dikenakan terdapat
asimilasi budaya
Melayu dan
Mamak.
Pakaian tradisonal
Melayu Perak selain
berbaju melayu teluk
belanga, ia
dipadankan dengan
tengkolok potongan
rendah. Wanitanya
pula mengenakan
pakaian baju kurung
cekak musang
dengan tali pinggang
bengkung untuk
mengikat samping.
Manakala kain
ditukar kepada
seluar yang mirip
pakaian tradisional
masyarakat Aceh,
Sumatera.
Pakaian tradisional
Melayu bagi negeri
Selangor pula
mempunyai
pengaruh Bugis di
mana lelakinya akan
mengenakan jaket
di luar selain baju
melayu yang dipakai
di bahagian dalam
lengkap bersamping.
Manakala wanitanya
akan mengenakan
baju potongan Bugis
dengan bertali
pinggang yang
dipadankan dengan
kain selisih.
Negeri Sembilan yang
mendapat jolokan
sebagai negeri Minang
kerana perkaitan
sejarahnya dengan
Minangkabau di
Sumatera, menerima
pengaruh Minang bagi
pakaian tradisionalnya.
Biasanya wanita yang
memakai pakaian
tradisional Minang akan
mengenakan tengkolok
tanduk kerbau sebagai
simbol budaya
masyarakat Minang.
Manakala pakaian
tradisional lelaki
mempunyai butang yang
juga pengaruh daripada
Minangkabau.
Pakaian tradisional
wanita Melayu
Melaka pula selesa
mengenakan baju
kurung dengan
mempunyai hiasan
dada bercorak di
bahagian bahu,
manakala lelakinya
mengenakan jaket
di bahagian luar
selain baju melayu.
Di Kelantan juga
mempunyai ramai
masyarakat Siam
terutama sekali di
daerah Tumpat.
Masyarakat Siam ini
yang berasal dari
Thailand dan
kebanyakannya
beragama Buddha
namun berasimilasi
dengan budaya Melayu
seperti dalam aspek
makanan dan
kehidupan seharian.
Pakaian tradisional
mereka mirip kepada
masyarakat di
Thailand.
Pakaian tradisional
orang Melayu
Terengganu yang
biasa dikenakan
oleh masyarakat
sekarang dengan
baju kurung teluk
belanga dan
lelakinya baju
melayu teluk
belanga.
Bagi negeri Pahang
pula, potongan baju
kurung wanitanya ber-
pesak dengan potong-
an kembang di bawah
tanpa berkekek, dan
dipadankan dengan
kain selisih. Namun
ada juga yang me-
madankannya dengan
kain susun di tepi. Ia
juga dikenali sebagai
Baju Riau Pahang
kerana pengaruh kera-
jaan Melayu Riau yang
pernah datang ke situ.
Lelakinya mengenakan
baju melayu cekak
musang.
Bagi negeri Perlis
pula, pakaian
wanitanya terkenal
dengan kebayanya,
dan lelaki pula
mengenakan baju
melayu yang berjaket
di luar.