The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZAH HAMDI, 2021-04-22 02:45:16

Kain Batik Sarung

kainbatik

SAM Muhammadiah Pekan Sabak
45200 Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan

BFT6005
No. Tel: 03-32161303 No. Fax: 03-32161473

E-mail [email protected]

dengan kerjasama
Pusat Sumber SAM Muhammadiah Pekan Sabak

dan
Panitia Sejarah SAM Muhammadiah Pekan Sabak

PENGENALAN

Batik merupakan salah satu kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik
merupakan satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin
cair dan mencelup warna.

Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud
pakaian yang mempunyai titik-titik kecil. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’
yang asalnya daripada perkataan yang berdetik atau ‘tik-tik’. Ada yang
mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘Tritik’ yang
membawa maksud proses menghasilkan batik.

Mengikut catatan sejarah batik dalam bentuk primitif diketahui wujud
sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun,
kain bercorak batik mula digunakan sejak abad ke-7 dan ke-8 lagi.
Manakala di Tanah Melayu batik mula diperkenalkan sejak abad ke-15
Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka.

Perkembangan awal batik di Malaysia memperlihatkan kesan dan
pengaruh batik dari Jawa. Mulai tahun 1930-an hingga Perang Dunia
Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat.
Para pengusaha batik di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu
merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini.

Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan reka coraknya.
Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan
pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja
terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat
sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negara.

JENIS-JENIS BATIK

Batik Blok

Batik Canting

Batik Skrin

PENGENALAN

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, pros-
es dan gaya tertentu. Salah satu eknik ialah Batik Blok. Di
Pantai Timur, ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik
Terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik
Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk
mengecap sejenis bahan pewarna hitam semulajadi. Teknik
awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an,
penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperke-
nalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur. Sejajar dengan
itu, blok-blok yang dibuat daripada kepingan keluli ini lebih
kemas dan halusnya buatannya. Blok-blok khas disediakan
untuk menerap lilin pada bahagian kepala kain, kapit kain
dan badan kain.

TEKNIK MENGHASILKAN BATIK BLOK

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang
menggunakan blok bercorak. Blok corak diperbuat da-
ripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-
ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehingalah
selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu
ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain terse-
but.

MOTIF DAN REKACORAK HIASAN
Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok
adalah berupaya corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-
bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid,
Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-
pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif
Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam
berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak,
serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.

KEGUNAAN BATIK BLOK
Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk
tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik sarung
dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela
boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar,
langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg
tangan dan berbagai jenis barang kegunaan seharian
yang indah dan cantik.

PENGENALAN
Batik dihasilkan melalui proses penerapan bahan lilin dan
pencelupan warna.

TEKNIK MENGHASILKAN BATIK CANTING
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan
lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar
selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dil-
akukan dengan menggunakan berus cat., di mana baha-
gian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan mening-
galkan kesan warna apabila proses mematikan warna
dilakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan baha-
gian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

KEGUNAAN KAIN BATIK CANTING
Kain Batik Canting amat digemari oleh peminat-peminat
fesyen pada hari ini. Ia dapat dipadankan dan disesuaikan
dengan kehendak dan kegunaan mengikut arus perederan
zaman. Selain dijadikan pakaian, kain Batik Canting sesuai
dibuat selendang, skaf, beg tangan, alas tilam, selimut, hia-
san dinding, sarung kusyen dan berbagai-bagai jenis barang
kegunaan seharian yang cantik dan menarik.

MOTIF DAN REKACORAK HIASAN
Warna-warna yang segar dan eksklusif serta motif-
motif yang dihasilkan melalui lakaran bebas, merupa-
kan satu ciri keistimewaan tersendiri yang terdapat
pada kain Batik Canting. Motif-motif yang sering
menjadi tumpuan reka corak hiasan kain batik
canting adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan,
bunga, unggas dan corak-corak moden yang abstrak.

PENGENALAN

Terdapat satu lagi teknik yang agak unik iaitu Batik Ce-
tak Sutera Saring atau dikenali sebagai Batik Skrin. Ba-
tik Skrin dipercayai telah dipelopori oleh sekumpulan
pembuat batik di negeri Kelantan, di mana teknik
penggunaannya dikatakan telah dibawa masuk da-
ripada negeri Siam pada awal tahun 1900.

TEKNIK MENGHASILKAN BATIK SKRIN

Batik Skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan
dengan batik blok dan canting. Hanya kaedah melakar
corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza.
Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat da-
ripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekap-
kan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan mela-
lukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan
sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan
corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik
yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu
warna sahaja.

KEGUNAAN KAIN BATIK SKRIN
Kain Batik jenis cetak skrin ini amat popular di kalangan
kaun wanita tempatan. Kain batik sarung merupakan yang
paling banyak dan sesuai dihasilkan melalui teknik cetakan
skrin ini. Selain dijadikan pakaian, kain Batik Skrin sesuai
dibuat topi, beg, alat aksesori wanita dan sebagainya.

MOTIF DAN REKACORAK HIASAN
Tumbuh-tumbuhan, binatang dan unggas, teruta-
manya bunga, kupu-kupu dan burung merupakan
motif-motif yang sering menjadi pilihan pencipta-
pencipta batik untuk dijadikan corak dan ragamhias
pada kain Batik Skrin.



CARA PEMBUATAN BATIK

Buat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih
berasaskan tradisional/etnik flora fauna, geometrikal, organik, garisan dan
ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motof biasanya tiap
orang memiliki selera yang berbeza-beza. Ada yang lebih suka untuk membu-
at motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif
umum yang telah ada. Lebih menyenangkan motif boleh dipilih daripada
koleksi Master Wan Batik.

Menggunakan canting yang telah diisi lilin cicir untuk mencorakkan kain. Kepanasan
lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang
dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menu-
angkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya
menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan
lancar.

Sodium silicate adalah bahan yang digunakan untuk mematikan warna. Proses ini
dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh kelak.

Setelah empat jam kain direndam dengan bahan tersebut, kain akan dibasuh dan
direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin. Melalui proses ini juga
gambaran motif yang digambarkan jelas kelihatan. Air panas dimasukkan serbuk
soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut
dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh
agar warnanya dapat dijamin ketahanan dan kualitinya.



MOTIF DAN CORAK

 Contoh Motif Organik
1. Motif Ayam
2. Motif Bunga Buluh
3. Motif Bunga Kerak Nasi
4. Motif Bunga Kotak Bercampur
5. Motif Bunga Orkid
6. Motif Bunga Raya
7. Motif Daun Sireh

 Contoh Motif Geometrik
1. Motif Pucuk Rebung
2. Motif Bunga Kotak Bercampur

 Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan
di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan,
ialah :
1. Corak Berdiri
2. Corak Berjalur
3. Corak Melintang
4. Corak Menyeluruh
5. Corak Menyerong
6. Corak Tompok-tompok
7. Corak Ulangan Batu-Bata
8. Corak Ulangan / Selang Seli



PENGENALAN

Struktur kain batik sememangnya begitu unik. Gubahan motif
yang begitu cantik dan ianya tidak lengkap sekiranya susunan
motif di atas kain yang tidak menarrik.

Terdapat pelbagai jenis susunan motif pada kain batik yang an-
da perlu tahu kerana setiap susunan mengandungi makna yang
tersendiri.

1. Apit kiri dan apit kanan
 Corak yang menghiasi bahagian ini dipanggil susunan me-

nyeluruh dan diilhankan daripada motif flora.
2. Badan Kain
 Bahagian badan kain pula dihiasi dengan motif flora iaitu

motif akar-akar menjalar. Motof ini diilhamkan daripada
tumbuh-tumbuhan di dalam hutan.
3. Gunung Kain
 Bahagian kain ini juga menggunakan susunan motif yang se-
rupa yang terdapat pada apit kiri dan kanan kain iaitu
susunan menyeluruh.
4. Kepala Kain
 Kepala kain dihiasi dengan motof pucuk rebung. Motif ini
diilhamkan dari pucuk rebung yang mengandungi motif
bunga keduduk di dalamnya.

STRUKTUR KAIN BATIK SARUNG



PENGENALAN

Kain batik dikatakan menjadi simbolik kepada wanita Melayu
tradisional yang mempamerkan personaliti yang sopan dan
klasik.

Berbeza dengan generasi terdahulu, kebanyakan wanita pada
zaman sekarang dikatakan hampir 70% tidak lagi memakai kain
batik dan tidak tahu cara yang betul untuk memakainya.

Ramai yang menganggap kain batik ini hanya sarungkan kain ,
pusing-pusingkan kain dan sudah siap dipakai! Yang penting tid-
ak jatuh tertanggal.
Pemakaian kain batik mempunyai hubungkait secara langsung
dengan orang yang memakainya. Seperti di dalam adat Melayu
telah menceritakan ianya mempunyai adab dan seni yang ter-
tentu untuk mereka yang memakai kain batik.
Cara pemakaian kain batik ini ada dalam adat Tradisional Mela-
yu.
Sama ada anak dara atau wanita yang sudah berkahwin berhati-
hatilah dalam memakai kain batik.

Ada 4 jenis cara pemakaian kain batik dan maksudnya.

KEPALA KAIN DI BELAKANG
Jika memakai kepala kain di belakang, ia membawa maksud anda
sebenarnya wanita yang sudah berkahwin.

KEPALA KAIN DI HADAPAN
Jika memakai kepala kain di hadapan, ia membawa maksud yang anda
seorang anak dara.

KEPALA KAIN DI SEBELAH KIRI
Jika memakai kepala kain di sebelah kiri, ia melambangkan anda telah
kematian suami atau lebih dikenali sebagai balu.

KEPALA KAIN DI SEBELAH KANAN
Jika memakai kepala kain di sebelah kanan, ia melambangkan anda
seorang janda yang bercerai hidup.



Ada beberapa tips khas dalam menjaga kain batik
supaya tahan lama.

1. Untuk membasuh kain batik, tidak boleh menggunakan
bleach atau sabun. Ini kerana dua bahan tersebut akan
menjadikan kain keras. Selain itu, elakkan juga pelembut
fabrik kerana ia boleh memberi kesan kepada pernafasan
fabrik.

2. Jangan rendam kain batik terlalu lama kerana ia boleh
menyebabkan kain batik menjadi reput.

3. Semasa membasuh kain batik, terbalikkan bahagian da-
lam ke luar dan sebaliknya. Ini kerana sabun bersifat
panas dan jika ia terkena bahagian luar, corak kain batik
akan luntur dalam jangka masa yang singkat.

4. Jangan mencuci kain batik menggunakan mesin basuh
tetapi basuh menggunakan tangan. Selain dapat menjaga
kualiti kain batik, ia juga dapat menjaga warna.

5. Apabila menjemur kain batik, elakkan menjemur kain da-
lam jangka waktu yang lama. Ini kerana sinaran matahari
dapat melunturkan warna dan mereputkan benang kain.


Click to View FlipBook Version