1.0 Pengenalan
Cerita teladan mengisahkan tentang golongan rakyat biasa
dan berkatarkan alam nyata.Selain itu,unsur kesaktian dan
keajaiban amat berkurangan jika dabandingkan dengan
cerita lipur lara.Walau bagaimanapun,unsur kebetulan
memainkan peranan penting dalam cerita ini,terutama
sebagai titik perubahan watak utama seperti ‘Bawang
Merah’yang selalu ditindas dengan kejam oleh ibu tirinya
iaitu‘Mak Kundur’akhirnya mendapat pembelaan.
Cerita teladan ini juga penuh dengan unsur didektik dan
pengajaran pendidikan moral yang diterapkan melaluai
nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dalam aspek
peraturan sosial dan agama bak kata pepatah melayu
‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’. Selain itu,watak
utama dalam cerita teladan selalunya menanggung
penderitaan ,kekejaman, nasib malang, dan penindasan di
awal cerita sebelum berlaku.Perubahan nasib,contohnya
‘Bawang Merah’.
2.0 Objektif Pembelajaran
Isi karya dalam cerita teladan ini dikaitkan
dengan peristiwa-peristiwa yang memberikan
teladan/pengajaran. Pengajaran ini amat
penting dalam kehidupan masyarakat.
Penerapan nilai-nilai murni ini amat penting
terutama untuk golongan kanak-kanak.
Contohnya jelas ditunjukkan dalam cerita
Bawang Merah Bawah Putih. Cerita ini
banyak menunjukkan teladan dan pengajaran
iaitu kita hendaklah berbuat baik sesama
manusia. Hal ini kerana, kehidupan manusia
ini tidak akan lari dengan hukum karma iaitu
perbuatan baik akan diberikan balasan yang
baik manakala perbuatan buruk akan diberi
balasan yang buruk
3.0 Latar belakang tajuk
Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu ‘Mak Labu dan Mak
Kundur’.Mak Labu telah melahirkan seorang anak perempuan
melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Bawang Putih.Pak
Ali menjaga anaknya Bawang Merah dan Bawang Putih dengan penuh
kasih sayang,tapi malangnya bak kata pepatah melayu ‘Jangan Disangka
Air Yang Tenang Tak Ada Buaya’.Akibat dengan perbezaan tingkah laku
Bawang Merah dan Bawang Putih.Bawang Merah ini mempunyai paras
rupa yang cantik dan berhati mulia.Manakala Bawang Putih pula
mempunyai sikap iri hati kepada Bawang Merah.Pak Ali mati apabila
terkena sengat ikan sembilang.Setelah kematian Pak Ali kehidupan
Bawang Merah dan ibunya penuh dengan kesengseraan dan
penderitaan,kerana semua kerja di bendang haruslah dilakukan oleh Mak
Labu.Akhirnya dendam kesumat Mak Labu telah menjelma seekor ikan
kaloi.Pada suatu hari Mak Kundur telah menangkap ikan
kaloi,kemudiaan digulai dan dihidangkan kepada Bawang Merah.Setelah
Bawang Merah tahu bahawa makanan yang dihidangkan oleh Mak
Kundur dan Bawang Putih itu adalah ibunya,Bawang Merah terus
menangis dan pada malamnya dia bermimpi bertemu seorang
perempuan tua dan menyuruh Bawang Merah memungut tulang-tulang
ikan itu kemudian ditanam.Tempat tulang itu ditanam telah ditumbuhi
pokok beringin.Di sinilah tempat Bawang Merah bermain buaian sambil
bernyanyi.Seorang raja telah terpikat kepada Bawang Merah walaupun
pada mulanya Bawang Putih cuba menyamar sebagai Bawang
Merah.Akhirnya raja dan Bawang Merah berkhawin bak kata pepatah
melayu ‘Sama Cantik Sama Padan,Bagai Pinang Dibelah Dua’.Akhirnya
perbuatan Mak Kundur dan Bawang Putih diketahui oleh raja, dan Mak
Kundur dan Bawang Putih diusir dari istana atas perbuatan mereka itu.
4.0 Isi kandungan EBOOK
Pada zaman dahulu, ada seorang tua bernama Pak Ali.
Dia bekerja sebagai seorang pedagang. Kehidupannya
agak senang sedikit. Oleh itu, Pak Deraman mampu
beristeri dua. Isteri pertamanya Mak Labu manakala
isteri keduanya Mak Kundur.
Isteri-isteri Pak Ali tinggal dalam sebuah rumah.
Pak Ali memang sayang kepada isteri-isterinya itu.
Dia memberi layanan yang sama rata.
Namun begitu, kedua-dua isterinya lain halnya
pula. Walaupun mereka tinggal bersama, rupa-rupanya
mereka ada perasaan iri hati antara satu sama lain.
Mereka jarang-jarang bertegur sapa.
Mak Labu mempunyai seorang anak perempuan begitu
juga dengan Mak Kundur. Anak-anak mereka ini telah
menjadi gadis remaja. Usia mereka pula hampir sebaya.
Anak Mak Labu bernama Bawang Merah manakala
anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Rupa paras
mereka sama-sama cantik. Walau bagaimanapun, tingkah
laku mereka amat berbeza.
Bawang Merah seorang gadis yang berbudi Bahasa dan
lemah-lembut. Dia juga seorang yang baik hati dan rajin
pula membuat pekerjaan. Dia juga seorang anak yang taat
kepada ayah dan ibunya.
Setiap hari, Bawang Merah menolong ibunya membuat
bermacam-macam pekerjaan. Kadang-kadang dia
menolong ibunya memasak, membersihkan rumah dan
membasuh pakaian.
Bawang Putih pula tidak begitu. Tingkah lakunya tidak
baik. Perangainya kasar. Lebih memalukan lagi dia seorang
perempuan yang pemalas. Jarang-jarang dia membantu
kerja-kerja rumah.
Setiap hari, Bawang Putih menghabiskan masa
lapangnya dengan menghiaskan diri dan tidur. Dia berlagak
seperti seorang puteri. Ibunya pula terlalu memanjakannya.
Apabila Pak Ali tiada di rumah, Bawang Putih dan
ibunya berpakat dengan niat yang tidak baik. ‘Hari ini kita
jangan membuat kerja-kerja rumah. Biarkan Mak Labu dan
Bawang Merah membuat semua kerja rumah,’ kata
Bawang Putih.
Mak Kundur bersetuju. Dia ingin menyakitkan hati Mak
Labu yang dianggap musuhnya itu. Mereka berdua pun
duduk-duduk bersenang hati sahaja.
Mak Labu berasa sakit hati dengan perbuatan mereka itu
namun dia tidak mahu membalas dendam terhadap mereka
berdua,’ kata Mak Labu kepada anaknya Bawang Merah.
Dia dan anaknya membuat kerja-kerja rumah seperti biasa.
‘Biarkan mereka itu, tiada gunanya kita membalas
dendam terhadap mereka berdua,’kata Mak Labu kepada
anaknya Bawang Merah. Bawang Merah patuh pada
nasihat ibunya.
Pada suatu hari, Pak Ali pulang dari berdagang. Dia
membawa sedikit buah tangan. Barang-barang istimewa itu
hendak diberi kepada kedua-dua orang anak gadisnya.
Bawang Merah dan Bawang Putih menerima buah
tangan masing-masing. Kedua-dua mereka sangat gembira.
Mak Labu dan Mak Kundur tumpang gembira juga.
Bawang Merah dan Bawang Putih mendapat buah
tangan sama-sama cantik. Entah bagaimana, Bawang Putih
melihat barang yang diterima oleh Bawang Merah lebih
cantik daripada miliknya. Dia pun menjadi iri hati.
“Mak! Saya mahukan yang itu!” kata Bawang Putih
kepada ibunya. Dia menyuruh ibunya mengambil hak
Bawang Merah.
Terjadi perkelahian di antara kedua-kedua orang gadis
ini. Mak Labu membantu anaknya merampas barang
kepunyaan anaknya , Mak Labu menjadi serba salah.
“Sudah! Berhenti! Jangan berkelahi, anakku Bawang
Merah. Elok kamu beralah sahaja,” kata Mak Labu
menasihatkan. Akhirnya, Bawang Putih mendapat barang
yang dihajatinya.
Demikianlah perbuatan Mak Kundur dan Bawang Putih.
Mereka berdua selalu menyusahkan hidup Mak Labu dan
Bawang Merah. Mereka berempat memang susah hidup
berbaik-baik, walaupun Mak Labu dan anaknya cuba
berlembut.
Mak Kundur dan anaknya pula semakin menunjukkan
kesombongannya. Mereka suka melihat Mak Labu dan
Bawang Merah hidup susah dan barulah puas hati mereka
berdua.
Pada suatu hari, tanpa diduga, Pak Ali jatuh sakit. Dari
sehari ke sehari, keadannya semakin bertambah teruk.
Isteri-isteri dan anak-anaknya itu menjadi sedih serta
bimbang. Mereka tidak mahu Pak Ali meninggal dunia.
Pada saat-saat ini, Mak Kundur cuba menyakitkan hati
Mak Labu. Dia menyatakan Mak Labu tidak pandai
menjaga suaminya sehingga jatuh sakit.
Akhirnya, sampailah ajal Pak Ali. Kematiannya diratapi
oleh kedua-dua isteri dan anak-anaknya. Dengan bantuan
penduduk kampong, jenazah Pak Ali selamat dikebumikan.
Sejak itu, keempat-empat mereka sentiasa dalam
keadaan sugul. Kini mereka kehilangan seorang ketua
keluarga. Untuk hidup mereka sendiri terpaksa keluar
mencari rezeki.
Dalam diam-diam Mak Kundur dan Bawang Putih
membuat satu rancangan jahat. Mereka berdua mahu
membunuh Mak Labu. Rupa-rupanya , kedua-dua mereka
itu merancang mahu menolak Mak Labu ke dalam telaga.
Dalam diam mereka mencari peluang ini. Mereka pun
bersembunyi berhampiran telaga itu.
Pada hari itu, nasib Mak Labu memang malang. Ketika
dia mencedok air, tiba-tiba ada orang menolaknya dari
belakang.
“Tolong!Tolong!” jerit Mak Labu cuba meminta
pertolongan. Namun tiada sesiapa mendengar jeritannya.
Mak Kundur dan Bawang Putih membiarkan sahaja Mak
Labu lemas.
Mak Labu akhirnya tenggelam. Setelah itu, kedua-dua
beranak itu pun beredar dari situ. Apabila menjelang senja,
Bawang Merah menjadi cemas. Ibunya tidak pulang lagi.
Bawang Merah tidak tahu ke mana ibunya pergi.
Sehingga menjelang malam, ibunya tidak pulang-pulang
juga. Dia bertambah cemas lalu menangis. Semalaman
Bawang Merah tidak boleh tidur.
Pada keesokan harinya, Bawang Merah ingin mencari
ibunya. Dia berjalan dari sebuah tempat ke sebuah tempat.
Sambil itu, dia berteriak memanggil nama ibunya. Tidak
berapa lama kemudian dia sampai berhampiran telaga
tersebut. Di situ dia terdengar suara ibunya.
“Wahai Bawang Merah, anakku! Mak ada di dalam
telaga ini!” kata suara ibunya. Bawang Merah segera
melihat ke dalam telaga.
Dia sungguh terperanjat. Ada seekor ikan kaloi
mengaku sebagai ibunya. Mak Labu menceritakan
mengapa dia menjadi seekor ikan kaloi.
Bawang Merah berasa sedih. Dia tidak menduga ibunya
menjadi sedemikian rupa. Bagaimanapun, dia pergi secara
senyap-senyap tanpa pengetahuan Mak Kundur dan
Bawang Putih.
Bawang Merah membawa sedikit makanan untuk
ibunya. Kedua-dua beranak itu berasa curiga apabila
Bawang Merah selalu keluar rumah. Mereka berpakat
untuk menyiasatnya.
Akhirnya, mereka mengetahui Bawang Merah menemui
ibunya di telaga. Mereka juga tahu Mak Labu telah
menjadi seekor ikan kaloi.
Ikan kaloi dalam telaga itu Berjaya ditangkap. Kali ini
Mak Kundur dan Bawang Putih ada rancangan lain.
Mereka mahu menggoreng ikan kaloi tersebut untuk
diberikan kepada Bawang Merah.
“Makanlah Bawang Merah. Hari ini mak cik sediakan
masakan istimewa untuk kamu,” kata Mak Kundur dengan
lemah lembut. Bawang Merah yang ketika itu sangat lapar
terus memakan nasi dengan ikan tersebut.
Ikan kaloi itu habis dimakan hingga tulang. Mak
Kundur dan Bawang Putih tersenyum puas melihatkan
Bawang Merah makan. Kini rahsia kejahatan mereka tidak
akan terbongkar, fikir mereka.
Pada malam itu, Bawang Merah bermimpi,”Wahai
anakku, ikan yang kamu makan tadi adalah diri mak
sendiri,”beritahu Mak Labu. Bawang Merah terjaga. Dia
menangis kesedihan.
Pada keesokan harinya, Bawang Merah mencari tulang-
tulang ikan kaloi yang dimakannya semalam untuk
ditanam. Bawang Merah menanam tulang-tulang tersebut
berhampiran dengan telaga itu. Keesokannya, tumbuh
sepohon pokok besar. Bawang Merah berasa hairan, kerana
pada dahan pokok tersebut terdapat sebuah buaian.
Pada setiap hari, Bawang Merah bermain-main di
buaian itu. Dia bernyanyi-nyanyi menghiburkan dirinya
yang malang itu.
Pada suatu petang, Bawang Merah bermain buaian
seperti biasa. Tiba-tiba seorang putera raja lalu dengan
pengiringnya. Mereka dalam perjalanan untuk memburu
binatang.
Putera Raja terpikat melihat wajah Bawang Merah.
Baginda mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya.
Setelah kedua-keduanya berkenalan, mereka bersetuju
untuk berkahwin.
Demikianlah bertuahnya Bawang Merah. Dahulu/
hidupnya penuh penderitaan. Kini dia benar-benar menjadi
isteri raja. Dia benar-benar bahagia di samping suaminya
itu.
Kehidupan Mak Kundur dan Bawang Putuh masih tidak
menentu. Akhirnya, mereka berdua menjadi pekerja
suruhan di istana raja. Mak Kundur dan Bawang Putih
menyesal atas segala perbuatan mereka yang dulu.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, kita haruslah melakukan perkara-
perkara yang berfaedah pada waktu masa lapang. Selain
itu, kita mestilah menjaga perasaan hati orang lain supaya
tiada orang yang akan terasa dengan diri kita. Di samping
itu, Kita haruslah sentiasa menghormati orang lain supaya
kita tidak akan dibenci pada masa akan datang. Seterusnya,
kita mestilah sayangi ibu bapa kita kerana merekalah yang
membesarkan kita sejak dari kecil lagi. Akhir sekali, kita
perlulah beramah mesra sesame keluarga kerana ia akan
merapatkan silaturahim antara satu sama dengan lain.
6.0 Rujukan
1.
https://www.google.com/search?q=kesimpulan+cerita+baw
ang+putih+bawang+merah&hl=ms&sxsrf=AOaemvK3Sxx
4d_pSRq6Luc13opbBNyULQA:1633027847814&source=
lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwi_rZvmrqfzAhUk
yzgGHeXZC7wQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1148&bih=
733&dpr=0.9#imgrc=PW9q6mgTXGti_M
2. http://bukually.blogspot.com/2010/08/bawang-merah-
bawang-putih.html
3.
https://www.google.com/search?q=pengenalan+cerita+don
geng+bawang+merah+dan+putih&source=lmns&tbm=vid
&bih=688&biw=360&client=ms-android-
vivo&prmd=ivnx&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwiaj7iokK
fzAhW4nksFHZPFANwQ_AUoAnoECAAQBQ
4.
http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/07/bawang-
putih-bawang-merah.html
5. https://www.coursehero.com/file/58359568/kump-3-
bawang-merah-bawang-putihpptx/