The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akuina2, 2025-12-29 23:14:23

Buku Pengurusan Sekolah 2026

Buku Pengurusan Sekolah 2026

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2026


CUTI PERAYAAN 2026


PERATURAN-PERATURAN UNTUK GURU1. WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAATSESI PAGI1 7.30 – 1.00 7.30 – 12.004 7.30 – 1.00 7.30 – 12.005 7.30 – 1.00 7.30 – 12.006 7.30 – 1.00 7.30 – 12.00SESI PETANG2 1.00 – 6.00 2.00 – 6.003 1.00 – 6.00 2.00 – 6.002. MASA KEHADIRAN2.1 Semua guru sesi pagi mestilah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan dan balik 30 minit lewat daripada masa tamat persekolahan sesi pagi manakala guru-guru sesi petang mestilah berada di sekolah 30 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.3. KEDATANGAN GURU3.1 Kehadiran guru menggunakan sistem Thumb Print pada waktu datang dan pulang. Jika tidak berbuat demikian, guru berkenaan dianggap tidak hadir ke sekolah.4. e-RPH / MAKLUMAT GURU4.1 e-RPH mesti diisi dengan teliti dan lengkap.4.2 e-RPH mestilah mengandungi semua mata pelajaran yang diajar guru berkenaan.4.3 Fail maklumat guru mestilah mengandungi;a) Surat Akur Janjib) Maklumat Peribadic) Rancangan Pelajaran Tahunand) Jadual Waktu Darjah/Persendiriane) Senarai Nama Murid f) Borang Transit PBD4.4 Sekiranya guru bercuti kerana sakit atau berkursus, e-RPH hendaklah dihantarkepada pihak pentadbir dan perlu maklumkan sebab ketidak hadiran.


5. JADUAL WAKTU5.1 Semak jadual waktu dan maklum kepada GPK jika ada pertembungan waktu mengajar.5.2 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri.5.3 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.6. CUTI6.1 CUTI SAKIT6.1.1 Apabila tidak dapat hadir ke sekolah, guru mestilah :a) Menelefon atau membuat pesanan ringkas kepada Guru Besar / PK 1 dan PK Petang.b) Menyerahkan surat cuti sakit hospital/ klinik kepada Guru Besar/ KPT setelah kembali ke sekolah.6.1.2 Surat cuti sakit yang melebihi dua (2) hari daripada klinik / hospital swasta mesti disahkan oleh doktor kerajaan.6.1.3 Guru yang meninggalkan sekolah untuk mendapatkan rawatan doktor dikehendaki mendapatkan surat hadir klinik sekiranya tidak mendapat sijil cuti sakit dan surat ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 6.1.4 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.6.1.5 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau berselang- selang akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri da Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.6.2 CUTI REHAT (CRK)6.2.1 CRK adalah satu kemudahan dan bukan hak mutlak seseorang guru.6.2.2 CRK ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.6.2.3 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.


6.2.4 Guru-guru juga perlu mengisi permohonan CRK secara online melalui sistem Hrmis. 6.3 CUTI TANPA GAJI6.3.1 Mengikut Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebabsebab persendirian yang mustahak.6.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.6.3.3 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setaun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Negeri 10minggu sebelum tarikh mula bercuti.6.4 CUTI REHAT/CUTI PENGGAL6.4.1 Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046,SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.7. MENEPATI MASA7.1 Semua guru hendaklah mematuhi arahan waktu bekerja tiap-tiap hari. (Rujuk Perintah Am Bab C)7.2 Semua guru hendaklah masuk kelas mengajar pada masa yang tetap mengikut Jadual waktu Kelas.7.3 Menghadiri mesyuarat guru dan lain-lain mesyuarat adalah wajib pada masa yang tepat.8. MMI ( Melindungi Masa Instruksional )8.1 Guru mesti masuk ke kelas TEPAT pada masanya.8.2 Guru tidak dbenarkan duduk semasa mengajar.


8.3 Guru mestilah mengajar sambil mengawas kelakuan murid-murid. Apabila murid-murid sedang menjalankan aktiviti, guru hendaklah mengawas dan membantu murid-murid yang lemah (buat pemulihan).8.4 Meninggalkan kelas adalah kesalahan yang boleh dianggap serius. Jika perlu meninggalkan kelas guru berkenaan dikehendaki memberitahu guru di kelas bersebelahannya atau Guru Besar.8.5 Guru-guru yang perlu melakukan tugas rasmi di luar sekolah perlu menyediakan BBB untuk digunakan oleh murid semasa guru relief masuk ke kelas.8.6 Jual beli jadual perlu dilakukan sekiranya guru terpaksa melakukan tugas rasmi di luar sewaktu sesi persekolahan.8.7 Setiap panitia perlu menyediakan modul yang boleh digunakan sewaktu guru relief.9. MASA LAPANG GURU (WAKTU SENGGANG)9.1 Sila rujuk pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981.9.2 Semua guru mesti berada di dalam bilik guru kecuali mereka yang memegang tugas khas.9.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar. Kebenaran Guru Besar mesti dicatat dalam buku yang boleh didapati di pejabat. (Buku Keluar/Masuk Kawasan Sekolah). Sebolehnya hendaklah elakkan meminta kebenaran keluar untuk tujuantujuan peribadi.10. WAKTU “RELIEF”10.1 Guru yang ditugaskan sebagai guru “relief” /guru ganti mesti masuk ke dalam bilik darjah TEPAT pada masanya.10.2 Seelok-eloknya guru “relief”/guru ganti hendaklah mengajar atau memberi kerja-kerja yang boleh memanfaatkan murid-murid dengan sepenuhnya.10.3 Guru relief perlu membuat catatan pada ruangan buku kawalan kelas yang disediakan.


11. WAKTU AKHIR SEKOLAH11.1 Sebelum sekolah tamat, guru yang mengajar waktu akhir mesti memastikan bilik darjah bersih, kerusi diletakkan di atas meja, papan hitam dibersihkan, kipas angin dipadamkan sebelum menutup tingkap dan pintu.11.2 Guru seharusnya orang terakhir sekali meninggalkan kelas.12. ALAT BANTU MENGAJAR (BBB)12.1 Guru hendaklah bertanggungjawab ke atas segala alatan BBB dan buku rujukan guru yang dibekalkan kepadanya.12.2 Alatan-alatan berkenaan hendaklah diserahkan balik kepada pihak yang berkenaan selepas menggunakannya.13. APLIKASI PANGKALAN DATA MURID ( APDM)13.1 Kehadiran murid perlu diisi selewat-lewatnya puku 10.00 pagi untuk sesi pagi dan 3.30 petang untuk sesi petang setiap hari.14. KEMASUKAN MURID BAHARU DAN BUKU PENDAFTARAN14.1 Murid baharu tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam kelas tanpa kebenaran bertulis daripada pentadbir. Surat Kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mesti dipulangkan ke pejabat sekolah untuk rujukan.14.2 Guru Kelas mesti melengkapkan dengan cermat butir-butir murid baru di dalam Buku Pendaftaran Murid.15. MURID-MURID YANG BALIK SEMASA WAKTU SEKOLAH15.1 Guru tidak boleh membenarkan murid-murid keluar atau dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan.15.2 Rekod murid-murid keluar masuk kawasan sekolah boleh didapati di pejabat sekolah.15.3 Guru Kelas / Guru Ganti bertanggungjawab memaklumkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan jika didapati ada murid yang balik tanpa kebenaran.


16. KUTIPAN WANG16.1 Guru-guru TIDAK DIBENARKAN mengutip sebarang wang atau yuran daripada murid-murid kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar. Sekiranya ada kutipan wang, rekod kutipan mesti disimpan dengan teliti.17. BUKU-BUKU RAMPAIAN ATAU BUKU-BUKU TEKS17.1 Semua guru hendaklah memastikan bahawa semua murid mempunyai semua buku yang dikehendaki untuk kerja bertulis.17.2 Murid-murid yang menghilangkan buku teks (SPBT) dikehendaki menggantikan dengan buku yang sama.17.3 Buku yang telah diganti hendaklah dihantar kepada Guru SPBT untuk dicop.18. PEMERIKSAAN BUKU-BUKU RAMPAIAN/KERTAS JAWAPAN18.1 Semua buku rampaian hendaklah kemas dan bersih. Kerja-kerja hendaklah bersistematik seperti ada ditulis hari, tarikh, dan tajuk pada tiap-tiap latihan dan nota yang dicatat.18.2 Semua kerja tulis murid hendaklah diperiksa dengan teliti oleh guru dan BUKAN oleh murid.18.3 Buku-buku rampaian murid-murid mesti diperiksa dengan segera setelah kerja dibuat oleh murid-murid.18.4 Guru-guru tidak dibenarkan memeriksa buku rampaian, lembaran kerja atau kertas jawapan peperiksaan murid-murid di dalam bilik darjah.18.5 Semua guru hendaklah memastikan bahawa bilangan buku rampaian yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir.18.6 Buku rampaian hendaklah ditunjukkan kepada ibu bapa/penjaga sekurangkurangnya 1 kali sepenggal untuk ditandatangani. Cop sekolah hendakah digunakan bagi tujuan ini.19. PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN19.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan sepanjang sesi PdPC.19.2 Ujian dan peperiksaan akan dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan mengikut takwim sekolah.


19.3 Semua guru hendaklah mematuhi SOP pentaksiran dan peperiksaan ( sebelum, semasa dan selepas).19.4 Semua tahap penguasaan, markah ujian dan peperiksaan yang ditaksirhendaklah direkod dan diisi di dalam ruangan yang disediakan dalam fail maklumat guru.19.5 Pelaporan Pentaksiran Sekolah dan Pelaporan Bilik Darjah perlu diisi secara berterusan dan berintegriti.20. SIJIL BERHENTI SEKOLAH20.1 Guru Kelas mesti sediakan Sijil Berhenti Sekolah untuk seseorang murid yang ingin bertukar atau berhenti sekolah selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar.20.2 Sijil berhenti sekolah juga perlu dikeluarkan untuk murid bukan warganegara pada setiap hujung tahun.20.3 Guru Kelas mesti memastikan bahawa murid-murid yang meninggalkan sekolah telah menjelaskan semua bayaran serta memulangkan segala harta benda sekolah. 21. DISIPLIN MURID21.1 Masalah disiplin murid adalah tanggungjawab semua guru. Semua guru adalah guru disiplin. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bi.10/2001)21.2 Murid-murid hendaklah dilatih supaya berjalan dengan senyap (tidak berlari) tatkala keluar/masuk dan tidak meninggikan suara/menjerit ketika bercakap.21.3 Guru-guru hendaklah sentiasa melatih murid-murid supaya memberi salam kepada guru-guru, ibu bapa dan pelawat-pelawat sekolah.21.4 Setiap orang guru bertanggungjawab mengisi maklumat murid dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)21.5 Guru perlu bertanggungjawab dan mengawasi disiplin murid dalam bilik darjah.22. HUKUMAN JASMANI / HUKUMAN YANG DILARANG22.1 Rujuk info Unit Hal Ehwal Murid


23. KESELAMATAN MURID23.1 Apabila sesuatu kemalangan atau kecemasan berlaku dalam kawasan sekolah, guru-guru bertugas atau guru yang berhampiran dengannya hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Guru Besar / GPK.23.2 Kes-kes serius hendaklah dirujuk kepada klinik/hospital kerajaan atau swasta dengan segera.23.3 Ibu bapa / penjaga murid yang berkenaan hendaklah dimaklumkan secepat mungkin bagi tujuan perlu rujuk hospital atau tidak.23.4 Adalah satu langkah bijak jika guru seringkali menasihatkan murid tentang langkah-langkah menjaga keselamatan diri, peraturan-peraturan jalanraya dan sebagainya.23.5 Murid-murid hendaklah diingatkan tentang bahayanya menerima hadiah atau tawaran menumpang kereta daripada orang yang tidak dikenali.23.6 Pelawat-pelawat/ ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN berjumpa dengan guru/ murid tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.24. RAWATAN PERUBATAN/PERGIGIAN24.1 Guru Kelas boleh mengisi borang untuk perkara tersebut di atas sebelum menghantarnya untuk ditandatangani oleh Guru Besar/GPK.24.2 Sekiranya murid terpaksa keluar pada waktu persekolahan, mereka perlu mengisi borang dan buku keluar di pejabat terlebih dahulu.25. KEBERSIHAN BILIK KELAS / KAWASAN SEKOLAH25.1 Guru Kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik dan serambi yang berdekatan.25.2 Guru Kelas hendaklah menyediakan jadual bertugas untuk murid-murid serta mempastikan tugasan yang diberi dijalankan dengan sempurna.25.3 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid cara-cara betul menggunakan tong sampah, sinki, tandas, dan bilik air. Tegaskan kepentingan kebersihan.


25.4 Selepas pelajaran Pendidikan Seni Visual murid-murid hendaklah membersihkan berus dan alat-alat lain.25.5 Murid-murid dilarang menggunakan “liquid paper” dan makan gula-gula getah (chewing gum) di sekolah.26. PERALATAN BILIK DARJAH / SEKOLAH26.1 Setiap kelas mesti ada rekod inventorinya.26.2 Guru Kelas bertanggungjawab menjaga alat-alat (termasuk perabot) dalam bilik darjahnya. Alat-alat yang telah rosak / pecah mesti dilaporkan kepada guru selenggaraan.26.3 Guru kelas juga perlu memastikan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:i. Visi dan Misiii. Jadual Waktuiii. Jadual Bertugasiv. Senarai Nama Murid v. Pelan Lantai Kelas (Kedudukan Murid)27. MEMESAN / MEMBELI BARANG / ALAT-ALAT UNTUK SEKOLAH27.1 Guru mesti dapatkan kebenaran Guru Besar sebelum memesan / membeli barang-barang untuk sekolah.27.2 Wakil firma / jurujual tidak boleh berurusan dengan guru tanpa kebenaran daripada Guru Besar.28. STOK28.1 Barang-barang atau alat-alat yang dipesan oleh sekolah haruslah dihantar ke pejabat sekolah untuk pemeriksaan Guru Besar terlebih dahulu.28.2 Barang-barang atau alat-alat itu mestilah direkod dalam buku stok dengan segera.28.3 Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan mempastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar /GPK.29. KUNCI29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.


29.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.30. MESIN FOTOSTAT / MESIN RISOGRAF30.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengendalikan mesin fotostat/risograf tanpa kebenaran. Ia hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. Urusan reso dan fotostat perlu dilakukan 3 hari lebih awal daripada tarikh penggunaan.31. TELEFON SEKOLAH / PANGGILAN TELEFON31.1 Telefon sekolah boleh digunakan hanyan untuk urusan rasmi.31.2 Bayaran ini hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir dan dicatatkan dalam buku rekod panggilan telefon.31.3 Pejabat akan mengambil pesanan dari semua panggilan telefon dalam waktu pengajaran.31.4 Semua guru dibenarkan datang ke pejabat menjawab panggilan telefon jika ada hal yang mustahak.32. BILIK GURU32.1 Guru hendaklah bekerjasama untuk menjaga kebersihan bilik guru.32.2 Bilik Guru hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Kebersihan adalah tanggung jawab bersama32.3 Orang luar sama ada guru atau bukan guru tidak dibenarkan masuk ke bilik guru untuk urusan peribadi kecuali dengan kebenaran Guru Besar.32.4 Guru-guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di dalam bilik guru.32.5 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non- teching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.32.6 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab mempastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.


33. PERHUBUNGAN SESAMA GURU33.1 Guru sewajar memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.33.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.33.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.34. KEBENARAN UNTUK KELUAR NEGERI / NEGARA34.1 Guru-guru yang ingin ke luar negara mesti memohon kebenaran daripada Pengarah Pendidikan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum bertolak.35. MENGAMBIL PEPERIKSAAN35.1 Guru yang ingin mengambil peperiksaan awam mesti memaklumkan kepadaGuru Besar bersama surat kebenaran.36. KEGIATAN POLITIK DAN PENERBITAN36.1 Guru-guru tidak dibenarkan terlibat dalam perkara-perkara tersebut tanpa kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan.37. SURAT MENYURAT37.1 Semua surat menyurat rasmi, permohonan-permohonan untuk berkursus dan sebagainya yang ditujukan kepada sebarang agensi Kerajaan / badan –badan luar / orang perseorangan mesti dibuat melalui Guru Besar.


38. GERAK KERJA LUAR38.1 Guru pengiring atau penolongnya mesti hadir semasa kegiatan dijalankan di sekolah atau di tempat lain.38.2 Semua kegiatan mesti diawasi oleh guru dan mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.38.3 Butir-butir aktiviti mesti dicatatkan dalam buku / fail kelab / persatuan / permainan / rumah.38.4 Semua gerakerja luar atau aktiviti-aktiviti kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu sekolah.38.5 Guru Besar mesti dimaklumkan mengenai segala gerak kerja luar yang melibatkan guru-guru / murid-murid.39. PENGAJARAN TAMBAHAN39.1 Guru-guru yang ingin menjalankan pengajaran tambahan seperti pengajaran persendirian, kelas pelajaran lanjutan , Kelas Nadi atau bahasa ibunda, perlu dapat kebenaran Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan melalui Guru Besar.40. JUALAN40.1 Guru-guru dilarang menjalankan apa-apa penjualan di dalam kawasan sekolah.41. PAKAIAN(Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6 /1985)41.1 Semua guru hendaklah memakai pakaian kemas dan formal. Pakaian yang mendedahkan aurat, singkat dan mencolok mata adalah dilarang sama sekali.41.2 Guru lelaki tidak dibenarkan memakai seluar jeans, ‘T-Shirt’, ‘Sport Shirt’, baju tidak berkolar dan kasut kanvas / sukan semasa mengajar di kelas.41.3 Bagi guru wanita yang memakai skirt dan blaus, pastikan skirt labuh hingga paras lutut dan blaus lengan panjang.41.4 Semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian khas sewaktu mengajar Pendidikan Jasmani. 41.5 Guru perempuan - seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.


41.6 Guru lelaki – seluar trek atau seluar panjang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah.41.7 Pemakaian tanda nama / ‘name tag’ adalah wajib.41.8 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat staf adalah pakaian formal.41.9 Pemakaian baju batik adalah pada hari Khamis. Baju Melayu lengkap bersongkok dan samping dipakai pada hari Jumaat.41.10 Guru tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah walaupun pada hari Sabtu, lebih-lebih lagi untuk kelas tambahan, mesyuarat PIBG atau majlis rasmi sekolah.42. PERHIMPUNAN HARIAN42.1 Sebaik sahaja loceng dibunyikan pada pukul 7.30 pagi atau 1.00 petang guru masa pertama dan murid boleh beredar ke kelas masing-masing.43. PERHIMPUNAN MINGGUAN43.1 Diadakan pada setiap hari Isnin dan bertempat di tapak perhimpunan tepat pada pukul 7.30 pagi/1.00 petang.43.2 Perhimpunan Mingguan adalah satu majlis rasmi peringkat sekolah dan semua guru dikehendaki berada di tapak perhimpunan serta mematuhi peraturan perhimpunan tersebut.43.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.43.4 Guru bersama-sama pelajar menyanyikan lagu “Negaraku” dan Lagu Sekolah.43.5 Semasa perhimpunan guru tidak dibenarkan berbual-bual tetapi mendengar ucapan Guru Besar / Guru Bertugas.44. MESYUARAT GURU44.1 Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.44.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia.44.3 Ketidakhadiran hanya dengan kebenaran Guru Besar atas sebab-sebab tertentu.


45. KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG45.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.45.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.46. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH46.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.47. GURU BERTUGAS47.1 Guru bertugas hendaklah bertugas mengikut giliran yang ditetapkan manakala ucapan guru bertugas perlu mengikut giliran.47.2 Guru bertugas bertanggung jawab mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar pada setiap hari.47.3 Guru bertugas serta semua guru hendaklah mengawasi disiplin murid semasa perhimpunan harian dan mingguan supaya murid berdisiplin.47.4 Guru bertugas dikehendaki membuat laporan dalam buku laporan bertugas termasuk mencatat setiap maklumat yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.47.5 Guru Bertugas adalah bertanggungjawab terhadap :47.5.1 Menjaga disiplin murid di kawasan sekolah dan kantin sekolah.47.5.2 Mengawasi kebersihan sekolah, bilik guru, bilik darjah, tandas dan kantin sekolah.47.5.3 Mengambil tindakan terhadap kes kemalangan dan melaporkan kepada Guru Besar /GPK.47.5.4 Membantu pengawal lalu lintas sewaktu murid balik sekolah.48. PERBUATAN YANG DILARANG48.1 Guru tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam kawasan sekolah terutamanya di dalam kelas, di kantin dan di bilik guru.


48.2 Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau meja murid semasa mengajar.48.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa dalam waktu pengajarannya kecuali dengan sebab-sebab tertentu (maklumkan kepada guru kelas sebelah sekiranya perkara tersebut berlaku).49. PENGISYTIHARAN HARTA49.1 Pengisytiharan Harta oleh semua Pegawai Kerajaan hendaklah dilakukan 5tahun sekali dan sekiranya ada penambahan harta, perlu diisytiharkan dalam tempoh 3 bulan dari tarih harta tersebut diperoleh49.2 Pengisytiharan Harta hendaklah dibuat melalui sistem HRMIS.49.3 “Pegawai” ertinya pegawai, suami atau isterinya, anak-anak dan anggota keluarga di bawah tanggungannya.49.4 Takrif harta (Pekeliling Perkhidmatan 2/1984, Perintah Am 8, Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( Bab D) 1980 dan Warta Kerajaan Malaysia P.U. (B) (647) bertarikh 5 November 1981:49.4.1 Tanah (termasuk tanah lesen pendudukan sementara)49.4.2 Rumah atau rumah pangsa49.4.3 Bangunan (rumah kedai, ruang kedai, ruang pejabat, atau warong)49.4.4 Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain.49.4.5 Apa jua lesen tred, perniagaan atau perdagangan.49.4.6 Lain-lain harta alih (termasuk barang kemas) yang nilai perolehan tiaptiap satunya melebihi 6 bulan gaji atau lima ringgit yang mana lebih rendah.49.4.7 Wang tunai (lain-lain sumber selain daripada kerajaan)49.4.8 Kenderaan bermotor tanpa pinjaman kerajaan (jika harga kenderaan itu melebih 6 bulan gaji pada masa pembelian dibuat.49.5 Kegagalan untuk mengisytiharkan harta adalah dianggap tidak jujur dan tidak bertanggungjawab serta boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan jika dalam tempoh percubaan.50. PERINTAH AM50.1 Semua guru tertakluk kepada perintah-perintah Am Kerajaan :i. Perintah Am Bab D : Kelakuan dan Tatatertibii. Perintah Am Bab C : Cuti51. TATASUSILA GURU51.1 Semua guru hendaklah mematuhi Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan menyedari tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara dan rakan sejawat.


OBJEKTIF UMUM UNIT HEM • Meningkatkan tahap keselesaan dan keperluan murid.• Meningkatkan tahap kualiti pengurusan murid.• Memberi bimbingan bagi meningkatkan disiplin dan sahsiah murid.• Memupuk dan mengembang nilai-nilai kepimpinan murid.• Memastikan kebajikan murid-murid yang memerlukan bantuan diberi perhatian sewajarnya agar mereka dapat belajar dengan selesa.AKTIVITI UMUM UNIT HEM • Mengurus urusan sahsiah dan disiplin murid.• Mengurus hal ehwal kesihatan dan kebajikan murid.• Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran murid.• Mengurus pentadbiran, pertukaran dan penempatan murid.• Mengurus skim penjaman buku teks (SPBT) • Mengurus semua maklumat peribadi murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).• Mengawalselia pengurusan kantin, kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid dan kawasan sekolah.• Membentuk hubungan yang erat antara warga sekolah, PIBG dan komunitiKPI UNIT HEM • Memastikan peratus kehadiran murid keseluruhan sebanyak 92%.• Memastikan 95% guru mengisi SSDM dengan sekurang-kurangnya 50 orang murid mempunyai amalan baik.• Memastikan pengisian APDM diisi oleh semua guru kelas selewat-lewatnya pukul 9.00a.m untuk sesi pagi dan 2.00p.m untuk sesi petang setiap hari.


VISI Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berperibadi unggul dan mempunyai jati diri yang kukuh. MISI Berusaha melaksanakanprogram yang dirancangbagi melahirkan murid yang berdisiplin, bersahsiah mulia, berketrampilandan cemerlang dalam akademik.


INFO HAL EHWAL MURID1.1 Pengurusan Data APDM, Kehadiran dan SSDM a. Data APDM ialah satu dokumen rasmi dan penting. Guru kelas dikehendaki mengisi semua butir dengan kemas dan teliti. Lengkapkan semua maklumat murid di bahagian yang telah disediakan dalam sistem APDM.b. Maklumat murid perlu dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan.c. Nama PENUH murid (seperti surat beranak) hendaklah ditulis dengan HURUF BESARtermasuk ‘BIN’ dan ‘BINTI’ dengan ejaan yang betul. (Rujuk Sijil Lahir murid) d. Butiran ibu bapa / penjaga hendaklah dilengkapkan. e. Alamat semasa murid merupakan alamat terkini tempat tinggal murid.f. Kedatangan murid hendaklah diisi setiap hari persekolahan oleh guru kelas masingmasing sebelum atau selewat-lewatnya sebelum tamat sesi persekolahan.g. Semua surat-menyurat tidak hadir dan sijil sakit hendaklah disimpin dalam fail berasingan, h. Sebeb ketidakhadiran perlulah dilengkapkan dan boleh diubah dalam tempoh slewat-lewatnya tiga hari persekolahan.i. Rekod SSDM perlu diisi oleh semua guru bagi murid-murid yang menunjukkan amalan baik dan juga salahlaku disiplin.1.2 Prosedur Ketidakhadiran Murida. Guru kelas diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa murid tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Terdapat murid yang tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa / penjaga. Justeru guru kelas bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis atau melalui telefon, dengan catatan surat / panggilan di dalam buku catatan.b. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberi surat doktor atau surat ibu bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir.c. Langkah-langkah berikut perlu diambil sekiranya murid tidak hadir berdasarkan PERATURAN PONTENG SEKOLAH ORDINAN PELAJARAN 1957, PERATURANPERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959 :


d. Murid yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari tersebut. 1.3 Fail Peribadi Murida. Pastikan setiap murid mempunyai fail peribadi. b. Guru kelas hendaklah memastikan surat beranak, borang maklumat murid, Rekod akademik, buku rekod kesihatan, kad gigi terdapat di dalam fail peribadi murid.c. Pastikan fail peribadi murid disimpan di bilik khas di pejabat jika cuti panjang untuk memudahkan murid yang ingin berpindah. 1.4 Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM) dan Kad Gigia. Pastikan setiap murid mempunyai buku Rekod Kesihatan dank ad gigi dan disimpan di Bilik Kesihatan.b. Lengkapkan maklumat di dalam buku rekod kesihatan murid iaitu ukuran tinggi, timbangan berat, ujian mata dan taraf pemakanan murid.1.5 Latihan Kebakaran Dan Kecemasan LOCENG KECEMASAN : Ada dua jenis kecemasan :-a ) Loceng kecemasan kebakaran.b ) Loceng kecemasan darurat dan pergaduhan.a) Loceng Kecemasan KebakaranLoceng ini akan dibunyikan sebanyak tiga kali iaitu :- I ) dua kali pendek – lebih kurang setengah minit. II ) satu kali panjang – lebih daripada satu minit. BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BERTERUSAN :AMARAN PERTAMA 3 HARIAMARAN KEDUA 3 + 7 HARI = 10 HARIAMARAN KETIGA 10 + 7 HARI = 17 HARIBUANG SEKOLAH 17 + 14 HARI = 31 HARI BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT : AMARAN PERTAMA 10 HARI AMARAN KEDUA 10 + 10 HARI = 20 HARI AMARAN KETIGA 20 + 20 HARI = 40 HARI BUANG SEKOLAH 40 + 20 HARI = 60 HARI


Tindakan Yang Perlu Diambil :a. Tutup semua suis elektrik.b. Guru memberi arahan kepada murid supaya keluar dari bilik darjah dalam keadaan tenang, selamat dan teratur.c. Guru mengawal disiplin dan tenangkan murid.d. Guru yang bertugas memastikan tiada murid berada di dalam kelas, tandas atau di mana –mana kawasan lain dalam sekolah. Guru bertanggungjawab (guru yang mengajar pada waktu itu) memastikan semua murid berkumpul di padang sekolah dalam keadaan terkawal.e. Sesiapa yang berada dalam pejabat hendaklah mengumpul semua Jadual Kedatangan Murid dan membawanya ke padang sekolah. Bagi guru yang belum menghantar Jadual Kedatangan Murid hendaklah membawanya bersama – sama semasa meninggalkan bilik darjah.f. Murid tidak dibenarkan membawa apa – apa semasa ke padang.g. Guru kelas hendaklah menyemak kedatangan murid semasa di padang sekolah.h. Guru kelas hendaklah mengenal pasti murid yang menghadapi masalah kesihatan seperti lelah, sakit jantung dan penyakit – penyakit alahan asap hendaklah diberi keutamaan dalam member rawatan.i. Semasa berada di padang sekolah, semua kakitangan sekolah dan murid hendaklah mematuhi arahan yang akan diberikan dari semasa ke semasa.j. Semasa berlaku kecemasan / kebakaran semua kakitangan sekolah dan murid bergerak ke padang sekolah mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan.b) Loceng Kecemasan Darurat Dan PergaduhanLoceng akan dibunyikan memanjang terus menerus iaitu :• melebihi satu minit. Loceng kecemasan ini bertujuan untuk membiasakan diri murid sekiranya berlaku sesuatu rusuhan atau peristiwa ganas yang diluar jangkaan kita.Tindakan Yang Perlu Diambil :a. Semua guru dan murid mestilah berada dalam kelas masing – masing.b. Tutup semua tingkap dan kunci pintu, duduk dengan senyap.c. Guru – guru beredar hendaklah datang ke kelas tahap satu untuk membantu guru kelas berkenaan mententeramkan murid – murid.d. Guru bertugas adalah bertanggungjawab untuk memastikan tiada murid yang berada di dalam tandas, surau, atau kantin.e. Guru bertugas yang lain pergi dengan segera menuju ke pondok jaga dan meminta menutup serta mengunci pintu pagar.


1.6 Hukuman Yang DilarangHukuman Terhadap Fizikala. Berdiri lama di tengah panas.b. Lari keliling padangc. Berdiri lama di dalam ataudi luar bilik darjah.d. Memukul diri sendiri atau sesama sendiri.e. Berdiri di atas kerusi atau meja.f. Menarik rambut atau telinga.g. Belasah dengan alat seperti tali pinggang, pembaris dan lain-lain.h. Junjung kerusi atau buku.i. Cubit.j. Enjut, ketuk ketampi atau mendada.k. Ketuk atau sekeh kepala.Hukuman Terhadap Mental Dan Emosia. Gunting rambut sesuka hati.b. Berdiri membuat latihan.c. Berleter.d. Gantung tulisan di badan.e. Memalukan di khalayak ramai.f. Kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang.g. Memaki hamun.h. Menjeling.i. Menyindir.j. Menconteng muka dengan kapur/pen markerk. Koyak buku latihan.l. Memperlihatkan air muka yang marah.m. Mengugut atau menggertak murid.n. Tidak menghiraukan murid.o. Tidak menanda buku latihan.


1.7 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS1.7.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:a. Ketua Kelasb. Penolong Ketua Kelasc. Bendaharid. AJK Kebersihane. AJK Keceriaanf. AJK Keselamatang. AJK SPBT1.7.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: a. Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelasb. Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelasc. Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.d. Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Gurue. Inventori Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelasf. Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.g. Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.h. pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.i. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.j. Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.1.7.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang mudah dilihat.1.7.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.1.8 KEBERSIHAN KELAS1.8.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.1.8.2 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.


1.8.3 Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.1.8.4 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.1.8.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.1.8.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.1.8.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.


UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT VISI KOKURIKULUM Memacu kecemerlangan kokurikulum dan seni dalam pelbagai bidang.MISI KOKURIKULUM Melaksanakan program pendidikan kokurikulum dan kesenian ke arah memperkembangkan potensi dan bakat murid selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Negara.


UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT VISI SUKAN Melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah serta berdaya saingMISI SUKAN Membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan kecemerlangan akademik


OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM •Memastikan semua murid Tahap 2 menyertai Pasukan Beruniform yang ditubuhkan di sekolah.•Memastikan semua murid Tahap 2 menyertai Kelab dan Persatuan Akademik•Memastikan semua murid SK AU Keramat melibatkan diri dalan program 1M1S •Memastikan perlaksanaan aktiviti kokurikulum dilaksanakan secara berkesan.•Memastikan penyertaan pertandingan dan acara di peringkat Kecemerlangan Pendidikan dan negeri mencapai tahap yang berkualiti.•Memupuk semangat bersatupadu dan bertoleransi dalam kalangan ahli•Menyemai perasaan bertanggungjawab terhadap harta benda dan persekitaran sekolah•Meningkatkan disiplin dan jati diri dalam kalangan murid-murid melalui aktiviti yang disertai•Menyertai pelbagai jenis sukan dan permainan yang dipertandingkan di peringkat sekolah, zon, negeri dan kebangsaan.•Mengurus data murid secara tersusun dan sistematik.•Mengurus kewangan unit kokurikulum secara berhemah dan terancang.UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM DASAR UTAMA (1)KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN - Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Penalti Am. l “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” l “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.” UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB l “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)} l Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.– {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.} l Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)} l Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


– {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka} DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB l Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. l “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.) l Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. l Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”. UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


BIDANG TUGAS GPK KOKURIKULUM• Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.• Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.• Menentukan takwim dan jadual aktiviti.• Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.• Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.• Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.• Menentukan tarikh Temasya Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.• Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.• Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.Sukan dan Permainan• Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.• Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.• Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.• Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.• Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


Kelab / Persatuan• Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.• Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadualUnit Beruniform• Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.• Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.• Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.Pengurusan• Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.• Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.• Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.• Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.• Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.• Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.• Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.• Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk merekaUNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


SETIAUSAHA SUKAN• Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.• Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM.• Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.• Menetapkan pelajar dalam rumah sukan• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.• Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.• Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.• Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan • Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.• Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.• Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.• Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah• Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.• Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.• Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.• Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.• Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.• Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.• Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.•UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


• Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.GURU PERMAINAN• Membentuk Jawatankuasa • Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.• Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.• Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.• Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.• Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. • Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.• Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.• Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.• Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.• Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.• Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.• Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.• Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM• Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.• Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.• Menyelaras semua aktiviti.• Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.• Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.• Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan • Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.• Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: - Borang memasuki persatuan- Borang senarai AJK dan ahli- Buku Laporan Kegiatan- Fail-Fail yang diperlukan- Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod- Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod- Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Kokurikulum sekolah. UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB• Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab• Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah• Memastikan adanya peraturan/perlembagaan• Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan• Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod. • Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan• Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan.• Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.• Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Guru dan lain-lain.• Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.• Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.• Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.• Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.KETUA RUMAH SUKAN• Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)• Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


• Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan. • Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan. • Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.• Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.• Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.• Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.GURU RUMAH SUKAN• Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.• Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.• Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.• Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. • Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.• Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.• Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.• Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.UNIT KOKURIKULUMSK AU KERAMAT


Click to View FlipBook Version