The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorhayati.razali, 2022-05-27 01:53:34

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021- (2)

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021- (2)

MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 1
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -45 /(2021)

Tarikh : 10 APRIL 2021 (SABTU)

Masa : 9.00 PAGI
Tempat : LOKASI MASING – MASING (MICROSOFT TEAMS)

Pengerusi : ENCIK MUHAMMAD SYUKREE BIN IBRAHIM

Senarai Kehadiran : 191 ORANG

Senarai Hadir Bersama :1

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu- alukan kehadiran ahli PIBG dan mengucapkan tahniah atas kesempatan
untuk sama- sama mengikuti Mesyuarat PIBG Kali Ke-45.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Julainah binti Ishak
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Roszana binti Selamat

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA /ISU /LAPORAN

4.1 PEMBENTANGAN PERBELANJAAN 2020
Pn. Zainun binti Ismail selaku bendahari PIBG membentangkan Kunci Kira-kira Dana PIBG
berakhir pada 31 Disember 2020. Penyata kira- kira adalah seperti berikut:
4.1.1 Baki dari Disember 2018 sebanyak RM13, 362.38
4.1.2 Sumbangan daripada 9 keluarga pada tahun 2019 sebanyak RM450.00
4.1.3 Sumbangan daripada 307 keluarga pada tahun 2020 sebanyak RM21,490.00
4.1.4 Jumlah dividen sehingga 31 Disember 2021 sebanyak RM23.22
Bendahari turut membentangkan perbelanjaan bagi tahun 2020 seperti berikut:
4.1.5 Hadiah perpindahan Puan Hadijah sebanyak RM50.00
4.1.6 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 44 sebanyak RM4,744.50
4.1.7 Pemasangan penapis air bernilai RM1,650.00
4.1.8 Sumbangan Kejohanan Olahraga Sekolah sebanyak RM2,000

4.1.9 Hadiah persaraan Puan Fauziah sebanyak RM70. Bendahari memaklumkan bahawa
sumbangan bagi guru yang berpindah atau bersara telah diputuskan pada mesyuarat yang lalu
dinaikkan daripada RM50 ke RM70

4.1.10 Pembelian thermometer bernilai RM220

4.1.11 Kos membaikpulih papan Billboard sebanyak RM90

4.1.12 Pembelian bahan sanitasi dan keperluan sanitasi bernilai RM112.35

4.1.13 Penukaran penapis air bernilai RM300

4.1.14 Keceriaan sekolah seperti pembelian kertas A4 dan ICT sebanyak RM4,350.00

4.1.15 Hadiah persaraan Puan Aniza dan perpindahan Cik Nurhidayah dan Puan Nurhayati
bernilai RM210

4.1.16 Penukaran salur air dewan bernilai RM1,761.80

4.1.17 Caj bank sebanyak RM4.00

Jumlah perbelanjaan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM15,562.65 dan baki adalah sebanyak
RM19,762.95.

Bendahari turut membentangkan kunci kira- kira bagi Dana Dewan berjumlah RM42,044.20
iaitu:

4.1.18 Baki pada Januari 2020 sebanyak RM41,944.20

4.1.19 Penerimaan sumbangan dewan daripada 2 orang murid untuk tahun 2019 sebanyak
RM100

4.1.20 Pembayaran kepada Syarikat Nurim Enterprise bagi tujuan pembinaan tambahan 1 bay
dewan bernilai RM38,806.00

4.1.21 Penukaran salur air dewan bernilai RM5,000.00 dan tambahan perbelanjaan adalah
ditampung daripada Dana PIBG sebanyak RM1,761,80

Kunci kira- kira Dana Dewan telah ditutup pada 28 Disember 2020.

Bendahari membentangkan Kunci Kira- kira bagi Wakaf Grill dan Tembok seperti berikut:

4.1.22 Sumbangan wakaf yang telah diterima pada tahun 2019 sebanyak RM1,000.

4.1.23 Sumbangan wakaf yang telah diterima pada tahun 2020 sebanyak RM2,800.

4.1.24 Perbelanjaan bagi pembinaan tembok Blok D dan grill adalah sebanyak RM3,800 dan
kunci kira- kira telah ditutup pada 31 Disember 2020.

Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Hazren bin Mokrey
Disokong untuk pengesahan oleh Pn, Khadijah binti Salleh

4.2 PERBINCANGAN USUL

4.2.1 Usul 1 oleh Encik Mohd Hazren bin Mokrey

“Menyediakan rak atau almari di setiap kelas melalui sumbangan ibu bapa dan duit pibg untuk
meletakkan buku teks atau aktiviti murid2. Hanya bawa balik buku teks dan aktivit apabila
mempunyai kerja sekolah sahaja atau waktu cuti sekolah. Ini disebabkan melalui apa yang
dilihat beg sekolah anak2 terlalu berat untuk dibawa. ( Bukan manjakan anak tapi semua ibu
bapa mesti cakna tentang isu ini).”

Ulasan GB : Sebelum ini, pihak sekolah ada menyediakan rak kayu di dalam kelas tetapi telah
dimakan anai- anai. Pembelian rak besi juga tidak dapat dipertimbangkan kerana harga bagi
sebuah rak besi yang agak mahal. Di samping itu, semasa musim pandemik ini, meja murid-
murid disusun dengan mengambil kira jarak 1 meter dari bahu ke bahu murid dan menyebabkan
ruang di dalam bilik darjah sangat padat dan sempit. Maka, rak tidak dapat diletakkan di dalam
bilik darjah akibat masalah ruang bilik darjah yang sempit. Rak juga tidak dapat diletakkan di
luar bilik darjah kerana masalah cuaca dan Kawasan sekitar sekolah juga tidak sesuai untuk
meletakkan rak- rak buku murid. Guru Besar mengingatkan ibu bapa agar membawa buku ke
sekolah mengikut jadual waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan aduan beg berat.

Tindakan: GB

5 HAL-HAL LAIN
5.1. PEMBUBARAN AJK 2019/2020

5.1.1 Pengerusi meneruskan majlis dengan membubarkan AJK 2019/2020. Pengerusi
memohon maaf atas sebarang kesilapan sepanjang menerajui PIBG pada sesi 2019/2020 dan
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli.

Tindakan: Pengerusi

5.1.2 Puan Khadijah binti Salleh mencadangkan Encik Muhammad Syukree bin Ibrahim
dilantik sebagai pengerusi sementara bagi meneruskan mesyuarat. Puan Nor Raihan binti
Jusoh menyokong cadangan tersebut.

5.1.3 Pengerusi sementara meneruskan mesyuarat dengan Pemilihan AJK PIBG 2021/20202
dengan meminta ahli mesyuarat mencadangkan nama calon.

5.1.4 Cadangan calon adalah seperti berikut :

1. Muhammad Syukree bin Ibrahim (YDP)
2. Encik Mohd Zulfadli bin Kamaruzaman (Naib YDP)
3. Mohd Khairi bin Mohd Said (Pemeriksa Kira-kira)
4. Puan Norhaida binti Abdullah (Pemegang Amanah)
5. Puan Noraslina binti Mohamad
6. Puan Ku Siti Zulaikha binti Mohamed
7. Puan Rahidayani binti Rasdi
8. Encik Muazizi bin Misran
9. Puan Julainah binti Ishak

5.1.5 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan yang diberikan.

5.1.4 Guru besar mengumumkan AJK Guru seperti berikut :

1. Puan Sauzana binti Jahani (Setiausaha)
2. En Mohd Shahrizan bin Mohamad Solihim (Naib Setiausaha)
3. Puan Norsaiedah binti Ibrahim (Bendahari)
4. Puan Nurfaizah binti Ismail (Naib Bendahari)
5. Puan Nabilah binti Ahsanuddin (Pemegang Amanah)
6. Encik Mohd Redzuan bin Nik Jaafar (Pemeriksa kira-kira)
7. Encik Luqman bin Yusuf (AJK)
8. Encik Shafiei bin Ngatten@ Ngadenan (AJK)
9. Puan Ros Anita binti Romzi (AJK)

5.1.5 Yang Dipertua PIBG 2021/2022 mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan
guru yang masih memberikan kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui PIBG SK
Pasir Gudang dan berjanji untuk berusaha membuat penambahbaikan dan memohon doa
semua untuk dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

5.1.6 Pengerusi meminta ahli mesyuarat untuk memberikan cadangan untuk penetapan
sumbangan untuk tahun 2021.

5.1.7 Puan Khadijah binti Salleh mencadangkan agar sumbangan PIBG dinaikkan daripada
RM70 ke RM100. Puan Siti Ku Zulaikha menyokong cadangan tersebut tetapi beliau
mencadangkan agar pihak sekolah membuat tapisan bayaran mengikut tahap kemampuan
murid.

5.1.8 Puan Siti Noor Salina binti Mohd Salleh mencadangkan agar pembayaran dapat dibuat
secara ansuran. Pengerusi memaklumkan tiada sekatan jika ibu bapa untuk membuat bayaran
secara ansuran dan ibu bapa dibenarkan untuk membuat bayaran secara ansuran.

5.1.9 Pengerusi juga menyatakan bahawa bayaran sumbangan PIBG adalah untuk satu
keluarga dan bukan perseorangan.

5.1.10 Hasil undian ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengekalkan jumlah sumbangan
sebanyak RM70 per keluarga.

5.1.11 Guru Besar memaklumkan bahawa ibu bapa Prasekolah digalakkan untuk menjadi ahli
PIBG dengan jumlah sumbangan PIBG juga adalah sama seperti keahlian ibu bapa murid
Tahun 1 hingga murid Tahun 6. Guru Besar juga memaklumkan bahawa tapisan murid yang
akan memasuki Prasekolah akan dijalankan mengikut kemampuan keluarga memandangkan
jumlah permohonan kemasukan ke Prasekolah sangat memberangsangkan.

Tindakan: GB

6 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 YDP PIBG, En. Muhammad Syukree Bin Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua
ibu bapa yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga tarikh yang diberitahu kelak.

7. PENUTUP
7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Disediakan oleh,

NORJARIAH BINTI SAHARI
Naib Setiausaha PIBG,
SK Pasir Gudang 1.
Tarikh : 12 April 2021

Disemak oleh,

MUHAMMAD SYUKREE BIN IBRAHIM
Yang Dipertua PIBG,
SK Pasir Gudang 1.
Tarikh : 13 April 2021

Nama Persatuan LAPORAN TAHUNAN 2021
No. Pendaftaran
Daerah : Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Negeri : PIBG/SK/9006
: Pasir Gudang
: Johor

BIL NAMA JAWATAN

. PENASIHAT
YANG DIPERTUA PIBG
1 PN. HJH ROHANAH BINTI CHIK
NAIB YANG DIPERTUA
2 EN. MUHAMMAD SYUKREE BIN PIBG

IBRAHIM SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA
3 EN. MOHD ZULFADLI BIN
BENDAHARI
KAMARUZAMAN NAIB BENDAHARI

4 PN SAUZANA BINTI JAHANI AJK GURU

5 EN MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMAD AJK GURU

SOLIHIM AJK GURU

6 PN. NOR SAIEDAH BINTI IBRAHIM AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
7 PN. NURFAIZAH BINTI ISMAIL AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
8 EN. LUQMAN BIN YUSUF AJK IBU BAPA

9 EN. SHAFIEI BIN NGATTEN@ AJK IBU BAPA
NGADENAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
PEMERIKSA KIRA-KIRA
10 PN. ROS ANITA BINTI ROMZI PEMEGANG AMANAH
PEMEGANG AMANAH
11 PN. NORASLINA BINTI MOHAMAD
12 PN. FARHANA BINTI IBRAHIM
13 PN. KU SITI ZULAIKHA BINTI MOHAMED
14 PN RAHIDAYANI BINTI RASDI
15 EN. MUAZIZI BIN MISRAN
16 PN. JULAINAH BINTI ISHAK
17 EN. MOHD KHAIRI BIN MOHD SAID
18 EN. MOHD REDZUAN BIN NIK JAAFAR
19 PUAN NORHAIDA BINTI ABDULLAH
20 PN NABILAH BINTI AHSANUDDIN

LAPORAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN PIBG
SK PASIR GUDANG 2021

1. Sepanjang 2021 PIBG telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali dan perbincangan
sebanyak tiga kali.

2. PIBG juga telah megadakan aktiviti dan memberi sumbangan kewangan dan tenaga dalam
menjayakan beberapa majlis dan program di sekolah.
Antaranya termasuklah :

BIL TARIKH AKTIVITI / PROGRAM CATATAN

1 10 April 2021 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- Kediaman

( Sabtu) 45 Masing-masing

(Microsoft

Teams)

2 7 JULAI 2021 Majlis Persaraan Pn Zainun binti Bilik Kesihatan

(Rabu) Ismail SKPG1

3 15 Julai 2021 Program Bacaan Yaasin dan Kediaman

(Khamis) Tahlil SKPG1 Bersama Murid dan masing-masing

Ibu Bapa (Microsoft

Teams)

4 9 September Aktiviti Biro Kebajikan : Misi Taman Air Biru

2021 (Khamis) Bantuan Sumbangan Covid-19

siri 1

5 9 September Program Bacaan Yaasin dan Kediaman

2021 (Khamis) Tahlil Serta Perpisahan Pn masing-masing

Noormalawati binti Aspan (google meet)

6 7 Oktober 2021 Aktiviti Biro Kebajikan : Misi Taman Air Biru

(Khamis) Bantuan Sumbangan Covid-19

siri 2

7 7 Oktober 2021 Majlis Perpisahan lima orang guru Dewan Terbuka

(Khamis) berpindah dan seorang guru SK Pasir Gudang

bersara 1

8 8 oktober 2021 Majlis Apresiasi Tamat Tempoh Hotel

(Rabu) Matang Sekolah Amanah , Renaissance

Sambutan Hari Guru 2021,

Jamuan Akhir Tahun dan Majlis

Perpisahan 9 orang guru

berpindah

9 31 Oktober -1 Gotong-Royong Pengoperasian SK Pasir Gudang

November 2021 Semula Sekolah 1

(Ahad dan Isnin)

10 11 Disember Kerja-kerja Membaikpulih SK Pasir Gudang

2021 – 18 Longkang dan Kerja-kerja 1

Februari 2022 Mengecat Bangunan Sekolah

SKPG1


Click to View FlipBook Version