1 TARIK H : 15 A P RIL 2023 HARI : SABTU MASA : 8 . 0 0 PAGI TEMPAT : DE WA N I B NU MA JA H
2 BIL PERKARA M/S 1. ATUR CARA MAJLIS 3 2. CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2022/2024 4 3. CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENTADBIRAN 2023 5 4. KETUA PANITIA SESI 2023/2024 6 5. SENARAI GURU KELAS SESI 2023/2024 7 6. AGENDA MAJLIS 9 7. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 10 8. LAPORAN KEWANGAN 15 9. LAPORAN PROGRAM PIBG 19 10. LAPORAN PENCAPAIAN UNIT 23 11. USUL KHAS – PENGURUSAN PAKEJ MAKAN 30 12 USUL DAN CADANGAN 32 13. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA (LAMPIRAN 1) 39 14. SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU MESYUARAT AGUNG KALI KE 25 (LAMPIRAN 2) 43 15. SURAT JEMPUTAN MESYUARAT (LAMPIRAN 3) 56 16. PENGHARGAAN 57 Isi Kandungan
3 Atur Cara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke - 26 10:00 pagi : Pembukaan mesyuarat : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 : Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Dis 2022 : Membentangkan Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2022 : Usul Khas – Pengurusan Pakej Makan : Pembentangan usul dan cadangan : Hal-hal lain : Cabutan bertuah : Ucapan penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 ATUR CARA 8.00 pagi : Pendaftaran 8.30 pagi : Kehadiran VIP/ tetamu Kehormat 8.45 pagi : Kata Alu-Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa 9.00 pagi : Ucapan Penasihat PIBG (Pn. Rafeah Binti Siddek) 9.15 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tuan Hj Taqiyuddin Amini Bin Abdul Satar) 9.30 pagi : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26 (Tuan Anas Bin Ayob) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula 3
4 SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI SEKSYEN 19 SHAH ALAM SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 PENASIHAT PUAN RAFEAH BINTI SIDDEK (GURU BESAR) YANG DIPERTUA TN. HJ TAQIYUDDIN AMINI BIN ABDUL SATAR BENDAHARI PN. MAZLIANA BINTI KUDURI (BERMULA PADA 30 JAN 2023) PN. RASIFFAH BINTI RAMLAN (BERPINDAH PADA 27 JAN 2023) SETIAUSAHA PN. SUHAILA BINTI MAT SAAT NAIB SETIAUSAHA PN. MASHITAH BINTI ZAWAWI AJK (IBU BAPA) BIRO KECEMERLANGAN AKADEMIK PN. ROSNITA BINTI MARWAN BIRO HAL EHWAL MURID PN. NOOR SABRINA BINTI HUSSIN BIRO KO-KURIKULUM ENCIK AZRI BIN HATEA BIRO PEMBANGUNAN DAN PRASARANA ENCIK FAKHRURROZI BIN MISBONG AHMAD BIRO PERHUBUNGAN AWAN & EKONOMI ENCIK MOHD NAQIYUDDIN BIN IDRIS AJK (GURU) BIRO KO-KURIKULUM EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN MISKAN BIRO PEMBANGUNAN DAN PRASARANA EN. ABDUL MUTALIB BIN MD. YUSOFF BIRO PERHUBUNGAN AWAN & EKONOMI PN. JUWITA BINTI MD NOR BIRO KECEMERLANGAN AKADEMIK PN. NURRAIDAH BINTI MHD YUSOP (BERMULA 30 JAN 2023) BIRO HAL EHWAL MURID CIK NADZIRAH BINTI ZAMZAM (BERMULA 24 MAC 2023) PN. UMI KHALIFAH BINTI SAMINI (BERPINDAH PADA 27 JAN 2023) PN. ZUNAIDAH BINTI MINGU (BERPINDAH PADA 20 MAC 2023) PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 PN. RAFIDAH BINTI SANIP PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PN. SHARIFAH SAMIAH BINTI SYED AZAHA NAIB YANG DIPERTUA ENCIK MOHD FIRDAUS BIN MOKHTAR 4
5 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI SEKSYEN 19 5
6 JAWATANKUASA PANITIA Pengerusi : Rafeah binti Siddek Naib Pengerusi : Muhamad Badrul bin Arshad Setiausaha : Siti Suriani bt Ahmad Supian Naib Setiausaha : Zamaharia bt Ashaari : Ketua Panitia Matapelajaran (KSSR) Bahasa Melayu : Rafidah bt Sanip@Saneh Bahasa Inggeris : Nor Fazliana bt Fauzi Matematik : Arne Ruzita binti A. Tarmizi Sains : Maisarah bt Mansor Sejarah : Suhaila bt Mat Saat RBT : Muhammad Hafiz Bin Miskan PJPK : Fardah bt Ahmad Pendidikan Kesenian : Nor Najwah binti Saroni Pendidikan Islam : Nur `Atikah bt Nordin Ketua Panitia Matapelajaran (KSRA) Tilawah Quran&Hafazan : Mashitah bt Zawawi Tajwid : Maszuinna bt Mahpol Akhlak /Sirah : Noorfadzilah bt Mohd Ilham Tauhif /Feqah : Sharonita bt Shahrum Jawi / Khat / Imlak : Siti Hawa bt Zaibani Bahasa Arab : Masliana bt Mokhtar KETUA PANITIA SESI 2023/2024 6
7 SENARAI GURU KELAS SESI 2023/2024 7
8 SENARAI GURU KELAS SESI 2023/2024 8
9 1. Ucapan Pengerusi 2. Menerima dan membentang minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 3. Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022. 4. Menerima laporan aktiviti setakat 31 Disember 2022 5. Usul Khas – Pengurusan Pakej Makan 6. Membahas usul dan cadangan 7. Ucapan penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 2023 9
10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 Tarikh : 18 Jun 2022 Masa : 8.30 – 12.45 tengah hari. Tempat : Dewan Ibnu Majah SRAI Seksyen 19, Shah Alam. Kehadiran : Rujuk Lampiran. AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI 1.1 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 YDP mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen ibu bapa / penjaga SRAI Seksyen 19 yang hadir dalam mesyuarat ini. 1.3 Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada semua pihak agar mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar. 1.4 Adalah dimaklumkan kehadiran seramai 270 orang ibubapa dan guru. Jumlah tersebut melebihi korum minima yang dijangka hadir. AGENDA 2: PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT 2.1 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 tanpa pindaan setelah menerima cadangan dan sokongan berikut.: Cadangan : Encik Hafiz bin Ramli. Disokong : Encik Firdaus bin Mokhtar. AGENDA 3: PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 3.1 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mengesahkan program PIBG sepanjang tahun 2021 tanpa pindaan setelah menerima cadangan dan sokongan berikut : Cadangan : Encik Meor Muhd Syukri bin Musa. Disokong : Encik Mohd Naqiyuddin bin Idris. 10
11 (Maklum balas : YDP mengingatkan Kembali bahawa ucapan daripada YB, Menteri Besar menyumbangkan RM10,000 manakala pejabat ADUN menyumbangkan RM20,000 kepada PIBG. Sumbangan ini boleh digunakan untuk membaiki tandas yang rosak atau keperluan lain. YDP menyatakan bahawa pintu 4 tidak dibuka untuk ibu bapa atas faktor keselamatan. Bas sekolah dibenarkan mengambil murid pada waktu petang di pintu 4). AGENDA 4: PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 4.1 Bendahari PIBG Cikgu Arne Ruzita bt Tarmizi telah membentangkan laporan kewangan PIBG kali ke-24 bagi tahun 2021, bermula 1 Januari 2021 dan berakhir 31 Disember 2021. (Rujuk lampiran). 4.2 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk mengesahkan laporan kewangan PIBG sepanjang tahun 2021 tanpa pindaan setelah menerima cadangan dan sokongan berikut: Cadangan : Puan Rashidah bt Rosli Disokong : Encik Mohd Zainal b. Saion. AGENDA 5: PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 5.1 Disebabkan tahun ini tahun pemilihan AJK baharu, YDP meneruskan kepada agenda usul dan cadangan. 5.2 Semua usul dan cadangan telah dijawab dengan jelas di dalam buku atur cara. Puan Rafeah membuka ruang kepada ahli mesyuarat jika ada perkara berbangkit. 5.3 Tiada perkara berbangkit berkaitan usul dan cadangan. Ahli mesyuarat bersetuju dengan semua usul dan tindakan yang telah dijelaskan dalam buku aturcara 2022 setelah menerima cadangan dan sokongan berikut: Cadangan : Encik Meor Muhd Syukri bin Musa. Disokong : Encik Azri bin Hatea. - (Maklum Balas YDP : Pelancaran Tabung Amanah Smart SRAI Seksyen 1 perlu diterima dalam mesyuarat. Tabung ini merupakan kesinambungan daripada dataran berbumbung.) 11
12 - Bermula dari hari ini, apa sahaja penerimaan dianggap untuk program khusus . Sebelum ini disebut Tabung Dataran Berbumbung. Kutipan dari Tabung Dataran Berbumbung tidak boleh diambil untuk perbelanjaan pemulihan, kerana tabung tersebut merupakan satu amanah yang khusus. - Tabung Infaq Smart SRAI Seksyen 19 ini boleh menampung bayaran tambahan untuk dataran berbumbung atau pemulihan tandas dan lainlain jika sekolah tiada peruntukan, - YDP juga mencadangkan TABUNG SMART SRAI SEKSYEN 19 ditukar kepada TABUNG INFAQ SMART SRAI SEKSYEN 19. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan YDP: Cadangan : Encik Mohd Rizal bin Zainal Disokong : Puan Najmul Huda binti Zakaria AGENDA 6: PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2019/2022 6.1 En. Taqiyuddin Amini bagi pihak AJK sesi 2019/2022 memohon maaf zahir batin sepanjang menjalankan tanggungjawab. Pilihlah ketua yang baharu supaya dapat bekerjasama dengan sekolah untuk kesinambungan anakanak SRAI 19. 6.2 Pn. Rafeah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YDP dan semua AJK kerana komited dalam menjalankan tugas. Pn Rafeah secara rasmi membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2019/2022. Pn Rafeah meneruskan lantikan AJK baharu bagi sesi 2022/2024. AGENDA 7: PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 Pencatat minit : Cikgu Maisarah bt Mansor : Cikgu Siti Hawa bt Zaibani : Cikgu Suhaila bt Mat Saat 7.1 Puan Rafeah mencadangkan pelantikan AJK 2022/2024 dengan menyenaraikan semua calon sekaligus. Sesiapa yang mendapat undian tertinggi akan dipilih mengikut herarki. Semua ahli mesyuarat bersetuju. 12
13 7.2 Pelantikan YDP dan NYDP PIBG 7.2.1 En. Meor Mohd Syukri mencadangkan En. Firdaus b. Mokhtar En Firdaus mencadangkan En. Naqiyuddin b. Idris Pn. Sharifah Samiah mencadangkan En. Taqiyuddin Amini o En Meor mencadangkan, cadangan ditutup. 7.3 Pelantikan 4 orang ahli jawatankuasa dari kalangan ibu bapa: 7.3.1 - En. Meor Mohd Syukri mencadangkan - Pn. Rosnita bt Marwan - Pn. Aida Mat Saat mencadangkan - Pn. Sabrina bt Hussin dan Pn.Farah Anizah (anak 5 Jazari) - Cikgu Abdul Mutalib mencadangkan: En. Fakhrurrozi b. Misbong Ahmad. En. Azri b. Hatea En. Mohd Naqiyuddin b. Idris Puan Sharifah Samiah sebagai pemeriksa kira-kira. 7.4 Kiraan undian: 1. En. Firdaus b. Mokhtar – 133 undian 2. En. Naqiyuddin b. Idris – 36 undian 3. En. Taqiyuddin Amini – 142 undian 4. Pn. Rosnita bt Marwan -108 undian 5. Pn. Sabrina bt Hussin – 92 undian 6. Pn. Farah Anizah – 60 undian 7.5 Keputusan Penuh: YDP – En Taqiyuddin Amini b. Abdul Satar NYDP – En. Mohd Firdaus b. Mokhtar AJK ibu bapa: 1. En. Azri b. Hatea 2. En. Fakhrurrozi b. Misbong Ahmad 3. En. Mohd Naqiyuddin b. Idris 4. Pn. Noor Sabrina bt Hussin 5. Pn. Rosnita bt Marwan 6. Pn. Sharifah Samiah bt Syed Azaha (Pemeriksa Kira-kira) 13
14 7.6 Guru besar memaklumkan AJK PIBG dari kalangan guru akan dimaklumkan pada hari persekolahan. AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 YDP En. Taqiyuddin mengucapkan terima kasih kerana masih meletakkan kepercayaan kepadanya dengan melantik sebagai YDP sekali lagi. YDP akan membuat lebih baik untuk anak-anak supaya dapat bersekolah dengan lebih selesa. 8.2 Puan Rafeah mengucapkan tahniah kepada AJK baharu dan berterima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir. AGENDA 9: PENUTUP 9.1 Majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr. Majlis ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari. Disediakan oleh: Disahkan oleh: (SUHAILA BT MAT SAAT) (TN HAJI TAQIYUDDIN AMINI B. ABDUL SATAR) Setiausaha PIBG SRAI Yang Di Pertua PIBG Seksyen 19. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 12 JULAI 2022 13 JULAI 2022 Sk : fail PIBG fail Sek Pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke 25 sesi 2022 -2024 Dicadangkan oleh : …………………………………………………… Disokong oleh : ………………………………………………………...… 14
15 Disediakan oleh: Disahkan oleh: PN MAZLIANA BT KUDURI PN SHARIFAH SAMIAH BT SYED AZAHA BENDAHARI PIBG PEMERIKSA KIRA-KIRA1 TARIKH: 28 MAC 2023 TARIKH: 30 MAC 2023 Disemak oleh: DISAHKAN OLEH: TN HAJI TAQIYUDDIN AMINI BIN ABDUL SATAR RAFIDAH BT SANIP YANG DIPERTUA PIBG PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 Tarikh : 28 MAC 2023 Tarikh: 30 MAC 2023 PIBG SRA INTEGRASI SEKSYEN 19 JALAN GELORA 19/46, SEKSYEN 19, SHAH ALAM, SELANGOR PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 31.12.2022 RM ASET Tunai di Bank Akaun Operasi - 9163 RM111,981.24 Akaun Pembangunan- 3789 RM332,167.83 Wang Panjar Runcit RM700.00 Total Tunai di Bank RM444,849.07 Jumlah ASET RM444,849.07 Tanggungan Semasa Wakaf Sof RM933.30 Geran SUK RM25,000.00 Jumlah Tanggungan Semasa RM25,933.30 ASET BERSIH RM418,915.77 KUMPULAN WANG Dana Terkumpul awal tahun RM66,745.65 Dana Tahun Semasa RM69,568.62 Kumpulan Wang Pembangunan RM282,601.50 JUMLAH KUMPULAN WANG RM418,915.77 LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2022 15
16 PIBG SRA INTEGRASI SEKSYEN 19 JALAN GELORA 19/46, SEKSYEN 19, SHAH ALAM, SELANGOR PENYATA HASIL DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 31.12.2022 RM HASIL Penerimaan Tahun Semasa Program Walk for Peace RM20,390.00 Sumbangan Kebajikan RM1,038.50 Sumbangan Permuafakatan RM21,290.00 Sumbangan PIBG 2021 RM440.00 Sumbangan PIBG 2022 RM355,099.00 Jumlah Penerimaan Tahun Semasa RM398,257.50 Lain-lain penerimaan Hibbah RM544.04 Pelbagai Sumbangan RM63,492.20 Jumlah Besar Hasil RM462,293.74 PERBELANJAAN Akademik/Kurikulum ASIS-Sistem Prestasi Pelajar RM16,764.96 Kelas Tambahan RM26,158.00 Prog. Permuafakatan Thn 6 RM12,646.50 Prog. Permuafakatan Thn 5 RM6,479.00 Teknik Menjawab UPKK RM7,333.50 Majlis UPSR, PSRA & UPKK RM26,720.00 Majlis Anugerah Kecemerlangan RM4,100.00 Majlis Watikah RM509.00 Belian Buku Tusyen UPKK RM4,440.40 Bayaran Plak UPSR/PSRA RM5,620.00 Kelas Intensif PSRA RM1,500.00 Prog. Motivasi Thn 6 RM2,846.00 Prog. Mentor Mentee RM1,305.00 Kem Superb Insan RM3,800.00 Prog. Permuafakatan Thn 6 RM3,136.00 Jumlah Akademik / Kurikulum RM123,358.36 16
17 Hal Ehwal Murid Insurans Takaful Murid RM6,041.81 Duit raya Murid RM6,655.00 Saguhati Asnaf Hari Raya RM11,400.00 Bantuan Kebajikan Akhir Thn RM2,870.00 Sumbangan Bilik Rawatan RM2,000.00 Jamuan Program RM5,164.00 Kebajikan Am RM1,900.00 Total Hal Ehwal Murid RM36,030.81 Hal Ehwal dan Kebajikan Guru Bayaran Rawatan Guru RM4,066.00 Bayaran Guru Rakyat RM24,268.00 Elaun Guru Kafa RM27,468.00 Sambutan Hari Guru RM7,070.00 Sumb. Insentif Hari Raya Guru RM10,200.00 Sumbangan Kebajikan RM12,046.00 Jumlah Hal Ehwal dan Kebajikan Guru RM85,118.00 Keselamatan Khidmat Rela RM11,400.00 Jumlah Keselamatan RM11,400.00 Ko-kurikulum Bengkel Chess RM350.00 Prog Walk for Peace RM17,690.00 Kursus Jurulatih Kadet RM340.00 Kursus Kejurulatihan Bola Tampar RM350.00 Perlawanan Sukan Bola Sepak RM480.90 Kejohanan Botam RM450.00 Pertandingan Piala Raja Muda RM3,000.00 Jumlah Ko-kurikulum RM22,660.90 Pembangunan dan Pembaikan Prasarana Keceriaan Kelas RM3,600.00 Baikpulih Tandas RM32,592.00 Baikpulih Tempat Wuduk RM7,050.00 Belanja Naiktaraf & Selenggara RM21,590.40 Belanja Pengoperasian Sekolah RM1,458.00 Jumlah Pembangunan dan Pembaikan Prasarana RM66,290.40 17
18 Perbelanjaan Mengurus Alat tulis, percetakan dan kelengkapan RM1,392.10 Bil internet TM RM4,949.25 Bil penapis air COWAY RM4,752.00 Cash perkhidmatan bank RM20.00 Saguhati AJK PIBG RM6,650.00 Elaun kerani RM23,151.60 Mesyuarat Agung PIBG RM6,951.70 Jumlah Perbelanjaan Mengurus RM47,866.65 Jumlah Besar Perbelanjaan RM392,725.12 Lebihan Tahun Semasa RM69,568.62 18
19 Salam Hormat, Para Ibubapa, Penjaga dan Guru-guru. AMANAH, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar selepas era Pendemik Covid 19 ke arah endemik. Mahu tidak mahu kita terpaksa hidup bersama Covid 19. Anak-anak kita telah dibenarkan ke sekolah seperti biasa tetapi perlu mengikuti norma baharu dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam pada itu PIBG berusaha membantu sekolah dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan dengan sebaik mungkin demi kemaslahatan anak-anak soleh dan solehah. PIBG terus komited memastikan menyokong program-program sekolah meliputi Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Korikulum dapat berjalan dalam suasana endemik. PIBG telah melaksanakan beberapa aktiviti dan memperuntukan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan untuk kemudahan dan keselesaan murid dan guru. Perbelanjaan yang dilakukan adalah hasil perbincangan antara ahli-ahli jawatankuasa PIBG serta cadangan daripada ibu bapa untuk kebaikan bersama. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG sepanjang Tahun 2022. Tahun 2022 1. Sempena peperiksaan UPKK dan PSRA, satu Majlis Solat Hajat Perdana dengan kerjasama Masjid Ubudiah telah berjalan dengan jayanya. Ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bersama PIBG. Selain itu solat hajat dan bacaan yasin mingguan bagi murid-murid tahun 5 dan 6 juga diadakan pada hari Khamis waktu solat dhuha. 2. Menjalankan program bengkel teknik menjawab PSRA dan UPKK dan motivasi telah diadakan sebanyak 2 kali bagi setiap peperiksaan. 3. Demi kejayaan anak-anak, kelas tambahan UPKK dan PSRA telah diadakan pada hari Sabtu. Begitu juga kelas ‘Cutiku Mumtaz’ diadakan pada waktu cuti sekolah. LAPORAN PROGRAM PIBG SESI 2022 19
20 4. Antara aktiviti tahunan yang diadakan setiap tahun ialah Sukan Tahunan dan Hari Kecemerlangan Murid juga dapat dibantu oleh PIBG daripada segi sumbangan 5. PIBG juga telah memberi sumbangan tunai Ramadhan 1444H kepada semua kakitangan SRAI Seksyen 19 termasuklah anggota RELA, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan sekitar RM12,300. 6. PIBG juga membantu pihak sekolah dalam menjayakan pembayaran yuran secara online dengan menggunakan perkhidmatan Syarikat Settle Payz. 7. Program gotong-royong perdana telah dijalankan pada 18 Mac 2023 dengan bantuan kehadiran ibu bapa. 8. Pada akhir tahun 2022 dan awal tahun 2023, beberapa orang guru telah berpindah ke sekolah lain kerana kenaikan pangkat dan berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). PIBG telah memberi sedikit sumbangan sebagai menghargai jasa guru-guru tersebut selama berkhidmat di SRAI Seksyen 19. 9. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Klinik Kesihatan Seksyen 19, BOMBA Shah Alam dan badan-badan NGO untuk mendapatkan sumbangan bagi menyokong aktiviti-aktiviti Sekolah dan PIBG. Laporan Pembangunan 1. Pada tahun 2022, beberapa penyelenggaraan dan baik pulih bangunan telah dapat dilaksanakan. Antaranya naik taraf susur gajah di Surau Muhajirin daripada peruntukan YB Rodziah, naik taraf tandas murid di blok D dan pendawaian elektrik di Blok C, D dan Surau Muhajirin. 2. Baik pulih bumbung sekolah, Surau Al-Badru dan susur gajah juga telah selesai dengan peruntukan yang ada. 20
21 Sesi Libat Urus dengan Pemegang Taruh 1. Perbincangan tentang keadaan lalulintas di Jalan Gelora Bersama Persatuan Penduduk Pengkalan Damai 2. Menjemput Pemimpin-pemimpin Masyarakat untuk merasmikan program seperti YAB Dato Menteri Besar Selangor, Datu’ Seri Amiruddin, YB Hajah Rodziah Ismail, YB Haji Azli Yusuf, Mantan YB Haji Khalid bin Samad. 3. Perbincangan tentang pembekalan dengan pembekal-pembekal makanan iaitu Faz Food Catering, Gerai Kopi Time dan Smart Five Enterprise. 4. Mesyuarat-mesyuarat permuafakatan Tahun 6 dan Tahun 5 Isu-isu berbangkit pembukaan sekolah sepenuhnya bagi sesi 2023/2024 1. Isu kesesakan di Jalan Gelora – Berikutan pembukaan sekolah secara sepenuhnya untuk sesi 2023/2024, Jalan Gelora kembali sibuk menampung anggaran lebih 2000 kenderaan dari ibu bapa SRAI S19, SMK S19, penduduk setempat pada waktu puncak sekitar 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi. Oleh itu sekolah telah menggunakan konsep Drop N Go yang telah dilaksanakan mulai tahun 2022. 2. Ibubapa dinasihatkan mengikuti aturan kawalan trafik yang diamalkan sebelum ini. Ibu bapa perlu prihatin untuk menurunkan anak sebaik menghampiri sekolah dan terus berlalu. Ini kerana pihak RELA, Kawalan Sekolah, Guru dan AJK PIBG akan membantu mengawal pergerakan anak-anak anda. 3. Kebersihan sekolah– sekolah kekal komited untuk memastikan kebersihan dari semasa ke semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JAIS kepada Kontraktor Pembersihan. 4. Pembayaran yuran makan – Merujuk kepada pekeliling daripada JAIS berkaitan penyelarasan pengurusan pakej makan tengah hari bermula tahun 2023, setelah diperbincangkan, urusan yuran makan diserahkan kepada PIBG. Berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti ikan, ayam dan sayuran, PIBG telah berbincang dengan sekolah untuk merujuk kepada BPI JAIS berkaitan kuantiti dan kualiti pemakanan. Pihak ibu bapa dinasihatkan untuk bersedia dengan kenaikan harga makan tengahari berbanding harga semasa RM50 sebulan. 21
22 PENGHARGAAN PIBG SRAI19 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Mantan YB Ahli Parlimen Shah Alam YB Tuan Haji Khalid Samad dan yang sekarang YB Haji Azli Bin Yusuf, Ahli MMKN YB Puan Hjh Rodziah Ismail, Majlis Bandaraya Shah Alam, Klinik Kesihatan Seksyen 19, BOMBA, seterusnya kepada pentadbiran sekolah, pemimpin-pemimpin masyarat setempat, penyumbang-penyumbang dan sokongan tidak berbelah bagi para ibu bapa, penjaga, guru-guru dan semua warga SRAI Seksyen 19 yang budiman. Sempena mesyuarat agung ini, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kesilapan dan kekhilafan sepanjang menjalankan amanah ini. Bersama-sama kita berdoa agar anak-anak kita terus cemerlang akademik dan sahsiah walaupun dalam era yang mencabar. Yang menjalankan amanah, Hj Taqiyuddin Amini Bin Abdul Satar Yang DiPertua PIBG SRA Integrasi Seksyen 19. 22
23 1- Kelas intensif UPKK tahun 5 2- Insentif peningkatan mata pelajaran UPKK. 3- Program Permuafakatan tahun 5 4- Bengkel teknik menjawab UPKK 1 & 2 5- Kelas tambahan tahun 5 6- Kelas intensif PSRA tahun 6 7- Insentif peningkatan mata pelajaran PSRA 8- Program permuafakatan tahun 6 9- Bengkel teknik menjawab PSRA 1 & 2 10- Kelas tambahan tahun 6 11- Program Solat Hajat Perdana tahun 5 & 6 12- Program panitia (bengkel PBD tahun 4, 5 dan 6) Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. 13- Program motivasi tahun 6 14- Program Semarak Minda Pelaksanaan PBD Bersama IbuBapa Srai Seksyen 19 15- Hari Anugerah Kecemerlangan Murid tahun 1 hingga 6. 16- Dialog Prestasi PBD 17- Program Bulan Kemerdekaan bawah panitia elektif dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah. LAPORAN PENCAPAIAN UNIT KURIKULUM 23
24 PENCAPAIAN UPKK 2018 - 2022 PENCAPAIAN PSRA 2022 ( TAHUN 6) TAHUN AS PCHI AQ US JW SR ADB LQ CALON 2018 210 21O 210 166 179 102 8 116 210 2019 212 212 212 143 193 156 202 176 212 2020/21 423 423 423 413 410 398 420 390 423 2022 215 215 215 151 180 103 211 132 216 MUMTAZ JAID JIDDAN JAID MAQBUL MUSAADAH GAGAL GPS JUM. CALON LULUS % LULUS BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % 106 49.1 92 42.6 11 5.1 5 2.3 2 0.9 0 0.0 1.32 216 100 24
25 01. Program sekolah yang dirancang untuk murid bagi sesi persekolahan 2022/2023 dapat berjalan seperti yang dirancang walau bagaimanapun terdapat program yang ditangguhkan disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan antaranya Kem Kepimpinan Pengawas dan program tersebut akan dibawa ke tahun ini. 02. Isu bumbung sekolah bocor – Aduan yang diterima dari ibu bapa/penjaga telah dipanjangkan ke pihak JAIS dan Alhamdulillah bumbung yang bocor telah digantikan dengan bumbung baru bagi setiap blok. 03. Sistem pendawaian elektrik juga telah dinaik taraf untuk setiap blok yang mana pada tahun lepas selesai pendawaian elektrik untuk blok C dan D (setiap kelas mempunyai 6 kipas dan 9 lampu). 04. Menaik taraf 2 unit tandas di blok D dengan tajaan PIBG 05. Gotong-royong perdana yang diadakan pada 18 Mac 2023 berjaya dilaksanakan tetapi penyertaan dari ibu bapa/penjaga kurang memberangsangkan.* Perlu ada kesinambungan program bagi menyelesaikan bahagian-bahagian tertentu yang tertangguh *. LAPORAN PENCAPAIAN UNIT HAL EHWAL MURID 25
26 LAPORAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH 1. Program senamrobik bagi semua murid-murid sempena Hari Sukan Negara 2. Program merentas desa bagi murid tahun 3, 4, 5 dan 6 3. Pelaksanaan aktiviti gerko kelab dan persatuan, sukan dan permainan dan unit beruniform bagi murid tahun 4, 5 dan 6 4. Pelaksanaan aktiviti memanah bagi murid tahun 1 hingga 6. 5. Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri bagi semua murid. 6. Pelaksanaan aktiviti Taekwondo bagi murid tahun 1 hingga 6. 7. Pelaksanaan aktiviti Silat (PSSGM) bagi murid tahun 1 hingga 6. 8. Pelaksanaan bagi aktiviti kemerdekaan bagi murid tahun 1 hingga 6. 9. Pelaksanaan bagi aktiviti ceramah sempena Program Maulidur Rasul bagi tahun 1 hingga 6. 10. Pelaksanaan bagi aktiviti ceramah sempena Program Nuzul Al-Quran. 11. Pelaksanaan program lawatan murid-murid ke Kidzania, Putrajaya, Farm In The City, Balai Bomba, Kilang Coklat, Legoland Dan Lost World Of Tambun. 12. Pelaksanaan Temasya Sukan Tahunan Sekolah. 26
27 PERINGKAT ZON 1. Syarahan Bahasa Melayu Lelaki-Kamil Zon-JOHAN 2. Khutbah Jumaat-Kamil Zon-JOHAN 3. Khat Siber (Lelaki)-Kamil Zon-TEMPAT KETIGA 4. Khat Siber (Perempuan)-Kamil Zon-TEMPAT KETIGA 5. Hafazan Tahun 1 Dan 2 Sempena Sambutan Maulidur Rasul Mpp Zon 7-NAIB JOHAN 6. Hafazan Tahun 5 Dan 6 Sempena Sambutan Maulidur Rasul Mpp Zon 7-JOHAN 7. Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Mpp Zon 7-JOHAN SORAKAN PERINGKAT DAERAH 1. KAMIL Khutbah-JOHAN 2. Syarahan Bahasa Melayu-NAIB JOHAN 3. KAMIL Daerah-TEMPAT KEEMPAT 4. Kejohanan Merentas Desa MSSD Petaling Perdana 2022-TEMPAT KELIMA 5. Kejohanan Bola Sepak Piala Bawah 12 Tahun MSSD Petaling Perdana 2022- TEMPAT KETIGA 6. Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2022-TEMPAT KESEMBILAN 7. Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Perdana 2022-TEMPAT KETIGA 8. Kejohanan Bola Tampar (L) MSSD Petaling Perdana 2022-NAIB JOHAN 9. Kejohanan Bola Tampar (P) MSSD Petaling Perdana 2022 10. Kejohanan Sepak Takraw MSSD Petaling Perdana 2022-TEMPAT KETIGA 11. Kejohanan Ping Pong (L) MSSD Petaling Perdana 2022-TEMPAT KETIGA 12. Kejohanan Akuatik MSSD Petaling Perdana 2022-50m Breast/50m Free/ 100m Breast-TEMPAT KE 35/38 DAN 24 13. Kejohanan Memanah MSSD Petaling Perdana-TEMPAT KEDUA 14. Pertandingan Nasyid Hari Puteri PPIM 2022 Petaling Perdana-TEMPAT KELIMA 15. Pertandingan Hafazan Hari Puteri PPIM 2022 Petaling Perdana-TEMPAT KETIGA 16. Pertandingan Sepakan Penalti Majlis Bandaraya Subang Jaya-TEMPAT KETIGA 17. Karnival Bola Sepak Remaja Shah Alam 2022 Kategori Bawah 12 Tahun-SUKU AKHIR 18. Pertandingan Sepakan Penalti Sempena Ulang Tahun Kedua Bandaraya MBSJTEMPAT KETIGA 19. KAMIL Daerah–TEMPAT KEEMPAT SRAI SEKSYEN 19 20. Kejohanan Ping Pong MSSD Daerah Petaling-TEMPAT KETIGA 27
28 PERINGKAT NEGERI 1. KAMIL Khutbah-JOHAN 2. KAMIL Pidato-TEMPAT KETIGA 3. KAMIL Kuiz Akademik-TEMPAT KETIGA 4. Bola Jaring KESUSRAI 2022-JOHAN 5. Bola Tampar (L) KESUSRAI 2022-JOHAN 6. Bola Tampar (P) KESUSRAI 2022-NAIB JOHAN 7. Memanah (P) KESUSRAI 2022-TEMPAT KETIGA 8. Pingpong (L) KESUSRAI 2022-JOHAN 9. Pingpong (P) KESUSRAI 2022-JOHAN 10. Badminton (L) KESUSRAI 2022-TEMPAT KETIGA 11. Badminton (P) KESUSRAI 2022-TEMPAT KETIGA 12. Bola Baling (P) KESUSRAI 2022-TEMPAT KETIGA 13. Sepak Takraw KESUSRAI 2022-JOHAN 14. Bola Sepak KESUSRAI 2022-JOHAN 15. Catur KESUSRAI 2022-NAIB JOHAN 16. Mukhayyam Perdana Acara Gajet 2022-JOHAN 17. KESUSRAI JAIS 2022-JOHAN 18. Pertandingan Kuiz Perkhemahan Sekolah Rendah Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Negeri Selangor-JOHAN 28
29 PERINGKAT KEBANGSAAN 1. Kejohanan Memanah MSS Selangor 2022-pusingan olimpik individu perempuan bawah 12 tahun-TEMPAT KETIGA. 2. Kejohanan Memanah MSS Selangor 2022-individu perempuan bawah 12 tahunTEMPAT KETIGA 3. 8th JLK/Putrajaya Milo Poomsae Taekwondo Championship 2022 4. Pertandingan Mewarna sempena Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 5. Kejohanan Bola Tampar MSS Selangor –NAIB JOHAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1. Malaysia Figure Skating Nationals 2022-JOHAN 2. Top 5 Performance Skate Asia 2022-3 EMAS, 1 PERAK, 1 GANGSA 3. PEMAIN TERBAIK Bola Sepak-Champion-Dana Cup, Sweden Dan Denmark 4. Olympia Mathematics Competition (Omc) 2022-TEMPAT KETIGA 5. TSS Selangor Malaysia Cup Champions Boys 9 Singapura 6. Bangkok Figure Skating Classic 2022-3 EMAS, 1 PERAK 7. Program International Uniform Showcase (I.U.S) 2022, Acara Bantu MulaTEMPAT KEEMPAT 8. Wu Kwon Taekwondo International Champioanship 2022 9. 10th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2022 29
30 PENDAHULUAN Sejak Sekolah Rendah Agama Integrasi seksyen 19 beroperasi pada tahun 2000, pihak sekolah telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan makan tengah hari bagi semua murid di SRAI Seksyen 19. Namun, pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan pekeliling JAI.SeL.BPI/03/03/007/01Jld2(05) bertarikh 19 Disember 2022 berkaitan penyelarasan pengurusan pakej makan tengah hari untuk semua SRAI. Dengan itu surat pekeliling (101) dlm JAI.AEL.BPI/03/03/085/02 Jld 2 bertarikh 27 Disember 2006 adalah terbatal. Bermula Januari 2023 pakej makan yang selama ini diuruskan oleh pihak sekolah, perlu dikendalikan oleh pengusaha kantin atau PIBG sekolah. Oleh yang demikian, setelah perbincangan dibuat dalam mesyuarat Syura (5 Jan 2023) dan mesyuarat AJK PIBG pada 7 Jan 2023 telah sebulat suara bersetuju pakej makan diuruskan oleh PIBG mulai sesi persekolahan 2023/2024. KEADAAN SEMASA Pihak Sekolah masih mengguna harga makanan berdasarkan ketetapan BPI JAIS iaitu pada harga RM50 sebulan bagi seorang murid semenjak tahun 2006. LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL PIBG telah mengadakan beberapa langkah awal antaranya a. Mengadakan perbincangan dengan pembekal pada 6 Januari 2023 b. Mendapatkan maklumat dari Sek Ren Agama Integrasi yang lain c. Mesyuarat AJK PIBG bertarikh 7 Januari 2023 d. Sekolah juga telah mengadakan Mesyuarat Syura Sekolah pada 5 Januari 2023 USUL KHAS: PENGURUSAN PAKEJ MAKAN 30
31 ANALISA KEADAAN SEMASA 1. Berdasarkan menyuarat PIBG tersebut dipersetujui bahawa PIBG akan menguruskan pembekalan makanan mulai sesi persekolahan 2023/2024 2. PIBG bersetuju menaikkan harga caj makanan bulanan setelah mengambil kira perbincangan dengan pembekal-pembekal sedia ada. Harga bahan-bahan kering dan basah juga mengalami kenaikan yang meroket dan bekalan yang tidak menentu iaitu kenaikan harga dan kesukaran mendapatkan bekalan seperti ayam, daging, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan melebihi paras 50 peratus. Kadar gaji minima juga telah dinaikkan di Malaysia dengan kadar RM1500 sebulan. 3. PIBG bersetuju untuk terus melantik pembekal yang sama bagi tujuan ini untuk tempoh sepanjang sesi ini memandangkan mereka masih mempunyai kontrak yang akan tamat Disember 2023. 4. Seorang kakitangan perkeranian juga perlu diambil untuk menguruskan pengoperasian pengurusan pembekalan makanan ini. 5. Harga RM50 sebulan yang dikenakan sekarang adalah semenjak pekeliling terdahulu iaitu pada tahun 2006. Dan barang-barang mentah basah dan kering mengalami kenaikan harga berlipat kali ganda semenjak tahun tersebut. USUL Adalah diusulkan untuk dicadang dan dipersetujui dalam Mesyurat Agung PIBG Kali26 ini: 1. PIBG mengambil alih pengurusan pembekalan makanan tengah hari bagi SRAI Seksyen 19 2. Mencadangkan harga pakej makan tengah hari adalah RM80 sebulan. 3. PIBG akan mengenakan pakej makanan RM80 untuk 10 bulan bagi setiap sesi persekolahan. 31
32 BIL Nama ibu/bapa/penjaga USUL Maklum balas 1 Malina Mat Wazip Siti Norzainah binti Sulaiman Urusan pembayaran yuran online yang perlu banyak transaksi dan caj tambahan. Sila tambah baik Yuran melalui online harus disekalikan jumlah tidak perlu membayar charges RM6 kerana 3 transaksi yang dibuat. Kami ambil maklum untuk berbincang dengan vendor gerbang pembayaran. Seperti taklimat Vendor maklumkan dalam taklimat sebelum ini, mereka belum ada pilihan untuk cadangan tersebut. Bagaimanapun, ibubapa juga masih mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran dikaunter. 2 Mohd Sharil bin Shahari Saya mencadangkan pengurangan Yuran PIBG bagi ibu bapa yang mempunyai anak lebih dari 2 orang secara penawaran pengurangan sebanyak 40%-50%. PIBG perlu maklumkan bancian berapa ramai ibu bapa yang mempunyai anak lebih dari 2 di SRAI. Isu ini dah dibangkitkan lama dan perlu ada formula untuk membantu ibu bapa ini. Tidak timbul masalah adil atau tidak adil kerana adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, adil bukan bermaksud sama rata. Saya harap tiada lagi jawapan standard, dalam semakan untuk isu ini. Penetapan Sumbangan Yuran PIBG telah dibentangkan dan dipersetujui sebulat suara dalam MAT 7 tahun tahun lepas dan telah mendapat kelulusan JAIS. 3 Mohd Farizul Bin Baharin @Abdullah Saya setuju bayaran makanan dinaikkan tetapi dikira mengikut /hari persekolahan. Kami golongan berpendapatan rendah terkesan dengan kenaikan bayaran makan murid. Kami faham kos kenaikan harga barangan di pasaran menjejaskan pihak peniaga dengan harga makan RM50 utk seorang murid. Harap pihak PIBG sekolah dapat bertimbang rasa dengan ibu bapa yg berpendapatan rendah ini juga. Pihak kantin & pihak ibu bapa sama-sama terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Bayaran makanan akan dibentangkan dalam MAT untuk mendapat kelulusan ahli PIBG dalam MAT 2023 ini 32
33 BIL Nama ibu/bapa/penjaga USUL Maklum balas 4 Septi binti Darmawi Pentadbiran pasal duit makan mohon dikurangkan atau ditiadakan. Akan dibentangkan, dibincangkan dan diputuskan MAT PIBG 2023 5 Nurul Diyana binti Mohd Dahari Semasa gotong royong dilaksanakan pada 18hb Mac 2023 yang lalu, pasukan cuci longkang Blok A telah mendapati longkang tersumbat (longkang blok A - Pintu 3) dipenuhi tanah dan sampah menjadikan longkang tidak berfungsi untuk mengalirkan air keluar dari premis dengan baik. Longkang tersumbat menyebabkan air bertakung dan dikhuatiri boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Mohon aduan segera ke pihak yang berkenaan untuk tindakan pembaikan/ penyenggaraan. Maklum 6 Noor Farah Wahidah Abdul Shukur Malina Mat Wazip Bagi menjamin mutu makanan dan memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat sesuai dengan citarasa anak anak, diharap pibg dapat menetapkan menu makanan mengikut hari (4menu / 8menu tetap yang diulang minggu berikutnya). Cara ini juga dapat membantu pihak pembekal menyelaras harga dengan lebih mudah. Yuran makan dan seleksi makanan. Sila bagi pilihan untuk ibu bapa dan pelajar Penetapan menu adalah berdasarkan kaedah yang dipersetujui JAIS dan KKM yang diamalkan di semua sekolah 7 Siti Norzainah binti Sulaiman Yuran makan bulanan jika dinaikkan haruslah seiring dengan makanan yang diberi, saya harap list makanan setiap hari dipamerkan supaya ibu bapa tidak tertanya-tanya. Jika makanan yang diberi hanya menu pagi perlu ada perubahan. Harap diberi menu seperti sebelum PKP contoh dulu ada lemak ayam dan nasi, telur sambal dan nasi, bukan nasi goreng dan lain-lain seperti menu pagi bagi makan tengah hari Akan dibentangkan, dibincangkan dan diputuskan MAT PIBG 2023 33
34 BIL Nama ibu/bapa/penjaga USUL Maklum balas 8 Farhani Mazlan Mencadangkan pihak PIBG atau sekolah tidak mewajibkan untuk bayaran makan tengah hari disebabkan anak ada yang membawa bekal dan ada anak yang “picky eater”. Seandainya anak ingin makan makanan yang disediakan, dia boleh membeli hanya pada hari tersebut. PIBG dan Sekolah sedaya upaya memberikan satu perkhidmatan terbaik dan memudahkan pengurusan secara standard. 9 Maleehah Munir Mabruk atas peningkatan tadbir urus secara keseluruhan. Platform bayaran online amat mudah dan mesra pengguna. Terima kasih 10 Mohamad Zakuan bin Hassan Pemeriksaan sistem penggera kebakaran kelihatan uzur dan banyak sistem di bypass. Insyaallah dalam proses untuk dilaksanakan kerana Pihak sekolah telah menerima bantuan peruntukan. 11 Nadia binti Ab Rahman Memastikan kesemua tandas dalam keadaan baik kerana terdapat tandas yang tiada paip dan baldi. Mengadakan Hari Kantin / Hari Usahawan untuk melatih murid dalam mengendalikan aktiviti dan pada masa yang sama dapat mengeratkan ukhuwah antara murid dan guru - guru. Kami sentiasa menambah baik dan mengganti peralatan di tandas. Ambil maklum 12 Muhammad Hazim bin Roslain Memberi masa sebenar BAP (bantuan awal persekolahan) bagi murid darjah 1 dan darjah 3 untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan penyelewengan duit untuk pelajar SRAI-19. BAP telah diserahkan. Kita adalah sekolah pertama dari Sekolah JAIS yang membuat pembayaran sebaik menerima peruntukan dan diluluskan JAIS 34
35 BIL Nama ibu/bapa/penjaga Usul/Cadangan Maklum balas 13 Mohd Sharil bin Shahari Saya mohon cadangan agar setiap ujian atau peperiksaan dalaman yang diadakan perlu diletakkan tempoh masa yang sesuai untuk cikgu memasukkan markah bagi membolehkan ibu bapa dapat membuat semakan dan mengetahui prestasi pelajaran anak-anak di sekolah. Peperiksaan utama dan pelaporan PBD dimasukkan dalam sistem untuk rujukan dengan tempoh masa yang ditentukan. 14 Mohd Syazwan bin Md Saad Pelajar SRAI dilihat kurang menyertai pertandingan anjuran KPM. Mohon pihak sekolah mempertimbangkan untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak KPM. Akan ditambah baik. Tertakluk kepada syarat penyertaan kelayakan bagi sekolah yang bukan di bawah KPM menyertai. 15 Muhammad Amir Zaini Pelbagaikan aktiviti untuk murid tahun 1,2 dan 3 contohnya mengadakan camping yang dapat di sertai ibu bapa sekurang kurang dapat meringankan guru guru di waktu berprogram. Tertakluk kepada kesesuaian program bagi memastikan kumpulan sasaran dan objektif tercapai. 16 Noor Farah Wahidah Abdul Shukur Penggunaan buku nota dan aktiviti. Apa yang dapat dilihat 70% dari keseluruhan subjek gagal mengguna pakai kedua buku ini pada tahap maksima. Sebagai cadangan, bagi memastikan penggunaan kedua buku ini tidak menjadi pembaziran, guru boleh memberi murid kerja sekolah (membuat soalan pada buku aktiviti) secara berkala. Majoriti guru menggunakan buku aktiviti sebagai nilai tambah penguasaan murid dengan baik. Ada murid yang dapat menyiapkan kerja yang diberi dan ada murid yang tidak melaksanakannya. Akan ditambah baik agar penggunaan buku aktiviti dilaksanakan secara maksimum. Manjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menggunakan buku tersebut semasa mengulangkaji pelajaran dengan anakanak di rumah 35
36 BIL Nama ibu/bapa/penjaga Usul/Cadangan Maklum balas 17 Siti Norzainah bt Sulaiman Kelas tuisyen agama KSRA diadakan utk murid tahap 1 dan 2, tahun lps 2022 tahap 1 tiada tuisyen KSRA. Perlu ada persediaan awal untuk lebih kefahaman sebelum UPKK dan UPSR, terutama pada anak-anak selepas PKP. Dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2023 18 Maleehah Munir Adakan bulan/minggu/hari bahasa (Malaysia/ Arab/ English) - esei pendek/ choral speaking/ sahibba/scrabble. Kelas-kelas khas dan pecutan 3 bulan terakhir untuk peperiksaan T6 UASA dan PSRA Tingkatkan budaya 'speak up' di kalangan anak-anak, go round setiap murid utk pendapat/ soalan/ etc Sedia telah diadakan dalam aktiviti panitia. Kelas-kelas intensif PSRA memang telah diadakan setiap tahun. Kelas UASA akan dibincangkan atau program yang berkaitan. Penekanan di dalam PdP dan dalam perancangan aktiviti 'BAKAT'. 19 Nadia bt Ab Rahman Mohon pihak sekolah untuk mengadakan tuisyen berbayar bagi subjek KSRA bagi membaiki prestasi murid memandangkan tiada kelas tambahan di luar sekolah. Dalam perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2023 20 Mohd Syazwan bin Md Saad Mohon pihak sekolah memastikan kantin tidak menjual makanan yang tidak sihat seperti maggi, sosej dan bergula tinggi. Sekolah harus mematuhi garis panduan pemakanan sihat kantin oleh Kementerian Kesihatan. Setakat pemantauan yang dijalankan pengurusan kantin tidak menjual maggi sebaliknya adalah mee kering dan kuah tomyam yang dibuat sendiri oleh pengurusan kantin 21 Noor Farah Wahidah Abdul Shukur Komunikasi di antara guru dan ibu bapa diharap dapat dimulakan semula melalui aktiviti menanda tangan buku nota & aktiviti secara berkala. Dengan ini ibu bapa lebih peka tahap pengguasaan dan penglibatan anak-anak semasa di dalam kelas. Ibu bapa juga dapat memantau prestasi pembelajaran anak-anak. Perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga adalah mengikut ketetapan yang disarankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor 36
37 Bil Nama ibu/bapa/penjaga Usul/Cadangan Maklum balas 22 Arzalina binti Mohd Hassan Memberi murid sijil bagi kehadiran 100% pada hujung tahun. Akan dipertimbangkan 23 Syarifah Syafawati Syed Arif Shah Memberi kunci loker lebih awal supaya murid-murid dapat menyimpan buku sebelum hari pembelajaran. Kunci locker disediakan oleh ibu bapa/penjaga itu sendiri 24 Syazzuan bin Sazali Usul menyediakan kemudahan telefon awam atau suatu mekanisma bagi memudahkan murid murid berhubung dengan keluarga jika waktu kecemasan selepas waktu sekolah dan ketiadaan guru atau pentadbir di pejabat. Inisiatif ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Akan dipertimbangkan 25 Mohamad Zakuan bin Hassan Keterbukaan pihak guru dalam menerima aduan murid-murid khususnya perkaraperkara yang melibatkan unsur-unsur buli. Sekiranya pihak sekolah menerima aduan atau laporan adanya unsur buli kepada murid siasatan akan dilakukan. 26 Muhammad Amir Zaini Mengenakan denda untuk sebuah buku apabila berakhirnya sesi persekolahan, ini kerana saban tahun apabila setiap kali sesi persekolahan bermula, buku buku teks terutama ada yang pelajar dapat buku contohnya buku koyak, helaian hilang dan sebagainya. Ini juga dapat memupuk murid supaya menjaga dan menghargai buku sekiranya dikenakan denda yang setimpal. Akan dibincangkan bersama barisan pentadbir sekolah 27 Mohd Syazwan bin Md Saad Mohon pihak sekolah mempertimbangkan kepelbagaian aktiviti badan beruniform sekolah seperti pertandingan kawad, perkhemahan, dan lain-lain. Dalam proses dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Murid akan mendapat sijil. 37
38 BIL Nama ibu/bapa/penjaga Usul/Cadangan Maklum balas 28 Muhammad Amir Zaini Saya mencadangkan supaya memberi pendedahan awal untuk pelajar tahun 1,2,3 yang berpotensi untuk mewakili sekolah apa jua jenis sukan, ini di sebabkan kebanyakan keluarga apabila di luar waktu sekolah menghantar anak anak di kelab kelab luar yang berbayar ia juga memberi peluang dan ruang serta pengalaman untuk mereka, mungkin di peringkat awal boleh mereka sertai contoh di bangku simpanan untuk timba pengalaman zero to hero, ia juga dapat menaikan nama sekolah di masa akan datang. Kebanyakan aktiitiaktiviti anjuran JAIS dan KPM melibatkan tahap 2, Tahap 1 terlibat dalam KAMIL 29 Siti Norzainah binti Sulaiman Baju untuk hari sukan/koko ditetapkan hari tertentu contohnya hari Rabu dan anak-anak perlu memakai baju sukan/PJ. Ibu bapa tidak perlu tertanya-tanya. Bagi tahap 1 dan 2, murid-murid telah dimaklumkan pemakaian baju PJ mengikut jadual kelas (seminggu sekali) 30 Maleehah Munir Tingkatkan penglibatan pupuk kepimpinan dan jati diri, khusus untuk anak-anak tahun 6, ziarah dan ramah mesra ke rumah anak yatim atau orang-orang tua, Pusat Sains Negara, pengumpulan buku- buku fiksyen atau bukan fiksyen untuk di hantar ke perpustakaan, kempen kitar semula secara berterusan, Pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang sesuai dengan murid. Pihak sekolah sememangnya ada membuat pengumpulan buku-buku dan dihantar ke perpustakaan atau diletakkan di sudut NILAM setiap kelas. 31 Mohamad Zakuan bin Hassan Penglibatan murid-murid tahap 1 dalam acara road run/fun run semasa acara sukan tahunan Hanya melibatkan murid tahun 3 hingga 6. Muridmurid tahun 1 dan 2 tidak dilibatkan atas faktor keselamatan. Hanya dilibatkan dalam aktiviti senamrobik. 38
39 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 (2023) PENASIHAT : Pn. Rafeah bt Siddek Guru Besar ) NAIB PENASIHAT 1 : En. Muhamad Badrul b Arshad (GPK Pentadbiran dan Akademik) NAIB PENASIHAT 2 : Pn. Zuraini bt Sadli (GPK Hem) NAIB PENASIHAT 3 : En. Anuar b Ramli (GPK Kokurikulum) YANG DIPERTUA PIBG : En. Taqiyuddin Amini Bin Abdul Satar NAIB YANG DIPERTUA PIBG : En. Mohd Firdaus bin Mokhtar SETIAUSAHA : Pn. Suhaila bt Mat Saat NAIB SETIAUSAHA : Pn. Mashitah bt Zawawi BENDAHARI : Pn. Mazliana bt Kuduri 39
40 BIL TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS 1 Pengerusi Majlis Fardah bt Ahmad • Pengacara majlis 2 Pembaca doa Mohamad Nasron bin Basiron • Mendapatkan teks doa yang bersesuaian • mengetuai bacaan doa semasa program 4 PA Sistem 1.Muhammad Aliff Shukri b Ahmad Nadzri (K) 2.Mohd Ashraf b Senin (PK) 3.Ahmad Nadzim b Abu Bakar 4.Mohamad Saifudin b. Md Sharil • Menyediakan PA sistem • Memastikan alat berfungsi dengan baik. • Mengendali alat sepanjang program. • Menyimpan alat selepas program. • Mengendalikan layar LCD di luar dewan. 5 Pentas/ Banner 1. Nurraidah bt Mhd Yusop (K) 2. Arne Ruzita bt A. Tarmizi (PK) 3. Nor Anizah bt Baharuddin 4. Nor Fazliana bt Fauzi 5. Asliza bt Mohd Nooh 5. Nurfathiah bt Diaz 6. Siti Miskinah bt Bakin 7. Noorayen Maznah bt Abdullah 8. Siti Suriani bt Ahmad Supian • Menempah banner • Menyediakan tempat duduk VIP • Menggantung banner di pagar dan pentas • Mengemas kembali pentas selepas digunakan 6 Persiapan Dewan & khemah sebelum program 1. Abdul Mutalib b. Md Yusoff (K) 2. Hidayat b. Syamsul Daruratman (PK) 3. Mohd Syahrizal b. Abdul Rahman 4. Mohd Shahir b. Kamaruddin 5. Siti Khuzaimah Binti Badaruddin 6. Nur Atikah bt. Mustafa 7. Zuraidah Binti Tarimin 8. Nor Dyna bt Ishak 9. Sulasiah bt Kiman 10.En. Azri b. Hatea • Menyediakan tempat untuk para tetamu • Memastikan kebersihan dan kekemasan dewan • Menyediakan rostrum dan peralatan yang sesuai di dewan • Memastikan tempat tetamu mencukupi. • Menempah khemah 7 Mengemas dewan & khemah selepas program 1. Muhammad Hafiz b. Miskan (K) 2. Muhamad Fathullah b. Janal (PK) 3. Surayu bt Ahmad • Mengemas setelah selesai program • Menyimpan peralatan yang digunakan 40
41 4. Najib Arridza b. Mordi 5. Norhusna bt Mahayuddin 6. Herawaty bt. Jailani 7. Norhafizah bt Abd Ghani 8. Norkhafizah bt Sijam 9. Seri Rahayu bt Mohd Ismail 10.Suhana bt Adnan 11.Semua guru 12.En. Fakhrurrozi b. Misbong Ahmad • Memulangkan semula kerusi meja yang digunakan • Memastikan dewan bersih& kemas 8 Buku aturcara 1. Suhaila bt Mat Saat (K) 2. Norlizeti bt Johari (PK) 3. Mashitah bt Zawawi 4. Mazliana bt Kuduri 5. Siti Masfizah bt Ahmad Tubi 6. Masriyah bt Ismail 7. Khamisah bt Osman 8. Nurul Jannah bt Mohammad Tamyis 9. Nur Shahirah bt Jaafar 10.Siti Hawa bt. Mohd Zaibani 11.Norhatini bt Baharum 12.Pn Rosnita bt Marwan • Menyediakan buku aturcara dan memperbanyakkannya. • Mengedar kepada tetamu dan VIP. • Menyiap & menguruskan nombor cabutan bertuah 9 Pendaftaran 1. Rafidah bt Sanip (K) 2. Nadzirah bt Zamzam (PK) 3. Noorfadzilah bt Ilham 4. Siti Amirah bt Anuar 5. Nur `Atika bt Norudin 6. Ruzaimah bt Jajuri 7. Nor Faizah bt Abdul Aziz 8. Puan Noor Sabrina bt Hussin • Menyediakan senarai kehadiran • Mengambil kehadiran semasa program dijalankan. • Menyimpan rekod kehadiran 10 Goodies 1. Juwita bt Md Nor (K) 2. Sharonita bt Shaharum (PK) 3. Raja Noranita bt Mohd Sharif 4. Siti Asmahani bt Ismail 5. Nurul Najah bt Johdi 6. Nazfadatul Wisdyastri bt Naim 7. Nor Hafizah bt Abd Ghani 8. Masnawati bt Maamor • Survey dan menempah ketupat segera mengikut bilangan kehadiran ibu bapa. • Mengedarkan goodies kepada ibu bapa semasa pendaftaran. 11 Hadiah cabutan bertuah dan cenderahati 1. Nor Najwah bt Sarroni (K) 2. Maisarah bt Mansor(PK) 3. Juwita bt Md Nor 4. Ruzianah bt Mat Yatin 5. Juriah bt Miswan • Survey dan menempah hadiah yang bersesuaian. • Menyediakan cenderahati VIP 41
42 6. Nur Fariza bt Mt Yusoff 7. Norhanani bt Md Amin 8. Zamaharia bt Ashaari 9. Nur Fida’iydayu bt Abdul Ghaffar 10.Najwatulfadzla bt Daraji 11.Siti Erni bt Rohid • Membuat senarai bilangan dan membeli hadiah cabutan bertuah . • Melabel dan membungkus hadiah cabutan bertuah Menyusun dan menguruskan hadiah. 12 Penyambut tetamu 1. Puan Rafeah bt Siddek 2. Encik Muhamad Badrul b Arshad 3. Puan Zuraini bt Sadli 4. Encik Anuar b Ramli 5. Encik Taqiyuddin Amini b Abdul Satar 6. Encik Mohd Firdaus b. Mokhtar 7. Norhadjah bt Sadali 8. Pn. Sharifah Samiah bt Syed Azaha • mengenalpasti dan menyambut VIP • Mengiringi VIP hingga ke tempat yang disediakan. • memakai baju batik 13 Kebersihan 1. Mohd Uzir b. Ismail (K) 2. Rohidayah bt Mohd Ozir (PK) 3. Raja Noranita bt Mohd Sharif 4. Huda Najwa bt Roslan 5. Mohd Zamri b Johdi 6. Siti Nor Azimah bt Mohd Asis 7. Siti Asmahani bt Ismail 8. Nur Hasyimah bt Abd Rahim 9. Encik Mohd Naqiyuddin b. Idris • menyediakan tong & plastik sampah • memastikan kebersihan sepanjang program 14 Pencatat Minit 1. Mashitah bt Zawawi 2. Maszuinna bt Mahpol 3. Masliana bt Mokhtar • Mencatat isi semasa mesyuarat agung sedang berlangsung 15 Dokumentasi 1. Mohd Hardee b Sapuan (K) 2. Md Arzan Hazrik b. Shamsudin (PK) 3. Ahmad Badri b Abdul Aziz 4. Abdul Razak bin Nordin • mendapatkan kamera/video • merakam peristiwa • mengalbum dan menyimpan salinan di pejabat 42
43 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 (GURU) 43
44 44
45 45
46 46
47 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 (BAPA) 47
48 48
49 49
50 50