The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PEMBELAJARAN SAINS BERASASKAN PROJEK DAN PENDEKATAN STEM : MENCUNGKIL KREATIVITI SAINTIFIK PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norjanah25-17, 2021-09-10 00:56:08

MODUL PRO-STEM

MODUL PEMBELAJARAN SAINS BERASASKAN PROJEK DAN PENDEKATAN STEM : MENCUNGKIL KREATIVITI SAINTIFIK PELAJAR

MODUL
MemPuEpMukBKEMrLeeAlaatJluivAi itRiASaNinStiAfiIkNS

ABketirvaitsi ParsokjeakndaPnroPejendkekdaatannPSTeEnMdekatan
Untuk SekolSahTREeMnda:h

Mencungkil Kreativiti Saintifik Pelajar

Norjanah Ambo
Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah

Siew Nyet Moi@Sopiah Abdullah
Norjanah Ambo

i

KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka Surat

Senarai Rajah iii
Senarai Jadual iii
Prakata iv
Pengenalan 1
Sinopsis 1
Pengenalan Modul 1
Matlamat Modul PBP-STEM 1
Prasyarat Kemahiran dan Pengetahuan 2
Hasil Pembelajaran 2
Ciri-Ciri Pembelajaran STEM 2
Pembelajaran Koperatif dalam Pendidikan Abad Ke- 21 3

Kriteria Penskoran Dimensi Tret Kreativiti 4
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 7

Aktiviti 1 : Projek 1 Model Haiwan Imaginasiku 8
Aktiviti 2 : Projek 2 Sangkar Burung 14
Aktiviti 3 : Projek 3 Biji Benih Terapung 20
Aktiviti 4 : Projek 4 Kereta Berkuasa Belon 25
Aktiviti 5 : Projek 5 Rumah Mesra Alam 30
Aktiviti 6 : Projek 6 Peti Ais Mini 36

Lampiran 43
Rujukan 47

ii

Senarai Rajah
……………………………………………………………………………

Muka Surat
Rajah 1 Langkah-langkah perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek. 6

Senarai Jadual
………………………………………………………………………………

Jadual 1 Keupayaan seseorang individu dalam dimensi tret kreativiti Muka Surat
4
saintifik

iii

Prakata
Modul ini diterbitkan khusus untuk membantu guru-guru sains dan bakal guru sekolah rendah
dalam menyediakan rancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menjurus ke
arah mencungkil kreativiti saintifik pelajar melalui integrasi pembelajaran berasaskan projek
dan pendekatan STEM. Modul ini istimewa kerana gaya bahasa dan isi kandungannya mudah
difahami dijangka mampu membawa satu dimensi baharu tentang tatacara PdPc yang
berkesan dalam mencungkil kreativiti saintifik. Instrumen pentaksiran juga disediakan untuk
memandu guru-guru mengukur pencapaian murid dalam borang penskoran kreativiti saintifik
lakaran berdasarkan panduan penskoran dalam Modul Kreativiti Saintifik (MKS). Justeru, idea-
idea yang dihasilkan samada dalam bentuk lakaran atau model prototaip merupakan
kelancaran daripada kreativiti saintifik murid yang asli, kreatif dan inovatif. Diharapkan modul
ini mampu memberi manfaat kepada semua pembaca sebagai satu wadah dalam usaha
meningkatkan kreativiti saintifik murid-murid selari dengan aspirasi dan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

iv

Pengenalan
Modul ini dibangunkan untuk memberi panduan kepada guru sains sekolah rendah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains yang berfokuskan kepada elemen kreativiti
saintifik sekali gus memberikan dimensi baharu kepada kurikulum yang semakin kompetitif.
Modul ini dikenali sebagai Modul Kreativiti Saintifik. Modul ini menggunakan kaedah Projek
(PBP) yang dijalankan secara koperatif. Pada masa yang sama, PdPc dalam modul ini turut
menerapkan unsur sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) diserapkan dalam
proses melakar dan membuat projek permainan berasaskan sains adalah untuk
memperkembangkan kreativiti saintifik khasnya dalam kalangan murid di Tahap 2. Pada masa
yang sama, strategi pembelajaran koperatif (PK) ‘Numbered Heads Together’ dan Model
Proses Kreatif Terarah turut diterapkan untuk memperkembangkan kreativiti saintifik pelajar.

Sinopsis
Modul Pembelajaran projek dengan pendekatan STEM yang dibangunkan untuk
meningkatkan kreativiti saintifik ini penting dalam melahirkan murid yang inovatif bagi
meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Setiap projek yang dihasilkan
menerapkan konsep rekaan dan pembuatan alat permainan berasaskan sains bagi
merangsang minat murid-murid dalam proses penerokaan ilmu. Hal ini secara tidak langsung
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan. Kesedaran
tentang perlunya ransangan permainan dalam setiap rekaan dan ciptaan kreativiti projek yang
dihasilkan merupakan pendorong kepada terhasilnya Modul Kreativiti Saintifik ini. Modul ini
adalah mengasah lima dimensi tret kreativiti saintifik murid. Aktiviti yang dirancang dalam
modul ini adalah berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Tahun 4 dan Tahun 5. Diharap modul ini dapat membantu guru-guru sains khasnya dalam
PdPc untuk meningkatkan kreativiti saintifik dalam kalangan pelajar.

Matlamat Modul Kreativiti Saintifik

Kreativiti adalah salah satu kemahiran utama yang diperlukan dalam usaha untuk memacu
pembangunan sesebuah negara, terutamanya dalam keadaan persekitaran sosial yang
semakin kompleks (Hennessey dan Amabile 2010; Molly, 2015). Matlamat pembangunan
kreativiti murid bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam
STEM bagi matapelajaran sains melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Oleh itu, kreativiti saintifik perlu dibangunkan ke tahap optimum bermula dari tahap sekolah
rendah agar murid-murid mampu berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea serta
ciptaan yang asli dan berkualiti. Seterusnya, menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Individu yang kreatif dan inovatif dalam STEM
adalah aset negara yang mampu menyumbang kemajuan STEM ke arah pembangunan
masyarakat, bangsa, negara dan agama. Bukan itu sahaja, murid yang terdedah dengan
pembelajaran sains berunsur STEM secara tidak langsung mempersiapkan diri mereka dalam
kehidupan yang realistik.

1

Pra syarat Kemahiran dan Pengetahuan

Prasyarat untuk menggunakan Modul Kreativiti Saintifik ini termasuklah:
1. Murid telah menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif dengan
baik.
2. Murid memahami elemen-elemen dalam STEM
3. Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang konsep sains yang
dikemukakan dalam PBP.

Hasil Pembelajaran Modul Kreativiti Saintifik

Pada akhir modul ini, murid akan dapat :
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan tugasan.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik daripada keseluruhan respons.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran yang dihasilkan.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model yang dihasilkan yang
melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang
didapati daripada pelbagai perspektif.

Ciri-ciri Pembelajaran STEM

1. Menarik (meransang/memupuk) minat, memotivasikan dan relevan untuk dijalankan
oleh murid.

2. Mengaplikasi dan mengintegrasikan pembelajaran STEM.
3. Menggunakan kaedah koperatif, inkuiri, penyelesaian masalah atau projek.
4. Membolehkan murid berkomunikasi secara efektif dan berkongsi hasil atau produk

melalui pelbagai media atau platform.
5. Memberi peluang kepada murid menganalisis dan mensintesis maklumat dalam

membuat rumusan.
6. Memberi peluang kepada murid untuk mengeksplorasi ilmu (maklumat/fakta)

menggunakan pelbagai media sosial atau elektronik.
7. Memberi peluang murid membuat rumusan, refleksi dan menambahbaik lakaran

atau model yang dibina.
8. Menggalakkan murid bekerjasama sebagai satu pasukan.
9. Guru bertindak sebagai fasalitator dan mengawal disiplin murid agar PdPc berjalan

mengikut perancangan.

2

Pembelajaran Koperatif dalam Pendidikan Abad Ke- 21
Pengajaran dan pembelajaran secara koperatif merupakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berkumpulan yang kini dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk menghasilkan kemahiran abad ke-21. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar
bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah,
dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan bimbingan daripada
guru. Pendidikan abad ke-21 mendidik murid untuk lebih matang dalam mengaplikasi pelbagai
teknik akan mendapat manfaat dari sesi pembelajaran untuk menghasilkan serta mengekalkan
kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi cabaran era globalisasi (Amran & Rosli, 2017).
Pelajar juga perlu mempunyai ciri-ciri pelajar abad ke-21 supaya aspirasi PPPM (2013-2025)
dapat direalisasikan. Ciri-ciri pelajar adalah : Berupaya membuat hubung kait; bijak menyoal;
yakin berkomunikasi; berani mengambil risiko; sentiasa dahagakan ilmu; mempunyai
perasaan ingin tahu; bijak menjana idea; fleksibel; tidak mudah berputus asa; mendengar
dan membuat refleksi; berkemahiran kritis; menguasai kemahiran literasi; berani mencuba;
mampu berfikir sendiri; yakin membuat inisiatif; mampu bekerja dengan orang lain; berani
membuat perubahan dan berintegriti.

3

Kriteria Dimensi tret Kreativiti Saintifik

Menurut Chin dan Siew (2015) kreativiti saintifik pada peringkat kanak-kanak adalah
berdasarkan pengetahuan saintifik yang dipelajari daripada orang dewasa atau pengalaman
harian. Justeru, kreativiti saintifik boleh ditaksir daripada lukisan murid berdasarkan kepada
lima dimensi tret kreativiti saintifik iaitu kelancaran, keaslian, penghuraian, keabstrakan tajuk
dan rintangan terhadap penutupan pra-matang. Sehubungan dengan itu dalam modul ini,
setiap tret dimensi merujuk kepada keupayaan yang berbeza berdasarkan lakaran yang dilukis
dan produk yang dihasilkan dalambentuk alat mainan berunsur sains. Penerangan ringkas
tentang keupayaan seseorang individu dalam dimensi tret kreativiti saintifik adalah seperti di
Jadual 1.

Jadual 1 : Keupayaan seseorang individu dalam dimensi tret kreativiti saintifik

Dimensi Tret Keupayaan

Kelancaran 1. Mengeluarkan banyak idea
Keaslian 2. Menghasilkan idea yang asli atau unik

Penghuraian 3. Mengembangkan atau memperindahkan idea
Keabstrakan Tajuk 4. Memberikan Keabstrakan Tajuk untuk gambar

Rintangan terhadap 5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha
Penutupan pra-matang menggunakan maklumat yang boleh didapati
daripada pelbagai perspektif.
Sumber: (Siew, Chong, & Lee, 2015) m/s 655-669

4

LANGKAH-LANGKAH Fasa1 : Persediaan
PERLAKSANAAN • Pembahagian kumpulan PK (Puts Head
PEMBELAJARAN Together)
• Pemerhatian
BERASASKAN PROJEK • Tinjauan berfokus/soalan berstruktur.

SET INDUKSI Fasa 2 : Imaginasi
• Menjana idea
LANGKAH • Merancang/perkongsian idea
1 • Melakar rekabentuk model

LANGKAH Fasa 3 : Perkembangan
2 • Membentang lakaran rekabentuk model
• Penambahbaikan
• Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik
• Menokok tambah idea
• Membangun model/membina prototaip
berdasarkan lakaran

LANGKAH Fasa 4 : Tindakan
3
• Pelaksanaan
• Menghuraikan idea secara tersusun dan

terperinci serta mudah difahami

• Membuat pemerhatian secara menyeluruh
• Demonstrasi model
• Penilaian hasil projek/model mengikut

dimensi tret.

PENUTUP Fasa 5 : Rumusan
• Guru membuat rumusan tentang maklumat
yang diterima.
• Mempamerkan hasil kerja murid sebagai
ransangan motivasi dan penghargaan
kepada hasil kerja murid.

Rajah 1 Langkah-langkah perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek.
Diubahsuai daripada Modul Kreativiti dan Inovasi Merentas Kurikulum BPK(2012)

5

Rancangan Pengajaran Harian 1 (RPH 1)

Projek (1)/1 : Model Haiwan Imaginasi

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Melakar Model Haiwan imaginasi (Tugasan 1)

Standard Kandungan DSKP : 3.2 Mereka cipta model haiwan (Tahun 5)

Objektif PdPc Murid boleh :
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan haiwan imaginasi.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang haiwan imaginasi melindungi diri daripada

musuh dan cuaca melampau.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran haiwan imaginasi yang dilukis.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model haiwan imaginasi yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”.

Kemudian, bergerak dalam kumpulan masing-masing.

2. Murid ditunjukkan dengan gambar seekor beruang kutub.

3. Guru dan murid bersoal jawab tentang ciri-ciri khas yang ada pada haiwan tersebut
sehingga mampu hidup di habitatnya.

Fasa Imaginasi :

1. Murid diajukan dengan soalan berdasarkan situasi. (Lampiran 1)
Contoh 1 : Cuba bayangkan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada beruang kutub
Sekiranya beradaptasi untuk hidup di kawasan gurun ?
Contoh 2 : Apakah tajuk atau nama spesifik bagi haiwan imaginasi yang akan kamu?

2. Setiap murid dalam kumpulan diminta membuat lakaran haiwan imaginasi dalam
buku latihan masing-masing terlebih dahulu.

3. ‘Murid No 1’ diminta untuk melakar ciri-ciri beruang kutub sekiranya
hidup di kawasan gurun dengan memilih lakaran terbaik yang dihasilkan oleh setiap ahli
tadi. (Lembaran A)

Fasa Perkembangan (penambahbaikan) :

1.‘Murid No 2’ mempamerkan dan menerangkan lakaran haiwan
imaginasi kumpulan mereka di hadapan kelas (Sesi pembentangan).

6

2. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.

3. Setiap murid diminta memberi penekanan terhadap unsur-unsur STEM dalam setiap
lakaran.

4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini ?
Contoh 2 : Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. ‘Murid No 3’ dalam setiap kumpulan diminta memperbaiki lakaran.

2. Murid diminta membuat penambahbaikan setelah pembentangan dan perbincangan
dengan guru (Lembaran B).
Contoh 1 : Apakah penambahbaikan yang dibuat pada lakaran kumpulan kamu ?

3.’Murid No 4’(NHT) diminta melengkapkan (Lembaran C). Maklumat adalah idea bersama
ahli.
Contoh 1 : Apakah idea baru yang kamu peroleh daripada lakaran kamu sebelumnya?

4. Pembentangan projek akan bersambung pada minggu hadapan (penangguhan).

5. ‘Murid No 5’ bertugas untuk mengemas segala peralatan yang berkaitan (NHT)

6. Setiap muriddiingatkan agar membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan
datang.

Fasa Penutup :
1. Seorang murid diminta untuk membuat rumusan tentang hasil pembelajaran.

Contoh 1 : Apakah hasil pembelajaran yang saya dapati pada hari ini ?
Contoh 2 : Apakah perkara menarik yang saya pelajari semasa menjalankan projek ini ?

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran/Penilaian : Hasil kerja kumpulan (Lembaran A) dan Borang Penskoran
Pengukuhan Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

: (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

7

Rancangan Pengajaran Harian 2

Projek (1)/2 : Model Haiwan Imaginasi

Tema : Sains Hayat

Tajuk : : Haiwan Imaginasiku

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Membina Model Haiwan imaginasi (Tugasan 2)

Standard Kandungan DSKP : 3.2.1 Mencipta model haiwan imaginasi yang boleh
melindungi diri daripada musuh dan cuaca
melampau.

3.2.2 Menaakul ciri-ciri khas yang boleh melindungi diri
daripada musuh dan cuaca melampau yang terdapat
pada ciptaan. (Tahun 5)

Objektif PdPc Murid boleh :

1. Menghasilkan idea yang banyak dalam model haiwan imaginasi.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang haiwan melindungi diri daripada musuh

dan cuaca melampau.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran haiwan imaginasi yang dibina.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model haiwan yang dihasilkan yang

melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid diminta berada dalam kumpulan PK (NHT) mengikut sesi

pembelajaran sebelum ini.
Contoh 1 : Bolehkah kamu duduk mengikut kumpulan kamu pada minggu lepas ?

2. ‘Murid No 4’ diminta untuk menunjukkan haiwan imaginasi kumpulan masing-
masing yang dilakar pada sesi pembelajaran lepas
Contoh 1 : Bolehkah kamu tunjukkan lakaran haiwan imaginasi kamu?
Contoh 2 : Apakah nama haiwan imaginasi kamu?

Fasa Imaginasi :

1. ‘Murid No 3’ diminta mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang telah
disediakan untuk tujuan projek. (murid telah diingatkan lebih awal untuk menyediakan
bahan-bahan untuk aktiviti projek masing-masing)
contoh 1 : Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu?

Contoh 2 : Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut ?

2. Membangunkan model dengan menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea

8

tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil.
Contoh 1 : Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan

haiwan tersebut dapat meneruskan kemandirian spesisnya ?
Contoh 2 : Tonjolkan unsur-unsur STEM yang ada pada model yang kamu hasilkan.

Fasa Perkembangan (demonstrasi model) :

1. ‘Murid No2’ diminta untuk membentang hasil kerja projek membangunkan
model haiwan imaginasi kumpulan mereka.

2.’Murid No 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model haiwan
Imaginasiku yang telah disiapkan.

3. Guru menilai hasil kerja murid dengan meminta murid lain memberikan pendapat dan
Pandangan tentang elemen STEM yang terdapat dalam model.
Contoh 1 : Apakah konsep sains yang boleh kamu jelaskan melalui model ciptaan
kumpulan kamu?
jawapan murid : - badan berkulit licin dan kenyal dapat melindungi dirinya
daripada bisa memasuki badannya/bulu yang nipis tidak
memerangkap haba.
Contoh 2 : Bolehkah model awal tadi diperbaiki?

4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1 : Adakah lakaran haiwan imaginasi bagi kumpulan ini sama dengan hasil
rekaan model sebenar ?

Fasa Tindakan (Penambahbaikan) :

1. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan masing-masing membuat penambahbaikan
untuk menghasilkan model yang lebih baik.

2. Murid diminta menyatakan secara lisan apakah bentuk penambahbaikan yang
boleh kamu jelaskan melalui model ciptaan kumpulan mereka.
Contoh : Menambah sayap supaya boleh terbang apabila diancam oleh musuh dll.

Fasa Penutup :

1. Murid diminta membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa setiap
haiwan perlu menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran dan mempunyai ciri-ciri khas
untuk mempertahankan diri daripada musuh bagi meneruskan kemandirian spesiesnya.

Contoh 1 : Apakah pengalaman yang paling menyeronokkan semasa membina model
projek ini?

* Hasil model dipamerkan kepada kelas (sudut reka cipta)

9

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran/Penilaian : Hasil kerja kumpulan (model projek Haiwan imaginasi) dan
Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)
Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

10

Lampiran 1

PROJEK 1 : PROJEK MODEL HAIWAN IMAGINASIKU

Projek 1

Bayangkan sekiranya beruang kutub hidup di gurun. Bina sebuah
model beruang imaginasi kamu yang menunjukkan ciri-ciri khas

bagi membolehkannya sesuai hidup di kawasan gurun yang
dipenuhi oleh haiwan berbisa.

11

Rancangan Pengajaran Harian 3

Projek (2)/1 : Projek Sangkar Burung

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Melakar Sangkar Burung (Tugasan 1)

Standard Kandungan DSKP : 3.3 Kemandirian Spesies Haiwan
(Sains Tahun 5)

Objektif PdPc Murid boleh :

1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan sangkar burung.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang sangkar burung yang dilakar.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran sangkar yang selamat.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model sangkar burung yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang

didapati daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :

1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”.
Kemudian mereka duduk dalam kumpulan masing-masing.

2. Murid diminta memberi pendapat tentang satu senario yang diberikan oleh guru iaitu :
Bayangkan kamu menemui seekor anak burung yang cedera
Apakah perasaan kamu apabila melihat burung tersebut?
Mengapakah burung tersebut perlu dirawat?
Persoalan : burung tersebut juga perlukan sangkar untuk berlindung dari bahaya/musuh

Fasa Imaginasi :

1. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang lakaran sebuah sangkar
burung yang selamat daripada gangguan haiwan pemangsa dengan mengambil kira
bahan-bahan asas seperti botol, kayu, kotak dll.
(Rujuk buku teks sains Tahun 5 m/s 48 sebagai panduan).
Contoh 1 : Bagaimana kamu membina sebuah sangkar bagi mengelak burung tersebut
diganggu oleh kucing peliharaan kamu?

2. Murid diminta membuat lakaran masing-masing, kemudian idea-idea tersebut
digabungkan menjadi satu hasil lakaran yang unik mengikut kesesuaian tajuk yang
dipilih.
Contoh 1 : Apakah ciri-ciri istimewa yang ada pada rekaan sangkar burung yang kamu
lakarkan ? Mengapa ?

3. ’Murid No 4’ diminta membuat lakaran sangkar burung kumpulan mereka
(Lembaran A)

12

Contoh 1 : Apakah nama spesifik bagi sangkar burung yang dilakarkan?

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan) :

1. ‘Murid No 3’(NHT) mempamerkan dan menerangkan lakaran haiwan
imaginasi kumpulan mereka di hadapan kelas (Sesi pembentangan).

2. Guru memberi maklum balas dan ulasan terhadap persembahan setiap kumpulan.

3. Murid diminta memberi penekanan terhadap unsur-unsur STEM dalam setiap
Lakaran.
Contoh 1 : Apakah elemen STEM yang boleh dijelaskan melalui lakaran model
kumpulan kamu?
Contoh 2 : Elemen STEM
i) Pengetahuan sains - habitat haiwan/kemandirian spesies
ii) Teknologi kejuruteraan - Penggunaan bahan binaan/alat
pemotong/kestabilan dan
kekuatan binaan
iii) Matematik – mengukur panjang dan lebar

4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini ?
Contoh 2 : Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. Murid No 4’(NHT) dalam setiap kumpulan diminta memperbaiki lakaran.

2. ‘Murid No 5’ diminta membuat penambahbaikan setelah pembentangan dan
perbincangan dengan guru (Lembaran B).
Contoh 1 : Apakah penambahbaikan yang dibuat pada lakaran kumpulan kamu ?

3.’Murid No 2’(NHT) diminta melengkapkan (Lembaran C). Maklumat adalah idea bersama
ahli.
Contoh 1 : Apakah idea baru yang kamu peroleh daripada lakaran kamu sebelumnya?

4. Pembentangan projek akan bersambung pada minggu hadapan (penangguhan).

5. Murid No 1’ mengemas segala peralatan yang berkaitan (NHT)

6. Murid diingatkan agar membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan
datang.

Fasa Penutup :

1. Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran.
Contoh 1 : Apakah hasil pembelajaran yang kamu dapati pada hari ini ?
Contoh 2 : Mengapakah kita perlu menyayangi haiwan ?

13

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran/Penilaian : Hasil kerja kumpulan (Lembaran A) dan Borang Penskoran
Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

14

Rancangan Pengajaran Harian 4

Projek (2)/2 : Projek Sangkar Burung

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Membina Model Sangkar Burung (Tugasan 2)

Standard Kandungan DSKP : 3.3 Kemandirian Spesies Haiwan (Sains Tahun 5)

Objektif PdPc Murid boleh :

i. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan sangkar burung.
ii. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang model sangkar burung yang dibina.
iii. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model sangkar burung yang

selamat.
iv. Memberikan tajuk yang abstrak untuk model sangkar burung yang dihasilkan yang

melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
v. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang

didapati daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :

1. Murid-murid diminta bergerak dalam kumpulan mengikut PK ‘Number Head
Together” mengikut kumpulan pembelajaran lepas iaitu aktiviti 1 (projek 2).

2. Murid No 4’ diminta untuk mempamerkan lakaran sangkar yang akan dibina.

Fasa Imaginasi :

1. ‘Murid No 3’ diminta mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang telah
disediakan untuk tujuan projek.
(murid telah diingatkan lebih awal untuk menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti
projek masing-masing)

• Pembangunan model dijalankan.

Contoh 1 : Apakah bahan tambahan lain yang akan murid gunakan dalam pembinaan
model sangkar burung ?

Contoh 2 : Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut ?
Contoh 3 : Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi

membolehkan burung tersebut dapat meneruskan kemandirian spesisnya ?

Fasa Perkembangan (penambahbaikan) :
1.‘Murid No2’ diminta untuk membentang hasil kerja projek model sangkar

burung kumpulan mereka.

2.’Murid No 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model sangkar

15

yang telah disiapkan.

3. Guru menilai hasil kerja murid dengan meminta murid lain memberikan pendapat dan
pandangan.

Contoh 1 : Apakah elemen STEM yang boleh dijelaskan melalui model kumpulan
kamu?

Contoh Pengintegrasian elemen STEM :
i) Pengetahuan sains - habitat haiwan/kemandirian spesies.
ii) Teknologi kejuruteraan - Penggunaan bahan binaan/alat pemotong/kestabilan dan

kekuatan bahan.
iii) Matematik – mengukur panjang, lebar, ketinggian dan kos pembinaan sangkar

burung.

4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini ?
Contoh 2 : Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?
Contoh 3 : Adakah lakaran haiwan imaginasi bagi kumpulan ini sama dengan hasil
rekaan model sebenar ?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :
1. Murid-murid dalam kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada model
untuk menghasilkan model yang lebih baik.

Contoh 1 : Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui model
ciptaan kamu ?

Fasa Penutup :

1. Murid diminta memberi maklumbalas tentang hasil pembelajaran pada hari ini.
Contoh 1 : Apakah hasil pembelajaran yang kamu dapati pada hari ini ?
Contoh 2 : Bolehkah rekaan kamu dipasarkan ?

2. Guru membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa setiap haiwan
perlu meneruskan kemandirian spesiesnya.

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran/Penilaian : Hasil kerja kumpulan (model projek Sangkar Burung) dan
Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)
Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/
Refleksi guru :

16

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Lampiran 2

Projek 2: PROJEK SANGKAR BURUNG

Projek 2

Kamu telah menyelematkan burung tersebut. Hasilkan sebuah
sangkar burung yang selamat agar burung tersebut tidak diganggu

oleh musuh.

17

Rancangan Pengajaran Harian 5

Projek (3)/1 : Projek Biji Benih Terapung

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Lakaran model guli terapung (Tugasan 1)

Standard Kandungan DSKP : 4.2 Kemandirian Spesies Tumbuhan (Sains Tahun 5)

Objektif PdPc murid boleh :
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan biji benih terapung.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang biji benih terapung.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran biji benih terapung.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model biji benih terapung yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5.Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :

1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”.
Kemudian, bergerak duduk dalam kumpulan masing-masing.

2. Murid ditunjukkan beberapa gambar tumbuhan yang disebarkan oleh air.
Contoh 1 : Cuba kamu sebutkan apakah nama tumbuhan yang disebarkan oleh air?.
- Teratai/kelapa/pong-pong dll

Contoh 2 : Apakah ciri-ciri tumbuhan yang disebarkan oleh air?
- Kalis air/berongga/Bersabut/ringan

Fasa Imaginasi :

1. Setiap kumpulan mendapat edaran tugasan daripada guru (Lampiran 3).
Contoh 1 : Bayangkan sebiji guli umpama sebiji buah kelapa. Bagaimana kamu membantu
Biji benih (guli) tersebut terapung di atas air untuk meneruskan kemandirian
spesiesnya ?

2. Guru mempamerkan beberapa bahan maujud seperti polisterin, guli,gunting,
salotep,kotak,tali dll.

3. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang lakaran untuk
menjadikan sebiji guli timbul di atas air dengan membuat pemilihan pada bahan-bahan
yang dipamerkan.

4. Setiap murid membuat lakaran masing-masing, kemudian idea-idea tersebut
digabungkan menjadi satu bentuk lakaran yang unik mengikut kesesuaian tajuk yang
dipilih.

5. ’Murid No 1’ diminta membuat lakaran kumpulan mereka (Lembaran A)

18

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan) :

1. ‘Murid No 2’(NHT) diminta mempamer dan menerangkan lakaran haiwan
imaginasi kumpulan mereka di hadapan kelas (Sesi pembentangan).

2. Murid-murid mendengar ulasan dan maklum balas terhadap persembahan setiap
kumpulan.
Contoh 1 : Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut dalam lakaran kamu?

3. Murid-murid diminta memberi penekanan terhadap unsur-unsur STEM dalam setiap
Lakaran.
Contoh 1 : Apakah elemen STEM yang boleh diitambah dalam lakaran model
kumpulan kamu?
Contoh 2 : Elemen STEM (Sains) – Sifat keapungan bahan

4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil lakaran kumpulan ini ?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. ‘Murid No 2’ berperanan untuk menambah baik lakaran reka bentuk sedia ada supaya
hasilnya
lebih baik dalam (Lembaran B)

2. ‘Murid No1’ diminta melengkapkan borang proses pembangunan model. (Lembaran C)

3. Ahli dalam kumpulan turut menyumbang idea membantu ‘Murid No1’ menyempurnakan
tugasan.

4. Pembangunan model akan bersambung pada minggu hadapan.

5. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing-masing.

• Penangguhan aktiviti projek

Fasa Penutup :
1. Guru menanam kesedaran tentang pentingnya tumbuhan dana lam sekitar kepada

kehidupan.

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran/Penilaian : Hasil kerja kumpulan (Lembaran A) dan Borang
Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

19

Rancangan Pengajaran Harian 6

Projek (3)/2 : Projek Biji Benih Terapung

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Pembinaan model guli terapung (Tugasan 2)

Standard Kandungan DSKP : 4.2 Kemandirian Spesies Tumbuhan (Sains Tahun 5)

Objektif PdPc murid boleh :
1. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan biji benih terapung.
2. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang biji benih terapung.
3. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model biji benih terapung.
4. Memberikan tajuk yang abstrak untuk model biji benih terapung yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
5. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together”

mengikut sesi pembelajaran sebelum ini.

2.‘Murid No 4’ diminta untuk menyatakan nama tajuk lakaran biji benih yang
akan dibina pada sesi pembelajaran sebelumnya.
Contoh 1 : Apakah nama bagi lakaran biji benih kumpulan kamu seperti yang dilakar
sebelum ini ?

Fasa Imaginasi :
1.‘Murid No 3’ diminta mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang telah

disediakan untuk tujuan projek. (murid telah diingatkan lebih awal untuk menyediakan
bahan-bahan untuk aktiviti projek masing-masing)

2. Setiap kumpulan diminta mengeluarkan lakaran model minggu lepas kemudian,
menjalankan aktiviti membina model.

• Pembinaan model dijalankan.

Contoh 1 : Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu ?

Contoh 2 : Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut ?

Fasa Perkembangan (penambahbaikan) :
20

1. Murid No2’ diminta untuk membentang hasil kerja projek model ‘biji benih
terapung’ kumpulan mereka.

2. ’Murid No 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model sangkar
yang telah disiapkan.
Contoh 1 : Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan
biji benih guli terapung untuk meneruskan kemandirian spesisnya ?
Contoh Pengintegrasian elemen STEM :
i) Pengetahuan sains – ciri-ciri bahan yang terapung

Catatan : Murid disediakan dengan kolam air mainan untuk menguji keapungan model.

3. Hasil kerja murid dinilai oleh guru.
Contoh 1 : Adakah lakaran anda sama dengan model sebenar ?

4. Murid lain diminta memberikan pendapat dan pandangan
Contoh 1 : Apakah pandangan kamu tentang hasil projek kumpulan ini ?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :
1. Setiap ahli kumpulan diminta bekerjasama membuat penambahbaikan untuk

menghasilkan model yang lebih baik.

2. ’Murid No 1’ diminta menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model biji
benih terapung yang telah ditambah baik.

Contoh 1 : Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui model
ciptaan kamu ?
- menambah saiz gabus agar lebih mudah terapung.

Fasa Penutup :

1. Guru membuat rumusan hasil yang diterima dan menerangkan bahawa setiap tumbuhan
perlu menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran dan mempunyai ciri-ciri khas untuk
mempertahankan diri daripada musuh bagi meneruskan kemandirian spesiesnya.
Contoh 1 : Bagaimana pendapat anda semasa membina model kumpulan ?
Mengapa?
• Hasil model dipamerkan kepada kelas. (sudut reka cipta).

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (Model Projek Biji Benih Terapung)
dan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

21

Lampiran 3

PROJEK 3 : PROJEK BIJI BENIH TERAPUNG

Projek 3
Bayangkan sebiji guli sebagai sebiji biji benih.
Bagaimana kamu dapat membantu penyebaran biji

benih ini melalui agen pencaran air bagi
meneruskan kemandirian spesiesnya.

22

Rancangan Pengajaran Harian 7

Projek (4)/1 : Projek Kereta Berkuasa Belon

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Lakaran model kereta berkuasa belon (Tugasan 1)

Standard Kandungan DSKP : 5.1 Sumber dan bentuk-bentuk tenaga (Tahun 5)

Objektif PdPc murid boleh :

i. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan kereta mainan berkuasa belon.
ii. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang kereta mainan berkuasa belon..
iii. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran kereta mainan berkuasa

belon.
iv. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model kereta mainan berkuasa

belon yang dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
v. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :

1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”
kemudian, bergerak dalam kumpulan masing-masing

2. Murid-murid ditunjukkan dengan sejenis kereta kawalan jauh.
Contoh 1 : Siapa pernah bermain dengan alat ini ?
Contoh 2 : Kenapa kamu suka bermain dengan permainan ini ?

Fasa Imaginasi :
1. Murid dikemukakan dengan soalan berasaskan masalah (Lampiran 4)

Catatan : Murid tidak mempunyai bateri sebagai sumber tenaga untuk
menggerakkan kereta mainan.

2. Guru mempamerkan beberapa bahan seperti kotak, botol, penutup botol, penyedut
minuman, getah, belon, salotep dll.

Contoh 1 : Apakah bahan-bahan yang anda pilih untuk menghasilkan kereta mainan
kamu?
• Catatan murid bebas memilih bahan-bahan lain yang bersesuaian selain contoh yang

diberi.

Contoh 2 : Bagaimana kamu dapat menghasilkan sebuah kereta mainan yang mampu
bergerak sendiri hanya dengan menggunakan alat/bahan yang dinyatakan di
atas ?

3. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang cara untuk
menjadikan kereta mainan yang mampu bergerak sendiri hanya dengan bantuan
kuasa belon.

23

4. Setiap murid membuat lakaran masing-masing, kemudian idea-idea tersebut
digabungkan menjadi satu bentuk lakaran yang unik mengikut kesesuaian tajuk yang
dipilih.

5. ’Murid No 2’ diminta membuat lakaran kumpulan mereka (Lembaran A)

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan) :

1. ‘Murid No 4’ diminta mempamerkan dan menerangkan lakaran projek model kereta
kumpulan di hadapan kelas. (Sesi pembentangan)
Contoh 1 : Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut dalam lakaran kamu?
Contoh 2 : Apakah keistimewaan rekaan kumpulan kamu berbanding yang lain ?
Contoh 3 : Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki? (sekiranya perlu)

2. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan
inspirasi untuk penambahbaikan.

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. Setiap kumpulan diminta membuat penambahbaikan.

2. ‘Murid No 3’ diminta memperbaiki lakaran mereka setelah perbincangan dibuat
(Lembaran B).

3. ‘Murid No 1’ diminta melengkapkan (Lembaran C) hasil perkongsian idea bersama.
Contoh 1 : Apakah bentuk penambahbaikan yang telah kamu buat paada lakaran kamu
berbanding sebelumnya? Mengapa ?

4. Pembangunan model kereta akan bersambung pada minggu hadapan.
• Penangguhan aktiviti projek

5. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang
dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.

Fasa Penutup :

1. Guru menanam kesedaran tentang amalan penggunaan sumber bahan semula jadi
secara berhemah.

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (Lembaran A) dan Borang Penskoran
Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

24

Rancangan Pengajaran Harian 8

Projek (4)/2 : Projek Kereta Berkuasa Belon

Tema : Sains Hayat

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Pembinaan model kereta berkuasa belon (Tugasan 2)

Standard Kandungan DSKP : 5.1 Sumber dan bentuk-bentuk tenaga (Sains Tahun 5)

Objektif PdPc murid boleh :
i. Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan kereta mainan berkuasa belon.
ii. Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang kereta mainan berkuasa belon..
iii. Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model kereta mainan berkuasa

belon.
iv. Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model kereta mainan berkuasa

belon yang dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
v. Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together”

mengikut sesi pembelajaran sebelum ini.

2.‘Murid No 4’ diminta untuk mempamerkan lakaran model kereta yang akan
Dibina.
Contoh 1 : Apakah nama model kereta yang akan kamu bangunkan ?
Contoh 2 : Mengapa kamu memilih rekaan tersebut ?

Fasa Imaginasi :

1.‘Murid No 3’ diminta mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang telah
disediakan untuk tujuan projek.
(murid telah diingatkan lebih awal untuk menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti
projek masing-masing)
Contoh 1: Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut ?

2. Setiap kumpulan diminta mengeluarkan lakaran model minggu lepas kemudian,
menjalankan aktiviti membangunkan model.

• Pembinaan model dijalankan.

3. Murid-murid diingatkan untuk memberi penekanan terhadap elemen STEM dalam
setiap model yang dihasilkan seperti :

i) Pengetahuan sains - sumber tenaga/perubahan bentuk tenaga
ii) Teknologi kejuruteraan - Reka bentuk model /pergerakan model kereta
iii) Matematik - jarak pergerakan model kereta/kelajuan model kereta

25

Fasa Perkembangan (penambahbaikan) :

1.‘Murid No2’ diminta untuk membentang hasil kerja projek model kereta
berkuasa belon kumpulan mereka.
Contoh 1 : Apakah keistimewaan yang ada pada model kereta kumpulan kamu ?
Contoh 2 : Adakah model kereta ini sama dengan lakaran model yang kamu rancang
sebelum ini ?

2. ‘Murid No 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi pergerakan model
kereta yang telah disiapkan. (Demonstrasi model)
Contoh 1 : Bolehkah model kereta ini diperbaiki? (sekiranya perlu diperbaiki)

Catatan : Guru menyediakan litar/ruang untuk menguji pergerakan model kereta

3. Murid lain diminta memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil ciptaan model kumpulan ini ?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. Setiap ahli kumpulan diminta bekerjasama membuat penambahbaikan untuk
menghasilkan model yang lebih baik.
Contoh 1 : Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui model
ciptaan kamu ?
- Menambah bilangan belon supaya lebih banyak tenaga dihasilkan.

• Catatan : Sekiranya semua kumpulan sudah menjalankan sesi pembentangan hasil
projek, beri sedikit kebebasan untuk murid bermain dengan hasil binaan kumpulan lain
bagi menguji keberhasilan setiap projek .

Fasa Penutup :

1. Murid-murid mendengar rumusan daripada guru bahawa hasil aktiviti yang dijalankan

menunjukkan belon yang berisi udara mempunya tenaga keupayaan yang
mampu menggerakkan sesutu objek.

Contoh 1 : Adakah kamu berasa seronok semasa menghasilkan produk kumpulan kamu ?

Mengapa ?

2. Ruang pameran disediakan kepada setiap kumpulan yang sudah
membentang.

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (model projek Kereta Berkuasa Belon)
dan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)
Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi

Refleksi guru :

26

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Lampiran 4

Projek 4
Bagaimana anda dapat menghasilkan sebuah kereta mainan
yang mampu bergerak dengan bantuan belon ?

27

Rancangan Pengajaran Harian 9

Projek (5)/1 : Projek Rumah Mesra Alam

Tema : Sains Fizikal

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Lakaran model rumah mesra alam (Tugasan 1)

Standard Kandungan DSKP : 6.3 Cahaya boleh dibiaskan (Sains Tahun 5)

Objektif PdPc murid boleh :
• Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan rumah mesra alam.
• Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang rumah mesra alam.
• Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran rumah mesra alam.
• Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model rumah mesra alam yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
• Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid -murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”
kemudian, bergerak dalam kumpulan masing-masing.

2. Murid-murid ditunjukkan dengan gambar sebuah rumah yang menggunakan tenaga solar
untuk menjana elektrik.

Contoh 1 : Pernahkah kamu melihat objek seperti dalam gambar ini ? Di mana kamu
melihanya ?

Contoh 2 : Apakah tujuan alat tersebut dipasang di atap rumah ?
Contoh 3 : Apakah kelebihan jika kita menggunakan peralatan tersebut ?

Fasa Imaginasi :

1. Murid dikemukakan dengan soalan berasaskan situasi seperti dalam (Lampiran 5)
“Sesetengah penduduk yang yang tinggal di kawasan setinggan mempunyai rumah yang
sempit dan kurang mendapat pencahayaan yang baik”
Contoh 1 : Bagaimana kamu dapat membantu penduduk di kawasan tersebut menerangi
ruang yang gelap dengan kos yang murah dan mesra alam?

Persoalan : Kos pemasangan panel suria di rumah sangat mahal

2. Guru mempamerkan beberapa bahan maujud seperti kotak, botol, , penyedut minuman,
salotep dll .
Contoh 1 : Apakah bahan-bahan yang anda pilih dalam lakaran model rumah kumpulan
kamu?
Contoh 2 : Mengapa anda memilih bahan tersebut ?

3. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang cara untuk mereka
lakaran rumah agar pencahayaan lebih baik dengan mengaplikasikan prinsip pembiasan

28

cahaya.

4. Setiap murid dalam kumpulan diminta membuat lakaran rumah mengikut idea
sendiri di dalam buku latihan masing-masing.

5. ‘Murid No 4’ diminta membuat lakaran model rumah kumpulan mereka hasil inspirasi
idea daripada lakaran setiap ahli kumpulan (Lembaran A).

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan) :
1.’Murid No 3’ mempamerkan dan menerangkan lakaran model rumah mesra alam

kumpulan mereka di hadapan kelas .
2. Hasil kerja murid dinilai.

Contoh 1 : Apakah keunikan rekaan model rumah kumpulan kamu berbanding yang lain?
3. Murid lain diminta memberikan pendapat dan pandangan.

Contoh 1 : Apakah kelemahan lakaran kumpulan ini yang boleh ditambahbaik?
4. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.

Contoh 1 : Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :
1.‘Murid No 2’ berperanan untuk menambah baik lakaran reka bentuk sedia ada

supaya hasilnya lebih baik dalam (Lembaran B)
2. ’Murid No 1’ diminta melengkapkan borang proses pembangunan model. (Lembaran C)
3. Pembangunan model akan bersambung pada minggu hadapan.
4. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang dengan

menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.

• Penangguhan aktiviti projek
6. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang

dengan menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.

Fasa Penutup :
1. Guru menanam kesedaran tentang pentingnya manusia memanfaatkan sumber alam

semula jadi untuk kesejahteraan manusia sejagat.
Contoh 1 : Apakah isi pengajaran yang telah kamu peroleh pada hari ini ?

29

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi/keusahawanan

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (Lembaran A) dan Borang Penskoran
Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

30

Rancangan Pengajaran Harian 10

Projek (5)/2 : Projek Rumah Mesra Alam

Tema : Sains Fizikal

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Membina model rumah mesra alam (Tugasan 2)

Standard Kandungan DSKP : 6.3 Cahaya boleh dibiaskan

Objektif PdPc murid boleh :
• Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan rumah mesra alam.
• Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang rumah mesra alam.
• Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model rumah mesra alam.
• Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model rumah mesra alam yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
• Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together” mengikut

sesi pembelajaran sebelum ini.
Contoh 1 : Bolehkah kamu duduk dalam kumpulan seperti pembelajaran lepas?

2. ‘Murid No 3’ diminta untuk menyatakan nama tajuk lakaran rumah yang akan
dibina pada sesi pembelajaran sebelumnya.
Contoh 1 : Apakah nama bagi lakaran model rumah kumpulan kamu seperti yang
dilakar sebelum ini ?

Fasa Imaginasi :

1.‘Murid No 4’ diminta mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang telah
disediakan untuk tujuan projek.

(murid telah diingatkan lebih awal untuk menyediakan bahan-bahan projek masing-masing)

Contoh 1 : Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu ?

Contoh 2 : Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut ?

2. Setiap kumpulan diminta mengeluarkan lakaran model minggu lepas kemudian,
menjalankan aktiviti membangunkan model.

• Pembinaan model dijalankan.

Fasa Perkembangan (penambahbaikan) :

1. ‘Murid No 2’ untuk membentang hasil kerja projek model rumah mesra

31

alam bagi kumpulan mereka.
Contoh 1 : Apakah keistimewaan yang ada pada model rumah kumpulan kamu ?

Mengapa ?
2. ’Murid No 3’ diminta menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi rumah yang

cukup pencahayaan dengan mengaplikasikan prinsip pembiasan cahaya yang telah
disiapkan.
Contoh 1 : Adakah model rumah ini sama dengan lakaran model yang kamu rancang

sebelum ini ?
Contoh 2 : Adakah hasil projek model rumah ini sama dengan kumpulan lain? Mengapa ?
(Demonstrasi model)
3. Murid lain diminta memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil ciptaan model kumpulan ini ?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. Ahli kumpulan diminta bekerjasama membuat penambahbaikan pada model untuk
menghasilkan model yang lebih baik.

2. Sekiranya semua kumpulan sudah menjalankan sesi pembentangan hasil projek, guru
memberi peluang untuk murid membuat pameran hasil projek.

Contoh 1 : Bagaimana pendapat kamu dengan hasil projek kumpulan ini ?

Fasa Penutup :
1. Murid mendengar guru menutup sesi pembelajaran dengan menerapkan kesedaran
tentang nikmat Tuhan

menciptakan cahaya untuk kehidupan di dunia.
Contoh 1 : Mengapa kita perlu bersyukur sentiasa dengan segala nikmat Tuhan ?

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi/Keusahawanan

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (Model projek Rumah Mesra Alam)
dan Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

32

Lampiran 5

AKTIVITI 5 : MODEL RUMAH MESRA ALAM

Projek 5

Bagaimana kamu dapat membantu
keluarga tersebut menerangi ruang yang
gelap dalam rumah dengan
mengaplikasikan prinsip pembiasan
cahaya ke dalam rumahnya.

33

Rancangan Pengajaran Harian 11

Projek (6)/1 : Projek Peti Ais Mini

Tema : Sains Bahan

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Melakar peti aiskrim mini (Tugasan 1)

Standard Kandungan DSKP : 9.2 Perubahan keadaan jirim (Tahun 5) dan 7.1 Sifat Bahan
(Tahun 4)

Objektif PdPc Murid akan dapat :
• Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan Peti aiskrim mini .
• Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang Peti aiskrim mini.
• Mengembangkan atau memperincikan idea dalam lakaran peti aiskrim mini .
• Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model peti aiskrim mini . yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
• Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut PK ‘Puts Head Together”

kemudian, bergerak dalam kumpulan masing-masing.

2. Murid ditunjukkan gambar aiskrim untuk menarik perhatian.
Contoh 1 : Siapa suka makan aiskrim ?
Contoh 2 : Apakah peralatan yang mesti ada untuk membekukan aiskrim ini ?

Fasa Imaginasi :
1. Murid dikemukakan dengan soalan berdasarkan situasi seperti dalam (Lampiran 6).

Contoh 1 : Bagaimana kamu dapat menghasilkan aiskrim buatan sendiri yang lengkap
dengan bekas penyimpanan khas agar aiskrim yang dihasilkan dapat disimpan
dan lambat cair ?

2. Murid ditunjukkan dengan eberapa bahan seperti kotak, bekas polistrena, kain tuala,
garam, plastik, gelang getah susu dll.
Contoh 1 : Apakah bahan-bahan yang anda pilih untuk menghasilkan aiskrim kegemaran
kamu?

• Catatan murid bebas memilih bahan-bahan lain yang bersesuaian selain contoh yang
diberi.

3. Setiap kumpulan dikehendaki ‘put heads together’ merancang cara untuk menghasilkan

34

aiskrim dan tempat penyimpanan khas yang melambatkan proses peleburan aiskrim
melalui lakaran.
4 . Murid-murid dalam kumpulan diminta membuat lakaran tempat penyimpanan ais
mengikut idea sendiri di dalam buku latihan masing-masing.
5. Murid No 2 diminta membuat lakaran model peti penyimpan ais kumpulan mereka hasil
inspirasi idea daripada lakaran setiap ahli kumpulan. (Lembaran A)

Fasa Perkembangan (Penambahbaikan) :
1. Murid No 4 diminta mempamerkan dan menerangkan lakaran kumpulan mereka di

hadapan kelas .
2. Murid lain diminta memberikan pendapat dan pandangan masing-masing.

Contoh 1 : Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut dalam lakaran kamu?
3. Guru memberi maklum balas terhadap persembahan setiap kumpulan.
4. Setiap ahli perlu peka terhadap kritikan dan idea-idea baru yang boleh dijadikan inspirasi

untuk penambahbaikan.
Contoh 1 : Apakah keunikan yang ada pada lakaran model peti ais kumpulan kamu ?
Contoh 2 : Adakah hasil model peti ais mini anda sama dengan kumpulan lain? Mengapa?
Contoh 3 : Bolehkah lakaran awal tadi diperbaiki?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :
1. Setiap kumpulan diminta membuat penambahbaikan.
2. ’Murid No 3’ diminta memperbaiki lakaran mereka setelah perbincangan dibuat

(Lembaran B).
3. ’Murid No 1’ diminta melengkapkan (Lembaran C) hasil perkongsian idea bersama.

Contoh 1 : Apakah bentuk penambahbaikan yang boleh kamu jelaskan melalui lakaran
model rumah ciptaan kamu ?
Contoh murid : Menambah ketebalan polistrin/menambah lapisan kain dll.
4. Pembangunan model akan bersambung pada minggu hadapan.
5. Murid diingatkan untuk membuat persediaan bagi sesi pembelajaran akan datang dengan
menyediakan bahan mengikut perancangan kumpulan masing-masing.

• Penangguhan aktiviti projek

Fasa Penutup :
1. Beberapa orang murid dipilih untuk memberi pendapat tentang hasil pembelajaran

pada hari ini.
Contoh 1 : Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini ?

35

Contoh 2 : Adakah kamu seronok mengikuti sesi pembelajaran pada hari ini ? Mengapa ?

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi/keusahawanan

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (Lembaran A) dan Borang Penskoran
Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal/Melakar

Refleksi guru :

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

36

Rancangan Pengajaran Harian 12

CONTOH-CONTOH AKTIVITI DALAM MODUL KREATIVITI SAINTIFIK

Projek (6)/2 : Projek Peti Ais Mini

Tema : Sains Bahan

Masa : 1 jam

Hasil Murid : Membina model peti ais mini (Tugasan 2)

Standard Kandungan DSKP : Perubahan keadaan jirim (Tahun 5) dan Sifat Bahan
(Tahun 4)

Objektif PdPc Murid akan dapat :
• Menghasilkan idea yang banyak berkaitan dengan Peti aiskrim mini .
• Menghasilkan idea yang asli atau unik tentang Peti aiskrim mini.
• Mengembangkan atau memperincikan idea dalam model peti aiskrim mini .
• Memberikan tajuk yang abstrak untuk lakaran atau model peti aiskrim mini . yang

dihasilkan yang melibatkan aras pemikiran sintesis dan organisasi.
• Mengekalkan pemikiran terbuka dan berusaha menggunakan maklumat yang didapati

daripada pelbagai perspektif.

Fasa Persediaan :
1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan PK ‘Puts Head Together” mengikut

sesi pembelajaran sebelum ini.

2. ‘Murid No 4’ diminta untuk menunjukkan lakaran peti ais kumpulan masing-
masing yang dilakar pada sesi pembelajaran lepas.
Contoh 1 : Apakah nama model model peti ais yang akan kamu bangunkan ?
Contoh 2 : Mengapa kamu memilih rekaan tersebut ?

Fasa Imaginasi :

1. ‘Murid No 2’ diminta mengeluarkan dan menyatakan bahan-bahan yang telah
disediakan untuk tujuan projek.

• Pembinaan model dijalankan.

Contoh 1 : Selain daripada bahan yang diberi, apakah bahan tambahan lain yang akan
kamu gunakan dalam pembinaan model kamu ?

Contoh 2 : Mengapakah kamu memilih bahan-bahan tersebut ?
Contoh 3 : Apakah ciri-ciri khas yang ada dalam model rekaan kamu bagi membolehkan

ais yang disimpan lambat melebur ?

37

Fasa Perkembangan (penambahbaikan) :
1. ‘Murid No3’ untuk diminta membentang hasil kerja projek membangunkan model

kumpulan mereka.

2. ‘Murid No 1’ menunjukkan pengujian hasil projek secara demonstrasi model peti ais dan
aiskrim yang telah disiapkan.
(Demonstrasi model)

3.Murid- murid dari kumpulan lain diminta memberikan pendapat dan pandangan.

4. Guru membuat penilaian.
Contoh 1 : Apakah keistimewaan yang ada pada model peti ais kumpulan kamu ?
Mengapa ?
Contoh 2 : Adakah model peti ais ini sama dengan lakaran model yang kamu rancang
sebelumnya?

5. Murid lain diminta memberikan pendapat dan pandangan.
Contoh 1 : Apakah pendapat anda terhadap hasil ciptaan model kumpulan ini ?

Fasa Tindakan (Pelaksanaan) :

1. Setiap ahli kumpulan bekerjasama membuat penambahbaikan pada model untuk
menghasilkan model yang lebih baik.
Contoh 1 : Apakah bentuk penambahbaikan yang telah kamu buat pada model peti ais
kumpulan kamu ?

Catatan : Sekiranya semua kumpulan sudah menjalankan sesi pembentangan hasil projek,
beri sedikit kebebasan untuk murid untuk sama-sama menikmati aiskrim buatan tangan
mereka.

Fasa Penutup :

1. Murid mendengar rumusan daripada guru tentang sesi pembelajaran yang telah diikuti.
Contoh 1 : Apakah nilai dan pengajaran yang kamu perolehi hasil daripada pembelajaran
kita pada hari ini ?

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi/Keusahawanan

Pentaksiran : Hasil kerja kumpulan (model projek peti ais mini) dan
Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik.

Pengukuhan : (Lembaran B) dan (Lembaran C)

Kemahiran Proses Sains : Memerhati/Berkomunikasi/Meramal

Refleksi guru :

38

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Lampiran 6

AKTIVITI 6 : PROJEK PETI AIS MINI

PROJEK 6
Bagaimana kamu dapat menghasilkan
bekas penyimpanan khas agar aiskrim yang
dihasilkan dmudah alih dan dapat di bawa
mengembara ke hutan untuk jangka masa

beberapa jam.

39

Lampiran

(Lembaran A)

Nama Kumpulan : ________________________________ Tarikh :_____________

Lakaran Projek Kumpulan Kami

Tajuk : _____________________________________________

40

Nama Kumpulan : ________________________________ (Lembaran B)
Tarikh :_____________

Arahan : Hasil lakaran kumpulan anda yang telah dibetulkan
Tajuk : _______________________________________

41

Lampiran 4
(Lembaran C)

Rangka Khusus Setiap Bahagian Dalam Model
Nama Model

Bahagian Dalam Model

Apakah akan jadi sekiranya salah satu bahagian hilang atau tidak berfungsi ?
(kepentingan setiap bahagian)

Apakah hubungan di antara semua bahagian ?
(Rumusan)
42

Unsur STEM Dalam Rekaan Model

Tajuk Model : ___________________________________________________________

Unsur STEM Perincian Lakaran Model

Sains
(apakah tajuk/tema sains dalam rekaan model

anda)
Contoh : perubahan bentuk tenaga

Teknologi
(apakah unsur teknologi dalam rekaan

kumpulan anda?)
Contoh : Kekuatan dan Kestabilan Binaan

Kejuruteraan
(apakah unsur kejuruteraan dalam rekaan

model )
Kekuatan dan Kestabilan Binaan

Matematik
(berapa anggaran kos projek)
Contoh : plastisin (RM1.20 ) + kad manila (RM

0.80)

43

Borang Penskoran Dimensi Tret Kreativiti Saintifik
(Aktiviti Kumpulan)

Tajuk Aktiviti : __________________________________ Tarikh : __________
Nama Kumpulan : _________________________________________________

Skor

Dimensi Tret Keupayaan Lakaran Model

Kelancaran • Menghasilkan idea baharu yang banyak
berkaitan dengan tugasan.
Contoh : Peti penyimpanan aiskrim yang

dilakar/dibangunkan bukan saja dapat
melambatkan proses peleburan aiskrim tetapi
boleh digunakan untuk mengapungkan objek

(seperti pelampung kerana bahannya adalah
ringan dan kalis air) semasa kecemasan atau
banjir dll

Keaslian • Menghasilkanidea yang asli atau unik
daripada keseluruhan respon.

Penghuraian • Mengembangkan atau memperincikan
idea dalam lakaran konsep yang dilukis

dan dilabel

Keabstrakan • Memberikan tajuk yang abstrak untuk
Tajuk lakaran/model/ konsep yang dihasilkan
yang melibatkan aras pemikiran

sintesis dan organisasi

Rintangan • Mengekalkan
terhadap pemikiran terbuka dan berusaha
penutupan menggunakan maklumat yang didapati

pra-matang daripada pelbagai perspektif

Skor Kreativiti Saintifik

Jumlah skor

Catatan Penilai :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

44

Rujukan
Amran N. & Rosli R. (2017). Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21. Universiti

Kebangsaan Malaysia.
Chin, M. K. dan Siew, N.M. 2015. The Development and Validation of a Figural Scientific

Creativity Test for Preschool Pupils. Creative Education, 6, 1391- 1402.
Connections Learning by Pearson. STEM EDUCATION: Preparing Students for a

Growing Field
Hennessey, B.A., Amabile, T.M. (2010): Creativity. Annual Rev. Psychologhy. 61, 569–598
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar The Star

bertarikh 8 Jun 2016 – Langkah perkemas agenda pendidikan STEM.
Molly A. J, (2015) Managing the Classroom for Creativity. Creative Education, 6, 1032-1043
Wimmer L. (2016). Problem solving as a sufficient condition of the creative process: a case

for closer cooperation of creativity research and problem solving research. Front.
Psychol. 7:488.

45


Click to View FlipBook Version