The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dibuat oleh Roshan Rao A/L Kannan. Murid dikehendaki menghasilkan brosur tentang pengurusan sisa domestik di kawasan tempat tinggal mereka dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan tersebut.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9684695, 2021-12-22 10:08:40

Pengurusan Sisa Domestik

Dibuat oleh Roshan Rao A/L Kannan. Murid dikehendaki menghasilkan brosur tentang pengurusan sisa domestik di kawasan tempat tinggal mereka dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan tersebut.

SMK SULTAN ISMAIL

Tajuk: Pengurusan Sisa
Domestik

Nama Pelajar : Roshan Rao A/L Kannan

Kelas/Tingkatan : 1 Pearl

Guru Matapelajaran : Cikgu Hanifah

1

Isi Kandungan: Muka surat
3
Bil Perkara 4-5
6
1.0 Penghargaan 9
2.0 Pendahuluan 10
3.0 Objektif Kajian 15
4.0 Kawasan Kajian 16
5.0 Kaedah Kajian 17-21
6.0 Rumusan
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran

2

1.0 Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengetua Sekolah Menengah Sultan Ismail, Encik Razali
guru mata pelajaran Geografi , iaitu Pn Hanifah kerana
telah memberi peluang kepada saya dalam menjalankan
kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan
rakan-rakan yang telah banyak membantu saya,
meminjamkan bahan- bahan rujukan, memberi panduan
dan bekerjasama sepanjang penghasilan kajian ini.

Seterusnya saya juga meletakkan setinggi- tinggi
penghargaan kepada para responden yang sangat
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
lancar.

3

2.0 PENDAHULUAN

Setiap murid tingkatan 1 wajib menyiapkan kerja
kursus bagi mata pelajaran Geografi. Saya telah diberikan
tajuk “sisa domestik”. Saya memilih untuk menjalankan
kajian pengurusan sisa domestik di kawasan tempat
tinggal saya iaitu di Taman Damansara Aliff, Johor Bahru.

Saya dibesarkan di Taman Damansara Aliff. Saya
mendapati terdapat penduduk taman ini melakukan
membuang sisa kotoran ke dalam longkang. Di samping
itu, berlaku pencemaran udara disebabkan pembakaran
sisa domestik seperti daun-daun dan rumput yang
dipotong. Disamping itu terdapat restoran dan bengkel
kereta yang membuang minyak serta sisa domestik ke
dalam longkang. Perkara ini membolehkan saya
membuat pemerhatian dan dapat melaksanakan kajian
ini dengan lebih menyeluruh.

Masa yang diberikan kepada semua murid bagi
menyiapkan kerja kursus ini selama satu bulan. Bagi saya,
tempoh yang diberikan adalah cukup untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna bagi
mencari maklumat dan bahan tentang kawasan kajian.
Saya menggunakan satu bulan untuk mengumpul semua

4

bahan iaitu peta lakaran ,kawasan tempat ,hasil kajian,
bahan grafik, dan menyiapan dapatan, rumusan dan
keseluruhan kajian saya. Saya bersyukur dan bangga
kerana kajian saya ini boleh dijadikan panduan kepada
saya dalam membantu usaha-usaha bagi mengatasi
masalah sisa domestik di taman saya di masa hadapan.

5

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
(a)Mengenal Konsep dan takrifan sisa domestik
(b) Latar belakang kawasan kajian
(c) Dapatan tentang pengurusan sisa domestik di
kawasan kajian
(d) Cadangan langkah yang bersesuaian
mengurangkan sisa domestik di kawasan kajian
(e) Membentangkan laporan kajian tersebut.

6

Tempat Kajian: Taman Damansara Aliff, Johor
Bahru , Johor.

7

8

4.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian luar dengan menggunakan
beberapa kaedah iaitu:

4.1 Temubual
Saya temubual Timbahan Pengerusi Taman Damansara
Aliff.

4.2 Soal selidik
Saya membuat soal selidik dalam bentuk google form
dan dimasukkan ke dalam group whatsapp Taman
Damansara Aliff

4.3 Rujukan

Saya merujuk sumber sekunder seperti rujukan internet
dan buku-buku geografi. Selepas itu, saya memperoleh
peta kawasan taman saya dan penempatan perumahan
di taman ini.

9

5.0 Kajian

A) Konsep dan Takfiran sisa domestik.
Menurut Wikipedia sisa

domestik merupakan bahan-bahan
buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan seperti sisa makanan, plastik,
kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
buangan toksik pula seperti minyak
masak atau enjin, lebihan racun rumpai
atau serangga dan hampas organik. Sisa
domestik terdiri daripada sisa pepejal dan
sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan
kepada bahan organik dan bahan bukan
organik. Kebanyakan sisa domestik
berpunca daripada aktiviti harian manusia
dan bencana alam selebihnya daripada
tindak balas semula jadi alam sekitar.

10

Menurut Akta 672 Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 maksud
sisa pepejal ialah “apa-apa bahan sekerap atau
benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau
keluaran yang ditolak yang timbul daripada
penggunaan apa-apa proses”.

B) Latar Belakang Kawasan Kajian.

Nama Kawasan Kajian saya ialah Taman
Damansara Aliff. Taman ini mula dibina pada
tahun 2003 dan mempunyai 384 buah rumah.
Taman ini telah menubuhkan satu persatuan
penduduk. Pengerusi taman ini ialah Kapten
Mohd Yusri Bin Mohd Noor dan Timbalan
Pengerusinya ialah Encik Arumugan A/L
Krishnan.

11

Penduduk taman ini terdiri daripada
pelbagai kaum. Kebanyakan penduduk ini
bekerja sebagai pejawat awam, ahli perniagaan
dan bekerja di Singapura. Mereka sangat
beramah mesra dan saling membantu antara
satu sama lain.

C) Dapatkan tentang pengurusan sisa domestik
di kawasan kajian.

Encik Arumugan mulakan kitar semula minyak
apabila beliau melihat ramai orang membazir
minyak dan membuangkannya ke dalam
longkang. Beliau memutuskan untuk membuat
kempen menggumpul minyak terpakai. Beliau
meminta semua orang penduduk di kawasan ini
untuk menuangkan minyak terpakai di dalam
bekas di hadapan dewan. Daripada temubual
didapati hanya 20% penduduk di taman ini
mengambil bahagian dalam projek ini. Selepas
sebulan pihak yang bertanggungjawab Iaitu

12

sebuah syarikat “biofuel” akan datang dan
mengambil minyak tersebut. Pihak syarikat
akan memberikan wang. Sejak bermula projek
ini pada 2019, beliau telah menggumpul lebih
daripada seribu ringgit. Wang ini disalurkan ke
tabung persatuan penduduk.

Saya telah membuat satu soal-selidik
tentang sisa domestik menggunakan google
form. 13 respoden mengambil bahagian pada
soal-selidik ini. 92.3% prihatin kepada sisa
domestik dan 69.2% menyumbang kepada
pemberian minyak terpakai. 76.9% pula terlibat
dalam kitar semula di taman ini. 12 responden
berkata kesan pembuangan sisa domestik ialah
pencemaran kepada alam sekitar.

13

D) Cadangkan langkah yang bersesuaian
mengurangkan sisa domestik di Kawasan kajian.

Langkah-langkah yang boleh dibuat di kawasan
kajian ini ialah, kita boleh membuat kempen
kesedaran untuk mengurangkan sisa domestik
di kawasan ini dan membuat gotong-royong
membersihkan dan mengutip sampah dan
botol-botol plastik dan sebagainya di kawasan
kediaman. Penduduk di Kawasan ini rajin
berjalan disebelah pagi dan petang. Maka
mereka boleh mengutip botol-botol plastic dan
dimasukkan ke dalam tong kitar semula.

Seterusnya kita boleh menyedarkan penduduk-
penduduk atau memberitahu faedah kitar
semula dan mengamalkan 3R melalui media
sosial contohnya dengan menggunakan
facebook dan whatsapp.

Disamping itu, kita perlu memberikan
kesedaran bahawa pembuangan minyak

14

terpakai ke dalam longkang boleh
menyebabkan sungai kita akan kotor dan
hidupan dalam sungai akan mati. Penduduk
sering diberikan templet yang mempunyai
perkara yang baik yang difikirkan.

6.0 Rumusan

Kawasan ini mempunyai banyak potensi untuk
menguruskan sisa domestik ke tahap yang lebih
baik. Setiap orang perlu memainkan peranan
masing-masing untuk memastikan masyarakat
hidup dalam keadaan sejahtera dan bahagia.
Oleh itu pihak persatuan taman ini harus
membuat aktiviti kitar semula serta
memberikan ganjaran kepada penduduk yang
memberi sokongan dan penjagaan alam
sekitar.Namun demikian, usaha pembangunan
taman ini tidak harus dilakukan secara intensif
sehingga membelakangkan penjagaan alam
sekitar.

15

7.0 Sumber Rujukan
Akta 672 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007

https://www.kpkt.gov.my/index.php/dl/64584e6c636c38784c303146546b64465
46b464a49457451533151765155745551533942613352684e6a6379655449774d4
46469625335775a47593d

Hisham Azman bin Ibrahim (2016),
Geografi Tingkatan 1, Era Visi Sdn. Bhd.
Wikipedia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_dom
estik

16

8.0 Lampiran

17

18

Empat gambar ini menunjukkan analitic untuk
soal-selidik saya.

19

1B)

1B)Gambar saya membuat temubual dengan
Timbalan pengerusi

2B)

Ini adalah bekas minyak Pusat pengumpulan
yang disimpan oleh minyak terpakai di
timbalan pengerusi. Taman Damansara aliff

20

3A) 3B)

Gambar 3A dan 3B ialah lori sampah yang
mengambil sisa seperti pokok-pokok dan
rumput.

[Kajian Tamat]

21


Click to View FlipBook Version