SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(Taman Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor.)
DISEDIAKAN OLEH:
ROSHAN RAO A/L KANNAN
TINGKATAN:
2 PEARL
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
26/12/2022
JADUAL KERJA
BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
1. 05 Disember 2022
Menghadiri taklimat yang dijalankan Dibuat semasa pdpc
2. 10 Disember 2022 oleh guru mata pelajaran Geografi di dalam kelas
3. 12 Disember 2022 berkaitan dengan kerja lapangan.
4. 14 Disember 2022
5. 15 Disember 2022 Membuat persediaan awal di rumah. Berbincang dengan
6. 17 Disember 2022 ibu bapa
Meyenaraikan kaedah kajian yang
sesuai untuk objektif kajian.
Mengenal pasti konsep teknologi Mencari maklumat di
hijau dalam internet
Mencari maklumat lain untuk objektif –
kajian
Mengambil gambar-gambar teknologi Menggunakan basikal
hijau di persekitaran kawasan Taman sebagai transportasi.
Damansara Aliff, Johor Bahru.
.7. 19 Disember 2022 Mula menyenaraikan kajian saya. Menggunakan Google
Docs
8. 26 Disember 2022 Menyiapkan tugasan kerja lapangan –
saya.
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
1. PENGAHARGAAN 4
2. PENDAHULUAN 5
3. OBJEKTIF KAJIAN 6
KAJIAN KES 7-8
4. KAWASAN KAJIAN 9
5. KAEDAH KAJIAN 10-13
6. HASIL KAJIAN 14
7. RUMUSAN 15
8. RUJUKAN 16-19
9. LAMPIRAN
1.0 PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus geografi ini. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada pengetua sekolah saya, Encik Razali Bin Tamadi kerana sentiasa
memberi galakan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus geografi ini.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada guru geografi saya cikgu Hanifah Binti
Jamaluddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus geografi ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua ibubapa
saya yang sentiasa memberi sokongan moral, tenaga dan juga sokongan kewangan untuk
membantu saya menyiapkan kerja kursus geografi ini. Akhir sekali,ucapan terima kasih saya
tujukan kepada kawan-kawan saya yang telah memberi idea untuk menyiapkan kerja kursus
ini.
2.0 PENDAHULUAN
Setiap murid tingkatan 2 wajib menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran
Geografi. Saya telah diberikan tajuk “Amalan Teknologi Hijau”. Saya memilih untuk
menjalankan kajian ini di kawasan tempat tinggal saya iaitu di Taman Damansara Aliff, Johor
Bahru.
Saya membesar di kawasan perumahan Taman Damansara Aliff. Saya mendapati
terdapat penduduk di taman ini menggunakan pelbagai jenis teknologi hijau. Antaranya
pengunaan solar panel dibumbung rumah, menuangkan minyak masak yang terpakai di
rumah ke dalam bekas, meletakkan barang-barang kitar semula dan lain-lain lagi. Namun
demikian masih terdapat banyak penduduk yang tidak mengetahui mengenai kepentingan
teknologi hijau. Perkara ini membolehkan saya membuat pemerhatian dan dapat
melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam dan menyeluruh.
Masa selama satu bulan diberikan kepada semua murid bagi menyiapkan kerja kursus
ini. Bagi saya, tempoh yang diberikan adalah cukup untuk saya menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna bagi mencari maklumat dan bahan tentang kawasan kajian. Saya
menggunakan satu bulan untuk mengumpul semua bahan iaitu peta lakaran kawasan tempat,
hasil kajian, bahan grafik, dan menulis dapatan kajian, rumusan dan keseluruhan kajian saya.
Saya bersyukur dan bangga kerana kajian saya ini boleh dijadikan panduan kepada saya
dalam membantu usaha-usaha bagi meningkatkan penggunaan teknologi hijau di taman saya
di masa hadapan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
a) Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau
b) Mengenal pasti tiga jenis dan contoh teknologi hijau yang terdapat di
Taman Damansara Aliff, Johor Bahru.
c) Menyenaraikan empat kepentingan teknologi hijau.
d) Menghuraikan empat punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian.
e) Mencadangkan empat langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai
4.0 KAWASAN KAJIAN
TEMPAT KAJIAN: TAMAN DAMANSARA ALIFF, JOHOR BAHRU, JOHOR
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian luar dengan menggunakan beberapa kaedah iatu:
5.1 PEMERHATIAN
Saya membuat pemerhatian sekitar taman saya mengenai penggunaan teknologi hijau.
5.2 RUJUKAN
Saya merujuk sumber sekunder seperti rujukan internet dan buku-buku geografi. Selepas itu,
saya memperoleh peta kawasan dan penempatan perumahan di taman Damansara Aliff, Johor
Bahru.
5.3 TEMUBUAL
Saya menemu bual Timbahan Pengerusi Taman Damansara Aliff.
6.0 KAJIAN
A) Konsep dan definisi teknologi hijau
Menurut buku teks geografi tingkatan 2 KSSM, Teknologi Hijau adalah
pembangunan produk , peralatan dan sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
serta sumber semula jadi.
Menurut Wikipedia pula, Teknologi Hijau adalah penggunaan sains alam sekitar
untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada
aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah
teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Daripada sebuah lagi sumber, Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem
yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia
mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia adalah selamat
untuk digunakan juga menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
Penjimatan tenaga dan sumber asli; dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh
diperbaharui.
B) Tiga jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Damansara Aliff, Johor
Bahru
Jenis teknologi hijau yang terdapat di kawasan perumahan saya ialah penggunaan
panel solar di atas bumbung rumah. Seterusnya ialah minyak masak yang akan dikitar semula
untuk digunakan di dalam kilang besar atau di dalam restoran. Akhir sekali, setiap hari
khamis, sebuah lori akan datang mengambil barang-barang yang boleh dikitar semula dan
dibawa ke sebuah kilang untuk menghasilkan produk-produk kitar semula.
C) Empat Kepentingan Teknologi Hijau
Antara kepentingan teknologi hijau ialah kita boleh meningkatkan keselesaan dan
kesihatan masyarakat. Teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi
persekitaran. Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan
dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan
meningkatkan kualiti hidup.
Seterusnya, dari segi ekonomi pula, teknologi hijau dapat mengurangkan kos operasi
dan dapat meningkatkan nilai keuntungan sebuah syarikat. Mereka boleh menggunakan wang
yang dikumpul untuk membangunkan syarikatnnya. Sebagai contoh, syarikat-syarikat boleh
menggunakan panel solar untuk mengurangkan kos tenaga yang digunakan. Walaupun panel
solar mahal, ia bermanfaat dan mengurangkan kos tenaga yang banyak pada jangka masa
yang lama.
Selain itu, teknologi hijau dapat meningkatkan dan memajukan pembangunan negara.
Negara Malaysia adalah salah satu negara yang menghasilkan produk-produk teknologi hijau.
Contohnya, Industri Fotovolta. Sel foto volta ialah sejenis sel suria yang menggunakan kesan
fotovolta bagi menjana tenaga elektrik menggunakan beza upaya yang wujud antara bahan
apabila permukaan sel didedahkan kepada sinaran elektromagnet, contohnya tenaga suria.
Akhir sekali, kita boleh jimat tenaga dan boleh diperbaharui. Kita boleh menjimatkan
tenaga dan sumber asli seperti bahan api fosil dan petroleum. Sebagai penggantinya kita
boleh menggunakan teknologi hijau untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
seperti tenaga solar, angin dan biogas. Kita boleh mengurangkan kitaran karbon di dunia.
D) Empat punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
Antara punca-puncanya ialah rakyat tidak mempunyai kesedaran mengenai teknologi
hijau. Rakyat tidak diberikan pendedahan yang berterusan mengenai kesan dan akibat tidak
mengamalkan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Contohnya pihak berkuasa perlu
mengingatkan rakyat dalam media massa setiap hari bahaya yang akan dihadapi oleh generasi
yang akan datang jika teknologi hijau tidak diamalkan.
Seterusnya, pihak kerajaan kurang penguatkuasaan terhadap teknologi hijau. Apabila
sesuatu tindakan dilakukan, pihak berkuasa tidak memantau secara serius terhadap situasi.
Contohnya penggunaan plastik. Hanya negeri Selangor sahaja yang prihatin terhadap
penggunaan beg plastik di kedai sepenuhnya.
Selain itu, rakyat kekurangan kepakaran teknologi. Jika seseorang tidak memiliki
pengetahuan yang cukup tentang teknologi terbaru, maka ia mungkin tidak dapat
memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya atau bahkan tidak dapat menggunakannya sama
sekali.
Akhir sekali, teknologi hijau sering kali tidak diberikan tumpuan yang cukup dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh fokus yang lebih besar pada
subjek-subjek lain seperti sains, matematik, dan Bahasa Melayu. Sumber rujukan yang
tersedia mengenai teknologi hijau seringkali terhad dan tidak selengkap sumber rujukan yang
tersedia untuk subjek-subjek lain. Ini menyukarkan pelajar untuk memahami topik dengan
lebih mendalam.
E) Empat langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
teknologi hijau yang sesuai
Antaranya, rakyat yang tidak mempunyai kesedaran, kita boleh menyediakan maklumat
yang mudah difahami. Kerajaan perlu pastikan maklumat yang disediakan tentang teknologi
hijau dapat difahami oleh semua orang, terutamanya mereka yang tidak mempunyai
pengetahuan asas mengenai topik ini. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas, dan sertakan
contoh-contoh nyata untuk memudahkan pemahaman.
Seterusnya, kerajaan boleh menetapkan garis panduan dan dasar teknologi hijau. Pihak
kerajaan boleh menetapkan garis panduan dan dasar teknologi hijau yang menjelaskan tentang
kepentingan penggunaan teknologi hijau serta bagaimana ia boleh diimplementasikan di dalam
sektor perindustrian dan perkhidmatan. Di samping itu, kerajaan perlu memberikan sokongan
kewangan kepada syarikat bukan kerajaan. Pihak kerajaan boleh memberikan sokongan
kewangan kepada syarikat-syarikat yang ingin mengimplementasikan teknologi hijau di dalam
operasi mereka. Ini termasuk bantuan kewangan untuk mengubah sistem pengeluaran kepada
yang lebih hijau atau memberikan insentif kepada syarikat yang menggunakan teknologi hijau.
Selain itu, untuk rakyat yang kekurangan kepakaran teknologi hijau, kita boleh
menyebarkan maklumat dan mempromosikan teknologi hijau kepada rakyat. Ini boleh
dilakukan dengan menjalankan sesi ceramah atau sesi latihan, atau dengan menggunakan
media sosial atau laman web untuk memberikan maklumat tentang teknologi hijau. Di samping
itu, kerajaan juga boleh membawa masuk pakar dari luar negara untuk membantu syarikat yang
menjalankan sesuatu proses yang melibatkan teknologi hijau.
Akhir sekali, Kementerian Pendidikan Malaysia harus memberi pendedahan topik
teknologi hijau dalam buku teks di sekolah. Sekolah perlu mendorong murid dalam
penggunaan teknologi hijau sejak darjah satu. Sekolah perlu kreatif serta mencari peluang
untuk menggunakan teknologi hijau dalam pelbagai aspek.
7.0 RUMUSAN
Kawasan ini mempunyai banyak potensi untuk memanfaat daripada teknologi hijau ke
tahap yang lebih baik. Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan masyarakat hidup dalam keadaan sejahtera dan bahagia. Oleh itu pihak persatuan
taman ini harus membuat aktiviti kitar semula serta memberikan ganjaran kepada penduduk
yang memberi sokongan dan penjagaan alam sekitar. Namun demikian, usaha pembangunan
taman ini tidak harus dilakukan secara intensif sehingga membelakangkan penjagaan alam
sekitar.
8.0 RUJUKAN
http://hairilhazlan.com/2019/03/25/apa-itu-teknologi-hijau/
Wikipedia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sel_fotovolta
Berita Harian
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-tingkat-
kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara
9.0 LAMPIRAN
Gambar-gambar tentang contoh teknologi hijau di Taman Damansara Aliff, Johor Bahru
1)
Gambar 1A menunjukkan panel solar di sebuah rumah di kawasan kajian saya.
1B)
Gambar 1B menunjukkan lori yang akan mengambil
barang-barang yang boleh dikitar semula.
1C)
Gambar 1C menunjukkan temubual yang dibuat oleh saya dengan pengerusi kawasan kajian
saya untuk maklumat tentang pengumpulan minak masak lama.
1D)
Gambar 1D menunjukkan tempat perkumpulan minyak masak di kawasan kajian saya.
[ KAJIAN TAMAT ]