The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh Aliya Farhana & Alisya Raihana dari Sekolah Menengah Kebangasaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alisya Raihana, 2023-07-30 08:46:35

Buku Skrap Digital- Lebih Baik Cegah: Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara 2023

Oleh Aliya Farhana & Alisya Raihana dari Sekolah Menengah Kebangasaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Keywords: PPDa,Dadah,Lebih Baik Cegah,Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara,SMK CBN,HIV,AIDS

Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH – DADAH, ALKOHOL, ROKOK, VAPE, INHALAN, HIV AIDS LEBIH BAIK CEGAH: PPDa


Nama 1: Biodata Nama sekolah: Tingkatan: Guru pembimbing: Jawatan guru pembimbing: Aliya Farhana bt Syedi SMK Convent Bukit Nanas 4 Caring Puan Farah Nadia Guru akademik mata pelajaran Nama 2: Nama sekolah: Alisya Raihana bt Syedi SMK Convent Bukit Nanas Kod sekolah: WEB0213 Tingkatan: Guru pembimbing: Jawatan guru pembimbing: 3 Caring Puan Farah Nadia Guru akademik mata pelajaran Kod sekolah: WEB0213


Dadah ialah bahan kimia psikoaktif. Apabila dadah digunakan dengan cara menelan, menghidu atau menyuntik ke dalam badan akan mengubah emosi, perasaan, tingkah laku dan persepsi seseorang. Dari segi perubatan, dadah digunakan untuk merawat pesakit. Tetapi terdapat segelintir masyarakat yang menyalahgunakan dadah untuk tujuan lain. Seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung kepadanya. Antaranya termasuklah dadah, alkohol, rokok, vape, dan inhalan. Apakah itu Dadah?


Jenis Alkohol bir, wine, vodka, rum, tuak, sake, soju, tequila, champagne Jenis-jenis Dadah Jenis Dadah kokain, morfin, heroin, ecstacy, crystals, ganja Jenis Rokok rokok, biasa, rokok kretek, rokok daun, cerut, rokok gulung Jenis Inhalan cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam, dakwat pen, klorofom Jenis Vape vape pakai buang, vape pen, vape desktop, vape portable


Dadah merosakkan otak dan sistem saraf badan Dadah melemahkan dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pertimbangan dan kebolehan menyelesaikan masalah Dadah menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya buli, kecurian, rompakan, ragut, rogol dan pembunuhan Dadah mendatangkan risiko jangkitan HIV, penyakit AIDS, Hepatitis dan sawan Wanita hamil akan mengalami keguguran, bayi lahir pramatang, kecacatan dan kematian bayi Dadah boleh membawa maut kepada diri sendiri, ahli keluarga dan orang awam Dadah merosakkan nama baik keluarga, sekolah dan negara Mengapakah itu Berbahaya? Dadah


HIV, AIDS Dadah Apakah itu HIV dan AIDS? Human Immunodeficiency Virus (HIV) ialah jangkitan virus melalui cecair badan atau darah yang mampu memusnahkan daya tahan badan seseorang. Mereka yang dijangkiti HIV berisiko mendapat penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) yang memberi kesan seperti demam, cirit-birit, penurunan berat badan, bengkak kelenjar, jangkitan kulat, kanser dan maut. Bagaimanakah Cara HIV Merebak? HIV boleh merebak melalui beberapa cara. Antaranya HIV mudah dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah Apakah Rawatan untuk AIDS? Buat masa ini, masih tiada ubat untuk merawat pesakit AIDS. dan


Bersikap asertif dengan mengatakan TIDAK kepada dadah Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah Sentiasa berfikiran positif Mengurus stres dan tekanan negatif dengan berkongsi masalah dengan guru kaunselor dan ibu bapa Makan makanan berkhasiat dan seimbang berdasarkan piramid makanan dan dapatkan rehat yang mencukupi Mengisi masa lapang dengan hobi yang berfaedah seperti membaca, berkebun, menjadi ahli sukarelawan Meningkatkan pengetahuan berkaitan penyalahgunaan dadah dan kesan buruknya Mematuhi peraturan-peraturan sekolah Apakah Cara-cara Untuk Mencegah Diri Daripada Dadah?


Guru Kelas Memantau sikap dan perilaku pelajar di sekolah Siapakah Yang Perlu Memainkan Peranan Untuk Mencegah Dadah Dalam Kalangan Pelajar? Rakan Sebaya Menegur rakan dan memberi nasihat Kaunselor Sekolah Memberi nasihat dan khidmat kaunseling Persatuan PIBG Mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) secara berkala di sekolah bagi memberi ilmu pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada pelajar Masyarakat Melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah yang berlaku di kawasan sekitar Ibu Bapa Memberi perhatian, kasih sayang dan mendidik anak-anak dengan ajaran agama


Menjadi pelajar yang bersiasah baik dan terpuji Mempunyai keyakinan diri yang tinggi Hidup menjadi ceria dan tenang Mengarumkan nama keluarga dan nama sekolah Menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum Menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya Dadah? Apakah Kesan Positif Hidup Tanpa


Pelajar perlu menghindari diri daripada terjebak dalam kancah dadah, alkohol, rokok, vape, dan inhalan. Hal ini dikatakan demikian kerana pencegahan adalah lebih baik kerana dadah sangat berbahaya dan memudaratkan kesihatan. Dadah boleh merosakkan sel otak dan fungsi badan. Selain itu dadah boleh menyebabkan penyakit AIDS, hepatitis dan sawan. Semua pihak seperti rakan sebaya, ibu bapa, guru-guru, serta masyarakat perlu berganding bahu memikul tanggungjawab untuk mencegah penyalahggunaan dadah dalam kalangan pelajar. Dengan cara ini akan melahirkan murid ceria, guru bahagia dan sekolah bitara. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan buku skrap digital ini. Kami berharap informasi yang dikongsikan memberi impak kepada semua pembaca. Terima Kasih. Aliya Farhana Alisya Raihana Penutup dan Penghargaan


Click to View FlipBook Version