PENDIDIKAN ISLAM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM ASAS
KECERMELANGAN
IZZUL AMZAR BIN SAFARUDDIN
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
IPG Kampus Pendidikan Islam, Beg Berkunci No.
214 Pusat Mel bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
KANDUNGAN
1. Pengenalan 1
2. Bahagian 1: Pembentukan Individu Muslim 2-11
3. Bahagian 2: Pembentukan Baitul Muslim 12-20
4. Bahagian 3: Pembentukan Masyarakat Muslim 21-27
5. Kesimpulan 28
6. Rujukan 29
PENGENALAN
Tasawur Islam adalah sesuatu yang
merangkumi keseluruhan agama Islam yang
telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
dimana didalamnya terkandung semua bentuk
perkara asas yang berkaitan dengan akidah,
amalan dan hukum yang perlu dipatuhi secara
zahir dan batin dengan keikhlasan yang penuh.
Sebagai seorang mahasiswa, pendidik
bahkan sesiapa pun wajib mempunyai asas
dalam didikan Islam terutama dari segi akidah.
Ini juga penting dalam membentuk peribadi
seorang Muslim yang mantap. Penerapan nilai-
nilai murni Islam dalam diri seseorang perlulah
dimulakan sejak dari awal meliputi peringkat
rendah lagi.
Mempelajari Tasawur Islam juga
merupakan salah satu cabang dalam memahami
Islam dengan lebih tepat.
BAHAGIAN 1
PEMBENTUKAN
INDIVIDU
MUSLIM
MARATIB AMAL
Maratib Amal bermaksud tingkatan amal kita.
Maratib Amal merupakan suatu keperluan bagi
mengukur tahap amalan kita dalam kehidupan. Perkara
ini penting kerana setiap manusia melalui fasa-fasa yang
berbeza dalam kehidupan pada setiap peringkat umur.
Dalam Islam, kita diajar untuk mempunyai tujuan
hidup iaitu yang utama ialah untuk meraih dan mencapai
reda Allah. Secara fitrahnya, untuk mencapai reda Allah
ini, beberapa tingkatan perlu dilalui oleh seseorang.
Mengikut rajah maratib amal itulah merupakan
tingakatannya iaitu bermula dengan diri sendiri diikuti
keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada
pemerintahan Islam.
Imam Hasan al-Banna menyatakan,
“kita menginginkan peribadi muslim, rumahtangga
muslim, masyarakat muslim dan akhirnya pemerintahan
dibawah ajaran Islam”.
USTAZIATUL ISLAM
EMPAYAR ISLAM
NEGARA ISLAM
KERAJAAN ISLAM
MASYARAKAT MUSLIM
BAITUL MUSLIM
INDIVIDU MUSLIM
MARATIB AMAL
Pembentukan Individu Muslim
قُ ْل اِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ِحبُّ ْو َن ّٰلهلاَ فَات ِبعُ ْو ِن ْي يُ ْحبِ ْب ُك ُم ّٰلهلاُ َويَ ْغ ِف ْر لَ ُك ْم
ذُنُ ْوبَ ُك ْم ۗ َوّٰلهلاُ َغفُ ْو ٌر ر ِح ْي ٌم
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muahammad kepada umat
Islam dan dunia), “Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah
(jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia
ampunkan dosa-dosa kamu”.
Ayat diatas jelas menujukkan bahawa jika sesorang
mahu berjaya di dunia dan akhirat, individu tersebut
mestilah mengikut panduan yang benar iaitu al-Quran dan
Sunnah.
Jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW dan para
sahabat, mereka berpegang dengan panduan Al-Quran dan
Sunnah dengan teguh sehingga dapat membentuk
masyarakat Muslim yang kukuh dan membawa kepada
keberhasilan mengembangkan Islam di seluruh pelusuk
dunia.
Akhlak merupakan suatu nilai yang penting yang merujuk
kepada ciri-ciri atau sifat yang mulia dalam pembentukan
peribadi individu Muslim.
Imam Ghazali berkata dalam kitab Ihya’ Ulumuddin:
Akhlak adalah satu sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang, dengan akhlak tersebut, terbentuk perbuatan
dengan mudah dengan tidak berkehendakkan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
LANGKAH PENETAPAN MATLAMAT HIDUP
INDIVIDU MUSLIM
Tujuan Hidup
Visi Hidup
Peranan kita sebagai
Khalifah, Pelajar dan Anak
Kriteria yang perlu ada dalam
diri individu Muslim
Matlamat Hidup: Individu
Muslim yang syumul
Muasofat Tarbiyah
Salimul Aqidah
( Akdiah yang Sahih)
Bermanfaat Sohihul Ibadah
kepada orang (Ibadat yang Betul)
lain
Pandai Ciri-Ciri Akhlak
berdikari Pembentukan yang
Individu Muslim Mantap
dan
mampu Qawiyul Jism
berusaha (Kekuatan
Jasmani)
Fikiran yang
berpengetahuan
Pandai Menjaga
Waktu
Jihad melawan Teratur dalam
nafsu Urusan
Salimul Aqidah Mendekatkan diri dengan Allah dan
memperbanyakkan zikir
Sohihul Ibadah
Menjauhi dosa dan menjaga
Akhlak yang kebersihan hati
mantap
Mempelajari daln memperbetulkan
Qawiyul Jism amalannya
Tidak bersikap terlampau dan
berkurang dalam ibadah
Mencontohi akhlak Rasulullah SAW
Sentiasa memastikan badan sihat
dan cergas
Tidak makan atau minum sesuatu
yang merosakkan badan
Fikiran yang Berpengetahuan mengenai Islam
berpengetahuan atau maklumat am
Jihad melawan Bersumberkan Al-Quran dan
hawa nafsu Sunnah
Pandai Mempunyai azam yang kuat untuk
menjaga melawan hawa nafsu
waktu
Mempraktikkan Islam dalam
Teratur dalam kehidupan
urusan
Sentiasa berdoa agar diberkati
waktu yang digunakan
Sentiasa menghargai waktu
Sentiasa mempunyai perancangan
dalam hidup
Sentiasa memanfaatkan waktu
dengan sebaiknya
Pandai Melakukan sesuatu dengan baik
berdikari dan
Mampu menguruskan sesuatu
mampu dengan tenang
berusaha
Sentiasa membantu dan mengajak
Bermanfaat kepada kebaikan
kepada orang
Sentiasa berusaha menyelamatkan
lain orang lain dari kesesatan
BAHAGIAN 2
PEMBENTUKAN
BAITUL
MUSLIM
Struktur asas dalam seluruh sistem sosial
dalam sesebuah masyarakat ialah keluarga.
Keluarga merupkan sebuah institusi yang menjamin
kestabilan sosial dan masyarakat. Islam juga
menitik beratkan tentang kepentingan sesebuah
institusi kekeluargaan bagi menjamin kesejahteraan
manusia.
Institusi kekeluargaan memainkan peranan
dalam membentuk, melahir, dan mendidik
seseorang menjadi manusia yang berakhlak dan
berguna. Keruntuhan dan kerapuhan institusi ini
akan membawa kepada kesan yang negatif dalam
membina masyarakat yang utuh.
Baitul Muslim adalah sebuah konsep yang
dibawa dan diajar oleh Islam untuk kita menghayati
dan memhami keperluan mewujudkan keluarga
yang diredai Allah, keperluan berkasih saying, dan
keperluan mendidik anak yang juga dikenali
sebagai marhalah tarbiyah.
LANGKAH PEMBENTUKAN BAITUL MUSLIM
Persediaan Diri
Pemilihan Jodoh
Pemilihan Calon
Tujuan yang Mulia
Tanggungjawab dalam Keluarga
Persediaan Diri
Fardhu Ain
Ilmu Pengurusan
Keibubapaan Rumahtangga
ILMU ASAS YANG
WAJIB DIPELAJARI
Individu Muslim tidak kira lelaki atau wanita juga
perlu mempersiapkan diri dari segi metal, fizikal dan rohani
sebagai persediaan memikul tanggungjawab berkeluarga.
Tanpa menitik beratkan aspek-aspek ini, ia akan
menjejaskan keharmonian rumahtangga yang dibina.
Pemilihan Jodoh
ِم َن ا ْل ِك ٰت َب ِح ٌّل ۖ َو ا َطْليَعَاْو ُم َم ُكاُْم ِح ِحل ٌّللَ لُك ُمُه ْما ۖل َوطا ِيْلٰب ُم ُۗ ْتح َو َص ٰنَطعَُتا ُم ِمالَن ِذ ْاي ْل َنُم ْاُؤ ِْوم ٰتُنو ِات ل ُك ْم
َوا ْل ُم ْح َص ٰن ُت
ال ِذ ْي َن اُ ْوتُوا ا ْل ِك ٰت َب ِم ْن قَ ْب ِل ُك ْم ِاذَا ٰاتَ ْيتُ ُم ْو ُهن اُ ُج ْو َر ُهن ُم ْح ِص ِن ْي َن
َح ِب َط فَقَ ْد اي ْل ْك ٰفُخ ْر ِس ِبِرا ْيَْ ِل َنْي َما ِن ۖ َُموت ُهِخَوِذ ِفْيىاَاْخَْ ٰلَداِخۗنَر ِةَو َِمم َْنن ُم َسافِ ِح ْي َن َو ََل َغ ْي َر
َع َملُ ٗه
Maksudnya: Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan
perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya, di antara
perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-
perempuan yang menjaga kehormatannya dalam kalangan
orang-orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu apabila
kamu memberi mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan
cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula
kamu mengambil perempuan-perempuan simpnan. Dan sesiapa
yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka
sesungguhnya gugurlah amalannya (yang baik) dan adalah ia
pada hari akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi.
Ayat diatas jelas menunjukkan Islam telah memberi
panduan kepada kita ciri-ciri yang harus diutamakan dalam
memilih calon suami atau isteri. Pemilihan yang
berlandaskan panduan Islam dikira sebagai pemilihan yang
tepat lagi baik dalam memastikan diri sentiasa diredai
Allah.
Pemilihan Calon
Beragama
Keturunan
Harta
Kecantikan
Tujuan yang Mulia
Pembinaan institusi rumahtangga atau baitul muslim
mestilah didasar dengan niat yang betul dan suci agar
matlamat pembinaan institusi tersebut tercapai. Tujuan
institusi kekeluargaan ini dibina adalah untuk
mengikut Sunnah Rasulullah seperti yang dinyatakan
dalam hadis:
النِ َكا ُح ُسنتِ ْي فَ َم ْن َر ِغ َب َع ْن ُسنتِ ْي فَلَ ْي ََ ِم ِن ْي
Maksudnya: Nikah itu adalah sunahku, maka sesiapa
yang tidak beramal dengan sunahku, bukanlah
daripada golonganku.
Kebahagiaan hidup dalam berkeluarga merupukan
matlamat utama pembentukan baitul muslim selain
daripada untuk mencapai keredaan Allah. Ia juga
bertujuan untuk menjaga kehormatan diri di samping
mewujudkan kasih sayang antara suami isteri dan
beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW.
Tanggungjawab dalam
keluarga
Menjadi
pemimpin
keluarga
Melindungi Tanggungjawab Memberi
Keluarga Suami nafkah
Memberi pendidikan Memberi layanan
kepada keluarga yang baik dan saling
menghormati
Tanggungjawab Isteri
Taat kepada Menjaga
suami maruah
Mengurus
rumahtangga
BAHAGIAN 3
PEMBENTUKAN
MASYARAKAT
ISLAM
Agama Islam adalah sumber dan jalan kepada
kebenaran. Kebenaran dalam Islam ini akan
membentuk kesejahteraan dan kebahagiaan kepada
seluruh umat yang mengikutinya. Islam juga
menerapkan kepentingan hubungan sesama manusia
dan juga dengan makhluk lain.
Sebagai sebuah agama yang berpegang kepada
Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan, agam Islam
dilihat mampu membawa kepada keharmonian dan
kesejahteraan sejagat. Ia juga bertepatan dengan
konsep rahmatan lil ‘alamin.
Akidah, Syariat dan Akhlak Islam merupakan
tunjang utama dan asas kepada pembentukan
masyarakat Islam yang kukuh. Akidah adalah satu
pegangan kepada umat Islam manakala syariat adalah
panduan atau jalan kepada kehidupan Islam.
Pembentukan akhlak Islam dalam diri seseorang
mampu membentuk sebuah masyarakat Islam yang
kuat dan diredai Allah.
Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW
merupakan satu usaha dan contoh yang terbaik dalam
membentuk masyarakat Islam yang patuh dan beriman
kepada Allah.
Asas Pembentukan
Masyarakat Islam
Akidah Nilai
Islam Kesatuan
Nilai
Persaudaraan
dalam Islam
Akidah Islam
Islam sangat mementingkan penerapan akidah
dalam kehidupan seseorang Muslim. Akidah merupakan
perkara pertama yang dibawa oleh Rasulullah dalam
menyampaikan dakwahnya. Ia juga menjadi asas utama
dalam pembentukan masyarakat Muslim pada
permulaannya. Akidah Islam ini sangat penting dalam
membantu umat manusia membezakan dan membebaskan
diri daripada perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.
Akidah yang unggul akan membawa seseorang
kepada keteguhan iman kepada Allah. Ia juga berperanan
membantu kita dalam menjaga diri daripada melakukan
perkara yang mungkar dan kepercayaan yang tidak logik
dan rasional.
Akidah Islam membentuk keimanan seseorang
kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat.
Nilai Persaudaraan
dalam Islam
َوتَعَا َونُ ْوا َعلَى ا ْلبِ ِر َوالت ْق ٰو ۖى َو ََل تَعَا َونُ ْوا َعلَى ا َْ ِلثْ ِم
َوا ْلعُ ْد َوا ِن ۖ َواتقُوا ّٰلهلاَ ۗاِن ّٰلهلاَ َش ِد ْي ُد ا ْل ِعقَا ِب
Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.
Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam dianjurkan
bekerjasama dalam melakukan kebaikan dan
mengelakkan bekerjasama dalam melakukan dosa. Ini
adalah antara nilai yang diterapkan dalam Islam
berpaksikan jalinan ukhuwah dan persaudaraan. Ia
memberi gambaran bahawa dalam kehidupan ini mestilah
mempunyai sifat kasih saying dan tolong menolong
antara satu sama lain.
Rasulullah SAW juga bersabda:
Bandingan orang yang beriman kepada orang yang
beriman yang lain adalah umpama sebuah bangunan
yang saling mengukuhi antara satu sama lain. Lantas
Rasulullah memasukkan jari jemari baginda antara satu
sama lain. ( Hadis Muslim)
Nilai Kesatuan
Masyarakat yang bersatu dibawah akidah, keimanan ,
syiar, Ibadat, pemahaman, pemikirandan adab merupakan
asas kepada masyarakat Islam yang bersaudara. Umumnya
sifat masyarakat itu terdiri daripada pelbagai bangsa dan
menjadi fitrah manusia mempunyai sifat suka bergaul,
bermasyarakat dan bertemu antara satu sama lain. Jadi,
tidak wajar untuk masyarakat Islam berpecah–belah yang
dapat menejeaskan keharmonian masyarakat sejagat.
Islam menekankan aspek bahawa bersatu padu sebagai
satu bentuk ibadat yang dituntut dalam Islam. Seperti
firman Allah:
ُض ِربَ ْت َع َل ْي ِه ُم ال ِذلةُ اَ ْي َن َما ثُ ِقفُ ْوا ِاَل بِ َح ْبل ِم َن ّٰلهلاِ َو َح ْبل ِم َن النا ِس
Maksudnya: Mereka ditimpa kehinaan dimana sahaja
mereka berada kecuali jika mereka berpegang pada tali
(ad-Din) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.
Kestuan juga dapat dicapai dengan adanya satu pendapat
dan pandangan yang dipersetujui yang ditunjangi oleh akal
fikiran.
Ciri-ciri Kesatuan dalam
Masyarakat Islam
Integriti Toleransi
Tanggungjawab
Kasih
Sayang
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya, tingkatan maratib amal
ini menunjukkan dan memberi gambaran yang
jelas tentang menjadi seorang Muslim yang
sejati. Ia menerangkan tentang bagaimana
membentuk sesebuah peribadi kita.
Penulisan ini hanya memfokuskan tiga daripada
tujuh maratib amal yang ada, ketiga-tiga topik
ini merupakan asas kepada sebuah pembentukan
negara Islam yang syumul. Jelaslah disini
bahawa setiap perubahan bermula daripda
pembentukan diri sendiri dahulu.
Penulisan ini bukanlah suatu penulisan yang
lengkap. Ia hanya menghuraikan tiga daripada
tujuh Maratib awal yang telah dikarang oleh
Imam Hasan al-Banna. Ia juga ditulis bagi
menghuraikan dan memberikan sedikit
pandangan dan hujah tentang topik yang ditulis.
RUJUKAN
1. Al- Quran
2. Hassan, Khairul, Najihan, Zaharuddin,
Khairi, Norita, Adnan, Najib. 2017. Modul
Liqa’. Penerbit USIM. Universiti Sains
Islam Malaysia.
3. Imam al-Ghazali. 2015. Ringkasan Ihya’
Ulumuddin. Al Hidayah House of Publisher.
4. Jasni Sulong. Pemeliharaan Akidah Islam.
Afkar. Vol. 18.
5. Mohd Parid. 2004. Tarbiatuna. Pertubuhan
IKRAM Malaysia.
6. Muhammad A’Bdullah Al-Khatib.
Terjemahan Mohd Nizam Mohd Ali. 2008.
Penjelasan di Sekitar Risalah Ta’alim.
Dewan Pustaka Fajar.