The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SPBM E-PORTFOLIO SYIFA' AL KAUTHAR ROSDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syifaalkauthar, 2022-10-17 11:53:09

SPBM E-PORTFOLIO SYIFA' AL KAUTHAR ROSDI

SPBM E-PORTFOLIO SYIFA' AL KAUTHAR ROSDI

SEJARAH
PERKEMBANGAN

SISTEM EJAAN

RUMI

Disediakan oleh : SYIFA' AL KAUTHAR BINTI ROSDI (PPISMP)

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 SISTEM EJAAN RUMI

2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA
2.1.2 SISTEM EJAAN WILKINSON
2.1.3 SISTEM EJAAN ZA’BA
2.1.4 SISTEM EJAAN FAJAR SIANG
2.1.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
2.2 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS MERDEKA
2.2.1 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA -INDONESIA (MALINDO)
2.2.2 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA DEPAN
5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tidak asing lagi dalam kalangan
masyarakat kita pada hari ini . Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua , bahasa
bermaksud sistem lambang bunyi suara yang digunakan dalam perhubungan
sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran . Manakala
tulisan pula dapat didefinisikan sebagai coretan yang terhasil daripada bahasa
dan dibentuk menggunakan huruf-huruf . Tulisan juga lahir apabila manusia
ingin menyampaikan perasaan dan fikiran menggunakan tanda visual dan dapat
difahami oleh setiap orang yang membacanya . Maka wujudlah sistem ejaan
yang menjadi pelengkap dalam sesebuah komunikasi . Terdapat tiga jenis
bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat kepulauan Melayu iaitu
bahasa Melayu Kuno , bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden .
Bahasa Melayu Moden wujud pada abad ke-19 akibat pengaruh daripada
penjajah barat ( Inggeris ) .

Pada ketika itu , British menguasai pentadbiran sekaligus memperkenalkan
tulisan rumi . Hal ini adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran dan
komunikasi dengan masyarakat tempatan kerana mereka tidak menguasai
penggunaan tulisan jawi . Oleh itu , bermulalah perkembangan tulisan rumi
yang banyak mengalami perubahan dan tulisannya masih digunakan
sehingga hari ini .

2.0 SISTEM
EJAAN RUMI

2.1 SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA

Menjelang awal abad ke -20 , penggunaan tulisan rumi menjadi sangat penting
kerana ia membantu dalam menjelaskan bunyi bahasa melayu yang sebenar . Ejaan
jawi yang tidak dapat digunakan untuk mengeja bahasa Melayu dengan mudah
menyebabkan ramai tidak faham apa yang hendak disampaikan . Tambahan pula ,
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dan merupakan bahasa yang penting .
Oleh itu , penyusunan sistem ejaan rumi yang lebih tersusun dan lebih mudah
difahami telah digunakan bagi mengganti penggunaan tulisan jawi pada masa itu .

TerdappaetrbneabhedriagpuanasiksatenmcoenjatoahnnRyaum: i yang

2.1.1 Sistem ejaan Wilkinson
2.1.2 Sistem ejaan Za’ba
2.1.3 Sistem ejaan Fajar Siang
2.1.4 Sistem ejaan Rumi Kongres

2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON

Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil langkah inisiatif untuk
mewujudkan jawatankuasa ejaan yang dipimpin oleh R.J. Wilkinson ketua
sekolah-sekolah pada tahun 1902 untuk menguruskan perancangan ejaan buat
pertama kalinya di Tanah Melayu. Ejaan Wilkinson diperkenalkan berdasarkan
rumusan daripada nama Romanised Malay Spelling diterbitkan pada bulan
Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan . Sistem ejaan Wilkinson yang
diterapkan di sekolah-sekolah umum adalah seragam dengan yang diterapkan
dalam semua kamus dan penerbitan dari karya dari tahun 1901 hingga tahun
akhir 1940-an . Wilkinson menjelaskan bahawa terdapat dua sistem perumian
bahasa Melayu . Sistem pertama ialah sistem perumian secara harafiah
berdasarkan ejaan dan sistem kedua ialah perumian secara fonetik
berdasarkan sebutan sesuatu perkataan .

2.1.2 SISTEM EJAAN ZA'BA

Zainal Abidin Ahmad , lebih dikenali sebagai Za’ba telah melakukan
penambahbaikan dalam sistem ejaan Wilkinson . Sistem ejaan Rumi Za’ba telah
digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu . Sistem ejaan ini telah bermula
di Maktab Perguruan Sultan Idris . Walaubagaimanapun terdapat beberapa
kelemahan yang dikesan misalnya sistem ini agak sukar untuk difahami kerana
terdapat pengejaan kata yang masih terdapat sistem ejaan Rumi Wilkinson . Di
samping itu , adanya ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang
menggabungkan tulisan Rumi berpuncar dari kaedah penggunaan aneka ragam
lambang huruf serta beberapa sistem ejaan rumi yang lain yang diterapkan ke
dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa . Lantaran daripada itu ,
kelemahan-kelemahan daripda sistem berkenaan dan kaedah penggunaan yang
beraneka itu telah menggalakkan sebahagian pihak untuk menghasilkan sistem
ejaan Rumi baru dalam anggaran tempoh 1940 hingga 1959 .

2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR SIANG

Sistem ejaan Fajar Siang merupakan kaedah ejaan yang diperkenalkan oleh
tentera jepun dalam majalah Fajar Siang . Sistem ini bertujuan untuk
menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu ejaan Rumi bahasa Melayu dan
ejaan Rumi bahasa Indonesia . Malah , ejaan Fajar Siang diangkat menjadi
ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan (ASAS) 50 yang ditubuhkan pada 6
ogos 1950 . Sistem ejaan ini mengekalkan penggunaan konsonan Wilkinson
dan Za’ba tetapi menggunakan vokal Ophuysen kecuali vokal oe digantikan
dengan huruf u .

2.1.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah diadakan sebanyak tiga kali di
tempat-tempat yang berlainan namun dalam kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang ketiga ( 1956 ) , masalah sistem ejaan rumi diberi perhatian khusus
. Hal ini demikian untuk mencapai kata putus dalam menentukan jenis tulisan
bahasa Melayu rasmi sama ada tulisan Jawi atau tulisan Rumi . Para peserta
kongres telah bersetuju dan berpakat untuk memperkenalkan sistem ejaan
yang dikenali sebagai sistem ejaan Rumi Kongres . Mereka telah melakukan
pembaharuan yang agak radikal dalam tulisan ejaan Rumi seperti
penambahbaikan terhadap sistem ejaan Za’ba . Dalam kongres ketiga juga
telah menetapkan bahawa kata-kata pinjaman bahasa asing hendaklah dieja
mengikut fonologi bahasa Melayu agar dapat mengekalkan keaslian bahasa
Melayu .

R.J. WILKINSON ZA'BA

2.2 PERKEMBANGAN EJAAN
RUMI SELEPAS MERDEKA

2.2.1 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA
(EJAAN MALINDO)

2.2.2 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972

2.2.1 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU MALAYSIA - INDONESIA
(EJAAN MALINDO)

Pada tahun 1959 telah berlakunya penyatuan antara bahasa Melayu Malaysia dan
bahasa Melayu Indonesia setelah dua kajian dijalankan . Pada tahun tersebut juga
telah diadakan satu rundingan memaktubkan perjanjian persahabatan antara
persekutuan Tanah Melayu dengan negara Indonesia . Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu dibawah pimpinan Allahyarham Tuan Syed Nasir bin Ismail
manakala Dr. Slametmuljana te;ah memimpin Panitia Perlaksanaan Bahasa Indonesia
. Namun usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan disambung
semula pada tahun 1966 yang dikenali sebagai ejaan Malindo . Menurut Asmah Haji
Omar ( Sejarah dan Sistem Ejaan Bahasa Melayu ) , ejaan Malindo ini tidak pernah
diumumkan . Oleh yang demikian , tidak diketahui bentuk dan sistem ejaannya .

2.2.2 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972

Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu merupakan kemuncak bagi semua kegiatan
dalam sistem ejaan Rumi . Rancangan pembakuan sistem Sistem Ejaan Rumi
Bahaasa Melayu pada tahun 1904 berjaya disempurnakan pada 1972 . Satu
kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussain Onn ,
Menteri Pelajaran Malaysia dengan Bapak Mahsuri , Menteri pendidikan dan
kebudayaan Indonesia yang mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas
yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua buah negara tentang
ejaan baru dan ejaan yang telah disempurnakan sekaligus menyediakan satu sistem
ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa yang sama . Sistem Ejaan Baru
diisytiharkan secara serentak di kedua-dua buah negara pada 16 ogos 1972 dan
dilancarkan oleh YAB Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu di
Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur .

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 iaitu setahun sebelum
kemerdekaan . DBP ini telah ditubuhkan setelah mendapat resolusi Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu ke-3 di Johor Bahru . Pada awal penubuhan , DBP bertaraf jabatan kerajaan
namun setelah mendapat kelulusan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959 , DBP
telah bertukar menjadi badan berkanun dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia . Matlamat DBP mengikut Akta DBP (Semakan 1978 , Pindaan dan Perluasan 1995) iaitu
membina dan menjulang tinggi bahasa kebangsaan ibunda .

Mencungkil bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan
DBP telah giat menjalankan program dari semasa ke semasa untuk memupuk semangat cinta
akan bahasa seperti bengkel pembinaan bakat tunas muda dan tunas remaja. Program ini
diadakan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai sasterawan dan memupuk minat terhadap
penghasilan karya yang berkualiti . Secara tidak langsung , program ini telah memberi
pendedahan kepada golongan belia untuk menghasilkan karya yang menggunakan bahasa rumi
dengan tepat . Tidak dapat disangkal bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka sangat penting
dalam memperkasakan tulisan rumi sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Badan Berkanun
oleh jabatan kerajaan .

4.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI

Membakukan ejaan dan sebutan dan membentuk istilah yang sesuai dengan bahasa kebangsaan
Pergerakan kegiatan peristilahan yang telah diwujudkan oleh DBP telah menjalankan satu dasar bahasa iaitu
bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah , sekolah menengah dan institusi
pengajian tinggi . Jawatankuasa Istilah (JKI) yang ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian
tinggi juga berperanan untuk mewujudkan istilah baharu yang selaras dengan kedudukan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan . Hal ini bertujuan untuk mengembangkan lagi bahasa dan istilah Melayu . Oleh itu
DBP sekaligus berperanan untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi dengan sebutan memandangkan bahasa
Melayu telah berkembang dengan pesat sekali .

Mencetak atau menerbitkan bahan bacaan menggunakan sistem ejaan Rumi
Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk menghasilkan , mencetak dan menerbitkan bahan ilmiah
dengan menggunakan bahasa kebangsaan . Hal ini kerana DBP merupakan organisasi terbesar dalam bidang
penerbitan . Tambahan pula , DBP juga telah banyak menghasilkan dan menerbitkan buku-buku , risalah-risalah
menggunakan tulisan rumi . Contoh utama hasil penerbitan DBP adalah penghasilan buku teks untuk digunakan
dalam sektor pendidikan serta bahan ilmiah yang menjadi rujukan para pelajar sekolah . DBP juga turut bergiat
aktif dalam menerbitkan buku-buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menggunakan ejaan
rumi . Hal ini jelas menunjukkan bahawa DBP berperanan dalam menghasilkan bahan bacaan berilmiah dengan
lebih aktif kerana ia mendorong kepada perkembangan bahasa sekaligus menyeragamkan sistem ejaan rumi .

4.0 CABARAN EJAAN RUMI MASA DEPAN

Pada masa kini , penggunaan ejaan rumi yang tepat tidak lagi dipraktikan oleh golongan
masyarakat pada hari ini . Hal ini kerana masyarakat lebih terpengaruh untuk mengeja
perkataan sesuai dengan cara sebutannya . Contohnya perkataan ‘bawa’ tetapi dieja
(bawak) . Tidak dapat disangkal bahawa perbuatan masyarakat ini bakal menjejaskan
keaslian bahasa Melayu pada masa depan . Ejaan Rumi berkemungkinan akan berubah
bahkan kedudukan bahasa Melayu juga mungkin terjejas . Selain faktor ejaan
berdasarkan sebutan ini , terdapat juga sesetengah masyarakat yang menggantung kain
rentang untuk tujuan jualan atau sebagainya tetapi ejaan yang digunakan pada kain
rentang itu tidak mengikuti sistem ejaan rumi yang ditetapkan oleh DBP . Oleh itu , pihak
yang berkaitan perlu mengambil tindakan seperti mengenakan denda bagi penjual yang
menggunakan ejaan yang salah pada kain rentang seperti ‘mi’ dieja sebagai ‘mee’ . Hal
ini bagi membendung daripada penggunaan tulisan Rumi yang salah dalam kalangan
masyarakat terus berleluasa .

4.0 CABARAN EJAAN RUMI MASA DEPAN

Selain itu , seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi yang
semakin canggih , maka wujudlah alam siber yang sangat luas dan tidak
terbatas. Masyarakat lebih gemar menggunakan alam siber sebagai medium
untuk berkomunikasi berbanding secara bersemuka . Kewujudan media sosial
seperti Whatsapp , Facebook , Instagram dan sebagainya telah menjadi racun
dalam bahasa kerana membuka ruang kepada masyarakat di seantero dunia
untuk berkomunikasi antara satu sama lain . Cabaran tulisan Rumi yang wujud
akibat kemunculan media sosial ini apabila masyarakat menggunakan tulisan
rumi namu sistem ejaan yang digunakan tidak mengikut standard bahasa . Hal ini
kerana masyarakan menggunaan ejaan mengikut dialek kawasan . Bahkan ada
sesetengah masyarakat yang gemar menggunakan singkatan dalam ejaan
seperti ‘contoh’ dieja sebagai ‘cth’ . Perkara ini sangat dirisaukan kerana ia
mampu menjejaskan keaslian bahasa dan tidak menepati hukum tatabahasa
bahasa Melayu .

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , sistem ejaan Rumi ini muncul apabila pada abad ke-18 apabila British
memperkenalkan ejaan ini bagi memudahkan urusan pentadbiran mereka . Maka sistem
ejaan Rumi ini telah digunakan oleh masyarakat sehingga hari ini . Perkembangan sistem
ejaan rumi juga terbahagi kepada dua iaitu sebelum dan selepas kemerdekaan .
Terdapat perbezaan ejaan mengikut peredaran masa . Selain itu , diterangkan juga
peranan DBP dalam usaha menyeragamkan sistem ejaan Rumi dalam kalangan
masyarakat agar penggunaan ejaan perkataan lebih selaras . Seterusnya , terdapat
juga cabaran-cabaran ejaan Rumi yang muncul seiring dengan perubahan masa .
Cabaran ini akan memberi impak negatif , maka pihak-pihak berwajib perlu
membendung masalah tersebut daripada terus berleluasa kerana ia akan menjejaskan
bahasa . Oleh itu , pihak DBP , pihak kerajaan dan masyarakat perlu berganding bahu
agar kita mampu mengekalkan ejaan Rumi yang tepat sekaligus mengekalkan
kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

RUJUKAN


Click to View FlipBook Version