The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PLUMS STUDENT
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KUMPULAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yt19110003, 2022-01-19 00:50:58

MODUL FIZIKAL DAN ESTETIKA

PLUMS STUDENT
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KUMPULAN 3

Modul Perkembangan
Fizikal Dan Estetika

Penulis:

Donna Minsun (YT19110004)
Ilyeonna Allissa James (YT19110003)

Emyleah Lupin (YT19110016)



Penasihat:

Dr Juppri Bacotang

"Perkembangan motorik merupakan salah satu
permasalahan pada anak Sindrom Down.

Perkembangan motorik anak sangat penting untuk
dikembangkan ataupun ditingkatkan."
(Budiman & Nurjanah, 2018)

i

"Penekanan terhadap latihan perkembangan motor
dalam intervensi awal akan mengalami perubahan

kualiti sesuai dengan peningkatan umur."
(Popescu & Leonte, 2019)

ii

"Intervensi awal kanak-kanak Sindrom Down perlu
menyediakan aktiviti yang bertujuan untuk
menyokong perubahan kanak-kanak yang

mengalami kelewatan perkembangan, terutamanya
dari segi kemahiran motor asas."

(Carme, Parisa & Concuela, 2018)

iii

Sindrom Down
"Sindrom Down ialah penyakit keturunan
disebabkan oleh kromosom tambahan pada
kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang

kanak-kanak."
(My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012)

iv

Category 2 ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Pengenalan 1
Senarai Aktiviti 2
Aktiviti 1: Menguntai Blok 3
Aktiviti 2: Pouring Water 7
Aktiviti 3: Menyiram 11
Aktiviti 4: Down Syndrome’s Day 21 March 15
Aktiviti 5: Membutang 19
Aktiviti 6: Let’s Move! 23

v

Category 2 ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Aktiviti 7: Berjalan 27
31
Aktiviti 8: Passing Ball 35
39
Aktiviti 9: Merangkak 43
44
Aktiviti 10: Balancing

Penutup

Rujukan

vi

Pengenalan

Sindrom Down merupakan gangguan genetik yang menyebabkan perbezaan kebolehan pembelajaran dan ciri fizikal 1
seseorang tersebut. Hal ini tidak dapat diubati atau diubah dari segi fizikal, namun jika diberi sokongan dan

perhatian yang maksimum mereka juga layak dan berpeluang untuk membesar seperti normal. Sindrom Down juga
adalah dikaitkan dengan kelewatan pertumbuhan fizikal, ketidakupayaan intelektual ringan hingga sederhana dan

dari segi ciri-ciri wajah mereka juga dapat dikesan (Hafsah, 2020).



Kanak-kanak Sindrom Down ini juga mengalami kebolehan mental dan intelek yang terhad. Selain itu, mereka juga
sering mengalami perkembangan badan yang tidak normal, struktur tubuh badan yang lemah dan pelbagai

masalah kesihatan yang lain. Kejadian penghidap Sindrom Down di seluruh dunia dianggarkan seramai 8 juta orang
(Weijermen, 2010). Oleh sebab itu, Modul Perkembangan Fizikal dan Estetika ini di wujudkan agar dapat
membantu dalam melatih motor kasar dan halus kanak-kanak ini.



Modul ini juga diharapkan dapat membantu dalam perkembangan mereka agar proses pembelajaran pengurusan
diri mereka dapat di bantu. Sekiranya perkembangan fizikal dan estetika mereka dilatih dengan baik, mereka
akan lebih senang untuk menguasai pelbagai kemahiran agar mereka juga berpeluang untuk melakukan aktiviti

seperti kanak-kanak yang normal.

Senarai Aktiviti

Aktiviti 1: Aktiviti 2: Aktiviti 3: Aktiviti 4:
Menguntai Blok Pouring Water Menyiram Down Syndrome’s Day

Aktiviti 5: Aktiviti 6: Aktiviti 7: Aktiviti 8:
Membutang Let’s Move! Berjalan Passing Ball

Aktiviti 9: Aktiviti 10:
Merangkak Balancing

2

Aktiviti 1 PMEORKTFEOOMRKBHUAASNL:GUASN

Menguntai Blok

FK 1.2.1 Mengawal pergerakan mata tangan:
(i) menguntai manik

3

Aktiviti 1 : Menguntai Blok

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN

Kanak-kanak dapat melatih mengawal Wooden lacing
pergerakan mata dan tangan semasa Tali kasut

menguntai manik.

4

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru memperkenalkan aktiviti menguntai blok
kepada kanak-kanak.
2.Guru menunjukkan cara menguntai blok ke
dalam tali kasut secara satu persatu.
3.Kanak-kanak melakukan aktiviti menguntai blok
dengan bimbingan guru.

5

Aktiviti menguntai blok ini dapat membantu
dalam proses perkembangan motor halus

kanak-kanak Sindrom Down.

Dapat melatih perkembangan kognitif mereka
juga dari segi penglihatan dan daya fokus untuk

memasukkan wooden lacing ke dalam tali.

6

Aktiviti 2 PMEORKTFEOOMRKBHUAASNL:GUASN

Pouring Water

FK 1.2.3 Mengawal pergerakan mata tangan:
(iii) menuang

7

Aktiviti 2 : Pouring Water

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN

Kanak-kanak dapat melatih mengawal Kontena
pergerakan mata tangan dengan Gelas
menuang air ke dalam kontena dan Botol (yang mempunyai saiz
kemudianya ke dalam botol semula. yang berbeza)
Span

8

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru memperkenalkan aktiviti menuang air.
2.Guru menunjukkan cara menuang air ke dalam

kontena dan memasukkan semula ke dalam botol
3.Kanak-kanak melakukan aktiviti menuang air

dengan bimbingan guru.

9

Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak
Sindrom down untuk menuang air ke dalam gelas tanpa
tumpah. Mereka akan menjadi mahir sekiranya kerap
berlatih. Ini membantu dalam proses mandiri mereka.

Kanak-kanak Sindrom Down memiliki jari dan tangan yang 10
kecil dan pendek. Ini menyebabkan kemahiran motor halus
mereka lambat untuk berkembang. Oleh itu kita hendaklah
melatih mereka dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

motor halus seperti menuang air.

Aktiviti 3 PMEORKTFEOOMRKBHUAASNL:GUASN

Menyiram

FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penggunaan motor halus:
(viii) memicit

11

Aktiviti 3 : Menyiram

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Botol mineral yang telah
Kanak-kanak dapat melatih motor berlubang
halus mereka dengan memicit

botol semasa menyiram tanaman.

12

Langkah-langkah Aktiviti 13

1.Guru akan membawa kanak-kanak untuk melihat
tumbuh-tumbuhan sekeliling.
2.Kanak-kanak akan meneroka tumbuh-tumbuhan dengan
melihat dan menyentuh tumbuh-tumbuhan di sekeliling
sekolah.
3.Guru akan memberikan kanak-kanak sebuah botol ang
berisi air dan mengajak kanak-kanak menyiram
tumbuh-tumbuhan di sekeliling.
4.Kanak-kanak akan menyiram tumbuh-tumbuhan dengan
bimbingan guru.

Aktiviti ini dapat menguatkan lagi genggaman
jari kanak-kanak sindrom down. Mereka dapat
memegang dan memicit sesuatu alat dengan

baik.

Aktiviti memicit botol ini amat mudah dijalankan untuk
kanak-kanak. Mereka dapat melatih diri mereka untuk
mengawal kekuatan pada tangan mereka semasa memicit

botol agar air dapat keluar.

14

Aktiviti 4 PMEORKTFEOOMRKBHUAASNL:GUASN

Down Syndrome’s Day

21 March (Wearing Stoking)

FK 2.3.4 Melakukan pergerakan:
(v) menarik

15

Aktiviti 4 : Down Syndrome's Day

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Stokin Warna-warni
Kanak-kanak dapat melatih
pergerakan tangan dengan
menarik semasa memakai stokin

16

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru akan menunjukkan video betapa berharganya mereka
walaupun mempunyai kekurangan.
2.Untuk menyambut hari sindrom down guru akan mengajak
kanak-kanak untuk memilih stokin dan memakai stokin.
3.Kanak-kanak akan memakai stokin dengan bimbingan guru.
4.Kanak-kanak memakai stokin yang berbeza kedua belah kaki
menunjukkan perbezaan mereka disebabkan oleh kromosom
yang ke 21.

17

Aktiviti ini dapat memberi kanak-kanak kesedaran 18
bahawa mereka juga boleh melakukan aktiviti seperti
kanak-kanak normal. Mereka juga dapat merasakan

bahawa mereka dihargai dengan adanya Down
Syndrome's Day diadakan.

Aktiviti 5 PMEORKTFEOOMRKBHUAASNL:GUASN

Membutang

FK 1.2.1 Mengawal pergerakan mata tangan:
(iv) mencantum

19

Aktiviti 5 : Membutang

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN

Kanak-kanak dapat melatih Set aktiviti untuk membutang.
kawalan pergerakan tangan kemeja t-shirt yang mempunyai
dengan mencantum butang. butang

20

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru memperkenalkan aktiviti mencantum butang.
2.Guru menunjukkan cara mencantum butang.
3.Kanak-kanak melakukan aktiviti mencantum butang

dengan bimbingan guru.

21

Aktiviti membutang ini dapat membantu kanak- 22
kanak untuk berlatih memasukkan butang ke dalam
lubang. Ini dapat membantu mereka agar mereka
pandai membutang baju mereka sendiri pada masa

akan datang. Mereka dapat belajar berdikari.

Aktiviti 6 PMEORTKOFEROMKBKUAASNS:GAARN

Let’s Move! 23

FK 2.1.1 Melakukan pergerakan kepala
FK 2.1.2 Melakukan pergerakan:
(i) tangan
(ii) kaki

Aktiviti 6 : Let's Move!

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Pembesar suara
Kanak-kanak dapat merangsang
tangan dan kaki dengan melakukan

pergerakkan tangan dan kaki.

24

Langkah-langkah Aktiviti

1.Aktiviti ini dilaksanakan pada waktu pagi sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaran.
2.Kanak-kanak akan melakukan pergerakan mudah
dengan bimbingan guru berdasarkan arahan
mudah.

Link Video: https://youtu.be/VsgpUHUYuJI

25

Aktiviti menari juga dapat meningkatkan keyakinan diri 26
kanak-kanak sindrom down. Mereka dapat

menggerakkan tubuh mereka dengan pelbagai gaya.
Mereka dapat mengenali tubuh mereka dengan lebih

dalam lagi melalui pergerakan.

Aktiviti 7 PMEORTKOFEROMKBKUAASNS:GAARN

Berjalan 27

FK 2.2.1 Melakukan pergerakan:
(ii) berjalan

Aktiviti 7 : Berjalan

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Kanak-kanak dapat Kotak Telur
berjalan diatas kotak telur.

28

Langkah-langkah Aktiviti

Guru menunjukkan aktiviti berjalan diatas kotak
telur.
kanak-kanak melakukan aktiviti berjalan diatas
kotak telur dengan bimbingan guru.

29

Aktiviti berjalan atas kotak telur ini amat membantu
motor halus dan motor kasar kanak-kanak di bahagian

tapak kaki dan kaki. Mereka dapat merasakan
permukaan kotak telur tersebut serta menggunakan
otot-otot mereka untuk memijak permukaan kotak

tersebut.

30

Aktiviti 8 PMEORTKOFEROMKBKUAASNS:GAARN

Passing Ball 31

FK 2.3.3 Melakukan pergerakan
(iii) memusing

Aktiviti 8 : Passing Ball

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Gegelung
Kanak-kanak dapat Bola
membuat pusingan Bakul

badan

32

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru memperkenalkan aktiviti “Passing Ball”.
2.Guru menunjukkan cara melakukan aktiviti

“passing Ball”.
3.Kanak-kanak melakukan aktiviti “passing ball”

dengan bimbingan guru.

33

Aktiviti passing ball ini dapat membantu
kanak-kanak mengerakkan badan mereka.
Mereka dapat mengeluarkan peluh dan
bergerak secara aktif. Kank-kanak Sindrom
down agak sukar untuk bergerak dengan ini
mereka dapat melatih tubuh mereka menjadi

aktif.

34

Aktiviti 9 PMEORTKOFEROMKBKUAASNS:GAARN

Merangkak 35

FK 2.2.1 Melakukan pergerakan:
(i) merangkak

Aktiviti 9 : Merangkak

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Kanak-kanak dapat Gegelung
melakukan pergerakan Kerusi

merangkak

36

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru menunjukkan cara untuk merangkak.
2.Kanak-kanak melakukan pergerakan

merangkak dengan bimbingan guru.

37

Aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak melakukan
pergerakan seperti merangkak, meniarap, berguling.

Agar mereka dapat mengerakkan seluruh tubuh
mereka.

38

Aktiviti 10 PMEORTKOFEROMKBKUAASNS:GAARN

Balancing 39

FK 2.3.4 Melakukan pergerakan:
(vi) mengimbang

Aktiviti 10 : Balancing

OBJEKTIF BAHAN-BAHAN
Sebuah Kayu
Kanak-kanak dapat Tali
melakukan imbangan Pelampung

badan.

40

Langkah-langkah Aktiviti

1.Guru menunjukkan cara untuk membuat
imbangan badan di atas kayu, tali atau
pelampung.
2.Kanak-kanak melakukan aktiviti imbangan di atas
bahan tersebut dengan bimbingan guru.

41

Kanak-kanak dapat mengimbangkan badan mereka
dengan lebih mudah lagi. Ini dapat membantu mereka
agar lebih menguasai kemahiran mengimbangkan badan

supaya tubuh mereka tidak mudah jatuh.

42

Penutup 43

Semua aktiviti dalam modul ini adalah bertujuan untuk membantu dalam perkembangan fizikal dan
estetika bagi kanak-kanak Sindrom Down. Setiap aktiviti terdapat fokusnya masing-masing dan dalam

masa yang sama, mereka telah menjalankan pembelajaran melalui aktiviti bermain. Ini dapat
membantu agar kanak-kanak tersebut tidak mengalami stress sewaktu mereka belajar. Kerana dalam
masa yang sama, perkembangan sosio-emosi mereka dapat ditingkatkan. kanak-kanak Sindrom down

tidak mengalami tekanan sewaktu mereka belajar sesuatu perkara.



Bukan hanya perkembangan dari segi fizikal dan estetika, setiap aktiviti yang terdapat dalam modul
ini turut membantu dan meningkatkan semua aspek perkembangan yang terdapat dalam kurikulum
pembelajaran mereka. Iaitu dari segi kognitif, sosio-emosi, perkembangan bahasa dan juga awal sains

dan awal matematik mereka.



Kami berharap agar modul ini dapat membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak yang
menghadapi Sindrom Down. Modul ini sesuai digunakan di sekolah mahupun di rumah, tidak kira masa

dan tempat, kanak-kanak seperti mereka juga layak untuk belajar dalam pelbagai cara dan
berdasarkan kreativiti. Kerana mereka juga merupakan kanak-kanak yang beharga bagi negara.


Click to View FlipBook Version