1
2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Matlamat 3.0 Objektif 4.0 Pelaksanaan 5.0 Laporan Bergambar 6.0 Penilaian Program 7.0 Penutup 8.0 Lampiran Jawatankuasa Kerja Atur Cara Hari Kejohanan Pemarkahan Acara Sukan Anggaran Perbelanjaan Pelan Perbarisan Teks Pengacara Majlis Teks Ucapan Pengetua Teks Ucapan YDP PIBG Ikrar Kejohanan Statistik dan Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan 2023 Senarai Pemenang Pingat Kejohanan Sukan Tahunan 2023 Buku Program Banner Kejohanan Pas Masuk Stadium TUDM Senarai Nama Ibu Bapa dan Nombor Kenderaan Memo Taklimat dan Latihan Sukan serta Sukantara Soal Selidik Program
3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG 40150 SHAH ALAM SELANGOR DOKUMENTASI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE - 19 1.0 PENDAHULUAN Kejohanan Sukan Tahunan merupakan program sukan yang wajib diadakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun. Sempena Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-19 tahun 2023, Majlis Sukan di bawah Unit Kokurikulum akan mengelolakan kejohanan sukan tahunan untuk semua murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. 2.0 MATLAMAT KEJOHANAN SUKAN 2.1 Memupuk sikap kekitaan serta daya saing yang sihat di kalangan murid dalam proses mengumpul markah sukan tahunan melalui rumah sukan masing-masing. 2.2 Membina semangat setia kawan dan semangat kesukanan. 2.3 Memberi ruang dan peluang kepada semua guru dan murid mencungkil bakat dan mempamerkan kebolehan dalam mengharumkan nama rumah sukan dan acara yang disertai 3.0 OBJEKTIF KEJOHANAN SUKAN 3.1 Melibatkan semua murid dalam aktiviti olahraga, perbarisan dan pergerakan kreatif dengan menguji komponen daya kuasa kaki, kepantasan serta koordinasi tangan dan mata. 3.2 Melahirkan murid yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan MSS pada masa akan datang. 3.3 Menanamkan minat dan semangat kesukanan dalam diri murid. 3.4 Membudayakan gaya hidup sihat di kalangan murid dan guru. 4.0 PELAKSANAAN 4.1 Tarikh, Masa dan Tempat Perkara Tarikh Masa Lokasi Sukantara 1 10 Julai 2023 (Inin) 7.30 pagi – 10.00 pagi Padang SMKBJ Sukantara 2 11 Julai 2023 (Selasa) 7.30 pagi – 10.00 pagi Padang SMKBJ Acara Akhir Padang 12 Julai 2023 (Rabu) 7.30 pagi – 1.00 tengah hari Padang SMKBJ Acara Akhir Sukan 13 Julai 2023 (Khamis) 7.30 pagi – 1.00 tengah hari Stadium TUDM Kejohanan Sukan Tahunan 18 Julai 2023 (Selasa) 7.30 pagi – 1.30 tengah hari Stadium TUDM
4 4.2 Tentatif Program Dan Perincian Acara Tarikh / Hari Perkara Lokasi 10 dan 11 Julai 2023 Isnin dan Selasa Acara Sukantara ● 100 meter ● Lompat Jauh ● Lontar Peluru Padang Sekolah 12 Julai 2023 Rabu (8.00 pagi – 11.30 pagi) Acara akhir padang ● Merejam Lembing ● Lempar Cakera ● Lompat Tinggi ● Lontar Peluru Padang sekolah Hadiah pemenang disampaikan pada hari Jumaat. 13 Julai 2023 Khamis Acara Akhir Sukan 8.00 pagi : 1500 meter B15 (T1, T2, T3) (1 - 4 org setiap rumah sukan) 8.30 pagi : 1500 meter B18 (T4, T5) 9.00 pagi : 200 meter / Lompat Jauh 9.30 pagi : Raptai Perbarisan 10.30 pagi : Rehat 11.00 pagi : 800 meter 11.30 pagi : 4 x 400 meter 1.00 tgh : Bersurai Stadium TUDM, Pangkalan Udara Subang 18 Julai 2023 Ahad Kejohanan Sukan Tahunan 8.00 pagi : 400 meter 8.30 pagi : Perbarisan / perasmian 9.30 pagi : Acara 100 meter 10.00 pagi : 4 x 100 meter 10.30 pagi : Acara ALUMNI (4 x 100 m), guru dan ibu bapa (8 x 50 m) 11.00 pagi : Persembahan murid 12.00 tgh : Penyampaian hadiah 1.30 tgh : Bersurai Stadium TUDM, Pangkalan Udara Subang 4.3 KUMPULAN SASARAN Semua murid SMK Bukit Jelutong dari Tingkatan 1 hingga 5 4.4 KATEGORI DIPERTANDINGKAN L1/P1 : Lelaki/Perempuan Tingkatan 5 L2/P2 : Lelaki/Perempuan Tingkatan 3&4 L3/P3 : Lelaki/Perempuan Tingkatan 1&2
5 4.5 JAWATANKUASA PELAKSANA 4.5.1 Jawatankuasa Induk Pengerusi : En Bahari bin Said (Pengetua) Timbalan Pengerusi : Pn Noor Khairani binti Othman (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi I : Pn Noor Azizah binti Che Nawi Naib Pengerusi II : Pn Azizah binti Che Mamat Naib Pengerusi III : Pn Raja Faiezah binti Raja Aris Setiausaha : En Muhammad Izzuddin bin Mohamad Razi Penolong Setiausaha : En Nur Haniff bin Hussin 4.5.2 Jawatankuasa Kerja Rujuk Lampiran Jawatankuasa Kerja 4.6 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran Anggaran Perbelanjaan 5.0 LAPORAN BERGAMBAR ( KRONOLOGI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023 ) 5.1 Latihan Rumah Sukan Kejohanan Sukan Tahunan merupakan acara tahunan yang paling dinanti-nanti oleh murid-murid dan warga SMK Bukit Jelutong secara amnya. Kehangatan kejohanan kali ke-19 pada tahun ini dimulakan dengan latihan rumah sukan bermula pada hari Isnin 3 haribulan Julai sehingga 6 haribulan Julai. Latihan rumah sukan ini tertumpu kepada latihan larian 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh di mana acara ini merupakan acara Sukantara yang memerlukan penglibatan semua ahli rumah sukan. Selain itu, latihan rumah sukan juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mencari atlet-atlet rumah sukan yang berpotensi untuk mewakili rumah sukan dalam acara akhir Kejohanan Sukan Tahunan sekolah Gambar-Gambar Latihan Sukan Sesi Pagi dan Petang
6 5.2 Sukantara Seperti yang dirancang, pada 10 Julai 2023, acara Sukantara dilaksanakan mengikut sesi persekolahan murid iaitu, murid sesi pagi melaksanakan acara Sukantara pada jam 7.30 pagi hingga jam 11.00 pagi manakala murid sesi petang melaksanakan acara Sukantara selepas waktu perhimpunan mengikut kesesuaian cuaca. Setiap rumah sukan bergerak dari stesen ke stesen acara mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh Majlis Sukan. Sesi taklimat oleh Majlis Sukan sebelum Aktiviti regangan dan pemanasan badan acara sukantara dilaksanakan Acara Larian 100 meter Acara Lompat Jauh Acara Lontar Peluru Hakim kiraan mata rumah sukantara
7 5.3 Acara Akhir Padang Seterusnya pada 12 haribulan Julai bersamaan hari Khamis, telah berlangsungnya acara akhir padang bagi semua kategori yang dipertandingkan. Acara merejam lembing, lempar cakera, lompat tinggi dan lontar peluru telah dilaksanakan di padang sekolah seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Penyampaian hadiah bagi kesemua acara tersebut telah berlangsung pada hari Jumaat. Acara Lompat Tinggi Acara Lontar Peluru Acara Lempar Cakera Acara Merenjam Lembing Acara Penyampaian Medal
8 5.4 Acara Akhir Sukan (Lompat Jauh dan Acara Balapan ) Pada hari Khamis, 13 haribulan Julai 2023, telah berlangsung pula acara akhir lompat jauh dan acara akhir balapan iaitu acara 1500 meter, 200 meter, 800 meter dan lari berganti 4 X 400 meter. Kesemua acara ini dilaksanakan di Stadium TUDM, Pangkalan Subang dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Diselitkan juga acara raptai perbarisan yang disertai oleh semua kontinjen perbarisan rumah sukan dan unit beruniform sekolah. Penyampaian medal kepada para pemenang juga dilangsungkan di stadium ini oleh para pentadbir sekolah. Acara Lompat Jauh Acara 800 meter Acara 4 X 400 meter kategori P3 Acara 4 X 400 meter kategori L3 Pelepas Kejohanan Raptai Perbarisan Acara Penyampaian Hadiah Ahli PBSM setia memberi bantuan
9 5.5 Kejohanan Sukan Tahunan 2023 Setelah dua minggu para guru dan murid-murid bertungkus lumus berlatih dan membuat persediaan bagi menghadapi dan menyahut cabaran acara yang dipertandingkan, maka pada tarikh 18 Julai 2023, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba untuk Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini membuka tirainya. Pada hari tersebut telah berlangsungnya acara akhir larian 400 meter, 100 meter dan acara lari berganti 4 X 100 meter. Acara ALUMNI 4X100 meter turut menjadi penyeri kejohanan sukan pada kali ini. Seawal jam 7.00 pagi, para guru telah bersedia berada di stadium untuk menjalankan tugas. Aturcara pada hari tersebut dimulai dengan acara akhir 400 meter sementara para guru dan ahli rumah sukan yang lain membuat persediaan untuk acara perbarisan. Tepat jam 8.00 pagi, acara perarakan perbarisan dan lintas hormat dilaksanakan sambil disaksikan oleh tetamu kehormat Yang Berbahagia, Encik Ahmad Shahzi bin Ahmad Khairi, Yang DiPertua PIBG SMK Bukit Jelutong, Encik Bahari bin Said, Pengetua SMK Bukit Jelutong, barisan para pentadbir sekolah serta Ahli Jawatankuasa PIBG yang hadir. Perbarisan lintas hormat diketuai oleh pembawa bendera, diikuti oleh perarakan masuk unit beruniform yang terdiri daripada Kontinjen Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan Pengakap. Seterusnya, atur cara perbarisan diserikan lagi dengan perarakan masuk kontinjen rumah sukan Mercury, Mars, Earth dan Jupiter. Bertemakan Robot Adiwira, disaksikan setiap rumah sukan telah mempamerkan formasi pergerakan perbarisan yang menarik di samping menonjolkan idea kreatif yang terserlah melalui rekaan maskot dan bendera rumah sukan. Nyanyian Lagu NegaraKu, diperdengarkan sejurus kesemua kontinjen perbarisan berada di tengah padang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Nidal Iskandar Jasmin bin Farid Iskandar Jasmin yang merupakan pemenang Pertandingan Powerman Malaysia 2022 Asia Championships. Tuan Pengetua, Encik Bahari bin Said turut memberi ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia, Encik Ahmad Shahzi bin Ahmad Khairi, Yang DiPertua PIBG SMK Bukit Jelutong sekali gus merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bukit Jelutong Kali Ke-19. Sebaik selesai acara perasmian, Kejohanan Sukan Tahunan diteruskan dengan acara balapan 100 meter, 4 X 100 meter dan acara ALUMNI. Para hadirin kemudiannya dihidangkan dengan persembahan murid yang terdiri daripada persembahan Yoyo, persembahan Silat, persembahan nayanyian solo dan trio dan diakhiri dengan persembahan Band. Aturcara penyampaian hadiah menyusul sebaik tamat kesemua persembahan murid ini. Turut menjadi tumpuan adalah pengumuman bagi pemenang acara perbarisan, maskot, bendera dan pengiktirafan olahragawan dan olahragawati kejohanan sukan. Teriakan dan sorakan kemenangan mengakhiri memori tahun 2023 dengan Rumah Earth telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-19. Benarlah seperti kata motto mereka ‘THE RETURN OF THE CHAMPION’ menjadi kenyataan!. Tahniah Earth dan tahniah kepada semua guru, murid dan warga SMK Bukit Jelutong atas kejayaan menjayakan Kejohanan Sukan pada kali ini.
10 Barisan Guru Jawatankuasa Hakim Penamat Jawatankuasa Statistik Team TV PSS membuat liputan kejohanan Pengacara Majlis Skuad Quarter Master Ahli PBSM menjalankan tugas Jawatankuasa Hadiah Jawatankuasa Pencatat Masa
11 Ahli ALUMNI sekolah Bersiap sedia untuk persembahan SILAT Pelancaran GIMIK Perasmian Bacaan Ikrar Kejohanan Bacaan Doa Kejohanan Ucapan Alu-Aluan Tuan Pengetua Ucapan Perasmian YDP PIBG Lintas Hormat Pengakap
12 Perbarisan Pasukan Kadet Polis Perbarisan PAsukan Kadet Bomba Perbarisan Kontijen Rumah Jupiter Perbarisan Kontijen Rumah Earth Formasi dan Persembahan Perbarisan Rumah Mars Perbarisan Kontijen Rumah Mercury Buku Program Kejohanan Medal Acara Sukan Kejohanan
13 Acara Larian 100 meter L1 Acara Lari Berganti Acara Larian 100 meter P3 Para atlet dalam keadaan sedia Acara Lari Berganti L1 Pelari pertama Rumah Sukan Acara Lari Berganti Persembahan YOYO Persembahan Nyanyian BAND
14 Persembahan Nyanyian TRIO Ahli Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Team ALUMNI mendominasi acara Larian Penyampaian Hadiah Acara Akhir Penerima Anugerah Olahragawati Kejohanan Penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan Piala Pusingan Johan Kejohanan Sukan Tahuanan Sorakan Gembira Ahli Rumah Earth Kali Ke-19 menjadi milik Rumah Earth
15 6.0 PENILAIAN PROGRAM 6.1 KEKUATAN PROGRAM 6.1.1 Bantuan dari ALUMNI untuk menjadi back up sepanjang proses menjaga masa dan merakam setiap acara turut membantu 6.1.2 Hadiah disediakan berbaloi dan bernilai kepada pemenang 6.1.3 PA sistem berfungsi dgn baik, khemah meja dan kerusi yang mencukupi 6.1.4 Mendapat kerjasama yang baik di kalangan guru-guru yang sangat komited dengan tugas 6.1.5 Unit statistik menerima data daripada Majlis Sukan dengan lancar tanpa sebarang masalah 6.1.6 Prasarana stadium sangat baik membolehkan acara sukan berjalan lancar 6.1.7 Cleaner sekolah menjadi tulang belakang memastikan kawasan bersih. Skuad kebersihan juga membantu di samping kesedaran murid-murid lain yang turut membantu secara sukarela 6.2 KELEMAHAN PROGRAM 6.2.1 Tiada makanan dan minuman kepada AJK pelaksana pada hari acara akhir (khamis) di stadium menyebabkan kebanyakkan guru tidak sempat makan sehingga jam 1 petang. 6.2.2 Urusetia terlepas pandang untuk penyediaan hadiah bagi acara guru dan ibu bapa. 6.2.3 Tiada perancangan yang lebih teliti menyebabkan hari kejohanan sukan terpaksa ditunda daripada tarikh asal 6.2.4 Bilangan petugas hakim penamat yang tidak mencukupi pada hari acara akhir sebelum Kejohanan Sukan mengganggu sedikit kelancaran sepanjang acara. 6.2.5 Senarai tugasan tidak jelas menyebabkan isu makanan kepada petugas ketika acara akhir dan waktu agak singkat untuk mencari pembekal makanan yang dapat menyediakan servis menghidang untuk sarapan VIP. 6.2.6 Pemegang bendera yang terlibat dengan raptai tidak sama dengan pemegang bendera dihari kejadian. 6.2.7 Bilangan murid yang menyertai perbarisan badan beruniform tidak mematuhi bilangan yang dikehendaki dan murid terlibat tidak dapat mengingati perjalanan majlis dengan baik. 6.2.8 Kertas karbon yang renyuk. Penjaga masa harus menulis masa dengan betul sebelum diserah kepada pencatat untuk elak pertindihan. 6.2.9 Ahli PBSM perlu bertindak lebih pantas untuk memberi pertolongan cemas 6.2.10 Terpaksa keluar duit sendiri dahulu untuk membeli bahan-bahan persiapan sukan 6.2.11 Masa yang diambil terlalu lama bila ada suatu isu untuk setiap acara (contoh kes batal) menyebabkan acara seterusnya dilewatkan. 6.2.12 Kekurangan AJK kerana bas perlu diiring oleh guru AJK 6.2.13 Tiada liputan internet di stadium menyebabkan pihak statistik terpaksa memasukkan data secara offline 6.2.14 Terdapat murid yg kurang kesedaran tentang pembuangan bekas minuman terutamanya ditinggalkan dalam keadaan separuh. Murid leka dan tidak bertanggungjawab meninggalkan beberapa barang seperti kasut, botol air, peralatan membancuh air, helmet, topi dan jaket di tempat duduk stadium. 6.2.15 Beg plastik sampah yang besar memerlukan kenderaan untuk diangkat ke tong sampah besar. 6.2.16 Kekangan peruntukan masa untuk membuat lebih persembahan
16 6.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 6.3.1 Pihak urusetia perlu sentiasa follow up untuk sebarang urusan supaya insiden sukan tertangguh tidak berulang lagi. 6.3.2 Unit Sukan perlu sediakan lebih awal hadiah mengikut acara yang dipertandingkan 6.3.3 Hamper boleh ditukar kepada replika voucher bernilai RM XXX, kerana setiap tahun ada hamper yang rosak dan koyak. Cadangannya jika voucher kantin guru rumah sukan boleh tempah makanan untuk jamuan rumah sukan sebagai meraikan kemenangan. 6.3.4 Perlu membuat post mortem bagi penambahbaikan program pada masa akan datang. 6.3.5 Barisan hakim penamat perlu diberi taklimat tentang skop tugas dengan sangat jelas untuk memastikan kelancaran setiap acara yang dipertandingkan 6.3.6 Perlu penerangan yang jelas tentang pembahagian tugas. 6.3.7 Tempoh waktu yang bersesuaian diperlukan untuk membuat tempahan makanan. 6.3.8 Memastikan pemegang bendera adalah murid yang sama dengan mengambil nama pemegang bendera yang terlibat. 6.3.9 Membuat latihan sebelum raptai dan latihan ulangan selepas raptai bagi memastikan murid mengingati perjalanan majlis. 6.3.10 Perlu meningkatkan kemahiran pertolongan cemas semua ahli PSMM 6.3.11 Ahli dalam Jawatankuasa perlu ditambah mengikut keperluan. 6.3.12 Jawatankuasa Buku Program/Banner dan Jawatankuasa Dokumentasi perlulah jawatankuasa berasingan kerana tugasan berbeza dan masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan agak lama. 6.3.13 Pelari perlu diterangkan mengenai peraturan sewaktu larian terutamanya apa yg dilarang sewaktu pertandingan (untuk elakkan kes batal). 6.3.14 Penerangan perlu diberikan kepada pengadil lorong supaya kes salah lorong tidak berlaku. 6.3.15 Tiket tak perlu ikut warna rumah sukan tapi perlu dibezakan mengikut hari 6.3.16 Menyediakan capaian internet yang stabil kepada guru yang terlibat 6.3.17 Memohon pihak pengurusan stadium untuk menyediakan tong sampah besar berhampiran stadium bagi memudahkan cleaner membuang terus tanpa perlu angkut menaiki kenderaan lain. 6.3.18 Keadaan sampah yang banyak agak menyukarkan, walau bagaimanapun AJK Kebersihan telah memastikan pada hari pertandingan, sampah telah diangkut ke bangunan PENAMA 7.0 PENUTUP Alhamdulillah, tidak terhingga kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Kejohanan Sukan Tahunan dapat berjalan dengan lancar mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan sukan ini. “Sehati Menuju Kejayaan”. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang berjaya memenangi pingat dan anugerah Olahragawan dan Olahragawati pada kali ini. Semoga pengiktirafan yang diberikan ini akan meningkatkan keazaman untuk terus mengharumkan nama sekolah diperingkat yang lebih tinggi. Semoga kejohanan sukan tahunan ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan persediaan dan pelaksanaan yang lebih teliti dan berprestij. Disediakan oleh; Norzalina Binti Mat Idris dan Hazila Binti Abdullah Jawatankuasa Buku Program, Banner dan Dokumentasi Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-19, Tahun 2023
17 LAMPIRAN JAWATANKUASA KERJA
18 LAMPIRAN JAWATANKUASA KERJA
19 LAMPIRAN JAWATANKUASA KERJA
20 LAMPIRAN JAWATANKUASA KERJA
21 LAMPIRAN JAWATANKUASA KERJA
22 LAMPIRAN JAWATANKUASA KERJA
23 LAMPIRAN ATUR CARA HARI KEJOHANAN
24 LAMPIRAN PEMARKAHAN ACARA SUKAN
25 LAMPIRAN PEMARKAHAN ACARA SUKAN
26 LAMPIRAN ANGGARAN PERBELANJAAN
27 LAMPIRAN ANGGARAN PERBELANJAAN
28 LAMPIRAN PELAN PERBARISAN
29 LAMPIRAN PELAN PERBARISAN
30 LAMPIRAN PELAN PERBARISAN
31 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
32 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
33 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
34 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
35 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
36 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
37 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
38 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
39 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
40 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
41 LAMPIRAN TEKS PENGACARA MAJLIS
42 LAMPIRAN UCAPAN PENGETUA LAMPIRAN UCAPAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
43 LAMPIRAN IKRAR KEJOHANAN SUKAN
44 LAMPIRAN STATISTIK DAN KEPUTUSAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023
45 LAMPIRAN STATISTIK DAN KEPUTUSAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023
46 LAMPIRAN SENARAI PEMENANG PINGAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023 (MENGIKUT ACARA DAN KATEGORI)
47 LAMPIRAN SENARAI PEMENANG PINGAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023 (MENGIKUT ACARA DAN KATEGORI)
48 LAMPIRAN SENARAI PEMENANG PINGAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023 (MENGIKUT ACARA DAN KATEGORI)
49 LAMPIRAN SENARAI PEMENANG PINGAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023 (MENGIKUT ACARA DAN KATEGORI)
50 LAMPIRAN SENARAI PEMENANG PINGAT KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2023 (MENGIKUT ACARA DAN KATEGORI)