The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CABARAN DALAM MENGINTERGRASIKAN TEKNOLOGI kesediaan guru & pelajar (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Farahin Alias, 2022-01-07 12:35:49

CABARAN DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI : KESEDIAAN GURU & KESEDIAAN MURID

CABARAN DALAM MENGINTERGRASIKAN TEKNOLOGI kesediaan guru & pelajar (2)

EDUP 2112

TEKNOLOGI & MEDIA
PENGAJARAN

Cabaran dalam
mengintegrasikan teknologi:

kesediaan guru & kesediaan
MURID

PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi,
bidang pendidikan turut mengalami perubahan yang pesat dari
segi sistem mahupun pengurusannya.Dalam konteks ini,
globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa
sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran
global, konsep perubahan global dan sebagainya.

Melalui Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia
Kelapan (2001-2008) pula menegaskan kepentingan
membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi
maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini
bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih professional,
meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi
maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital dan
mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT.
Justeru, penggunaan teknologi dan ICT telah memberi kesan yang
besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan pendidikan
di sekolah.

ASPEK KESEDIAAN GURU

ASPEK KESEDIAAN GURU

01 KEMUDAHAN 02 KEKANGAN masa
DALAM BIDANG
TMK

03 Pengetahuan
dan sikap guru

Mengoptimumkan semua kemudahan yang

terdapat dalam bidang TMK

menerapkan elemen ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menarik minat pelajar supaya mereka mudah memahami
ilmu yang disampaikan.
Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum
dengan penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa di
sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru kreatif di dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu memberi
kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.
guru mempunyai sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi yang baru supaya bersesuaian dengan perkembangan
pelajar-pelajar di sekolah.

Sekolah-sekolah yang berada di kawasan luar Bandar
terutamanya menghadapi masalah kekurangan
komputer dan perisian yang menyebabkan
kebolehcapaian terhadap ICT semakin terbatas.


Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu
proses penggunaan ICT dalam pengajaran. Ramai
guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak
berkualiti dan ada yang sebahagiannya sudah
ketinggalan zaman.

KEKANGA
N MASA

Kekangan masa dengan tugas yang banyak juga merupakan cabaran
guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam P&P.
Menurut Laporan Kaji Selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), (Berita Minggu 8 Januari 2007) mendapati
bahawa beban tugas guru semakin berat termasuk kerani, setiausaha,
bendahari, juru jual koperasi, juru taip dan juruhias.
Kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menghabiskan
silibus menghalang para guru mengintegrasikan teknologi dalam bilik
darjah.

KEKANGAN MASA

Guru mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
menyusun atur media elektronik di dalam kelas, tidak mempunyai
masa untuk melayari internet dan menghadapi masalah talian
internet yang tidak memuaskan.
Namun begitu kekangan masa bukanlah seharusnya menjadi punca
kepada permasalahan ini seperti kata pepatah “hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih”.

03 PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU
1.Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru
Pengetahuan merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dimiliki oleh individu
(Anderson, 1983). Selain itu, pengetahuan adalah berkait rapat dengan pengalaman
serta kemahiran yang dimilikinya.
Kajian Norizan (2002) yang melihat kesediaan guru dalam penggunaan komputer
mendapati guru-guru lebih mengetahui tentang komputer dan bukannya kebolehan
menggunakan komputer.
Siti Mardziah (2013) juga mengatakan bahawa para guru juga kurang didedahkan
dengan perisian yang baharu menyebabkan guru tidak berkemahiran menggunakan
perisian yang terbaru dan penggunaan komputer di mana menyebabkan pembelajaran
dan pengajaran tidak berjalan dengan lancar.
Guru-guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan
laptop. Ketidakcekapan mengendalikan alatan teknologi ini akan mengambil masa yang
lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran.
Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini menjelaskan guru yang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan TMK tidak
semestinya mahir untuk menggunakan TMK.

2. Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran
dan Pembelajaran

Jika diperhatikan dalam senario dunia pendidikan hari ini, terdapat guru-guru
yang enggan mengubahsuai corak PdP.
Mereka lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan
tidak bersedia untuk berubah dan mengintegrasikan teknologi dalam PdP .
Kebanyakan guru menganggap bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran
mereka adalah sesuatu yang membebankan kerana mereka harus membuat
persediaan yang lebih awal untuk setiap aktiviti yang bakal dilakukan.
Holmes (1999), memberi pandangan bahawa integrasi teknologi dalam PdP
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel menggunakan teknologi dalam
pengajaran harian bagi mata pelajaran yang diajar.
Oleh itu, para guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan
mendalami teknologi maklumat.
Sikap guru pula mestilah positif dan menerima teknologi maklumat sebagai
satu faktor penting untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
serta meningkatkan kecemerlangan pelajar.

ASPEK KESEDIAAN MURID

ASPEK KESEDIAAN
PELAJAR
Wujudnya Jurang Minat dan Sikap
01 Digital dalam 02 Murid Terhadap
TMK
kalangan pelajar

03 NUR RATIEMMQA

MengoptimumNkAaJnEEHAH BINTI JEFERE
kemudahan teknologi yang

terdapat di sekolah

WUJUDNYA JURANG DIGITAL
DALAM KALANGAN PELAJAR

- ‘Jurang Digital’ iaitu jurang antara mereka yang mempunyai akses
kepada komputer dan internet, dan mereka yang mempunyai akses
terhad atau tiada akses sama sekali.

- Wujudnya ketidakseimbangan antara murid daripada pelbagai aspek.
Murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan aras pembelajaran.

- Jadi, ada murid yang tidak tahu menggunakan dan memahami bahasa
komputer kerana latar belakang dan tahap ekonomi murid yang tidak
mampu dan tidak pernah mempunyai serta menggunakan alatan
teknologi seperti komputer, internet dan wifi di rumah.

- Ab. Rahim Selamat (1992) menyatakan bahawa situasi jurang digital
menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat
diaplikasi di luar bilik darjah memandangkan sosioekonomi murid–murid
di luar bandar yang rendah.

WUJUDNYA JURANG DIGITAL DALAM KALANGAN PELAJAR

-Menurut Anuar (2020), PdPR dalam talian berdepan dua kekangan utama
iaitu tiada capaian internet, lemah atau tidak stabil dan kemampuan ibu
bapa menyediakan gajet seperti komputer peribadi serta tablet.

- Kebanyakan murid menggunakan telefon bimbit yang dikongsi dengan
ibu bapa serta adik-beradik yang lain.

-Perkongsian alat peranti digital bagi tujuan pembelajaran ini
menyebabkan adakalanya mereka tidak dapat mengikuti kelas secara
dalam talian kerana ibubapa bekerja atau digunakan oleh adik-beradik
yang lain.

-Kekurangan peranti yang mencukupi serta Internet yang tidak stabil
akan mengganggu proses penerimaan murid-murid akan terjejas.

02. Minat dan sikap murid
terhadap TMK

Bergantung kepada kesesuaian TMK yang digunakan
mengikut tahap kematangan murid-murid.
Memerlukan penggunaan TMK yang sesuai agar murid
berminat dengan proses pengajaran tersebut.
Terdapat murid yang berlainan gaya pembelajaran yang
perlu difahami oleh guru.
Murid akan berminat dengan pendekatan pembelajaran
yang melibatkan pancaindera mereka iaitu murid dapat
mendengar lagu atau muzik, murid dapat melihat
gambar atau video dan murid dapat merasai
pengalaman membuat atau menjawab soalan menerusi
aplikasi-aplikasi yang berunsur animasi.

Sebagai contoh, manusia dapat menyerap sesuatu pelajaran sebanyak
60% daripada apa yang dilakukan, 50% dariapada apa yang disebut, 40%
daripada penglihatan, 30% daripada pendengaran dan 20% daripada
apa yang dibaca.
Gabungan daripada pembacaan, visual, audio, sebutan dan perlakuan
akan menghasilkan 90% kekuatan daya ingatan seseorang manusia.
Penggunaan ICT berasaskan multimedia dalam pembelajaran memberi
peluang kepada pelajar untuk menggunakan kesemua pancaindera
semasa proses pembelajaran berlaku.
Teknologi multimedia mengintergrasikan teks, animasi, video, audio
dan grafik mampu mengembangkan proses pembelajaran dan
pengajaran ke arah yang lebih dinamik.
Ini mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif menggalakan
para pelajar agar berkomunikasi dari pelbagai hala seperti antara
pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan
komputer.
Dengan penyepaduan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia
dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan
pemahaman pelajar serta minat pelajar untuk belajar.

03. Mengoptimumkan
Kemudahan Teknologi yang

Terdapat Di Sekolah

Memandangkan kerajaan menyediakan TMK kepada
semua warga sekolah, maka murid perlulah
mengoptimumkan semua kemudahan yang terdapat
dalam bidang tersebut.

Mengoptimumkan kemudahan teknologi yang disediakan
di sekolah termasuklah menggunakan kemudahan
tersebut sebaiknya untuk menambah pengetahuan sedia
ada murid sepanjang proses pembelajaran berlangsung.

Sebagai contoh, penggunaan Future Classroom memberi
ruang kepada pelajar menggunakan teknologi untuk
menyokong dan mengukuhkan pembentangan yang
mereka sediakan.

Hal ini memberikan impak terhadap prestasi dan juga
perkembangan diri murid kerana murid tidak hanya
menggunakan teknologi untuk memperoleh maklumat
tambahan, tetapi juga meningkatkan kemahiran mereka
dalam mengendalikan teknologi sedia ada seiring dengan
kepesatan TMK.

KESIMPULAN

Tuntasnya, pengintegrasian TMK dalam kalangan guru dan murid-
murid juga mengalami berbagai cabaran
TMK merupakan satu bidang yang memberikan manfaat yang
berlipat ganda terutamanya kepada sistem pendidikan kerana ia
membantu dalam memudahkan proses pembelajaran murid.
Walau bagaimanapun, guru dan murid perlu mempunyai kesediaan
dalam mengguna pakai atau mengendalikan semua bentuk
kemudahan yang disediakan.
Oleh yang demikian, kedua-dua faktor ini memainkan peranan yang
sangat penting kerana kesediaan guru dan murid tidak hanya
menyebabkan kemudahan bidang tersebut tidak digunakan
sebaiknya, tetapi juga boleh membantutkan proses PdP yang
dilaksanakan di sekolah.
Justeru, guru dan murid sewajarnya memiliki pengetahuan,
kompetensi dan juga bersikap positif terhadap bidang TMK yang
diketengahkan di dalam sistem pendidikan negara.

SEKIAN
TERIMA KASIH...


Click to View FlipBook Version