The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Mesezabil Martin
No Matrik D20202096920

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mesezabilmartin, 2022-01-03 13:03:00

Pengurusan murid pelbagai upaya unit 9

Disediakan oleh Mesezabil Martin
No Matrik D20202096920

UNIT 9

PENGURUSAN
KPS3014 PENGURUSAN

MURID PEMBELAJARAN
PELBAGAI
UPAYA

MESEZABIL MARTIN

Nama : Mesezabil Martin
NoMatrik : D20202096920
Bidang Pengajian : AT41 Ismp
Pendidikan Moral
Nama Kursus : KPS3014
Pengurusan Pembelajaran
(Group E)

Nama Pensyarah : Profesor
Dr. Amir Hasan bin Dawi

1.0 Pengenalan

Secara amnya, sistem pembelajaran yang baik serta terunggul dapat dilahirkan
melalui pelbagai aspek yang harus dikaji dengan teliti agar matlamat dan objektif yang
diigini akan dapat dicapai, jadi antara salah satu daripada aspek yang harus dikaji
adalah berkenaan dengan pengurusan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pengurusan merupakan salah satu proses yang khususnya untuk mengagihkan input-
input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan
pengarahan. Manakala, pengurusan murid merupakan salah satu bidang yang amat
penting di sekolah tambahan pula, pengurusan murid di sekolah adalah cermin prestasi
sekolah itu sendiri. Selain itu, pengurusan murid juga mampu mewujudkan dan membina
budaya yang baik khususnya antara guru dan murid. Selanjutnya pengurusan murid juga
mampu meningkatkan motivasi yang baik kepada murid-murid khususnya untuk terus
belajar bersungguh-sungguh. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah
berganding bahu dan saling bekerjasama di dalam melaksanakan pengurusan murid
dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai
murni dalam diri mereka sekaligus mampu meneraju negara dengan baik di masa yang
akan datang.

Pengurusan murid pelbagai upaya adalah salah satu daripada langkah yang
diambil kira untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah di dalam
pembelajaran sehingga mereka lebih sukar mendapatkan pembelajaran yang
sepatutnya berbanding daripada pelajar lain. Umumnya, pengurusan murid pelbagai
upaya ini adalah lebih terarah kepada program pendidikan khas yang khususnya akan
dijalankan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari
segi fizikal mahupun mental mereka. Jika dapat dilihat pendidikan khas itu sendiri
merujuk kepada program yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan pendidikan
murid-murid yang berkeperluan khas.

1

Selain itu pendidikan khas ini juga adalah merujuk kepada satu pendekatan, rancangan
pendidikan, strategi, kaedah dan teknik yang khususnya dalam membantu murid-murid
istimewa atau berkeperluan khas turut mendapatkan pendidikan kerana mereka tidak
berupaya untuk mencapai objektif dan matlamat yang sepatutnya daripada program
sekolah aliran perdana di mana pelajar-pelajar tersebut mendapat pendidikan biasa di
sekolah. Pengurusan murid pelbagai upaya adalah berfokus kepada murid yang
berkeperluan khas ataupun lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang berupaya (OKU).
Pengurusan ini banyak berfokuskan kepada pengurusan pembelajaran pelajar yang
berkeperluan khas. Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh golongan yang
terlibat bersama mereka sahaja, tetapi juga setiap lapisan masyarakat di sekeliling.

Rentetan itu, Akta OKU 2008 telah menyatakan dengan jelas dimana kanak-
kanak berkeperluan khas ini berhak memperoleh peluang pendidikan yang sama rata
tanpa diskriminasi atau pun dikecualikan. Oleh itu, institusi pendidikan terutama sekali
institusi sekolah memainkan peranan penting dalam menyediakan sistem persekitaran
dan aktiviti yang bersesuaian khususnya dengan keperluan murid-murid berkeperluan
khas ini agar mereka dapat berkembang ke potensi yang lebih maksima (Zalizan, 2009).
Terdapat beberapa jenis masalah murid-murid bekeperluan khas, antaranya adalah
masalah Autisme, masalah penglihatan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),
masalah tingkah laku atau emosi, masalah penglihatan, masalah pendengaran, palsi
serebral, masalah pembelajaran spesifik, masalah komunikasi dan bahasa dan
kerencatan akal.

2

2.0 Isi kandungan

2.1 Murid bekeperluan khas/pelbagai upaya.

Semua manusia yang tidak memiliki kesempurnaan sama ada dari segi fizikal,
mental, emosi dan sosial, mereka dikenali sebagai pelajar berkeperluan khas. Menurut
Gargiulo (2003) pelajar berkeperluan khas didefinisikan sebagai:

“individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These
differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural
characteristics. Many of these children may require educational program customized to
their unique needs.”

Manakala menurut Ormrod (2000), beliau mengkategorikan bahawa beliau
mengkategorikan bahawa pelajar berkeperluan khas kepada beberapa kategori seperti
pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran, kecacatan bahasa atau percakapan,
gangguan emosi, autisme, pelajar pintar cerdas, mengalami kecacatan mental, anggota,
pendengaran dan lain-lain.

2.1.1 Murid yang bermasalah pembelajaran

Menurut Mohd Fudzail Mohd Noor (2021), murid yang mengalami masalah
pembelajaran ini adalah merujuk kepada murid yang yang mengalami sesuatu masalah
atau gangguan intelek yang mengalang kemampuan mereka untuk memproses dan
menyimpan maklumat.

3

Dalam konteks ini, kita dapat tahu bahawa golongan murid ini adalah golongan yang
mengalami proses mental yang agak lambat dari aspek perkembangan kematangan
intelek serta fungsi-fungsi intelek tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kematangan pemikiran mereka lebih
muda dari usia sebenar mereka. Oleh hal yang demikian, mereka lebih cenderung
bertingkah laku seperti budak-budak yang masih bawah umur walaupun mereka
sudah berada di tahap umur dewasa. Seterusnya, perkataan dan juga istilah masalah
pembelajaran pertama kali digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu
perjumpaannya dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah
membaca, hiperaktif dan tidak boleh selesai masalah matematik. Akta Pendidikan
Individu Kurang Upaya (Individual with Disabilities Education Act atau IDEA, 1997) turut
mendefinisikan bahawa permasalahan pembelajaran sebagai masalah dalam satu
atau lebih daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman atau
penggunaan bahasa sama ada pertuturan mahupun penulisan, di mana masalah-
masalah yang dihadapi menyebabkan berlakunya masalah kebolehan mendengar
yang tidak sempurna kebolehan berfikir yang tidak sempurna kebolehan bertutur
yang tidak sempurna dan kebolehan membaca yang tidak sempurna.

Sebab-sebab masalah pembelajaran ini berlaku pada seseorang individu
adalah kerana disebabkan faktor keturunan, hal ini dikatakan demikian kerana,
terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab
kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50%
kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa
atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah
pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya. Seterusnya adalah disebabkan
oleh faktor ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah
pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca
kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi
tumpuan ke atas kerja sekolah. Di samping itu, faktor persekitaran juga merupakan
salah satu daripada berlakunya masalah pembelajaran kerana persekitaran yang
serba kekurangan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang
tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-
anak tidak mesra atau tidak mencukupi kasih sayang boleh menimbulkan masalah
pembelajaran di kalangan kanak-kanak sekaligus menyebabkan mereka tidak
berminat untuk belajar sejak di usia kanak-kanak lagi.

Ciri-ciri pelajar yang bermasalah pembelajaran adalah masalah membaca,
masalah menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial dan masalah tingkah
laku. Ini adalah penting untuk guru mengetahui ciri-ciri pelajar bermasalah
pembelajaran kerana guru perlu mengatur intervensi yang sesuai untuk membantu
pelajar-pelajar begini.

4

2.1.2 Pelajar bermasalah penglihatan

Menurut Kementerian Kesihatan (2009), gangguan penglihatan boleh berada
pada tahap daripada keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta. Di
Malaysia, keadaan buta meliputi 0.2 peratus dan status penglihatan yang rendah
meliputi 2.44 peratus daripada jumlah penduduk. Kanak-kanak yang cacat
penglihatan biasanya ketinggalan dari segi perkembangan pergerakan fizikal dan
motor. Seringkali mereka tidak dapat mencari atau mencapai objek-objek kecil yang
terjatuh. Membantu kanak-kanak ini memahami konsep ruang dan saiz akan
membantu perkembangan mereka.

Masalah penglihatan dari perspektif pendidikan iaitu bermaksud sekumpulan
kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Ini
kerana keadaan mata mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Oleh itu,
kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan
dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan
pencapaian mereka.

Oleh itu, antara langkah yang diambil kira dalam membantu pelajar yang
mempunyai masalah penglihatan adalah semasa merancangkan pengajaran dan
pembelajaran, guru akan menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz
yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Bahan
bacaan yang disediakan adalah jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan
warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan
atau ayat dalam satu muka surat. Semasa tulis di papan putih guru juga akan
menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini.
Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti
“hands-on”. Selain itu, bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan mereka
diwajibkan untuk mendapatkan pembelajaran dan pengajaran braille. Hal ini
dikatakan demikian kerana, braille terdiri daripada enam sel titik timbul yang
dinomborkan. Setiap titik ini mewakili simbol dan makna yang berbeza seperti huruf
abc dan nombor 123. Penggunaan huruf braille ini menggunakan singkatan kod
tertentu. Sebagai contoh “org” yang mewakili perkataan orang. Penggunaan
singkatan ini juga bertujuan bagi menjimatkan penggunaan kertas braille dan
menipiskan buku. Hal ini demikian kerana tulisan braille menggunakan ruang yang
banyak berbanding dengan tulisan tangan mahupun tulisan print.

5

2.1.3 Masalah Pendengaran

Menurut Asiah (2012) telah menyatakan bahawa masalah pendengaran atau
cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar seseorang terganggu atau terhalang
daripada menerima atau mengamati seseuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain.
Dengan kata lain, deria dengar tidak boleh berfungsi untuk kegunaan pendengaran
biasa dalam kehidupan harian. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang
mengalami masalah pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau
selepas dilahirkan. Individu yang mengalami masalah biasanya akan mengalami
kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran.
Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas
kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam
pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek
(Aznan Che Ahmad, 2010). Jadi, secara tidak langsung deria pendengaran merupakan
salah satu agen penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran
ini, matlamat menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.

Jadi, antara kaedah yang digunakan oleh guru dalam membolehkan pelajar yang
mempunyai masalah pendengaran untuk mendapatkan pembelajaran adalah dengan
menggunakan kaedah pengajaran berbentuk visual iaitu dengan kaedah ini pelajar
kelainan upaya yang mempunyai masalah pendengaran akan dapat mengingati
perkara yang ditunjukkan secara visual, selain itu kaedah pengajaran bahasa isyarat
juga dapat mendorong pelajar ke arah kecemerlangan bagi pelajar yang mengalami
masalah pendengaran. Program pendidikan khas bermasalah pendengaran juga
dijalankan bagi pelajar berkeperluan khas dalam kategori bermasalah pendengaran.
Melalui program ini, pelajar bermasalah pendengaran dilatih daripada segi pertuturan
dan mereka juga belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid biasa dengan
menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program ini disediakan di
sekolah khas dan juga di sekolah biasa melalui program integrasi.

2.2 Pengurusan murid pelbagai upaya (pemulihan)

Konsep pendidikan pemulihan khas adalah merupakan salah satu daripada
pengajaran pemulihan yang didasarkan mengikut kepada diagnosis kelemahan dan
kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid dalam pembelajaran mereka. Sebelum
murid-murid ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas, mereka akan mengikuti
prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program
pendidikan pemulihan khas sekaligus mengenal pasti murid yang menghadapi dan
mempunyai masalah pembelajaran serta membuat penilaian awal atas mereka.

6

Selain itu, murid-murid yang terlibat dan terpilih dalam program pemulihan ini akan
diasingkan daripada kelas biasa dan ditempatkan di dalam kelas khas bersama-sama
dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas yang lain.

Menurut Noresah Baharum (2000), pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan,
pengembalian kepada keadaan semula. Jadi melalui perkara ini, konsep pemulihan
merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu
kekurangan atau memperbetul sesuatu. Seterusnya, pemulihan adalah satu program
khas yang berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalang mereka
dapat diatasi dan aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran (Blair,
1956).

Setiap sekolah yang mempunyai pelajar pelbagai upaya haruslah menyediakan
kelas pemulihan kepada pelajar khususnya kepada pelajar yang mempunyai masalah
dari segi pembelajaran asas 3M iaitu membaca, menulis dan juga mengira. Perbezaan
bakat, minat, gaya dan pengalaman belajar individu murid mengakibatkan segolongan
mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
Sekiranya mereka tidak diberikan pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh
pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program
Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti
dan dipenuhi.

2.3 Penyediaan pendidikan inklusif bagi murid berkeperluan khas/murid pelbagai upaya

Perkataan inklusif diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “Inclusive”
yang memberi maksud “merangkumi”. Maka, pendidikan inklusif ini dapat didefinisikan
sebagai suatu penyertaan yang merangkumi bukan sahaja murid tipikal tetapi juga
murid berkeperluan khas dalam sesuatu komuniti sekolah. Menurut Ismail, Mokhtar dan
Hanafi (2012), inklusif boleh ditakrifkan sebagai proses pengintegrasian murid-murid
berkeperluan khas ke dalam bilik darjah yang biasa. Dalam konteks Pendidikan khas,
proses ini bermakna murid-murid berkeperluan khas ini akan belajar bersama-sama
dengan rakan-rakan tipikal yang lain di dalam bilik darjah yang sama dan diajar oleh
guru biasa. Hal ini adalah untuk memastikan mereka berpeluang menikmati segala
kemudahan belajar persekitaran normal dan kondusif seperti murid-murid lain tanpa
mengira status.

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang
diberikan kepadamurid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-muridnormal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh
guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994).Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan
pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang
sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan merekamengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

7

Program Pendidikan Khas diperkenalkan atas saranan dan gesaan beberapa
deklarasi diperingkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada
pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs
Education (Salamanca Statement) 1994 yang memberi tumpuan kepada dasar, polisi
dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang berkeperluan khas. Rangka
Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak
berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk
mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-
kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan
keperluan pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk
memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti
pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.

Sekolah yang menjalankan program inklusif dan terbahagi kepada dua jenis
pendidikan inklusif khususnya buat pelajar kelainan upaya atau pun berkeperluan.
Pertama sekali, adalah pendidikan inklusif penuh di mana inklusif penuh bermaksud
murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas
biasa seperti murid biasa. Namun, senarai nama murid akan kekal dalam pendaftaran
kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru
pendidikan khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkahlaku murid berkeperluan khas tersebut. Selain itu, murid
pendidikan khas dalam kategori inklusif penuh ini akan diberi peluang untuk mengambil
peperiksaan awam. Jenis pendidikan inklusif yang kedua adalah inklusif separa, iaitu
murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti pembelajaran di kelas biasa
untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Murid tersebut akan mengikuti semula program
di kelas pendidikan khas pada waktu yang selebihnya. Sama seperti pada inklusif penuh,
senarai nama murid tersebut akan didaftarkan dalam program Pendidikan Khas dan
dalam inklusif separa ini juga, guru Pendidikan Khas sendiri akan terlibat sebagai
pembimbing atau guru pendamping. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid
biasa terutamanya pada subjek yang diinklusifkan.

8

3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, tidak dinafikan lagi bahawa pelajar pelbagai upaya harus

diberi perhatian dan tumpuan yang secukup. Persekitaran yang sesuai untuk
perkembangan potensi pelajar pelbagai upaya adalah seperti kelas yang kecil dan
mempunyai 7 hingga 8 murid sahaja dan masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif,
kelajuan yang sesuai, peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang
bersesuaian dan tumpuan yang lebih kepada kognitif pembelajaran (Leinhard & Pallay,
1982). Oleh itu, kita hendaklah memberi kasih sayang kepada mereka dan bukan
menyisihkan mereka dan lebih berfokus kepada pelajar yang normal sahaja. Pelajar-
pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, kerja
kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan mempunyai peluang yang
sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Seorang guru juga tidak seharusnya bersikap
pilih kasih dalam melayani dan mengajar murid di sekolah dan tidak menjalankan tugas
mereka dengan penuh tanggungjawab. Sekiranya, perkara sedemikian dilakukan sudah
pasti akan menyebabkan pelajar kelainan upaya akan tersisih dan tidak mendapatkan
pembelajaran yang sepatutnya sekaligus mampu menjatuhkan imej seorang guru dan
mampu memburukkan lagi nama baik sekolah dan negara.

9

Sumber rujukan





Aznan Che Ahmad. Kanak-kanak Bermasalah Tingkah laku. DP. Jilid 10, Bil 2/2010.
Gargiulo. (2003). Special Education in Contemporary Society 5e. Sage Publications.
Md. Amin Kasbin, Safani Bari, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin dan Mohd. Mokhtar Tahar.
Pembinaan Sistem Sokongan Dan Jalinan Kolaborasi Dalam Perlaksanaan Program
Inklusif Pelajar Bekeperluan Khas: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Menengah Program
Integrasi Bermasalah Pembelajaran Di Negeri Johor . Prosiding Persidangan Serantau
Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. 2009. 69-79.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ormrod. (2000). Educational Psychology. Pearson College div : Subsequent edition.
Zalizan. (2009). Pendidikan Inklusif dan Murid berkeperluan Khas. UKM : Bangi.

10

LINK NOTA SETIAP UNIT

UNIT 1 UNIT 2 UNIT 3
ORGANISASI DAN KEPIMPINAN PENGURUSAN MURID PENGURUSAN BILIK


DARJAH
PENGURUSAN PEMBELAJARAN


(KPS3014) KUMPULAN E HTTPS://SITE-6339574-
(HUSNANURUL123.BLOGSPOT.COM) HTTPS://PENGURUSANPEMBEL 4639-
AJARANAIN.BLOGSPOT.COM/2 581.MYSTRIKINGLY.COM
UNIT4 /
PENGURUSAN SUMBER 021/11/PENGURUSAN-
PEMBELAJARAN.HTML?M=1 UNIT 6

PENGURUSAN TINGKAH
HTTPS://PENGURUSANPEMBELAJ UNIT 5 LAKU DAN DISIPLIN
ARANAIN.BLOGSPOT.COM/2021/ STRATEGI MENGURUS BILIK

SELAMAT DATANG :
12/TAJUK-4-PENGURUSAN- PEMBELAJARAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU
SUMBER.HTML
DAN DISIPLIN (KPS3014

HTTPS://KPS3014KUMPULAN1.BL PENGURUSAN PEMBELAJARAN)
OGSPOT.COM/2021/12/PENGURU (SAZILAHJAIDAL.BLOGSPOT.COM)

SAN-BILIK-PEMBELAJARAN- UNIT 9
BENGKEL.HTML PENGURUSAN MURID
PELBAGAI UPAYA
UNIT 7 UNIT 8

PENGURUSAN PENGURUSAN PELBAGAI
HTTPS://WWW.FLIPBOOKPDF.NET/
PENASIHATAN MURID BUDAYA WEB/SITE/2FDD8BA2A049EE65AB9


EBBAA2EBD312B2D8C02F5202112.

HTTPS://FATINSYAZWANI410.BLOG FLIPPINGBOOK ONLINE PDF.HTML

SPOT.COM/2021/12/TAJUK-7- UNIT 11
PENGURUSAN ALAM
PENGURUSAN-PENASIHATAN- PEMBELAJARAN


MURID.HTML
HTTPS://KPS3014-PENGURUSAN-
ALAM-

PEMBELAJARAN.WEEBLY.COM/

UNIT 10
SEKOLAH DAN
PERSEKITARAN



HTTP://KPSPENGURUSANPEMBELA

JARAN.BLOGSPOT.COM/2018/11/SE

KOLAH-DAN-

PERSEKITARAN.HTML?M=1

11


Click to View FlipBook Version