SMK IDRIS SHAH, GOPENG
PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH
DAN AKADEMIK TINGKATAN 4, 2022
21 MAC 2022
ISNIN
PN. SHAHNAZ RASHADA BT. ABBAS
GURU KAUNSELING
SMK IDRIS SHAH, GOPENG
SALAM SEMUA …..
Apa khabar semua….. Cikgu doakan agar anda semua berada dalam
keadaan sihat dan selamat.
*TAHNIAH kerana anda semua kini berada di Tingkatan 4 bagi
tahun 2022
Selamat mengikut pembelajaran secara BDR, semoga anda dapat
mengikutinya dengan tekun
Adab Belajar Secara “Online”
1. Guna nama sebenar. (Nama anda kan sudah cantik)
2. Semasa kelas buka paparan kamera, jangan off paparan kamera.
cikgu lebih bersemangat bila melihat wajah anda.
3. Semasa guru mengajar “mute”kan „mic‟ dan jika hendak bertanya
soalan, anda hendaklah bergilir-gilir dengan kawan - kawan anda.
4. Masuk awal ketika kelas „online bermula.‟
5. Sentiasa hadir kelas walaupun sekadar kelas online.
6. Maklumkan kepada guru sekiranya anda tidak dapat menghadiri
kelas.
7. Ucapkan “Terima Kasih” setelas kelas tamat.
8. Pastikan kerja yang diberikan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
SELAMAT BELAJAR UNTUK SEMUA……..
KENAL PASTI CARA BELAJAR
Anda perlu memilih masa untuk belajar @
mengulangkaji
Berikan tumpuan kepada semua mata pelajaran (Ikuti
kelas BDR yang telah ditetapkan.)
Disiplinkan diri anda, lawan kehendak yang negatif
seperti asyik bermain telefon.
PERSEDIAN SEBELUM DAN SEMASA DALAM KELAS
SANGAT PENTING
Baca buku pada sebelah malam,kerana ia akan memudahkan anda
memahami apa yang di terangkan oleh guru.
Baca bahan bacaan tambahan,seperti majalah atau bahan dari internet.
Tumpukan sepenuh perhatian kepada penerangan guru.
Sekiranya guru menyoal, ambil bahagian.
Kemukakan persoalan terhadap apa yang anda tidak faham.
Pastikan setiap kerja yang diberikan dilakukan.
Mendengar dan memberi perhatian mampu memudahkan anda mengingat
kembali apabila membuat ulangkaji.
Fokus kepada apa yang di sampaikan oleh guru anda
Jangan berangan-angan semasa kelas dijalankan.
BELAJAR MERANCANG MASA
Jangan pilih mata pelajaran yang di
gemari sahaja.
Jangan habiskan waktu dengan telefon
bimbit, televisyen dll.
Buat jadual belajar yang padan dengan
kemampuan anda.
BUAT JADUAL WAKTU BELAJAR
Cuba kenalpasti mata pelajaran apa yang
anda lemah.
Pastikan setiap hari anda belajar,
sekurang-kurangnya satu jam untuk setiap
mata pelajaran, dalam masa seminggu
semua anda telah pelajari/buat latihan
semua mata pelajaran.
BOSAN,BOSAN APA UBAT NYA
Cuba tanya diri anda, mengapa sering
rasa bosan.
Lawan diri anda untuk atasi bosan.
Jika ada masalah peribadi cepat-cepat
selesaikan.
Tanya mengapa anda perlu belajar.Untuk
motivasikan diri anda.
KATA HIKMAT
JIKA ANDA GAGAL MERANCANG,ANDA
MERANCANG UNTUK
GAGAL.JADI,RANCANGLAH KERJA
ANDA DAN LAKSANAKAN RANCANGAN
ITU.
KATA BESTARI
MINDA KITA ADALAH SEPERTI
PAYUNG TERJUN.IA HANYA
BERFUNGSI SEKIRANYA IA TERBUKA.
SEKIAN, TERIMA KASIH