NAZ | JPSPk
Kebebasan Beragama dan Limitasinya di Malaysia
Nooratika Binti Aziz1
ABSTRAK
Kebebasan beragama adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan, dimana setiap orang
bebas untuk mengamalkan agama masing-masing. Hak kanak-kanak dalam beragama juga
dijamin oleh perlembagaan dimana agamanya ditentukan oleh ibu bapanya. Disamping
kedua-dua peruntukan ini, perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Islam adalah agama
bagi Persekutuan. Rentetan itu, artikel ini akan menfokuskan tentang kepada hak beragama
terhadap individu termasuk kanak-kanak dalam konteks hak asasi manusia di peringkat
antarabangsa dan pemakaiannya di Malaysia dan setakat mana keputusan mahkamah dalam
mengiktiraf Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.
Kata kunci : Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama, Islam, hak kanak-kanak,
hak ibu bapa
PENGENALAN
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kebebasan beragama bagi setiap
individu di Malaysia2. Peruntukan ini meliputi hak untuk menganut dan mengamalkan sesuatu
agama tetapi tertakluk kepada sekatan pengembangan agama bukan Islam kepada orang
Islam3. Selain itu, dalam hal berkenaan agama bagi individu yang berumur bawah 18 tahun
ditentukan oleh ibu bapanya4. Dalam membicarakan kedua-dua hak diatas, Malaysia
mengambil kira Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.
Hak kebebasan beragama adalah suatu hak yang bersifat universal dan sejagat. Malah
ia didokongi oleh seluruh dunia dalam Universal Declaration Of Human Right (UDHR). UDHR
1948, Perkara 18 :
“Setiap orang berhak atas kebebasan berfikir, berhati nurani dan agama; dalam hal ini
termasuk kebebasan menukar agama atau kepercayaan, dengan kebebasan untuk
menyatakan agama atau kepercayaann dengan cara mengajarkannya,
melakukannya, beribadat dan mentaatinya, baik sendiri mahupun bersama-sama
dengan orang lain, di secara umum mahupun sendiri.”
Walaubagaimanapun, Perkara 29 (2) UDHR dan Deklarasi tersebut ada
memperuntukkan sekatan dalam kebebasan beragama seperti berikut :
“dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasan yang dinyatakan, setiap orang tertakluk
kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata
bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-
hak dan kebebasan yang lain”
1 Pegawai Syariah LS41 Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak
2 Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.
3 Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
4 Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
1
NAZ | JPSPk
Konvensyen hak kanak-kanak Negara-negara Bersatu atau United Nation Convention
Right Of Child (UNCRC) meperuntukkan dalam perkara 14 bahawa :
(1) Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanak kepada kebebasan
berfikir, berhati nurani dan beragama.
(2) Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak dan kewajipan ibu bapa dan, jika
berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, untuk menunjukkan hala tuju kepada
kanak-kanak itu dalam menjalankan haknya mengikut cara yang selaras dengan
keupayaan berkembang kanak-kanak itu.
(3) Kebebasan untuk menunjukkan agama atau kepercayaan seseorang dengan ketara
boleh tertakluk hanya kepada batasan-batasan tertentu sebagaimana yang ditetapkan
oleh undang-undang dan adalah perlu untuk melindungi keselamatan awam,
ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan atau hak asasi dan kebebasan
orang lain.
Melihat kepada dekalarasi-dekalarasi di atas, walaupun kebebasan beragama kepada
semua individu termasuk kanak-kanak dijamin oleh perjanjian antarabangsa, namun semua
dekalarasi tersebut masih meletakkan limitasi bahawa kebebasan tersebut mestilah
melindungi keselamatan awam, kesihatan awam atau kemoralan atau hak asasi dan
kebebasan orang lain.
KEBEBASAN BERAGAMA DALAM ISLAM
Semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi peruntukan khusus untuk hak asasi manusia telah
dimaterai dan dimasyurkan. Sahifah Madinah atau dikenali sebagai Piagam Madinah atau
Perlembagaan Madinah adalah salah satu contoh yang menunjukkan bahawa Islam tidak
mengabaikan kehendak hak asasi manusia5. Prinsip kebebasan dalam beragama dalam
Islam juga telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran6 “tiada paksaan dalam agama
(Islam)”.
Namun Begitu, ayat tersebut adalah kebebasan beragama bagi bukan Islam. Ini kerana,
kebebasan agama bagi orang Islam adalah terhad dan keluar dari Agama Islam atau murtad
adalah haram dan termasuk dalam antara dosa-dosa besar. Sekiranya umat Islam berbuat
demikian, majoriti fuqaha’ termasuk Imam al-Syafie nenyatakan mereka boleh dikenakan
hukuman had (hudud), iaitu hukuman mati selepas tamat tempoh bertaubat7. Ini sepertimana
sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari : “barangsiapa sahaja menukar
agamanya (keluar dari Islam), maka hendaklah dia dibunuh” dan Riwayat Bukhari dan Muslim
“dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : tidak halal darah seorang muslim
melainkan salah satu dari tiga perkara : kafir sesudah beriman (keluar dari Islam), berzina
sesudah muhsan (berkahwin) dan membunuh jiwa seseorang”. Sebahagian minoriti fuqaha’
5 Abdullah Alwi Hj. Hassan, ‘Perlembagaan Madinah : Satu Huraian Ringkas’,(Julai 1993), Jilid 2,
(Bahagian 1), Jurnal Syariah Universiti Malaya : Akademi Pengajian Islam, 182-198.
6 Al-Qurān, Al-Baqarah, 1 : 256.
7 al-Shawkāni, Muhammad bin ‘Āli bin Muhammad, al-Shawkāni, Nayl al-Awtār, Beirut: Muassasah al-
Tārikh al-‘Ārabi, undated, vol. 7, at 213.
2
NAZ | JPSPk
seperti Iman Hanafi menyatakan bahawa mereka yang keluar Islam boleh dikenakan
hukuman berbentuk ta’zir (hukuman dari pemerintah).
KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama
bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan. Peruntukan ini juga selaras dengan perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan berkenaan dengan hak untuk menganut dan
mengamalkan sesuatu agama. Perkara 12 juga memperuntukkan berkenaan dengan hak
kebebasan beragama. Perkara 12(4) yang dibaca bersama dengan perkara 12(3)
memberikan hak kepada ibu bapa atau penjaga untuk mementukan agama individu berumur
lapan belas tahun dan ke bawah. Pertukaran agama bagi individu yang sudah mencapai umur
dewasa8 tidak bersalahan dan dibenarkan. Namun, sarjana perundangan menegaskan
bahawa pertukaran agama tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tetapi
peruntukan ini hanya bersesuaian digunakan untuk orang bukan Islam yang ingin bertukar ke
agama Islam dan bukan untuk orang Islam9. Prinsip ini selaras dengan Islam yang
memperuntukkan limitasi yang sama.
Sejarah perundangan di Malaysia mengiktiraf undang-undang Islam sebagai undang-
undang tempatan dan diberi pengiktirafan memandangkan ia bukan bukanlah undang-undang
asing di Tanah Melayu dalam kes Ramah v Laton 10. Tambahan pula, perlaksanaan undang-
undang Islam juga telah wujud sebelum penjajahan berlaku di Tanah Melayu seperti Batu
Bersurat, Terengganu, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka dan sebagainya.
Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan 2018 atau National Human Right
Action Plan (NHRAP) 2018 adalah merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dalam mengawal
hak asasi manusia di Malaysia. Pelan ini merupakan pendirian Malaysia dalam perkara hak
asasi manusia yang telah menetapkan bahawa Perlembagaan Persekutuan, Universal
Declaration of Human Right (UDHR) dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (CDHRI)
sebagai kerangka utama di samping instrumen-instrumen lain. Ketiga-tiga kerangka ini adalah
sesuai dengan konteks dan acuan Malaysia.
Mahkamah di Malaysia selama ini dalam mentafsir Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan adalah tidak termasuk untuk menukar agama. Hal ini diputuskan dalam
beberapa kes antaranya kes Lina Joy11, dalam kes ini pemohon membuat tuntutan di
mahkamah sivil untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalannya kerana dirinya
telah menukar agamanya kepada agama Kristian. Beliau menyatakan bahawa keperluan
untuk mendapat kepastian tentang keluar agamanya daripada mahkamah Syariah adalah
bertentangan dengan hak asasinya dalam beragama, Mahkamah Rayuan memutuskan
8 Seksyen 2, Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21) memperuntukkan bahawa: “Subject to section 4, the
minority of all males and females shall cease and determine within Malaysia at the age of eighteen
years and every such male and female attaining that age shall be of the age of majority.” Akta ini dirujuk
sebagai AUD 1971.
9 Mohd Taufik Mohd Tasrip, Narizan Binti Abdul Rahman, ‘Artikel Pertukaran Agama Salah Seorang
Ibu Bapa Bukan Islam Di Malaysia Serta Implikasinya Kepada Kebajikan Kanak-Kanak’, (2016), vol 1
(1), Journal Of Syariah Research, 92-93.
10 [1927] 6 FMSLR 128.
11 [2004] 2 M LJ 119.
3
NAZ | JPSPk
bahawa walaupun dirinya telah keluar dari Islam, dia masih perlu mengikut prosedur Islam
untuk melakukan sedemikian kerana asalnya dia beragama Islam. Selain itu, penghakiman
kes ini juga menyebut bahawa walaupun perlembagaan meletakkan kebebasan beragama
dalam perkara 11, tetapi peruntukan tersebut perlu dibaca bersama dengan Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan.
Agama bagi individu bawah 18 tahun ditetapkan oleh ibubapanya12. Peruntukan ini
menyentuh perkara berkaitan agama kanak-kanak yang ditetapkan oleh ibu bapa dan anak
hendaklah mengikutinya. Ini bermaksud tiada kanak-kanak secara automatiknya boleh
menerima arahan dari mana-mana agama untuk menukar agamanya kecuali setelah
mendapat keizinan daripada ibu bapanya.13 Kanak-kanak di bawah umur tidak mempunyai
hak untuk menentukan agamanya sendiri. Sekiranya seorang kanak-kanak di bawah umur
ingin menukar agamanya, seharusnya kebenaran atau keizinan oleh ibu bapa atau
penjaganya diperolehi sebagai mana yang telah disyaratkan mengikut peruntukan-
peruntukan yang termaktub di dalam atau luar negara14.
Keputusan mahkamah dalam menentukan samada pertukaran agama seseorang
kanak-kanak itu sah adalah melalui tafsiran perkataan “parent” dalam Perlembagaan
Persekutuan. Keputusan mahkamah setakat ini telah mentafsirkan perkataan “parent” dalam
perkara 12(4) perlembagaan persekutuan kepada dua maksud, ibu dan bapa, ibu atau bapa.
Tafsiran pertama iaitu ditafsirkan sebagai ibu dan bapa telah berlaku dalam kes terkini
di Malaysia adalah kes Indira Ghandi a/p Mutho v Jabatan Agama Islam Perak & Ors and
other appeals15. Dalam kes ini, Riduan Abdullah (Responden) iaitu bekas suami kepada Indira
Ghandi (Perayu) telah memeluk Islam pada 11 Mac 2009 dan telah mengislamkan tiga orang
anaknya yang masing-masing berumur 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan. Mahkamah Syariah
pada ketika itu telah membenarkan permohonan Responden darihal hak jagaan anak
kepadanya pada 3 April 2009. Perayu telah memohon ke Mahkamah Tinggi Ipoh suatu
semakan dibuat terhadap pengislaman tiga orang kanak-kanak tersebut yang hanya
dipersetujui oleh bapa sahaja (responden) tanpa pengentahuan ibu (perayu). Kes ini
berlanjutan ke Mahkamah Persekutuan hingga 29 Januari 2018 mahkamah memutuskan
pada persoalan ketiga bahawa ibu atau bapa terpakai sekiranya anak mempunyai salah
seorang daripadanya (meninggal dunia salah satu pihak). Sekiranya kedua-dua masih ada,
maka, kebenaran perlu dari keduanya. Hal ini juga diperuntukkan dalam Akta Penjagaan
Kanak-kanak 1961 bahawa ibu dan bapa mempunyai hak yang sama terhadap kanak-kanak.
Tafsiran begini juga berlaku dalam kes Chang Ah Mee v Jabatan Hal Ehwal Islam, Majlis
Agama Islam Sabah & Ors16 terhadap keabsahan kanak-kanak berumur 2 tahun oleh bapa
sahaja tanpa kebenaran dari ibu.
12 Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan
13 Shamrahayu A. Aziz, ‘Muslims’ Right to Freedom of Religion in Malaysia: Piercing Through the
Confusion and Contradictions’, vol. 7, Malayan Law Journal, p126.
14 Farah Nini Dusuki, ‘The Law Relating to Conversion to Islam: A Comparative Study With Special
Reference to the Position in Malaysia’, (1993), Tesis Sarjana, Petaling Jaya: International Islamic
University of Malaysia.
15 [2018] 1 MLJ 545.
16 [2003] 5 MLJ 106.
4
NAZ | JPSPk
Manakala tafsiran kedua berlaku dalam kes Subashini a/l Rajasingam v Saravanan a/l
Thangathoray17 juga di Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan “parent” sebagai salah
seorang ibu atau bapa. Dalam kes ini, bapa dan anak lelakinya berumur 4 tahun telah
memeluk Islam. Pengislaman anak lelaki itu dibuat tanpa pengetahuan ibu sehingga pihak ibu
menerima satu notis dari mahkamah Syariah bahawa suaminya telah menfailkan hak
penjagaan anak terhadap anak lelaki itu. Mahkamah memutuskan bahawa pengislaman anak
lelaki berumur 4 tahun itu adalah tidak bercanggah dengan perkara 12(4) perlembagaan
persekutuan. Tafsiran yang sama berlaku dalam kes Neduchelian v Nurshafiqah mah singai
Annal & Ors18 dimana defendan pertama iaitu ibu telah mengislamkan 4 orang anaknya yang
berumur 18 tahun kebawah tanpa pengetahuan bapa dan Mahkamah menyatakan bahawa
pengislaman tersebut tidak bercanggah dengan perkara 12(4) perlembagaan persekutuan
yang memperuntukkan “parent” sebagai salah seorang ibu atau bapa.
Walaupun agama kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan kebawah ditentukan oleh
ibu dan bapanya, mahkamah di Malaysia telah memberi hak kanak-kanak untuk menimbang
semula (review) agama mereka semula samada kekal dengan agama ibubapa atau
sebaliknya setelah berumur 18 tahun. Namun penentuan ini mengalami proses yang ketat
kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan seseorang.
KESIMPULAN
Mana-mana individu mempunyai hak untuk memilih, menganut dan mengamalkan agamanya
dengan bebas, aman dan harmoni tanpa sebarang prejudis. Namun hak ini terbatas kepada
orang bukan Islam. Individu yang telah memeluk Islam ataupun dilahirkan Islam, mahkamah
mengambilkira cara hidup dan cara seseorang itu dibesarkan dalam penentuan keislaman
dan penentuan keluar Islam.
Walaupun secara dasar dilihat bahawa Malaysia adalah negara yang mengiktiraf hak
asasi manusia yang bebas mengamalkan agama tetapi hakikatnya, mahkamah di Malaysia
juga mengambilkira peruntukan Islam sebagai agama bagi persekutuan dalam penghakiman.
Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi
kanak-kanak bawah umur lapan belas tahun semestinya diputuskan oleh kedua ibu bapa atau
penjaga. Perbicaraan terutamanya melibatkan pihak-pihak beragama Islam walaupun pihak
satu lagi bukan beragama Islam, elemen berkenaan dengan Islam juga turut ditekankan dalam
penghakiman. Walaubagaimanapun, keputusan bagi penentuan agama bagi seorang kanak-
kanak memerlukan kebenaran kedua-dua ibu dan bapa di Malaysia iaitu kes Indira Ghandi
a/p Mutho v Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals19 adalah binding precedent.
Setakat ini, salah seorang ibu atau bapa tidak boleh menukar agama seorang kanak-kanak
melainkan telah mendapat persetujuan kedua ibu bapanya.
Disamping mahkamah mengambil kira umur bawah 18 tahun, mahkamah turut
membincangkan berkenaan dengan umur kematangan (baligh) seseorang individu dalam
pemelukan Islam selain dapat memahami maksud kalimah syahadah itu sendiri. Pemelukan
17 [2007] 2 MLJ 701.
18 [2005] 2 CLJ 306.
19 [2018] 1 MLJ 545.
5
NAZ | JPSPk
Islam dan mengambil kira faktor kematangan (baligh) dalam Islam merupakan selaras dengan
perlembagaan persekutuan perkara 3(1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama bagi
persekutuan yang bukan sahaja melibatkan upacara rasmi tetapi juga meliputi aspek
kehidupan sepertimana yang diputuskan dalam kes Che Omar bin Che Soh v Public
Prosecutor 20.
Islam menekankan bahawa dalam usaha-usaha memperjuangkan dan menegakkan
hak asasi manusia, melindungi manusia daripada eksploitasi dan penganiayaan serta
mengesahkan kebebasan dan haknya untuk hidup bermaruah, ia mestilah dilakukan
berdasarkan kepada ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
20 [1988] 2 MLJ 55.
6