The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 687-1-nasrul, 2022-03-28 08:05:17

ASAS LITERASI

ASAS LITERASI

ASAS LITERASI

DEFINISI LITERASI

MAKSUD LITERASI BAHASA
LITERASI bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga
disebut sebagai "kenal huruf" atau "celik huruf" bermaksud
kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam
suatu bahasa. Penulis tidak menggunakan istilah kenal huruf
dalam makalah ini kerana maksud kenal huruf akan terpesong
apabila perbincangan tentang konsep literasi dikupas secara
terperinci, dan merangkum bukan sahaja mengenal huruf dan

dapat menulis semula huruf tersebut secara mekanis

LITERASI
MEMBACA

LITERASI
MEMBACA

1.PRABACAAN

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai
dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini
merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa
cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan.
Antaranya, dengan menjadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai
untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa

waktu makan.

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah;
1. mengenal gambar yang berlainan
2. mengenal bentuk yang berlainan.

2.MEKANIS

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan

sebutan yang jelas dan terang.

Contoh
aktiviti:
Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan
kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti

yang di bawah;
Kad Huruf

Kad Suku Kata
Kad Perkataan

Kad Ayat

3.MENTALIS

Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang
melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama
membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis
ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca

yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca
nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang

lain tidak terganggu.

Contoh aktiviti:
-Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang

sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
-Guru memberi dan menentukan bahan bacaan.

-Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
-Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

LITERASI MENULIS

Literasi menulis merupakan kegiatan atau aktiviti yang membudayakan

gerakan membaca dan menulis.

-Literasi ini merupakan sumber ilmu yang dapat menyenangkan dan

mampu membangunkan imajinasi mereka untuk dapat menjelajahi dunia


serta ilmu yang luas
Untuk lebih jelasnya, mengenai pengertian literasi adalah sebuah

kemampuan individu yang dapat digunakan sebagai potensi dan

keterampilan dalam pengolahan dan juga untuk memahami informasi

ketika melakukan aktivitas atau sebuah kegiatan dalam membaca dan


menulis.

TUJUAN LITERASI MENULIS

Melatih dalam hal menulis serta juga merangkai kata yang bermakna
Menambah kosa kata
Meningkatkan fokus dan konsentrasi seseorang
Mengoptimalkan kerja otak
Mempertajam diri didalam menangkap makna dari suatu informasi yang

sedang dibaca.
Melatih kemampuan berpikir dan menganalisa
Menambah wawasan dan informasi baru

CONTOH LITERASI

MENULIS

Membaca beberapa buku dalam waktu yang

tertentu

Membuat kelompok diskusi buku
Menulis hal menarik dari buku yang sudah di baca

Mengundang para orang tua, sastrawan, atau

pegiat literasi untuk membaca buku buku yang ada


di sekolah
Membuat Perpustakaan di kelas

KEPENTINGAN LITERASI BAHASA

1. Membant
u meningkatkan daya fokus seseorang
2. Meningkatkan kemampuan analisis dan berfikir

seseorang
3. Menambahkan lagi perbendaharaan kata serta

kosa kata yang sedia ada
4. Meningkatkan kemampuan seseorang untuk

memahami sesuatu informasi

PRINSIP LITERASI BAHASA

1. Bersifat Seimbang
Setiap pelajar memiliki keperluan dan kemampuan yang berbeza.
Oleh itu, setiap sekolah haruslah menerapkan prinsip ini dengan
menerapkan strategi dalam membaca dan variasi bacaan.

2. Mementingkan bahasa lisan
Setiap pelajar haruslah berbincang mengenai suatu maklumat
dalam perbincangan serta mewujudkan perkongsian pendapat.
Melalui cara ini, pelajar dapat melatih diri untuk berfikir secara
kreatif dan kritis.

PRINSIP LITERASI BAHASA

3. Mewujudkan aktiviti literasi dalam kurikulum
Menurut Kylene Beers, program literasi seharusnya diterapkan kepada
seluruh siswa dan tidak hanya bergantung pada kurikulum tertentu. Oleh
itu, semua guru matapelajaran harus menerapkan kegiatan literasi dalam
kelas mereka.

4. Mewujudkan kepelbagaian
Guru haruslah mewujudkan kepelbagaian literasi di sekolah. Hal ini dapat
dilakukan dengan menyediakan pelbagai buku yang bertemakan
kepelbagaian budaya agar mereka dapat mengenali budaya tersebut
dengan lebih baik serta melestarikannya.


Click to View FlipBook Version