TAJUK:
PERTOLONGAN
CEMAS
MAKSUD PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat
sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan
dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan
perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.
TUJUAN-TUJUAN
PERTOLONGAN CEMAS
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan
mangsa.
SIFAT-SIFAT PEMBERI
PERTOLONGAN CEMAS YANG
BAIK
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam
mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan
gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan
semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar
dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.
TUGAS-TUGAS AHLI
PERTOLONGAN CEMAS
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR
jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan
mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat
mengelakkan dari jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya
patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera
berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam
keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
PERATURAN-PERATURAN
SEMASA MEMBERI
BANTUAN
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan
selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi
kemudahan mendapatkan bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-
tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta
menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan
mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang
teruk.
d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah,
kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas mangsa.
Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang
berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat
mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama
mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan
dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana
bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa
segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas
selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan
patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau
perubatan jika bantuan diperlukan.
CARA RAWAT LUKA KECIL
SECARA SENDIRI DI RUMAH
Sekiranya luka yang dialami itu adalah kecil dan tidak
begitu dalam, ada peluang di mana anda sendiri boleh
merawatnya di rumah.
Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor jika luka
yang dialami itu besar dan dalam untuk mengelakkan
komplikasi lain.
Jadi, bagaimanakah cara rawat luka paling mudah,
cepat dan selamat? Ikuti langkah first aid ini!
1. Sebelum pegang luka, sila pastikan anda basuh
tangan terlebih dahulu untuk elakkan jangkitan.
2. Cuba hentikan pendarahan secepat yang mungkin
kerana luka kecil biasanya tidak memakan masa lama
untuk berhenti mengalir.
3. Selepas pendarahan pada luka telah berhenti,
bilaskan kawasan tersebut dengan air.
4. Jika ada kotoran yang melekat, buangkan ia dengan
perlahan dan berwaspada.
5. Sapukan antibiotik kerana ia mampu membantu
melembapkan kawasan luka di samping
mengurangkan parut kelak.
6. Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika dapati
luka anda masih sakit, merah, bengkak ataupun
bernanah.
Bahan yang mungkin boleh
bantu anda rawat luka
Secara umumnya, pasti ramai yang beranggapan bahawa
sebarang luka perlu dirawat dengan sapuan iodin.
Ya, sapuan iodin adalah satu cara paling efektif kerana ia
mampu mengelakkan jangkitan yang tidak diingini.
Namun akan wujud masalah yang besar sekiranya sapuan
ini tiada di dalam peti kit kecemasan anda di rumah.
Disebabkan itu, ada beberapa alternatif kepada iodin yang
mungkin boleh digunakan untuk merawat luka kecil iaitu:
• Air batu – ia mampu mengecutkan salur darah dan
membekukan darah dengan lebih pantas
• Uncang teh – asid tanin yang terkandung boleh
membantu darah membeku dengan cepat
• Cecair kumur mulut – alkohol yang terkandung boleh
bertindak mengecutkan tisu
• Jeli petroleum – ia boleh membantu mengelak luka
daripada membentuk parut yang dalam serta gatal
• Antiperspirant – aluminium klorida yang terkandung
boleh membantu mengecutkan salur darah dan
menghentikan pendarahan
PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari
terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan
jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain
pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis
kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis
kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah
menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya
elakkan dari memegang atau menempoh kain yang
digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan
meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan
semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan.
Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal.
Sekian Terima Kasih