MPU 23072 : PELANCONGAN & HOSPITALITI DALAM ISLAM TOPIK E-FOLIO : KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK AHMAD SAIFUL BIN ABDUL MANAF DISEDIAKAN OLEH : MOHAMMAD NAZEEM IRFAN BIN ABDULLAH [29DHF22F1013] MUHAMMAD MUZAKKIR BIN RASHID [29DHF22F1005] MUHAMMAD HABIL AMIR FIRDAUS BIN RUSLAN [29DHF22F1033]
PENGENALAN Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku atau sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira.
الَّشّك ِب الَيِقين اَل ُيَزاُل MAKSUD HADIS Jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalam mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah sembahyang, iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, hendaklah ia menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yang meyakinkan, dengan mengira tiga rakaat sahaja. Untuk itu, apa yang dimaksudkan dengan keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itu sebelum empat.
DALIL KAEDAH 1. Al-Quran “ Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaja(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendaksesuatu kebenaran (iktiqad) ” ( Surah Yunus : 36 ) Maka al-haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin. 2. As-Sunnah Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi Muhammad s.a.w bersabda, ” Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbulkeraguan ke atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka janganlah dia keluar dari masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya ) sehinggalah dia mendengar suara atau merasai angin keluar “
3. Dalil Akal Maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat dari syak, kerana padayakin itu wujud hukuman yang putus (qat’iy) dan pasti maka ia tidak akan tanggaldengan syak sahaja.
KEDUDUKAN KAEDAH Kaedah ini mempunyai kedudukan yang sangat agung dalam islam, baik yang berkaitan dengan fiqh mahupun lainnya, bahkan sebahagian ulama 'menyatakan bahawa kaedah in merangkumi tiga perempat masalah fiqh atau mungkin malah lebih. (Lihat Al Asybah wan Nadla'ir oleh Imam As Suyuthi hal: 51) Imam Nawawi berkata: "Kaedah ini adalah adalah sebuah kaedah pokok yang merang kumi semua permasalahan, dan tidak keluar darinya kecuali beberapa masalah sahaja."
Imam Ibnu Abdil Bar berkata: "Para Ulama 'telah sepakat bahawa bahawa orang yang sudah hadas lalu dia ragu-ragu sama ada dia sudah berwudhu ' kembali atau belum? bahawasanya keraguannya ini tidak berfungsi sama sekali, dan dia wajib untuk berwudhu kembali. Hal in menunjukkan bahawa keraguan itu tidak digunakan menurut para ulama 'dan yang dijadikan ikutan adalah sesatu yang meyakinkan. Ini adalah sebuah dasar pokok dalam permasalahan fiqh. (Lihat At Tamhid 5/18, 25, 27) Imam Al Qarrafi berkata: ''Ini adalah sebuah kaedah yang disepakati oleh para ulama", bahawasanya sesuatu yang meragukan dianggap seperti tidak ada.
• Sebagaimana dikatakan sebelumnya bahawa kaedah ini mencakup hampir semua permasalahan syar'ie, maka cukup disini disebutkan sebagainnya saja sebagai sebuah contoh: • Apabila ada seseorang yang yakin bahwa dia telah berwudhu, lalu ragu ragu apakah dia sudah batal ataukah belum, maka dia tidak waiib berwudhu lagi, kerana yanq yakin adalah sudah berwudhu, sedang batalnya masih diragukan. • Dan begitu pula sebailknya, apabila orang yakin bahawa dia telah batal wudhunya, namun dia ragu-ragu apakah dia sudah berwudhu kembali ataukah belum? maka dia wajib wudhu lagi kerana yang yakin sekarang adalah batalnya wudhu. PENERAPAN KAEDAH
• Barang siapa yang berjalan diperkampungan lalu kejatuhan air dari rumah seseorang dari lantai dua, yang mana ada kemungkinan bahawa itu adalah air najis, maka dia tidak wajib mencucinya kerana pada dasarnya air itu suci, dan asal hukum ini tidak boleh dihilangkan hanya dengan sebuah keraguan, kecuali kalau didapati sebuah tanda-tanda kuat bahawa itu adalah air najis, misalkan bau busuk dan lainnya.
Yakin menurut fuqaha adalah keyakinan yang pasti atau prasangka kuat. Ragu adalah semata-mata kebimbangan, sama saja apakah prasangkanya sama kuat atau ada yang lebih kuat. Prasangka yang kuat teranggap secara syar'l, karena mengetahui setiap hukum dengan keyakinan yang pasti itu mustahil. Imam Asy Syathibi rahimahullahu berkata, "Prasangka (kuat) dalam amaliyah berlaku sebagaimana ilmu yakin" (AI Muwafaqat, 2/360) Makna kaedah tersebut : setiap perkara yang telah tersabit berdasarkan dalil qath'| atau zhan kuat, maka perkara tersebut dihukumi berdasarkan hal tersebut.Dan hukum tersebut tidaklah boleh dihilangkan kecuali dengan keyakinan yang tidak tercampuri keraguan kerana hukum perkara yang bersifat yakin tidaklah masuk akal boleh dihilangkan dengan keyakinan ya lemah darinya, akan tetapi haruslah dengan keyakinan yang tertentu atau lebih kuat. PENJELASAN KAEDAH
Dalil kaedah ini adalah hadis Abdullah bin Zaid radhiyallahu 'anhu bahawasanya ada seseorang mengadu kepada Rasulullah bahwasanya dirinya seperti mendapatkan sesuatu dalam solat (iaitu hadas). Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata: "Janganlah ia lepaskan (solatnya) atau dia batalkan sampai dia mendengar suaranya atau mencium baunya" (HR. Bukhari no. 137 dan Muslim no. 361)
KESIMPULAN Kesimpulan daripada tajuk "Keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan" telah member pengetahuan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikan semata-mata timbul syak atau keraguan. Ini kerana syak itu adalah sesuatu yang kita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara yang kita telah yakini keadaannya.Sebagai contoh seseorang yang yakin dalam keadaan berhadath, kemudian timbul keraguan samada dia mash dalam keadaan berhadath atau telah bersuci.Dalam keadaan ini maka ia masih dianggap berhadath. Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini (ilmu ini), maka sudah tentu syaitan amat mudah untuk mempermainkan keraguannya. Maka sebab itu kaedah ini berserta kaedah yang lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita sebagai manusia tidak lari dari menghadapi situasi-situasi yang pelbagai.