The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitirayen, 2022-04-20 16:12:29

MINIT MESYUARAT HEM (2021)

MINIT MESYUARAT HEM (2021)

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR 08400
MERBOK KEDAH DARULAMAN

NO TEL:011-65735455

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh:24 April 2022

Kepada,

Semua guru SK Kampong Pasir

Tuan/Puan

MESYUARAT INDUK HEM KALI PERTAMA 2022/2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut;

Tarikh : 25 April 2022

Masa : 1.15 Petang

Tempat : Makmal Komputer

Agenda : 1.Perutusan pengerusi
2.Ucapan penasihat
3.Membentang dan mengesah minit lalu
4.Perkara Berbangkit
5.Unit - Unit HEM
6.Hal hal lain
7.Ucapan penangguhan

3. Sehubungan dengan itu ,tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

4. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,
……………………………………

(PN ANISAH BT ZAKARIA)

Setiausaha Hem SKKP

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR 08400
MERBOK KEDAH DARULAMAN
NO TEL:011-65735455

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MINIT MESYUARAT HEM KALI KEDUA 2021
TARIKH : 24 Mac 2021
HARI : RABU
MASA :1.15 PETANG
TEMPAT:BILIK MESYUARAT SEMARAK MINDA

Kehadiran : 34/39
Tidak Hadir :1.En Zubir bin Hasan - Kursus

2.Pn Zuraida binti Mohamed Zin – Urusan pencen
3.En Abu Bakar bin Kassim – Cuti sakit
4.En Muhammad Azhar bin Salleh – Taklimat ICT
5.En Muhammad Fahlawi bin Mansor-Cuti sakit
AGENDA
1.PERUTUSAN PENGERUSI
2.UCAPAN PENASIHAT
3.MEMBENTANG DAN MENGESAH MINIT YANG LALU
4.PERKARA BERBANGKIT
5.LAPORAN KETUA UNIT HEM
6.HAL HAL LAIN
7.UCAPAN PENANGGUHAN
8.PENUTUP

1) PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam dan shukur kerana diberi kesempatan untuk
mengendalikan mesyuarat juga ucapan terima kasih kepada semua guru dalam menjalankan tugas-
tugas menjaga SOP .Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir bagi
mesyuarat kali ini.
1.2 Tujuan atau fokus utama bermesyuarat adalah untuk berbincang berkenaan permasalahan
yang sedang berlaku dan cara penyelesaiannya seperti buli (semua guru adalah guru disiplin).Beliau
berharap agar perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.
1.3 Seterusnya beliau meminta Al-Fadhil ustaz Haris bin Ghazali untuk membacakan doa.

2) UCAPAN PENASIHAT
Tuan GB berkursus ketika ini.

3) MEMBENTANG DAN MENGESAH MINIT YANG LALU
Pn setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama kepada semua ahli.
Puan Suriani binti Hasan mencadangkan minit mesyuarat ini di sahkan dan disokong oleh Pn Hasliza
binti Nayan.
4) PERKARA BERBANGKIT
4.1 Perkara 5.6-Tuan Pengerusi mengingatkan bahawa jumlah sebenar RMT adalah 112 orang.

Tindakan:Semua guru
4.2 Perkara 6.2 -Tn Pengerusi memberitahu jumlah terkini murid Tahun 1 adalah 55

Tindakan: GK Tahun 1

5) LAPORAN UNIT HEM
5.1 Susu RMT-Tempat simpan dan minum hendaklah menepati piawaian

-tempat terbuka masuk angin.
-Senarai nama murid tidak hadir hendaklah dperlihatkan-unuik guru kelas tengok

-Susu bagi waktu pagi pada murid untuk elak murid muntah sekiranya mereka minum pada
waktu rehat.Manakala air coklat ais tidak dibenarkan.

Tindakan :Pn Nur Asmin bin Che Ya

5.2 Disiplin-suasana covid-19 menjadikan tiada sebarang kes yang berat .

5.3 Lawatan-Sebarang rombongan atau lawatan dibolehkan dengan syarat menggunakan
kenderaan awam.

5.4 Bimbingan & Kaunseling-Pn Zamzuraini telah menghadiri kursus B&K.

-Penambahan ahli PRS seramai 6 orang

-Bilik sedang beroperasi utk buat program.Apapun tahniah berjalan lancar

-PPKI kalau ada murid yang berpotensi sila beri nama kepada Puan Zamzuraini binti Hashim.

5.5 Keceriaan Kelas-Ustazah Nurul Huda binti Saidin bertanyakan tentang pertandingan
kelas.Tangguh dulu kerana musim covid-19.

5.6 SPBT-Puan Roslina binti Don memberitahu bahawa buku teks telah dapat diedarkan dengan
baik kecuali buku Superminds Tahun 1 & 2 teruk sedikit.

5.7 RMT-Alhamdulillah tiada sebarang masalah terhadap pengusaha Kantin yang baru Che
Din.Tahniah diucapkan.

5.8 Kantin-Bilik makan guru hendaklah dibersihkan untuk guru makan semula di dalam biik itu.

5.9 Kesihatan-Tahun 1 sepatutnya sudah cucuk pada awal tahun lagi,namun disebabkan covid-
19 tidak dapat dijalankan.Pada tahun lepas waris membawa anak mereka cucuk di Klinik
Kesihatan lama.

5.10 Jawatankuasa 3K -Berkenaan air di sekolah,jawatankuasa telah bermesyuarat untuk
membeli pam air agar dapat menampung keperluan guru dan murid.

5.11 KWAMP-Bantuan selesai,namun demikian perlu lagi 60 orang.Pilih murid yang
berlainan.Tiga bantuan tiga jenis jenis kelayakan lain-lain pilihan.

5.12 DATA APDM-Alhamdulillah data lengkap dan tak naik nama di JPN.

5.13 Sekolah Penyayang-Berjalan lancar

5.14 Sekolah selamat-Tidak dibenarkan lagi.

6) HAL HAL LAIN

6.1 Tuan pengerusi berpesan guru kelas semak e-kehadiran sekiranya murid datang lambat atau
bercuti boleh tengok di mana-mana.Sistem masih tak kutip duit Rm6.

6.2 En Rozaimi memberi cadangan -Perkenalkan guru bertugas di perhimpunan selama 5 minit .

7) UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Induk yang telah bekerjasama

menyumbangkan idea dan tenaga dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ……………………………………….
(PN ANISAH BINTI ZAKARIA) (EN MOHD ROZAIMI BIN MOHD FADZIL)
S/U HEM SKKP PK HEM SKKP


Click to View FlipBook Version