Sebuah Terbitan SUPERB HUFFAZ Pengarang Mohd Zaid bin Ismail Dr. Mohd Nor Adli bin Osman Editor Siti Nor Fatimah Ramli Pereka Letak & Kulit Izzah Syamilah Ahamad Fadzil TADABBUR AL-QURAN SURAH PILIHAN 4 Cetakan Pertama 2023 ISBN 978-967-18275-7-4 HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau sebarang cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada SUPERB HUFFAZ. Diterbitkan oleh SUPERB HUFFAZ No. 29-1 Jln Mahagoni 7/1 Sek. 4 Bandar Utama, 44300 Batang Kali, Selangor. Dicetak oleh Firdaus Press Sdn. Bhd.
v ISI KANDUNGAN ................................................................................. SURAH AL-MUTHAFFIFIN 1 Diturunkan di Makkah ................................................................................. SURAH AL-INSYIQAQ 17 Diturunkan di Makkah ................................................................................. SURAH AL-BURUJ 27 Diturunkan di Makkah ................................................................................. SURAH AL-THARIQ 37 Diturunkan di Makkah ................................................................................. SURAH AL-A’LA 45 Diturunkan di Makkah .................................................................................
45 SURAH AL-A`LA Diturunkan di Makkah Allah SWT telah memuji Diri-Nya pada permulaan surah ini, kerana Dia Yang Maha Pencipta sesuatu. Hal ini kerana tiada makhluk lain yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT untuk menciptakan sesuatu. Dengan sifat kekuasaan yang dimiliki oleh Allah SWT itu juga, Dia berhak untuk melupakan apa yang dihafal oleh hamba-Nya. Dalam surah ini juga turut dinyatakan beberapa kelebihan kepada hamba-Nya yang mendengar peringatan serta menjauhi segala larangan dan tegahan dalam agama Islam. ............................................................................................. لخلملىلي نيىٰيريز KATA KUNCI: Bertasbihlah Maksud: Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (daripada segala sifat-sifat kekurangan). ............................................................................................. Ini ialah perintah daripada Allah SWT untuk tunduk sujud kepada-Nya Yang Maha Tinggi.
46 ............................................................................................. ينيىيي KATA KUNCI: Menciptakan Manusia Maksud: Yang menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan (kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). ............................................................................................. Allah SWT telah menciptakan manusia melalui beberapa proses. Bermula daripada setitik air mani, kemudian bertukar menjadi segumpal darah dan seterusnya menjadi segumpal daging. Selepas itu diciptakan tulang belulang yang diliputi oleh daging, kemudian ditiupkan roh pada diri manusia setelah mencapai usia 120 hari di dalam kandungan. ............................................................................................. ئحئخئم KATA KUNCI: Memberikan Petunjuk Maksud: Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya). ............................................................................................. Allah SWT telah mengatur kejadian manusia dengan sangat sempurna. Manusia akan berada di dalam perut ibunya selama 9 bulan 10 hari. Apabila dilahirkan, Allah SWT yang telah menentukan jalan pengakhiran mereka di syurga ataupun ke nereka.
47 ............................................................................................. بجبحبخ KATA KUNCI: Yang Maha Mencipta Maksud: Dan yang telah menumbuhkan rumput-rumput. ............................................................................................. Allah SWT telah mengeluarkan dari dalam bumi ini rumput-rumput untuk dijadikan makanan kepada makhluk-makhluk yang lain. ............................................................................................. بهتجتح KATA KUNCI: Rumput Kering Maksud: Lalu dijadikan-Nya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman. ............................................................................................. Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dengan sempurna. Rumput yang diciptakan-Nya dengan sempurna, Dia juga berkuasa menjadikan rumput itu kering dan bertukar warna kehitaman. ............................................................................................. تمتهثم KATA KUNCI: Dibacakan al-Quran Maksud: Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (alQuran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril) sehingga engkau (menghafaznya) tidak lupa. ........................................................................
48 Nabi SAW sentiasa membaca al-Quran dan malaikat Jibrail sering kali akan bersama dengan Nabi SAW untuk membaca al-Quran. Oleh itu, Nabi SAW sentiasa mengingati ayat-ayat al-Quran kerana sentiasa mengulanginya. ............................................................................................. جمحجحمخجخمسجسحسخسمصح KATA KUNCI: Allah SWT Mengetahui Maksud: Kecuali apa yang Allah kehendaki engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku) dan yang tersembunyi. ............................................................................................. Salah satu nama Allah SWT adalah Yang Maha Mengetahui. Allah SWT mempunyai pengetahuan yang tidak terbatas. Sedangkan bagi manusia ilmu pengetahuannya sangat terbatas walaupun dia merupakan manusia yang paling cerdik di dunia. Sekiranya sesuatu perkara itu disembunyikan oleh manusia namun Allah SWT tetap mengetahui perkara yang cuba disembunyikan itu. ............................................................................................. صمضج KATA KUNCI: Memberi Kemudahan Maksud: Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. ............................................................................................. Menurut al-Maturidi, Allah SWT mempermudahkan untuk melakukan jalan kebaikan supaya hamba-Nya dapat menuju jalan ke syurga.
49 ............................................................................................. ضخضمطحظم KATA KUNCI: Peringatan Maksud: Oleh itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat. ............................................................................................. Justeru, manusia sering alpa dalam perjalanan kehidupan mereka, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk sentiasa memberi peringatan agar dijauhkan daripada sifat lalai yang dapat menjerumuskan ke dalam neraka. ............................................................................................. عمغجغم KATA KUNCI: Orang yang Takut Maksud: Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. ............................................................................................. Apabila peringatan telah diberikan kepada manusia, keadaan manusia pada ketika itu terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama ialah mereka yang benarbenar takut kepada segala ancaman Allah SWT akan menerima dan mengikuti segala peringatan yang diberikan itu. ............................................................................................. لخلم KATA KUNCI: Orang Kafir Maksud: Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. ........................................................................
50 Golongan yang kedua ialah mereka yang enggan menerima peringatan tersebut. Mereka berasa angkuh serta sombong setelah peringatan telah diberikan kepada mereka. ............................................................................................. ليمجمحمخ KATA KUNCI: Nereka Sebagai Balasan Maksud: Dialah orang yang akan menderita menjadi bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya). ............................................................................................. Maka balasan kepada golongan kedua yang ingkar dan sombong kepada peringatan yang diberikan itu ialah mereka pasti akan menerima azab seksaan yang sangat pedih di dalam neraka nanti. ............................................................................................. مىمينجنحنخنم KATA KUNCI: Tidak Mati dan Hidup Maksud: Selain itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. ............................................................................................. Orang yang berada di dalam neraka akan sentiasa hidup merana menanggung kepedihan azab api neraka setiap hari. Bahkan kehidupan mereka sangat berbeza dengan apa yang dinikmati oleh para penghuni syurga.
51 ............................................................................................. نيهجهمهى KATA KUNCI: Orang Soleh Berjaya Maksud: Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah (menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). ............................................................................................. Petanda orang yang berjaya di akhirat adalah apabila telah sampai kepada mereka peringatan, mereka akan melakukan amal soleh sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. ............................................................................................. يجيحيخيم KATA KUNCI: Solat Khusyuk Maksud: Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta menunaikan sembahyang (dengan khusyuk). ............................................................................................. Mereka berzikir memuji Allah SWT, kemudian mendirikan solat sebagai bentuk tanggungjawab orang yang beriman. Ketaatan mereka itu merupakan bukti bahawa Allah SWT ialah Tuhan yang wajib diEsakan. ............................................................................................. ييذٰرٰىٰ KATA KUNCI: Sibuk Hal Dunia Maksud: (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian) bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia. .......................................................................
52 Ayat ini ialah tamparan Allah SWT kepada mereka yang hanya mementingkan hal keduniaan semata-mata. Mereka tidak menyucikan diri dan membasahkan lidah dengan zikir kepada Allah SWT kerana terlalu sibuk dengan perkara keduniaan. ............................................................................................. � � � � �ٍّ� � �َّ� � � �ُّ� KATA KUNCI: Akhirat yang Utama Maksud: Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. ............................................................................................. Allah SWT menempelak mereka yang hanya mementingkan kehidupan dunia sematamata. Sedangkan kehidupan di dunia adalah sementara sahaja dan kehidupan akhirat adalah kekal selama-lamanya. ............................................................................................. � �ّٰئرئزئمئن KATA KUNCI: Kitab-kitab Maksud: Sesungguhnya (keteranganketerangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) dalam kitab-kitab yang terdahulu. ............................................................................................. Segala peringatan yang terdapat dalam al-Quran juga terdapat dalam kitab-kitab para nabi yang terdahulu tentang keadaan umat mereka.
53 ............................................................................................. ئيبربز KATA KUNCI: Nabi-nabi Maksud: Iaitu kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. نبي ............................................................................................. Kisah-kisah ini telah disebut dalam suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. Allah SWT menyebutkan kedua-dua nabi ini dalam ayat di atas disebabkan Nabi SAW sedang berhadapan dengan golongan kafir Quraisy Makkah yang memandang tinggi Nabi Ibrahim a.s. Dalam masa yang sama, Nabi SAW juga berhadapan dengan golongan ahli kitab dan Nabi Musa a.s. merupakan Rasul utama mereka.
54 CATATAN ................................................................................................... .................................................................................................... ................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... .................................................................................................... ..................................................................................................... ..................................................................................................... ............................................................................................