The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Arif anak yang baik dan mempunyai kejayaan dalam akademiknya. Namun , sikap Arif berubah apabila dia dipindahkan ke sekolah baharunya. Dia mulai terpengaruh dengan dunia permainan yang dikenali Roblox. Mimpi ngeri berjaya mengubah sikap Arif menjadi baik. Saksikan cerita Kisah Arif dan Roblox dalam buku ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ChearlynBeat0120, 2024-03-11 23:53:48

Kisah Arif Dan Roblox

Arif anak yang baik dan mempunyai kejayaan dalam akademiknya. Namun , sikap Arif berubah apabila dia dipindahkan ke sekolah baharunya. Dia mulai terpengaruh dengan dunia permainan yang dikenali Roblox. Mimpi ngeri berjaya mengubah sikap Arif menjadi baik. Saksikan cerita Kisah Arif dan Roblox dalam buku ini.

Kisah Arif Dan Roblox Ditulis oleh : Chearlyn Beatreace Anak Roslie


Ini Arif . Arif sentiasa mencapai kejayaan dalam akademiknya. Ibu dan ayah Arif sangat bangga dengan kejayaan Arif . Setiap hari, Arif akan berjalan kaki menuju ke sekolahnya. Suasana persekolahan yang selesa serta persekitaran yang positif menjadikan Arif suka datang ke sekolah. 1


Arif 2


Namun, semuanya berubah apabila dia telah dipindahkan ke sekolah baharunya. Walaupun sudah sebulan, dia pindah sekolah, namun dia masih tidak dapat menyesuaikan diri. Arif tidak memiliki kawan dan menjadikannya seorang yang pendiam. Perubahan dalam diri Arif semakin ketara diperhatikan oleh ibu dan ayahnya. Hal ini kerana mereka seolah kehilangan Arif yang bersemangat serta suka bergaul. 3


?? 4


Oleh itu, ibunya menghadiahi Arif sebuah telefon pintar . Ibunya memberi pesanan kepada Arif untuk menggunakan telefon pintar dengan berhemah. Setiap hari, Arif akan menggunakan telefon pintarnya untuk belajar. Hal ini menjadikan keputusan akademik Arif semakin meningkat daripada sebelumnya. Ibunya yakin bahawa Arif dapat menggunakan pemberian mereka dengan baik. 5


6


Pada suatu hari, kawan sekelas Arif membawa Arif untuk bermain permainan dalam talian. Arif tertarik dengan permainan itu. Hari demi hari, kehidupan Arif menjadi lebih baik dan dia mempunyai ramai kawan. Setiap hari, dia akan bermain permainan dalam talian ini bersama kawan- kawannya. Arif mulai melupakan akademik dia kerana sikap ketagihan dia terhadap permainan dalam talian. Dia mulai ponteng kelas demi bermain bersama dengan kawannya. “ Roblox “ itulah permainan dalam talian yang mengubah dirinya. 7


8


Perubahan Arif semakin teruk sehinggalah guru kelasnya memaklumkan kepada ibu dan ayah Arif. Pada suatu hari, Arif bermain sehingga terlupa bahawa waktu persekolahan telah pun berlalu. Dia bergegas balik ke rumah. Setibanya di rumah, langkah Arif terhenti apabila dia dikejutkan dengan nada ayahnya yang sangat marah. “ Arif ! ” kata ayahnya . “ Apa yang telah kamu lakukan di sekolah sehingga kamu ponteng sekolah dan akademik kamu semakin merosot ?” kata ibunya sambil teresak - esak. “ Ayah, ibu Arif tidak buat apa - apa.” katanya. Arif tidak mengaku kesalahannya. 9


Arif, pergi sekolah lah ayah ! 10


Namun, malangnya Arif sudah diketahui menipu . “ Kami kecewa dengan kamu, kamu tidak menggunakan dengan baik gajet yang ayah dan ibu berikan kepada kamu. “ kata ayahnya. “ Mulai hari ini, ibu akan simpan gajet kamu dan kami tidak akan berikan kalau kamu tidak mahu berubah .” tegas ibunya. Malangnya, Arif memberontak dan menolak keras pintu rumahnya. “ Arif tidak mahu duduk sini , ibu dan ayah tidak sayang Arif!” kata Arif sambil berlari keluar dari rumah. Kedengaran sayup suara ibunya memanggil Arif tetapi Arif tidak menghiraukan panggilan tersebut. 11


Ibu simpan telefon pintar kamu ! BANG !! 12


Arif berlari dan membawa dirinya ke sebuah taman. Oleh kerana dia sangat letih dia terlena di bawah sebatang pokok. “ Arif, Arif mana kamu ? “ “ Arif , jom lah main sama kami. “ kata Robloxnya. Arif melihat beribu - ribu Robloxnya berbaris mengejarnya dari belakang. Arif dikejar dan dikejar oleh permainannya. “ Kami akan mendapatkan kamu Arif .” “ Kamu mesti ikut kami ”. kata Roblox - Roblox itu. 13


14


Tiba - tiba , Arif terjatuh kettika berlari. Dia terlanggar satu Roblox gergasi. “ Beraninya kamu melanggar saya !” kata Roblox gergasi itu. “ Saya akan memakan kamu !” katanya. Arif bangun, namun dengan pantas Roblox gergasi itu menangkap badan kecil Arif. Seketika ini, Arif melihat ibunya dan dia memanggil ibunya. “ Ibu, tolong selamatkan Arif ! “ jerit Arif ketika Roblox gergasi itu ingin memakannya. Namun, ibunya tidak dapat menyelamatkannya dari Roblox gergasi itu. “ Tidak ! “ jerit Arif. 15


16


Arif terbangun dari mimpinya. Dia berasa takut dengan mimpinya yang seolah seperti realiti. Dia ingin mencari ibu dan ayahnya. Dia berjalan balik menuju rumahnya.Saat ini, dia melihat ibu dan ayahnya sedang resah menunggunya. “ Arif,anak ibu !” tangisan ibunya pecah ketika melihat anaknya kembali semula ke rumah mereka. 17


18


“ Ibu, ayah, Arif ingin memohon maaf kerana Arif melawan ibu dan ayah. ” “ Arif berjanji Arif akan berhenti bermain permainan Roblox Arif, Arif ingin mencapai keputusan akademik yang membanggakan ibu dan ayah.” kata Arif. Ibu dan ayahnya berasa bersyukur dengan perubahan Arif . 19


20


Sejak kejadian mimpi ngerinya itu, Arif telah berubah sepenuhnya. Dia meninggalkan kawan -kawan sepermainannya dan dunia permainan Robloxnya. Kini, Arif hanya menumpukan sepenuhnya terhadap akademiknya. Akhirnya , Arif terpilih untuk mengikuti Pertandingan Sajak oleh guru kelasnya. Tajuk sajaknya ialah “ Pesan Ibu dan Ayah ”. 21


Pertandingan Sajak Peringkat Sekolah SK Sri Murni 22


Pesan Ibu dan Ayah Ibu dan ayah, Ringkasnya pesananmu membawa 1001 erti, Kekayaan dunia dapat ku cari, Hilangnya engkau, bagaikan rumah yang tak bertuan. Pesanan ibu dan ayah Sentiasa ku ukir dalam sanubari ku Sering kali aku melupakan pesananmu Melupakan pesananmu, membinasakan diriku Jika hari ini, berdiri gah di pentas yang ternama, Jika hari ini, kita merangkul satu kejayaan Ingatlah saudara saudari, Adanya doa mereka yang termakbul. Ibu dan Ayah Engkau lah penyeri hidupku, Pengorbananmu tidak terkira nilainya, Terima kasih ibu dan ayahku. 23


Pertandingan Sajak Peringkat Sekolah SK Sri Murni 24


Akhirnya, Arif diumumkan sebagai pemenang bagi Pertandingan Bersajak bagi peringkat sekolahnya. Arif sangat gembira atas kemenangannya. Arif bersyukur ke atas mimpi ngerinya yang membawa makna kepada dirinya. Roblox , sebuah permainan yang membawa mimpi ngeri yang mengubah dirinya menjadi lebih baik . Arif tersenyum melihat dirinya dan berjanji untuk terus berjaya pada masa akan datang. _ Tamat _ 25


Johan Pertandingan Sajak Peringkat Sekolah SK Sri Murni 26


Click to View FlipBook Version