The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wnnrameerah, 2023-12-07 09:05:11

A231 MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA (K) : REVOLUSI KERETA PROTON

MADANI 88 - REVOLUSI KERETA PROTON

Keywords: MPU1042,KENEGARAAN MALAYSIA,NATIONHOOD STUDIES,REVOLUSI KERETA PROTON

REVOLUSI KERETA PROTON MADANI 88


W E S T M O N T H I G H U N D E R G R A D U A T E T H E S I S 2 0 1 9 MADANI 88 Ahli Kumpulan MOHAMAD IKMAL (300563) AZFAR HARUYA (300541) WAN NUR AMEERAH (300544) SITI NURAINUSINA (300534) REGINA LIM TZE LI (300512) NUR RAUDAH SYAHIRAH NURUL HANA ADDINA NURUL SYAFIKA ADIENA MALIKAH ASNA (300530) YAP ZI MI (300540) (300552) (300550) (300542)


I. PENGENALAN Objektif Kajian Metodologi dan Kaedah kajian 01 02 04 06 15 16 18 20 II. INOVASI KERETA PROTON Inovasi Yang Mesra Alam Dan Bergaya Inovasi Dalam Proton Di Malaysia Proton Saga, Ulang Tahun ke-35 Kereta Nasional Pertama Malaysia III. KEGAGALAN DAN KEJAYAAN DISEBALIK PENGELUARAN PROTON Kejatuhan Proton Hasil Kesilapan Percaturan Atau Campur Tangan Politik Pengurusan Krisis: Proton dalam Kemelesetan Rakyat Sudah Tidak Percaya Proton Proton Buktikan Tiada yang Mustahil Kilauan Emas: Kejayaan Proton Pada Litar Global Proton Umum X90 Kenderaan Tenaga Baharu Pertama IV. SUMBANGAN PROTON KEPADA MALAYSIA Penyumbang Besar Terhadap Ekonomi Negara - Proton Proton Menyediakan Peluang Pekerjaan Yang Luas Sejak 40 Tahun Yang Lalu Proton Meningkat Eksport Jualan Malaysia W E S T M O N T H I G H U N D E R G R A D U A T E T H E S I S 2 0 1 9 MADANI 88 ISI KANDUNGAN ii 08 09 10 11 12 13 14 V. KESIMPULAN 22 VI. SUMBER RUJUKAN 23 i


Proton adalah syarikat pertama yang menghasilkan projek kereta lokal yang berjaya di Malaysia dengan matlamat untuk menerajui pembangunan ekonomi negara. Tahun bermulanya kereta Proton Saga pada 1985 yang menandakan permulaan syarikat Proton untuk jenama kereta nasional kerana sentiasa dipromosikan sebagai kebanggaan negara. Sehingga kini Proton sebagai pengeluar kereta lokal yang berjaya dan menjadi ekosistem perindustrian automotif negara. Pada tahun 2017, Proton telah memasuki fasa seterusnya dalam perancangan untuk menjadi jenama automotif global dengan kerjasama dua syarikatnya iaitu DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group. Proton terus menggembirakan pelanggannya dengan kereta yang menepati dengan slogannya iaitu “INSPIRING CONNECTIONS”. PENGENALAN i


Mempelajari dari mulamya hasil inovasi kereta Proton dicipta Mengkaji faktor yang menyebabkan kegagalan dan kejayaan Proton Menganalisis sumbangan Proton kepada Malaysia Kumpulan kami menggunakan dua kaedah kajian untuk melaksanakan kajian ini. Pertama ialah melalui sumber internet. Hasil kajian yang kami dapat melalui sumber internet adalah seperti Inovasi Kereta Proton dari Mula sehingga Kini, Kegagalan Strategi Pemasaran dan Eksport, Kejayaan Proton pada Litar Global, Sumbangan Proton terhadap Sektor Pendidikan dan lain-lain. Maklumat di internet yang kami kaji adalah dari laman sesawang yang boleh dipercayai seperti laman sesawang Berita Harian. Kaedah yang kedua ialah temu bual. Salah seorang dari Kumpulan kami telah menemu bual tiga orang yang menggunakan kereta jenama Proton. Kami mendapat respon daripada mereka tentang kelebihan atau kemudahan yang mereka dapat apabila menggunakan kereta Proton sebagai pengangkutan harian mereka. ii Mohamad Ikmal Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023


M A D A NI 8 8 Proton 01 Inovasi dalam kereta Proton telah membawa industri automotif Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Dengan penekanan pada teknologi hijau, prestasi yang cemerlang, dan reka bentuk moden, Proton terus memimpin dalam memenuhi keperluan pasaran global. Keupayaan untuk berinovasi dalam bidang kelestarian dan prestasi adalah faktor utama kejayaan Proton dalam menghadapi cabaran global.


Hana Addina Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 02 MADANI 88 INOVASI PROTON INOVASI YANG MESRA ALAM DAN BERGAYA Proton telah menunjukkan perkembangan yang signifikan sejak penubuhannya pada 1985. Inovasi dalam rekabentuk, pengeluaran, dan pembekalan komponen telah membawa kemajuan yang ketara dalam keupayaan automotif mereka. Komitmen Proton terhadap penggunaan teknologi inovatif terlihat melalui usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka di peringkat global. Kolaborasi dengan platform Geely iNTEC yang canggih turut menyumbang kepada pengintegrasian teknologi terkini dalam produk Proton. PROTON juga akan terus berusaha memastikan produk-produknya dengan teknologi terbaik. Proton telah pernah menghasilkan beberapa buah kereta yang berinovatif. Antaranya adalah Proton Saga ‘EV’ dan Proton Exora Range Extender EV. Kedua kereta ini merupakan hasil realisasi penggunaan Teknologi Hijau dalam pengeluaran kenderaan hibrid, kenderaan elektrik dan kenderaan mesra alam di Malaysia. Proton Saga 'EV' yang merupakan sebuah kenderaan elektrik manakala Proton Exora 'REEV' pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak. Tetapi sayangnya, pada akhir tahun 2020, Proton ‘EV’ telah dilelongkan.


Madani 88 03 MADANI 88 INOVASI PROTON Sungguh menarik melihat Proton X-Series sebagai bukti gabungan inovasi dan gaya, dengan X70, X50, dan X90 yang memfokuskan pada mentakrifkan semula mobiliti harian. Usaha ini untuk meningkatkan pemanduan dari keperluan kepada gaya hidup menjanjikan pengalaman yang selaras dengan keperluan rakyat Malaysia moden. Proton X70 mampu menjimatkan penggunaan bahan api dengan adanya enjin 1.5 TGDi Kepintaran yang memberi inspirasi Proton X70 pula menawarkan pengalaman yang menginspirasi di jalan raya dengan kombinasi ciri keselamatan canggih, sistem infotainment yang kukuh, dan enjin 1.5 TGDi yang ekonomi bahan api. Transformasi perjalanan ulang-alik menjadi pengalaman selesa memperkaya gaya hidup urban dan elit. Kepintaran yang mengagumkan Proton X50 memang memperlihatkan gabungan yang mengagumkan antara kecil dan berkuasa, sesuai untuk kehidupan bandar dengan enjin 1.5 TGDi yang lincah. Keupayaan gerakannya dan teknologi canggih memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Ia jelas memenuhi keperluan mereka yang mencari kecekapan serta keselesaan dalam setiap perjalanan. Proton X50 berkuasa meskipun berbentuk dan bersaiz kecil Proton X90 sesuai untuk yang berkeluarga dan menyukai pengembaraan. Proton X90 yang menyediakan tujuh tempat duduk memadukan elemen penerokaan dan keselesaan, memberikan pilihan yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup. Ia benar-benar mentakrifkan semula cara anda menjelajah kawasan luar dan membuka peluang untuk pengalaman perjalanan yang tak terlupakan. X90 memang menjadi tunjang praktikaliti yang kukuh, khususnya untuk keluarga yang besar.


Raudah Syahirah Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Pemikiran inovatif Tun Mahathir bin Mohamad, yang yakin akan kemampuan negara sebagai negara perindustrian, mendorongnya untuk memperkenalkan idea menghasilkan kenderaan Proton Saga pada tahun 1982. Pada masa tersebut, model Proton Saga merupakan asas kepada kepakaran Mitsubishi Lance Fiore yang menggunakan kuasa 1300 cc dan 1500 cc. Pemasaran produk baru ini dijangka mendapat 70% pasaran kereta pada masa itu kerana kenderaan domestik ini ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan berbanding kenderaan import dari luar. Proton berhasil memulakan penjualan kereta Proton Saga secara rasmi pada tahun 1989 dengan jualan lebih kurang 100,000 unit. Pada permulaan pengeluaran model Proton ini, enjin yang digunakan adalah hasil daripada teknologi Mitsubishi. Dengan tekad yang kukuh untuk membangunkan kereta nasional Proton Saga, teknologi ini telah berkembang secara berperingkat di negara kita, yang mana kita dapat menyaksikan beberapa inovasi yang telah berlaku sehingga ke model terkini Proton Saga FLX Madani 88 04 MADANI 88 INOVASI PROTON INOVASI DALAM 1. PROTON DI MALAYSIA Bermula dengan pengenalan Proton Saga pada tahun 1985, Proton telah terus memperbaiki kedudukannya sebagai pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia. Kemudian, pada tahun 1990, Proton Saga Limosin telah diperkenalkan sebelum pelancaran Proton Saga Iswara pada tahun 1992. Penerokaan inovasi reka bentuk Proton ini menekankan pada keupayaan untuk terus mencipta penambahbaikan kepada produk sedia ada. Perkembangan inovasi ini telah berlaku melalui beberapa peringkat dalam sejarah pembangunan produk Proton. Pelancaran Proton Iswara pada tahun 1992 merupakan satu contoh awal bagi perluasan inovasi Proton. Wajah baru yang dilakukan terhadap Proton Iswara diinovasikan apabila teksi negara Malaysia menggunakan tangki NGV iiatu Natural Gas for Vehile di mana tangki tersebut diperkenalan selari dengan Proton Iswara. Penggunaan tangki NGV diletakkan di dalam ruang bonet sesebuah kereta. Ini membawa kepada penjimatan petrol terhadap segelintir pemandu teksi negara.


Madani 88 05 MADANI 88 INOVASI PROTON INOVASI DUPLIKASI DAN SINTESIS DALAM PROTON Peningkatan dalam pengeluaran kenderaan nasional telah mendorong kepada pengenalan inovasi duplikasi yang memberikan fungsi tambahan kepada kenderaan nasional. Proton Saga pertama telah mengalami inovasi duplikasi melalui beberapa peningkatan dalam rekaan dan teknologi yang digunakan. Sebagai contoh, pembaharuan dari Proton Saga kepada Proton Saga Face Lift (Saga FLX) merupakan satu tambahan nilai kepada edisi asal Proton Saga. Kerjasama antara Proton dan Lotus telah membawa inovasi lain kepada Proton dengan peluang untuk mengubah rekaan dan meningkatkan model Satria GTi dan Perdana V6. Melalui usaha inovasi ini, Proton kemudian mendapat idea untuk menghasilkan kenderaan buatan tempatan iaitu Proton Waja pada tahun 2000. Model ini kemudiannya diperkukuhkan dengan pengeluaran model Gen2 pada tahun 2004 dan Savvy pada tahun 2005. Proton telah menunjukkan keupayaan luar biasa dalam melaksanakan inovasi sintesis. Banyak aplikasi yang dimuatkan dalam kenderaan Proton menunjukkan kecemerlangan dalam penggabungan teknologi. Satu contoh yang jelas adalah kemampuan Proton dalam mengintegrasikan Sistem Kedudukan Global (GPS) dalam kenderaan, yang membolehkan pengguna mengetahui lokasi destinasi mereka. Pengenalan Proton Preve turut menyaksikan usaha sintesis yang cemerlang apabila Proton berjaya menggabungkan sistem audio (CD MP3/Bluetooth, USB dan iPod) dengan sistem navigasi GPS, lengkap dengan paparan skrin sesentuh yang inovatif. Selain itu, Proton Preve juga dilengkapi dengan paparan SID (Smart Info Display) yang menyediakan pelbagai maklumat berguna kepada pemandu. Inovasi ini sejajar dengan hasrat Proton untuk mewujudkan kenderaan yang menawarkan pelbagai fungsi berguna semasa memandu di jalan raya.


Azfar Haruya Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 06 MADANI 88 INOVASI PROTON Proton Saga, Ulang Tahun ke-35 Kereta Nasional Pertama Malaysia Pada 9 Julai 1985, Malaysia melancarkan kereta nasional pertama iaitu Proton Saga. Pelancaran ini juga secara tidak langsung menandakan permulaan industri automotif nasional di Malaysia. Proton Saga ialah hasil dari idea Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, pada tahun 1979. Bermula sebagai lakaran impian pada sehelai kertas kosong, kini ia menjadi satu kebanggaan negara. Bukan itu sahaja, ia juga turut membantu Proton menghasilkan lebih daripada 4 juta kenderaan sejak ditubuhkan. Proton Saga meraikan ulang tahun ke-35, hal ini sekali gus menandakan dan membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilakn kereta buatan sendiri selama 35 tahun. Sempena Ulang Tahun Proton Saga ke-35 ini, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) memperkenalkan model Saga Edisi Ulang Tahun yang dikeluarkan pada tahun 1985. Kereta ini terhad kepada 1,100 unit sahaja. Keretanya tampil dalam warna hitam dan kuning pada kemasan bahagian dalaman dan luaran. Saga Edisi Ulang Tahun ini dijual di pasaran pada harga RM39,300. Inovasi Proton Saga di Malaysia Proton Saga (1985 – 1992) Saga generasi pertama ini dilancarkan pada 1983 dan dibentukkan daripada model Mitsubishi Lancer Fiore. Model ini dilengkapi dengan enjin 1.3L 4G13 Orion II dan 1.5L 4G15 Orion II, masing-masing dijual pada harga RM17, 575 and RM19,000 pada ketika itu. Mahathir memiliki model Saga 1.5s untuk menghadiahkan kereta pertama model Saga 1.5S kepada isterinya iaitu Tun Dr. Siti Hasmah.


Madani 88 07 MADANI 88 INOVASI PROTON Proton Saga Iswara (1992 – 2006) Pada 15 Ogos 1992, model baharu Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara. Nama Iswara ini diambil sempena nama spesis rama-rama yang ada di Sarawak. Proton Saga Iswara sangat disukai ramai oleh kalangan pemandu teksi di Malaysia. Bukan itu sahaja, kebanyakan model kereta ini diubah suai dengan menjadikannya sebagai kenderaan gas asli. Proton Saga LMST (2003 – 2008) Pada tahun 2003, Saga LMST (Lotus Meter Saga Trim) hatchback diperkenalkan berasaskan platform yang sama dengan model sebelumnya. Pada penghujung tahun 2006, Model kereta ini dinaik taraf oleh Proton. Oleh itu, bahagian luaran model hanya boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan oren dan ia terhad bagi enjin 1.3L 4G13. Proton Saga BLM (2008 – 2010) Pada 18 Januari 2008, Proton melancarkan Saga generasi kedua atau turut dikenali sebagai Saga BLM (Base Line Model). Model ini merupakan model pertama yang menggunakan logo korporat baharu Proton dan dilancarkan dengan 3 pilihan varian iaitu N-Line, B-Line dan M-Line dengan harga antara RM31,498 hingga RM39,998 semasa pelancarannya. Proton Saga FL (2010 – 2011) Saga FL (singkatan bagi facelift) diperkenalkan pada 30 November 2010 di Thai International Motor Expo 2010. Saga FL hadir dengan penampilan yang lebih menarik melalui perubahan pada bampar belakang, gril, rim, dan lampu depan. Meskipun begitu, terdapat sedikit perubahan dalam spesifikasi teknikal dan dalaman model ini berbanding dengan versi facelift sebelumnya. Proton Saga FLX (2011 – 2016) Selepas 8 bulan Saga FL dilancarkan, Proton memperkenalkan Saga FLX. Saga FLX ini dikatakan lebih baik berbanding model Saga FL sebelum ini khususnya untuk pemanduan jarak jauh dan ia juga turut dilengkapi dengan kit badan, spoiler pada penutup ruang belakang. Proton Saga Generasi Ketiga (2016 hingga sekarang) Pada 28 September 2016 Saga generasi ketiga diperkenalkan sebagai pengganti rasmi Saga generasi kedua. Proton telah menukarkan semula sepenuhnya reka bentuk luaran. Bukan itu sahaja, tetapi bahagian dalaman turut diperbaharui dengan reka bentuk dalaman yang lebih baik. Model Saga baharu ini dianugerahkan penarafan keselamatan sebanyak 4 bintang oleh ASEAN NCAP (New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries).


M A D A NI 8 8 Proton 08 “Proton pernah cuba tetapi tewas dalam konsep mampu milik. Bagaimanapun, jenama Proton masih kukuh di Malaysia” “Proton tidak boleh bergantung kepada pasaran domestik dan perlu tumpu ke pasaran eksport dalam usaha meningkatkan jumlah jualan mereka bagi menjana pendapatan tambahan”


Wan Nur Ameerah Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 09 MADANI 88 KEGAGALAN PROTON Kejatuhan Proton Hasil Kesilapan Percaturan Atau Campur Tangan Politik Sungguhpun sukar diterka, masa kegemilangan Proton pada pertengahan tahun 1990-an hingga awal 2002 merupakan satu era yang mengagumkan. Meskipun pihak pengurusan telah menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton, namun usaha tersebut belum berjaya meningkatkan populariti jenama Proton di pasaran tempatan. Proton belum mencapai kejayaan dalam menembusi pasaran antarabangsa sehingga kini. Namun, dengan membeli Lotus di England, mereka berharap menggunakan model enjin Lotus sebagai panduan untuk mengembangkan enjin dan teknologi tempatan. Strategi ini diharapkan dapat membantu Proton memperkuat kehadirannya di pasaran antarabangsa, terutama di rantau Eropah. Sayangnya, Proton masih menghadapi cabaran dalam mengaplikasikan model enjin Campro, yang hingga kini belum mampu menandingi kebolehan lasak model enjin Mitsubishi yang dipasang pada beberapa model awal seperti Saga, Satria, Iswara, Wira, dan Waja. Lebihlebih lagi, Proton tidak berjaya memanfaatkan sepenuhnya imej Lotus di pasaran Eropah. Selain itu, keputusan tersebut juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor perniagaan dan prestasi Proton pada masa itu. Pada tempoh tersebut, Proton menghadapi beberapa cabaran termasuk isu kualiti dan persaingan global yang sengit. Melepaskan jawatan mungkin merupakan langkah strategik untuk memberi ruang kepada pemimpin baru dalam membawa perubahan dan inovasi yang diperlukan untuk memperbaiki prestasi syarikat. Pada tahun 2003, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton selepas hampir dua dekad memimpin syarikat tersebut. Keputusan ini berkaitan dengan perubahan dalam landskap politik dan perniagaan Malaysia. Tun Mahathir memilih untuk melepaskan jawatan tersebut sebagai sebahagian daripada peralihan kuasa dan sebagai tindak balas terhadap perubahan dalam kepimpinan negara.


Siti Nurainusina Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 10 MADANI 88 KEGAGALAN PROTON Pengurusan Krisis: Proton dalam Kemelesetan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, menyatakan bahawa situasi ini disebabkan oleh kedudukan Proton sebagai syarikat kecil di peringkat global, yang tidak mampu bersaing dengan syarikat asing kecuali jika mereka dapat meningkatkan jumlah eksport. “Proton juga menghadapi isu apabila aset mereka tidak sepenuhnya digunakan. Saat ini, syarikat ini mempunyai dua pusat pengeluaran yang beroperasi pada kadar 35 peratus daripada tahap optimum. Keputusan untuk membuka kedua-dua pusat pengeluaran mungkin merupakan salah satu kesilapan Proton.” “Proton tidak mampu bersaing di peringkat global” - Mustapa KUALA LUMPUR: Penguasaan pasaran Proton Holdings Bhd dalam pasaran automotif negara menjunam teruk daripada 74 peratus pada tahun 1993 kepada 15 peratus ketika ini. “Kira-kira tiga tahun yang lalu, Proton hampir menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif asing terkemuka, namun pada saat akhir, mereka menarik diri. Jika kerjasama tersebut berlaku dan berjalan dengan lancar, Proton mungkin kini berada dalam kedudukan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Malikah Asna Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 11 MADANI 88 KEGAGALAN PROTON “Rakyat Sudah Tidak Percaya Proton” Penduduk negara ini kini kehilangan minat dan semangat menyokong masa depan Proton Holdings Berhad (PROTON), pengeluar kereta pertama negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad, penasihat PROTON, menyatakan bahawa perkara ini merupakan antara sebab mengapa PROTON menghadapi kesulitan untuk bersaing dengan syarikat kereta lain, termasuk Perodua. “Pengguna kini tidak mengambil peduli terhadap nasib negara. Mereka lebih memilih harga yang rendah dan kualiti terbaik untuk produk yang mereka beli. Kini, kita sedar bahawa menjadi semakin sukar untuk bersaing dengan Perodua." "Perodua bukan sahaja membangunkan kenderaan tempatan, tetapi juga mengeluarkan kereta Jepun yang dipasang di Malaysia," kata mereka. PROTON, yang diasaskan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya adalah hasil daripada gagasan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir, dengan harapan mencapai matlamat negara dalam bidang perindustrian. Tegas Tun Dr. Mahathir, rakyat kelihatan tidak memberikan perhatian kepada pembangunan kereta PROTON, bahkan sanggup membiarkan industri ini terpinggir Kuasa pasaran kereta nasional, iaitu Perodua dan PROTON, semakin menyusut kepada 48 peratus pada suku pertama tahun 2014 disebabkan kurangnya model-model baru yang dapat memberi impak kepada pasaran. Jualan PROTON turut mengalami penurunan, hanya mencatatkan 32,734 unit pada suku pertama tahun ini berbanding 34,343 pada tempoh yang sama tahun lalu.


Wan Nur Ameerah Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 12 MADANI 88 KEJAYAAN PROTON Proton Buktikan Tiada Yang Mustahil Terkini, Proton kembali memperoleh semula kedudukannya di tempat kedua dalam pasaran automotif tempatan, dengan jualan yang konsisten sepanjang tahun ini. Lebih-lebih lagi, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Li Chunrong, mengakui bahawa kembalinya Proton ke kedudukan tersebut berlaku lebih awal daripada yang dijadualkan. Pada tahun 2016, kerajaan memberikan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion kepada Proton dengan beberapa syarat, termasuk kerjasama wajib dengan syarikat automotif asing. Beberapa syarikat menunjukkan minat, antaranya Suzuki, Groupe PSA, Renault, dan Geely. Kesudahannya, perjanjian disahkan dengan penyertaan Zhejiang Geely Holding Group setelah firma China tersebut membeli 49.9 peratus saham Proton dari DRB-HICOM. Rakan strategik terkini Proton dengan pantas mengambil inisiatif untuk memulihkan prestasi syarikat ini. Pengenalan Proton X70, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), menjadi langkah awal dalam usaha tersebut. Kehadiran model yang sangat dinantikan ini membawa persepsi baru terhadap imej Proton secara tidak langsung. Oleh itu, tidak menghairankan apabila DRB-HICOM melaporkan Proton kini mencatat keuntungan dalam laporan kewangan terkini.


Siti Nurainusina Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 13 MADANI 88 KEJAYAAN PROTON Kilauan Emas : Kejayaan Proton Pada Litar Global Kejayaan Proton di Kejuaraan Perlumbaan Asia Pasifik (Asia Pacific Rally Championship) APRC PROTON bukan hanya pengeluar kereta di Malaysia, tetapi juga telah mencapai tempat kedua dalam kategori pengeluar kereta di Kejuaraan Perlumbaan Asia Pasifik (Asia Pacific Rally Championship) atau lebih dikenali sebagai APRC. Secara keseluruhan, PROTON mengatasi Subaru (tempat ke-3) dan berada di belakang Mitsubishi (tempat pertama). Kejayaan ini terhasil daripada kemenangan Alister McRae di tempat pertama dan Chris Atkinson di tempat kedua menggunakan Satria Neo S2000 dalam APRC di China pada awal November 2010. Sebelum ini, PROTON telah terlibat dalam sukan permotoran tetapi berehat selama 5 tahun di arena sukan perlumbaan antarabangsa. Walaupun demikian, selepas kembali ke arena, PROTON mencapai keputusan yang cemerlang. Legenda rali, Karamjit raih 12 trofi dalam perlumbaan di Indonesia SEPANG: Usia bukanlah penghalang bagi legenda rali negara, Karamjit Singh, untuk sekali lagi mencipta sejarah. Beliau berjaya meraih tiga kejuaraan dalam perlumbaan di Muara Bungo, Jambi, Indonesia, dari Jumaat hingga Ahad yang lepas. Pelumba berusia 60 tahun yang terkenal sebagai “Flying Sikh” mencipta kehebohan dengan menggunakan Proton Gen2 yang berusia 16 tahun, meraih 12 trofi dalam tiga kejohanan yang diikuti bersama rakan sepasukan dan jurumudi, Jagdev Singh.


Malikah Asna Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 14 MADANI 88 KEJAYAAN PROTON Proton Umum X90 Kenderaan Tenaga Baharu Pertama Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton), mengumumkan pada Selasa bahawa X90 adalah nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertamanya (NEV). Model X90 ini merupakan SUV ketiga Proton setelah X70 dan X50, yang direka khas untuk memenuhi segmen premium, moden, dan keluarga. Ketua Pegawai Esekutif Proton, Dr Li Chunrong, menyatakan bahawa kejayaan pengenalan X90 sangat bermakna, terutama disampaikan semasa sambutan ulang tahun ke-40 Proton. Ini juga menjadi langkah awal bagi kehadiran lebih banyak model NEV di masa hadapan. SUV X90 didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana. " Ini juga sejajar dengan objektif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan generasi akan datang. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, menggambarkan X90 sebagai manifestasi komitmen syarikat dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dengan mengadopsi teknologi enjin hijau, membuka jalan ke arah menetapkan standard baharu dalam mobiliti lestari.


M A D A NI 8 8 Proton 15 “ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menjangkakan Proton mampu untuk menyumbang lebih banyak pada masa depan sekali gus memacu industri automotif tempatan terus berkembang maju.”


Madani 88 16 MADANI 88 SUMBANGAN PROTON Yap Zi Mi Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Penyumbang besar terhadap ekonomi negara - Proton Menurut ROSLAN, PROTON telah membuka peluang pekerjaan kepada hampir 50,000 orang secara langsung, termasuk lebih 10,000 jurutera, dan telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang profesional dan tenaga kerja berkemahiran sejak penubuhannya. Sejak 1983, Proton yang merupakan penyumbang besar dalam pelaburan telah menyumbang RM18 billion dalam pelaburan penyelidikan dan bangunan R&D. Selain itu, Proton turut berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menyatakan, sejak 1985 Proton merupakan antara penyumbang yang terbesar untuk tabung negara di Malaysia. Sejak Proton ditubuh, ia telah membayar cukai sebanyak RM25billion yang merupakan syarikat kereta pengeluar kereta nasional pertama. Proton Holdings Bhd turut menyumbang besar kepada ekonomi negara dalam sektor automotif sejak penubuhannya 40 tahun lalu ,Proton telah menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 100,000 dan hampir keseluruhannya iaitu 98 peratusan adalah penduduk tempatan Malaysia.


Madani 88 17 MADANI 88 SUMBANGAN PROTON Penyumbangan Enjin kepada Institusi Pendidikan PROTON telah menyumbang sebanyak tujuh unit enjin 1.5 TGDi pemasangan tempatan kepada institusi pendidikan di Perak untuk memperkasakan program teknikal di negeri itu. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang; Kolej Vokasional Slim River; Giat Mara Tanjung Malim; dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim merupakan institusi pendidikan yang menerima Engin 1.5TGDi. Dengan prestasi dan kecanggihan Engin 1.5TGDi, enjin ini telah memenangi anugerah dipasang pada barisan pengeluaran iklim terkawal kilang tanjung Malim. Latihan eksklutif dan pembinaan pengetahuan dalam servis serta pembangunan enjin telah diberi kepada pelajar untuk membantu menyelaraskan kemahiran mereka supaya memenuhi permintaan industri. Proton berharap agar enjin yang disumbang hari ini akan membantu memajukan program latihan di institusi dan membantu melatih bakat masa depan untuk industri automotif Malaysia. Sumbangan sebanyak RM3,000 turut disampaikan oleh PROTON kepada tiga adikberadik yang mempunyai usaha yang prestasi cemerlang mereka di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX23).


Syafika Adiena Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 18 MADANI 88 SUMBANGAN PROTON Proton Menyediakan Peluang Pekerjaan Yang Luas Sejak 40 Tahun yang lalu Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menerajui sumbanganbesar kepada ekonomi negara dalam sektor automotif menerusi penyediaan peluang pekerjaan melebihi 100,000pekerja dengan hampir keseluruhan atau 98 peratus adalahwarga tempatan sejak penubuhannya 40 tahun lalu. Sumbangan PROTON sebagai pengeluar kereta nasional tidak hanya berfokus pada penciptaan peluang pekerjaanbagi rakyat Malaysia, tetapi juga mengembangkan ekosistemkomprehensif dalam sektor automotif. Ini termasuk investasi yang signifikan dalam Penyelidikan dan Pembangunan(R&D), yang telah melebihi RM18 bilion sejak tahun 1983. Roslan menyatakan bahawa sejak penubuhannya, PROTON telah memberikan peluang pekerjaan dalam berbagai bidang profesional dan untuk tenaga kerja berkemahiran, melibatkan hampir 50,000 individu yang telah bekerja secara langsung dengan syarikat automotif ini, termasuk lebih daripada 10,000 jurutera. Fokus utama yang ditekankan adalah memberi sumbangan kepada ekonomi negara, memajukan ekosistem tempatan, memperkembangkan modal insan, menyepadukan teknologi, dan meningkatkan keupayaan kejuruteraan," ungkapnya. Beliau menerangkan bahawa penyertaan pembekal tempatan dalam program pembangunan kenderaan dan enjin sentiasa diatur mengikut kecekapan masing-masing, dengan peruntukan pelaburan untuk pembekal tempatan yang berbeza, disesuaikan dengan kitaran hayat projek dan skala.


Madani 88 19 MADANI 88 SUMBANGAN PROTON PROTON MENINGKATKAN IMEJ NEGARAPROTON Dinamakan Salah Satu Kenderaan Rasmi Sukan Asia Ke-19 HANGZHOU 2022- PROTON dengan bangganya mengumumkan penemuannya sebagai salah satu kenderaan rasmi dalam Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022, yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Geely Auto Group sebagai Rakan Kongsi Prestij Rasmi untuk acara tersebut. Program itu juga antara lain untuk mempromosikan industri pelancongan yang terdapat di negara agar dapat berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi kenderaan jenama PROTON sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara. Steven Zhou Qi, Timbalan Pengarah Komunikasi Pemasaran dan Pengaktifan di PROTON, menyatakan bahawa pengiktirafan ini tidak hanya memberi mereka peluang untuk menyokong acara sukan terbesar di Asia, tetapi juga meningkatkan citra mereka di seluruh Asia. Dalam pengalaman penulis, tidak dapat disangkal bahawa kenderaan dari jenama PROTON, termasuk model siri X, menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan ketika menghadapi jalan yang berliku, berbukit, dan lebuh raya, semuanya dilalui dengan lancar.


Regina Lim Tze Li Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023 Madani 88 20 MADANI 88 SUMBANGAN PROTON Proton Meningkat Eksport Jualan Malaysia Proton Holdings Berhad (Proton) memfokuskan usaha ke arah pertumbuhan jualan eksport pada tahun 2021 selepas berjaya mengatasi cabaran yang timbul akibat wabak Covid-19. Pencapaian ini termasuk pelancaran model utiliti sukan (SUV) kedua, X50. Menurut Proton, langkah seperti memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Kenya dan melancarkan X70 di Pakistan pada tahun 2021 telah menyumbang kepada peningkatan jualan eksport sebanyak 50 peratus berbanding tahun 2020, yang jauh melebihi pertumbuhan 8.8 peratus dalam jualan pasaran domestik. Untuk tahun semasa, syarikat telah menetapkan sasaran yang mencabar iaitu untuk menggandakan penjualan eksport berbanding tahun 2020. Ini melibatkan asumsi bahawa aktiviti eksport tidak akan terjejas oleh sekatan pengawalan Covid-19. Proton menyatakan bahawa model-model utama seperti Proton Saga, model terlaris, bersama dengan X70 dan X50 akan memimpin peningkatan jualan. Langkah ini diambil untuk memperluaskan kehadiran di pasaran antarabangsa secara berperingkat. Syarikat menambah, pasaran eksport memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat jangka panjang untuk menjadi salah satu daripada jenama automotif teratas di ASEAN dari segi jualan. Walaupun jualan di pasaran tempatan tetap menjadi keutamaan, Proton mengakui keperluan untuk meningkatkan kehadiran globalnya melalui peningkatan jualan antarabangsa.


Madani 88 21 MADANI 88 SUMBANGAN PROTON Proton sebagai syarikat automotif Asia Tenggara pertama yang menggunakan teknologi Jepun Seperti yang diketahui ramai, PROTON merupakan inisiatif kerajaan untuk mencipta kereta nasional Malaysia. PROTON telah menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam usahanya untuk mengekalkan kedudukan dalam industri automotif global. Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) adalah projek kereta nasional pertama di Malaysia, yang mengejutkan dunia dengan keupayaan negara kita untuk menghasilkan jenama automotif tersendiri. Projek ini bermula pada tahun 1979 di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai usaha untuk memajukan sektor perindustrian negara. Pada permulaan pembentukan projek kereta nasional ini, PROTON banyak mendapat ilmu dari Mitsubishi Motors, sebuah syarikat automotif terkenal dari Jepun. Ini berlaku setelah kerajaan menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat Jepun tersebut untuk membantu dalam pembangunan PROTON, dengan wakilnya dari Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM). HICOM kemudiannya bergabung dengan Diversified Resources Berhad (DRB) pada tahun 1996, menjadi DRB-HICOM pada tahun 2000. Secara menarik, kini DRB-HICOM menjadi pemegang saham majoriti dalam PROTON, bersama-sama dengan Geely dari China! Sebagai hasil kerjasama awal, Proton Saga pertama dibina atas landasan Mitsubishi setelah kedua-dua syarikat bersetuju untuk bekerjasama dalam menghasilkan kereta pertama Malaysia. Seperti yang disebutkan sebelum ini, model tersebut, Proton Saga, telah mendapat sambutan yang luar biasa dari pembeli kereta di Malaysia.


Kita dapat menyimpulkan bahawa perjalanan Proton untuk berjaya mempunyai banyak halangan, tetapi syarikat Proton tetap mencari jalan untuk berjaya. Selepas itu, Proton mendedahkan inovasinya seperti reka bentuk dan teknologi yang Proton gunakan untuk mendedahkan hasil yang dilakukan oleh Proton di pasaran supaya masyarakat Malaysia dapat melihatnya. Seterusnya, untuk berjaya dalam sesuatu benda mesti akan lalui halangan dan kegagalan. Contohnya, kegagalan dari hasil keretanya, tetapi Proton mampu memperbaiki masalah tersebut sehingga menjadi satu kejayaan bagi syarikat tersebut. Akhir sekali, Proton juga telah menjadi antara syarikat lokal yang mengeksport keretanya ke luar negara dan juga produk automotif yang paling berjaya yang dihasilkan oleh Malaysia. KESIMPULAN 22 Mohamad Ikmal Penulis Madani 88 Penerbitan Tarikh 6 Disember, 2023


INTERNET Carsome Author. (2023, September 22). Proton Saga, Ulang Tahun KE-35 Kereta Nasional pertama Malaysia. Carsome Malaysia. https://www.carsome.my/news/item/meraikan-35-tahun-proton-saga Wan Syamsul Amly. (2014, April 30). Rakyat sudah tidak percaya PROTON. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyatsudah-tidak-percaya-proton-34977 Yulpisman Asli. (2021, January 29). Proton Tingkat Jualan Eksport 2021. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/01/protontingkat-jualan-eksport-2021/ Kamal Nizam. (2022, July 19). Proton, Antara Syarikat automotif asia Tenggara Pertama Yang menggunakan Teknologi Jepun. SOSCILI. https://soscili.my/kereta-nasional-pertama-guna-teknologi-jepun-ini-apakorang-kena-tahu-tentang-proton/ Bernama. (2022, October 26). Legenda Rali, Karamjit Raih 12 Trofi Dalam perlumbaan di Indonesia. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/2 6/legenda-rali-karamjit-raih-12-trofi-dalam-perlumbaan-di-indonesia/ Petah Wazan Iskandar dan Hazwan Faisal Mohamad. (2016, April 1). Proton Tidak mampu bersaing di peringkat global - mustapa. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/04/139585/protontidak-mampu-bersaing-di-peringkat-global-mustapa 23


Petah Wazan Iskandar dan Hazwan Faisal Mohamad. (2016, April 1). Proton Tidak mampu bersaing di peringkat global - mustapa. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/04/139585/protontidak-mampu-bersaing-di-peringkat-global-mustapa Shahrizan Salian. (2019, August 8). Proton Bukti tiada Yang Mustahil | berita harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/08/593997/protonbukti-tiada-yang-mustahil Mohd Zaky Zainuddin. (2023, September 7). Proton Sedia lebih 100,000 pekerjaan sejak 40 Tahun Lalu | Auto ... https://api.bharian.com.my/bisnes/auto/2023/09/1149443/proton-sedialebih-100000-pekerjaan-sejak-40-tahun-lalu Proton Author. (2022, January 24). PROTON DINAMAKAN SALAH SATU KENDERAAN RASMI SUKAN ASIA KE-19 HANGZHOU 2022. Proton. https://www.proton.com/ms-my/happenings 24


Click to View FlipBook Version