The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 KERJA KURSUS SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1049-15-amirul, 2021-11-11 02:20:05

E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

TUGASAN 2 KERJA KURSUS SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA : WAN AMIRUL FIRDAUS BIN WAN ABD
WAHID
ANGKA GILIRAN : 2021292310016
NO. TELEFON : 0137589116
OPSYEN : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
AMBILAN : JUN 2021
KOD KURSUS : BMMB1074
NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
JABATAN/UNIT : JABATAN BAHASA MELAYU
TARIKH SERAHAN : 11 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: FIRDAUS Tarikh: 11 OKTOBER 2021

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi kerja kursus
BMMB 1074 ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin memberikan sepenuh penghargaan kepada pensyarah saya,
Encik Mohamed Shahren bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya kerana tidak jemu
memberikan kata-kata semangat sehingga saya mampu menyempurnakan tugasan ini
dengan baik.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
memberikan banyak nasihat dan panduan bagi merealisasikan dan menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Akhir madah, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………….3
2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA DAN PERINGKAT
ANTARABANGSA

2.1 SIKAP SESETENGAH MASYARAKAT NEGARA YANG TIDAK
BERTOLAK ANSUR………………………………………………………………….4

2.2 PENGGUNAAN ‘BAHASA ROJAK’ DALAM BAHASA MELAYU………………..5
2.3 PELAKSANAAN BAHASA INGGERIS DALAM SISTEM PENDIDIKAN………..6
3.0 LAMPIRAN………………………………………………………………………………….8
4.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………………9

1.0 PENGENALAN
Pada zaman dahulu, bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang boleh dikatakan tinggi di
mata dunia dek kerana fungsi dan penggunaan bahasanya yang mudah serta sering diajar
di institusi pengajian di serantau dunia. Bahasa Melayu juga pernah melalui zaman
kegemilangannya dimana menjadi lingua franca ataupun sebuah bahasa perhubungan
dalam masyarakat Melayu serta masyarakat dari negara asing. Pada zaman pemerintahan
Kerajaan Melaka juga menunjukkan bahasa Melayu sangat dominan digunakan dalam
urusan pelbagai bidang seperti pentadbiran, dan juga perdagangan. Namun, bahasa Melayu
menjadi semakin rapuh apabila berlakunya penjajahan kuasa Barat di Tanah Melayu yang
telah menyebabkan bahasa Melayu semakin dipinggirkan fungsinya. Perkara ini seharusnya
tidak dibiarkan malah perlu terus dimartabatkan bagi menghargai jasa-jasa tokoh tanah air
yang pernah berjaya membawa bahasa Melayu berada di puncak dunia. Terdapat pelbagai
isu dan cabaran yang dapat kita lihat pada zaman kegemilangan teknologi hari ini yang
menjadi penghalang kepada masyarakat Melayu untuk kembali memartabatkan bahasa
Melayu di peringkat tinggi.

4

2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA DAN PERINGKAT
ANTARABANGSA
2.1 SIKAP SESETENGAH MASYARAKAT NEGARA YANG TIDAK BERTOLAK ANSUR

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 (1) dan Perkara 152 (2) telah
termaktub bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di
Malaysia. Namun begitu, sikap tidak elok yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ialah
mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu itu hanyalah untuk masyarakat yang
berbangsa Melayu sahaja. Setelah itu, bangsa-bangsa seperti India dan Cina menggunakan
bahasa mereka tersendiri. Oleh sebab itu, timbullah satu pandangan yang mendesak
kerajaan agar menjadikan bahasa-bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil sebagai bahasa
rasmi negara juga. Walaupun sudah 64 tahun negara kita mencapai kemerdekaan,
penggunaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ini masih menjadi isu dalam perdebatan
masyarakat yang pada akhirnya tidak mempunyai kesudahan. Perkara yang paling
dirisaukan apabila masyarakat yang bukan berbangsa Melayu tidak tahu langsung untuk
berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Jadi perkara ini amatlah membimbangkan penduduk
negara dalam usaha memartabatkan semula bahasa Melayu di dalam negara sendiri
mahupun di luar negara.

2.2 PENGGUNAAN ‘BAHASA ROJAK’ DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Rojak merupakan suatu jenis bahasa percakapan di Malaysia yang mana
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dasar dan menggabungkan pelbagai jenis
bahasa lain dalam sebuah pertuturan. Sebagai contoh, “Bagi chance (peluang) lah aku nak
race (lumba) kali ini”. Jadi dapat kita lihat pada ayat itu menggabungkan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam suatu ayat. Kebiasaannya penutur yang menggunakan bahasa

5

‘rojak’ ini ingin dilihat hebat di mata orang lain. Namun, hal ini sama sekali bertentangan
dengan usaha masyarakat negara yang ingin mengembalikan martabat bahasa Melayu
yang kini kian pudar mahupun di negara sendiri. Selain itu, dapat kita lihat juga penggunaan
bahasa dalam media sosial lebih kearah penggunaan bahasa ‘rojak’ yang mana turut
menjadi punca bahasa rojak ini berleluasa. Selari dengan arus kemodenan teknologi hari ini,
kebanyakan peralatan elektronik mempunyai kemudahan untuk mengakses media sosial
seperti Whatsapp, Facebook, Instagram dan banyak lagi. Jadi, penggunaan bahasa rojak di
dalam media sosial ini dikatakan akan memudahkan pembaca atau penerima untuk
memahami sesuatu mesej yang disampaikan oleh pemberi. Oleh itu, kesan yang bakal
diperoleh daripada bahasa ‘rojak’ ini adalah ia dapat merendahkan mutu atau kualiti
penggunaan bahasa Melayu serta mampu membuatkan bahasa Melayu terhapus ditelan
zaman. Jadi, masyarakat Melayu hendaklah mengelakkan penggunaan bahasa rojak malah
mempraktikkan bahasa Melayu sebenar dalam kehidupan seharian.

2.3 PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Dalam pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu supaya kembali memainkan

peranan utamanya seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat pelbagai
situasi yang mampu meminggirkan bahasa Melayu untuk kekal maju dalam negara. Perkara
utama yang jelas pada hari ini adalah penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem
pendidikan. Akta Pendidikan 1996, jelas menunjukkan bahawa institusi pengajian tinggi
swasta (IPTS) telah tertakluk kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Namun, IPTS dilihat lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris

6

dalam pengajaran ilmiah sepenuh masa. Pada hari ini juga dapat kita lihat sendiri bahawa
kebanyakan IPTA dan IPTS ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dan bahasa pengajaran ilmiah sewaktu kuliah yang dijalankan mereka. Pelaksanaan bahasa
Inggeris dalam sistem pendidikan di IPTA dan IPTS ini pula telah menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar di peringkat pengajian tinggi tidak menguasai bahasa Inggeris dengan
baik. Oleh sebab itu, wujudlah program pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris dalam
subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah dengan tujuan untuk mendedahkan
penggunaan bahasa Inggeris lebih awal kepada para pelajar. Oleh hal demikian, perkara ini
dilihat dapat membantutkan perjuangan masyarakat Melayu yang ingin mengembalikan
zaman kegemilangan bahasa Melayu yang mana bahasa Melayu digunakan sepenuhnya
dalam sistem pendidikan sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi.

Contoh IPTA dan IPTS di Malaysia.

7

LAMPIRAN
8

RUJUKAN
Elysiana Jemasin. (2021). CABARAN BAHASA MELAYU. Academia.
https://www.academia.edu/12021766/CABARAN_BAHASA_MELAYU
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil dan Maliati Mohamad. (2020). Cabaran Pemerkasaan
Bahasa Melayu dalam Usaha Mencapai Negara Bangsa di Malaysia. Asean People Journal.
3(2). 188-189.
Jaafar Jambi. (2008). CABARAN DAN PROSES PEMANTAPAN BAHASA MELAYU. Jurnal
Pengajian Melayu. 19. (68-90).
Laila Wati Johari. (2015). Cabaran Bahasa Melayu. Slideshare.net.
https://www.slideshare.net/lailawati/cabaran-46222440
Noor Izzati Abdul Hamid. (n.d). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Masa Kini.docx. (2021).
Scribd. https://www.scribd.com/doc/246113389/Isu-dan-Cabaran-Bahasa-Melayu-Masa-Kini-
docx
Rozali Rajab. (2011). CABARAN BAHASA MELAYU. Blogspot.com. http://cikgu-
rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html

9


Click to View FlipBook Version