The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penamas_wh, 2024-05-10 01:41:38

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -53

11 MEI 2024
SABTU
SK SUNGAI SETAR

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 53 2024/2025 Dirasmikan oleh : YB Tuan Haji Rashidi bin Haji Zinol, (Exco Perdagangan Pembangunan Keusahawanan Luar Bandar Pulau Pinang) ADUN Sungai Acheh, 14310 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. TARIKH : 11 MEI 2024 HARI : SABTU MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU SINA, SKSS


Tentatif 8.00 pagi Ketibaan & pendaftaran ibu bapa dan guru 8.15 pagi Ketibaan YDP/NYDP 8.30 pagi Ketibaan YB Hj. Rashidi bin Zinol 8.45 pagi Silat Tari Sembah Ucapan aluan pengerusi majlis Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Perasmian oleh YB Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG Sesi 2023/2024 9.30 pagi Majlis berhenti rehat Cabutan bertuah 10.00 pagi Ucapan Guru Besar Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 53 11.00 pagi Cabutan Bertuah 11.30 pagi Majlis Bersurai


Ucapan Alu-aluan Guru Besar Assalamuaalaikum .. warahmatullahhiwabarakatuh.. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya ,kita dapat berkumpul bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG SK Sungai Setar kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya pada tahun ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari ini. Selain daripada itu ucapan terima kasih juga diucapkan kepada PIBG dan ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan dan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak sekolah. Sokongan dan bantuan yang diberi selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melalui anjakan yang kesembilan iaitu “Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas”. Berdasarkan hasrat tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa peranan dan tanggungjawab PIBG serta ibu bapa terhadap sekolah amat penting. Kemajuan sesebuah sekolah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab PIBG dan ibu bapa. PIBG yang cemerlang akan dapat membantu pihak sekolah bagi meneruskan kecemerlangan akademik, koakademik, kokurikulum sehinggalah kepada kemenjadian murid yang sebenarnya. Akhir kalam, marilah kita sama-sama berganding tenaga, berusaha ke arah kecemerlangan anak-anak. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan, semoga hasil gandingan PIBG dan sekolah akan terus melonjakkan kecemerlangan SK Sungai Setar dalam pelbagai bidang.


Ucapan Alu -aluan YDP PIBG Assalamualaikum w.b.t……. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-53. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisma penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG banyak program dan aktiviti boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencatatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru adalah menjadi MISI dan VISI sekolah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti sekaligus memenuhi aspirasi Pendidikan Nasional. Semoga MISI dan VISI sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad, memperteguh muafakat dan berusaha secara padu dan holistik . Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya, Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat, Bertolak ansur,hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan ikatan muafakat . Kami AJK PIBG telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara terbaik, dengan mengambil kira kepentingan dan kebajikan anak-anak di SK Sungai Setar. Tahniah saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa PIBG 2023/2024 yang telah berjaya menjalankan amanat yang diberi. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Sesungguhnya Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan merupakan platform terbaik untuk kita bersama-sama menyumbang idea dan pandangan yang bernas bagi memantapkan lagi aktiviti PIBG di sekolah ini pada masa kan datang. Akhir kata, saya menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang maksimum kepada pihak sekolah dalam pelbagai program yang dijalankan bagi memastikan SK Sungai Setar terus melakar kejayaan pada masa akan datang.


AJK PELAKSANA Ajk Sambutan AJK Pendaftaran En. Mohamed Rodzhi bin Mohd Noh Pn. Nor Hafinas binti Md Nasir En. Ishak bin Ismail ( YDP) Pn. Rozaniah binti Imran En. Ahmad Shukri bin Hashim (N/YDP) Pn. Nor Shahida binti Othman Pn.Norhafizah binti Tahir En. Noorsyamsul Hissyam bin Abu Hashim AJK Pentas En. Esma Kamal bin Mohd Arshad AJK Persiapan Tempat En. Mohd Roslee bin Che Rose En. Noor Idzahril bin Ahmad En. Mohd Herieruan bin Mohd Shafie En. Sunil Ram Naipal a/l Jaya Ram Naipal En. Sulaiman bin Adam AJK Buku Program En. Che Kahar bin Bahari Pn. Norzaharilwati binti Abd. Hamid En. Norazrie bin Noordin Pn. Nor Suraya binti Sulaiman AJK Dokumentasi & Fotografi AJK Cenderahati En. Suhaili bin Mat Saad Pn. Noor Ashikin binti Ahmad Pn. Noridawati binti Md. Nor Pn. Nur Atikah binti Mat Nayan Pn. Nor Akmawati binti Yahya Bacaan Doa Ustaz Ahmad Sayuti bin Abd Ghani AJK Jamuan ( Ibu Bapa ) Pn. Hjh Nor Azzah binti Mohd Salleh AJK PA Sistem Pn.Suriyati binti Saidin Pn. Rohaida binti Zakaria En. Mohamad Azhari bin Mohamad Zaki Pn. Mumtazatul Mahmudah binti Haron AJK Jamuan (VIP) Pencatat Minit Pn. Siti Fauziah binti Osman Pn. Asmidar binti Ab Razak Pn. Hjh Asmah binti Ahmad Pn. V K Brannthawani a/p Kalimuthu Pn. Rosidah binti Tahrim Pn. Rahimah binti Ismail Pn. Zurida binti Sharudin Cenderahati VIP Pengerusi Majlis Pn. Nazirah binti Abd Azid@Abd Aziz Pn. Yasmin binti Yusof


Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Setar Sesi 2023/2024 EN. MOHAMED RODZHI BIN MOHD NOH : PENASIHAT 1. EN. ISHAK BIN ISMAIL : YDP 2. EN. AHMAD SHUKRI BIN HASHIM : NYDP 3. PN. HJH ZURIDA BINTI SHARUDIN : SETIAUSAHA 4. PN. SURIYATI BINTI SAIDIN : NAIB SETIAUSAHA 5. PN. SITI FAUZIAH BINTI OSMAN : BENDAHARI 6. PN. YASMIN BINTI YUSOF : AJK GURU 7. EN. SUHAILI BIN MAT SAAD : AJK GURU 8. EN. CHE KAHAR BIN BAHARI : AJK GURU 9. EN. SUNIL RAM NAIPAL A/L JAYA RAM : AJK GURU 10. EN. MOHD HERIERUAN BIN MOHD SHAFIEE : AJK IBUBAPA 11. PN. NOORFAZLIANNIE BINTI ROSSELI : AJK IBUBAPA 12. PN. NOR SHAHIDA BINTI OTHMAN : AJK IBUBAPA 13. PN. RAHIMAH BINTI OSMAN : AJK IBUBAPA 14. PN. SITI NUR FAZILA BINTI IDRIS : AJK IBUBAPA 15. PN. SITI NUR RAINA BINTI ZAINOL : JURU AUDIT IBUBAPA 16. EN. SULAIMAN BIN ADAM : JURU AUDIT GURU


Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 53 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG Kali ke 52 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan oleh Bendahari Perkara-perkara berbangkit Membahas dan menerima usul Hal-hal lain Ucapan penangguhan


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 52


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR 14310 NIBONG TEBAL. ________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-52 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR Tarikh : 24 JUN 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Sungai Setar Kehadiran : 120 orang 1.0 Aluan Pengerusi Mesyuarat Agung Pengerusi memulakan ucapan dengan mengucapkan salam dan terima kasih kepada pengacara majlis. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran para pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa serta waris pada Mesyuarat Agung PIBG 2023. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Cadangan sah oleh Pn. Nur Shahida binti Othman Disokong oleh Pn. Noorfazliannie binti Rosseli 3.0 Perkara Berbangkit -Tiada4.0 Membentang dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG 4.1Bendahari PIBG, Pn. Rozaniah binti Imran telah membentangkan laporan Penyata Kewangan PIBG mulai Jun 2022 dan berakhir pada 14 Jun 2023 dengan merujuk buku program halaman 7. 4.2Pn. Noorfazliannie binti Rosseli meminta bendahari menyediakan penyata audit yang lebih teratur dan penggunaan istilah yang lebih tepat. Contohnya sumbangan ditukar kepada saguhati dan tarikh baki akaun di bank sama dengan tarikh baki di tangan. 4.3Cadangan sah oleh Pn. Ruzana binti Ishak Sokongan oleh En. Ahmad Syukri bin Hashim dengan pindaan. 5.0 Membentangkan dan Membahaskan Usul-usul 5.1Usul 1 oleh PENGUSAHA KANTIN SK SUNGAI SETAR


Perkara : Mohon harga jualan makanan di kantin dinaikkan. Usul 6 oleh NOORHASMIZA BINTI ALI Perkara : Makanan di kantin perlu diperbaiki. Usul 12 PN. RAHIMAH BINTI OSMAN Perkara : Tiada penjualan makanan yang diproses seperti nugget, sosej dll. Makanan ini tidak sihat untuk dimakan oleh murid-murid. Ulasan / Maklum balas : Alasan yang diberikan untuk kenaikan harga makanan ialah kos bahan mentah yang mahal. Pn. Rahimah binti Osman dan En. Ahmad Shukri bin Hashim sependapat bahawa kenaikan harga hanya boleh dilakukan jika kualiti dan kuantiti makanan ditambah baik setanding dengan harganya. Contohnya, saiz ayam yang lebih besar. Pn. Mazliyana binti Mohd Hasshim pula meminta agar harga jualan makanan di kantin dikekalkan iaitu RM2.50 seperti yang sedia ada tetapi kualiti makanan perlu ditambah baik. Cadangan beliau telah mendapat sokongan sebulat suara. Keputusan : Usul 1 ditolak. Guru Besar menegaskan bahawa pihak sekolah akan mengambil tindakan seperti membuat pemantauan serius atas aduan yang disuarakan. Selain itu, berusaha menyelesaikan rasa tidak puas hati ibu bapa tentang harga dan pengurusan makanan seperti yang dibincangkan dengan panjang lebar dalam Mesyuarat Agung PIBG dengan sebaik yang mungkin. 5.2Usul 2 dibawa HASIL MESYUARAT AJK PIBG Perkara : Mohon kerjasama waris supaya tidak melepasi had palang sekolah berdekatan mercu tanda buah setar semasa menghantar dan mengambil anak. Ulasan / Maklumbalas : Pihak sekolah memohon kerjasama waris untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa proses menghantar dan mengambil anak di kawasan sekolah. Kenderaan waris perlu diletakkan di tempat yang tidak menghalang pergerakan kenderaan lain. Keputusan : Setuju sebulat suara. Guru Besar memaklumkan bahawa hanya SK Sungai Setar sahaja yang masih memberi keistimewaan dan kelonggaran kepada waris untuk memasuki kawasan sekolah bagi tujuan menghantar dan mengambil anak. Pihak sekolah juga telah mendapatkan persetujuan daripada pihak pengawal keselamatan untuk membantu mengawal kelancaran lalu lintas walaupun tiada dalam senarai skop tugas mereka. 5.3Usul 3 dibawa HASIL MESYUARAT AJK PIBG


Perkara : Mewujudkan pagar beroda sebagai penanda had kawasan yang dibenarkan untuk waris menghantar atau menjemput anak di kawasan sekolah. Rasionalnya supaya tiada lagi waris yang meletakkan kenderaan di perkarangan dewan atau di antara tempat letak kereta guru dan makmal komputer demi memastikan keselamatan murid-murid lain. Ulasan / Maklumbalas : Cadangan lokasi tempat binaan pagar beroda ialah di antara tempat letak kereta guru dan makmal komputer. Usul ini terpakai sekiranya Usul 2 dipersetujui. En. Mohd Shukri bin Hashim menolak usul ini dan mencadangkan supaya hanya memasang kon terlebih dahulu. Alasan yang diberikan ialah kos binaan pagar beroda mahal. 5.4Usul 4 oleh NURUL HUSNA BINTI SAAD Perkara : Sediakan air seperti Coway atau Cuckoo di satu tempat. Kemudahan untuk murid mendapatkan bekalan air apabila haus. Meminum air kosong semasa cuaca panas tidak menghilangkan dahaga. Ulasan / Maklumbalas : Guru Besar menjelaskan tatacara untuk langganan pemasangan penapis air Coway atau Cuckoo. Ia memerlukan pemotongan bayaran terus dari akaun individu. Persoalannya siapakah yang sudi secara sukarela untuk menanggung kos potongan bayaran secara bulanan ini. Jika ada yang sudi, pihak sekolah amat mengalu-alukannya. Pn. Noor Azni binti Isa mencadangkan supaya memasang Air Bestari. Ia lebih murah dan mampu bayar. YDP PIBG memohon agar usul ini dibawa ke dalam Mesyuarat AJK PIBG untuk perbincangan lanjut. 5.5Usul 5 oleh NUR SULIANA BINTI MOHD ASRI Perkara : Saya mencadangkan pembinaan jejantas atau lampu isyarat untuk kemudahan murid melintasi jalan. Sekurang-kurangnya kemudahan ini menjamin keselamatan murid dan menghilangkan kerisauan ibu bapa yang bekerja semasa meninggalkan anak-anak mereka di tepi jalan. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini. Ulasan / Maklumbalas : Guru Besar menerangkan bahawa kawasan tepi jalan di hadapan sekolah tidak sesuai atau tidak menepati standard keluasan yang diperlukan untuk pemasangan lampu isyarat atau pembinaan jejantas. YDP PIBG turut menegaskan bahawa masalah timbul kerana sikap pengguna jalan raya semasa pemanduan. Hal ini berpunca kerana semua pengguna bergegas untuk segera sampai ke destinasi masing-masing. 5.6Usul 7 oleh NOOR SYUHADA BINTI AWANG


Perkara : Sila tegur ibu bapa yang suka meletakkan kereta di bawah bumbung tempat waris bermotosikal berteduh ketika mengambil anak pulang sekolah. Sila letakkan kereta di tempat yang telah disediakan. Ini kerana sikap pentingkan diri sendiri boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Ditambah pula dengan kawasan yang sempit memburukkan lagi keadaan sesak tersebut. Usul 8 oleh NURUL WAHIDA BINTI MAHAMAD Perkara : Meminta pengawal keselamatan menjaga situasi semasa murid balik supaya tidak membenarkan ibu bapa yang menaiki kereta menunggu anak di kawasan motosikal sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan. Usul 9 oleh MOHD ZAMRY BIN ALIAS Perkara : Meminta pengawal keselamatan menjaga tempat menunggu waris bermotosikal semasa murid balik supaya tidak membenarkan ibu bapa yang menaiki kereta turut menunggu anak di kawasan tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan. Usul 10 oleh NURUL HUSNA BINTI MAHAMAD Perkara : Pegawai keselamatan harus memantau kereta semasa anak murid pulang dari sekolah. Kereta tidak boleh menunggu di kawasan ibu-bapa yang bermotosikal. Ia boleh mengundang kesesakan yang melampau dan menghalang pergerakan kereta lain terutama hari Jumaat kerana semua murid balik serentak. Ulasan / Maklumbalas : Guru Besar memaklumkan bahawa tanggungjawab untuk kawalan lalu lintas dan keselamatan murid di jalan raya tidak termasuk dalam bidang tugas pengawal keselamatan. Sebenarnya pihak sekolah hanya memohon jasa baik dari pihak syarikat keselamatan untuk memberikan khidmat bantuan secara sukarela. Seandainya berlaku sebarang kemalangan, itu adalah tanggungjawab murid sendiri. 5.7Usul 11 oleh EN. AHMAD SYUKRI BIN JAMALUDDIN Perkara : Kutipan sumbangan PIBG 2023/2024 sebanyak RM40.00 perkeluarga dikekalkan. Ulasan / Maklumbalas : Usul ini dipersetujui sebulat suara dan YDP memaklumkan kutipan sumbangan PIBG 2023/2024 sebanyak RM40.00 perkeluarga dikekalkan. Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan PIBG boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran. Hasil sumbangan tersebut akan digunakan untuk program kecemerlangan murid SK Sungai Setar. Selain itu, dapat membantu menyelesaikan kekangan kos dalam perlaksanaan semua program yang dirancang.


6.0Hal-hal lain 6.1Pn. Hjh Asmah binti Ahmad membawa tiga cadangan daripada pihak sekolah. Cadangan 1 : Memohon persetujuan sumbangan daripada pihak PIBG untuk aktiviti sekolah seperti program kecemerlangan murid dan aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan perkhemahan, permainan dan sukan. Cadangan 2 : Memohon persetujuan dan kebenaran PIBG untuk membenarkan pihak sekolah membuat kutipan bagi tujuan membiayai kos lawatan murid daripada waris yang anaknya mengikuti lawatan tersebut. Cadangan ini tidak terpakai sekiranya program lawatan yang dirancang itu dibiayai sepenuhnya oleh pihak PIBG. Cadangan 3 : Memohon persetujuan sumbangan/kutipan minima RM80.00 daripada waris setiap murid tahun 6 bagi menampung/membiayai kos melaksanakan program kecemerlangan akademik untuk sepanjang tahun 6. Contohnya untuk penyediaan bahan latihan murid di dalam kelas, majlis apresiasi, kos jamuan dan pembelian cenderamata. Bayaran boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran. Cadangan terima oleh Pn. Siti Aishah binti Zulkifli Sokongan sebulat suara. 7.0 Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 7.1 En. Ishak bin Ismail mewakili barisan jawatankuasa PIBG membubarkan jawatankuasa sesi 2022/2023 secara rasminya. 7.2 Ahli mesyuarat bersetuju melantik En. Noorsyamsul Hissyam bin Abu Hashim sebagai pengerusi sementara. 8.0 Melantik AJK PIBG sesi 2023/2024 8.1Pencalonan dan undian barisan AJK PIBG tahun 2023/2024. Calon jawatan Pengerusi / YDP 1. Jawatan YDP PIBG dikekalkan kepada En. Ishak bin Ismail. Cadangan oleh Pn. Rahimah binti Osman Disokong oleh Pn. Siti Nur Raina binti Zainol 2. En. Ahmad Syukri bin Jamaluddin Cadangan oleh Pn. Noor Aziah binti Jamaluddin Disokong oleh Pn. Nor Hafinas binti Md Nasir 3. Pn. Noraini binti Md Said mencadangkan pencalonan ditutup. Disokong oleh Pn. Syamimi binti Shafie Keputusan undian : En. Ishak bin Ismail dipilih sebagai YDP PIBG. Hal-hal lai6.2Pn. HjhCadanganaktiviti sekyang melibCadanganpihak sekdaripada wterpakai sepihak PIBGCadangandaripada melaksanaContohnyakos jamuasecara ans6.3CadangSokongPembuba6.1En. Ishjawatan6.2Ahli mesebaga


8.0 Melantik AJK PIBG sesi 2023/2024 8.2Pencalonan dan undian barisan AJK PIBG tahun 2023/2024. Calon jawatan Pengerusi / YDP 4. Jawatan YDP PIBG dikekalkan kepada En. Ishak bin Ismail. Cadangan oleh Pn. Rahimah binti Osman Disokong oleh Pn. Siti Nur Raina binti Zainol 5. En. Ahmad Syukri bin Jamaluddin Cadangan oleh Pn. Noor Aziah binti Jamaluddin Disokong oleh Pn. Nor Hafinas binti Md Nasir 6. Pn. Noraini binti Md Said mencadangkan pencalonan ditutup. Disokong oleh Pn. Syamimi binti Shafie Keputusan undian : En. Ishak bin Ismail dipilih sebagai YDP PIBG. Calon jawatan NYDP PIBG 1. En. Ahmad Syukri bin Hashim dicadangkan mengisi jawatan NYDP PIBG. Keputusan undian : Sokongan sebulat suara. Calon jawatan AJK IBUBAPA 1. Pn. Noorfazliannie binti Rosseli Cadangan oleh Pn. Siti Zainab binti Abdul / Disokong oleh Pn. Ruzana binti Ishak 2. Pn. Nor Shahida binti Othman Cadangan oleh Pn. Noorfazliannie binti Rosseli Disokong oleh En. Mohd Yusuf bin Cheek 3. Pn. Rahimah binti Osman Cadangan oleh Pn. Nor Ainaa Hafiza binti Mohd Suhaimi Disokong oleh Pn. Marziyana binti Mohd Hasshim 4. Pn. Siti Nur Fazila binti Idris Cadangan oleh Pn. Siti Nur Raina binti Zainol Disokong oleh En. Mohammad Noorhisham bin Zulkefeli 5. Pn. Noor Aziah binti Jamaludin Cadangan oleh En. Herieruan bin Mohd Shafiee Disokong oleh En. Ahmad Syukri bin Hashim


Jawatan Juruaudit 1. Pn. Siti Nur Raina binti Zainol Cadangan oleh Pn. Nor Hafinas binti Md Nasir Disokong oleh Pn. Nor Shahida binti Othman 9.0Ucapan Penangguhan 9.1YDP merakamkan ucapan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada barisan AJK sesi 2023/2024. 9.2Sesi ucapan perkenalan daripada barisan AJK PIBG yang baru dilantik. 9.3NYDP memohon kerjasama dan sokongan daripada semua waris untuk berganding bahu menjayakan program-program yang dirancang oleh semua pihak demi kecemerlangan murid-murid di SK Sungai Setar. 9.4YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG terdahulu atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. 9.5YDP menaruh harapan yang tinggi semoga semua usul dapat direalisasikan demi kepentingan dan manfaat seluruh warga SK Sungai Setar dan ibu bapa. 9.6Beliau turut menzahirkan rasa terharu atas pengorbanan ibu bapa yang sanggup menunggu sehingga berakhirnya Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Setar kali ke-52. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.


ENROLMEN TAHUN 2024/2025 HINGGA MEI 2024 KELAS BIL KELAS JUMLAH JUMLAH L P KESELURUHAN PRASEKOLAH 3 23 25 48 TAHUN 1 2 18 33 51 TAHUN 2 2 21 17 38 TAHUN 3 2 21 28 49 TAHUN 4 2 29 28 57 TAHUN 5 2 23 21 44 TAHUN 6 2 27 25 52 JUMLAH 15 162 178 340 ANALISA TAHAP PENGUASAAN IQRA’ / AL-QURAN SEHINGGA FEB 2024


PELAPORAN PENTAKSIRAN PBD TAHUN 1-3 2023 TAHUN 1 MATA PELAJARAN BIL MURID JUMLAH MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 BAHASA MELAYU 3 11 5 5 9 6 39 BAHASA INGGERIS 1 13 15 3 4 3 39 SAINS 1 2 10 13 8 5 39 MATEMATIK 1 6 7 20 5 0 39 P.ISLAM 1 10 12 9 7 0 39 PJPK 1 0 6 16 16 0 39 P.MUZIK 1 1 5 15 10 7 39 P.SENI VISUAL 1 2 6 11 14 5 39 B.ARAB 1 13 9 7 8 1 39 TAHUN 2 MATA PELAJARAN BIL MURID JUMLAH MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 BAHASA MELAYU 1 13 2 15 15 5 51 BAHASA INGGERIS 1 13 7 18 7 5 51 SAINS 0 3 13 17 14 4 51 MATEMATIK 0 12 10 5 24 5 51 P.ISLAM 0 3 13 17 12 6 51 PJPK 0 1 8 22 17 2 51 P.MUZIK 0 0 11 18 21 1 51 P.SENI VISUAL 0 3 7 28 13 0 51 B.ARAB 0 4 19 20 8 0 51 TAHUN 3 MATA PELAJARAN BIL MURID JUMLAH MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 BAHASA MELAYU 0 9 12 8 23 5 57 BAHASA INGGERIS 0 12 14 20 5 6 57 SAINS 0 0 16 20 12 9 57 MATEMATIK 0 0 24 18 5 0 57 P.ISLAM 0 3 21 4 15 14 57 PJPK 0 20 17 16 4 0 57 P.MUZIK 0 0 20 32 5 0 57 P.SENI VISUAL 0 0 4 26 25 2 57 B.ARAB 0 0 23 9 20 5 57


TAHUN 4 MATA PELAJARAN BIL MURID JUMLAH MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 BAHASA MELAYU 0 0 14 21 7 0 42 BAHASA INGGERIS 0 1 14 16 6 5 42 SAINS 0 0 11 13 13 5 42 MATEMATIK 0 7 16 13 6 0 42 P.ISLAM 0 4 13 10 10 5 42 PJPK 0 0 5 27 10 0 42 P.MUZIK 0 3 19 17 3 0 42 P.SENI VISUAL 0 3 22 12 5 0 42 B.ARAB 0 0 17 9 14 2 42 SEJARAH 0 0 11 13 13 5 42 TAHUN 5 MATA PELAJARAN BIL MURID JUMLAH MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 BAHASA MELAYU 0 3 8 13 23 5 52 BAHASA INGGERIS 0 9 29 11 3 0 52 SAINS 0 0 10 8 27 7 52 MATEMATIK 0 0 17 26 9 0 52 P.ISLAM 0 0 13 16 15 8 52 PJPK 0 0 0 20 27 5 52 P.MUZIK 0 0 18 8 20 6 52 P.SENI VISUAL 0 0 3 26 20 3 52 52B.ARAB 0 0 2 13 17 20 52 SEJARAH 0 13 6 24 9 0 52 TAHUN 6 MATA PELAJARAN BIL MURID JUMLAH MURID TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 BAHASA MELAYU 0 0 7 15 22 6 50 BAHASA INGGERIS 0 0 10 25 10 5 50 SAINS 0 0 13 8 21 8 50 MATEMATIK 0 0 16 26 8 0 50 P.ISLAM 0 0 5 12 17 16 50 PJPK 0 0 0 8 37 5 50 P.MUZIK 0 0 0 13 36 1 50 P.SENI VISUAL 0 0 7 22 18 3 50 B.ARAB 0 0 0 16 14 20 50 SEJARAH 0 3 2 31 11 3 50 PELAPORAN PENTAKSIRAN PBD TAHUN 4 -6 2023


NAMA SEKOLAH BIL SMKA ABDULLAH FAHIM 1 SMK SERI NIBONG 2 SMK DATUK HJ ABDUL KADIR 1 SMK JAWI 1 SMK SUNGAI ACHEH 45 ANTARABANGSA BIL PROGRAM 1. PLANETOPIA 2023 INTERNATIONAL VISUAL ART COMPETETION 2. SELANGOR INTERNATIONAL INDOOR ARCHERY CHAMPIONSHIP 2024 KEBANGSAAN BIL PROGRAM 1. STEM-KUIZ KEMAHIRAN DIGITAL 2. PERTANDINGAN VIDEO KREATIF TAHUN 2023 3. YOUNG ARTIST AWARD 2023 4. APS ARCHERY MINI TOURNAMENT RECURVE UNDER 12 6. PERTANDINGAN SIMPULAN DAN IKATAN : KARNIVAL PBB SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 7. PIDATO, SAJAK & SYAIR KARNIVAL KPTP 2023 8. KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM 2023 (MASTER) 9. PROGRAM KECERGASAN KPM SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PENGLIBATAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENCAPAIAN MURID TAHUN 6 2023


NEGERI 1. SCRATCH CODING CHALLENGE 2. STEM-KUIZ KEMAHIRAN DIGITAL 3. PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING COMPETITION 4. KEJOHANAN PEMBANGUNAN MEMANAH MSSPP 5. ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI ( RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) 6. MERDEKA HIKE MENGKUANG FUN WALK 2023 7. KARNIVAL STEM , PELANCAR ROKET AIR 2023 8. PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA (2023) 9. CABARAN KOKURIKULUM SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH 2023 (SENI TARI) 10. PENANG WORLD CLEAN UP DAY & WORLD CLEAN UP DAY 2023 11. ROBOTIC WORKSHOP & PERDA ROBOTIC CHALLENGE 2023 12. KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP 12TKB MSSPP 2023 13. DIGITAL COMPETENCY SCORE (DCS) 14. KEJOHANAN BOWLING TENPIN MSSPP (MASTER) 15. PROGRAM MATHZANIA 16. PROGRAM LITTLE SCIENTIST 17. PPIM- PUTERI BONGSU 18. KHATAM AL-QURAN – PPIM


DAERAH & ZON BIL PROGRAM 1. PERTANDINGAN BICARA BUKU 2. PERTANDINGAN POSTER DOODLE MERDEKA MADANI 3. PERKHEMAHAN PENGAKAP 2023 4. BAKAU HANDBALL CHALLENGE 11 TKB 2023 5. MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) 6. IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) 7. KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP 12TKB MSSPP 2023 8. SEPAK TAKRAW BERPASUKAN 2023 9. BOLA SEPAK 12TKB 10. KEJOHANAN BADMINTON MSSPP 11. PROGRAM FASIH DIGITAL 12. KEJOHANAN BOLA JARING MSSD NIBONG TEBAL 13. BOLA SEPAK LIGA SEJAWI 10 TKB


AHLI JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR SESI 2024/2025 PENASIHAT En. Mohamed Rodzhi Bin Mohd Noh YANG DI PERTUA _________________________ NAIB YANG DI PERTUA _________________________ SETIAUSAHA Pn. Zurida binti Sharudin BENDAHARI Pn. Siti Fauziah binti Osman AJK ( Guru ) Pn. Suriyati binti Saidin Pn. Yasmin binti Yusof En. Che Kahar bin Bahari En. Suhaili bin Mat Saad En. Sunil Ram Naipal A/L Jaya Ram AJK ( WARIS ) _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ JURUAUDIT En. Sulaiman bin Adam ( guru ) ___________________( waris


CATATAN


Click to View FlipBook Version