The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marwan yaacob, 2021-02-11 22:38:29

SEBATIAN KARBON F5 KSSM

SEBATIAN KARBON

Tema 2 Kimia Organik

(c) Sebatian X terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.
(i) Tulis persamaan kimia seimbang untuk pembakaran lengkap sebatian X.
(ii) 14 g sebatian X mengalami pembakaran lengkap pada suhu bilik. Hitungkan isi padu

gas karbon dioksida yang terbebas.
[1 mol gas menempati isi padu 24 dm3 pada keadaan bilik.
Jisim atom relatif: H = 1; C = 12]

3. Rajah 3 menunjukkan siri tindak balas melibatkan sebatian Q, C2H6O.

Glukosa
I Yis

Air + Gas P II Sebatian Q, C2H6O III Gas R

Pembakaran Serpihan porselin

IV Larutan kalium

manganat(VII) berasid, KMnO4

Sebatian S, C2H4O2 V Sebatian T

Dire uks dengan
sebatian Q dan
asid sulfurik pekat, H2SO4
Rajah 3
(a) (i) Namakan tindak balas I.
(ii) Nyatakan nama sebatian Q.
(iii) Lukis formula struktur sebatian Q.
(b) Tulis persamaan kimia untuk pembakaran lengkap sebatian Q.
(c) (i) Nyatakan nama gas R yang terbebas dalam tindak balas III.
(ii) Lukis susunan radas untuk menjalankan eksperimen bagi tindak balas III di dalam makmal.
(d) Nyatakan perubahan warna larutan kalium manganat(VII) berasid, KMnO4 dalam tindak
balas IV.
(e) (i) Nyatakan nama tindak balas V.
(ii) Nyatakan nama sebatian T.

Buah-buahan dan bunga mengandungi pelbagai ester dengan Jadual 1
pelbagai rasa dan bau. Ester semula jadi sukar diekstrak daripada
sumber semula jadi. Ester-ester ini dapat dihasilkan di makmal Ester Bau
apabila alkohol bertindak balas dengan asid karboksilik. Pentil etanoat Buah pisang
Jadual 1 menunjukkan ester-ester dan baunya.
Pentil butanoat Buah aprikot

Merujuk maklumat di dalam Jadual 1, rancangkan satu eksperimen makmal untuk menyediakan
dua ester berbeza dengan menggunakan alkohol yang sama dan asid karboksilik yang berbeza serta
mengenal pasti baunya. Dalam jawapan anda, sertakan maklumat yang berikut:
(a) Hipotesis untuk eksperimen ini. (b) Semua pemboleh ubah yang terlibat.
(c) Bahan dan radas yang digunakan. (d) Prosedur menjalankan eksperimen.
(e) Pemerhatian. (f) Persamaan tindak balas.

112


Click to View FlipBook Version