SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK MAKMUR
26100 KUANTAN, PAHANG
09 – 583 8411
BUKU
PERATURAN
DAN DISIPLIN
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK MAKMUR
MAKLUMAN
KEPADA IBU BAPA / PENJAGA:
Peraturan yang perlu DIPATUHI oleh murid
dan selalu TIDAK DIIKUTI.
Seiring dengan itu Unit Disiplin dengan seliaan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
sebulat suara telah memutuskan
peraturan-peraturan yang
MESTI DIPATUHI
oleh murid SK Balok Makmur
adalah seperti yang terkandung dalam buku ini.
Mohon baca dan fahami peraturan
yang telah ditetapkan.
TUJUAN
MENGAPA MURID PERLU MEMATUHINYA:
1. Untuk memelihara suasana di mana proses
pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan licin dan berkesan
2. Untuk menjamin hak keselamatan dan
kebebasan murid di sekolah ini
3. Untuk mewujudkan disiplin kendiri dalam diri
para murid supaya mereka akan menjadi ahli
masyarakat yang baik dan berguna apabila
tamat persekolahan kelak
4. Untuk melahirkan murid yang berakhlak mulia
dan taat kepada agama
5. Para murid mengetahui dan memahami
peraturan sekolah dengan jelas jenis-jenis
kesalahan disiplin sama ada kesalahan
ringan, kesalahan sederhana dan kesalahan
berat
KEHADIRAN
1. Waktu tiba murid di sekolah SEBELUM
JAM 7.20 PAGI.
2. Jam 7.30 – 7.45 pagi adalah program
kendalian sekolah dan waktu bertenang
murid.
(murid perlu berada di Dataran Makmur)
tertakluk kepada perubahan mengikut
situasi semasa
3. Jam 7.45 pagi sesi pembelajaran bermula.
4. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari
persekolahan adalah diwajibkan.
5. Murid yang lewat sampai ke sekolah
hendaklah melaporkan diri kepada
pengawas bertugas di pintu masuk atau
kepada guru bertugas sebelum masuk ke
kelas.
6. Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa
alasan yang munasabah boleh dikenakan
denda oleh pengawas atau guru disiplin.
7. Waktu pulang murid adalah seperti edaran
jadual waktu kelas masing-masing.
KETIDAKKEHADIRAN
1. Murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-
sebab tertentu hendaklah menyatakan sebab
dengan mengemukakan surat daripada doktor /
ibu bapa / penjaga.
2. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa
sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa /
penjaga akan dianggap sebagai ponteng
sekolah dan boleh diambil tindakan.
3. Tindakan terhadap kes ponteng:
SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
BERTURUT-TURUT BUKAN
Amaran
Pertama Pada hari ke-3 BERTURUT-TURUT
Amaran
Pada hari ke-10
Kedua
Amaran 7 hari selepas 10 hari selepas
Terakhir Amaran Pertama Amaran Pertama
Buang Sekolah
7 hari selepas 20 hari selepas
Amaran Kedua Amaran Kedua
14 hari selepas 20 hari selepas
Amaran Terakhir Amaran Terakhir
4. Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah
untuk aktiviti kokurikulum.
CARA KEHADIRAN
1. Penjaga TIDAK DIBENARKAN membawa
kenderaan masuk ke dalam kawasan
sekolah kecuali MURID PENDIDIKAN
KHAS dan yang mempunyai masalah
kesihatan. Masalah lain perlu mendapatkan
kebenaran dari pihak sekolah.
2. Berhentikan / turunkan murid di Perhentian
Bas hadapan pintu pagar utama @ pintu
kecil belakang sekolah
(untuk mengelakkan dari berlaku kesesakan
dan kemalangan di waktu kemuncak iaitu
waktu datang dan waktu pulang ).
3. Sekiranya hujan, penjaga dibenarkan masuk
ke dalam kawasan sekolah dengan
berhemah, dan memahami serta
menghormati pengguna yang lain.
(tidak mengambil masa terlalu lama
untuk menurunkan anak)
PAKAIAN SERAGAM
MURID LELAKI
POTONGAN RAMBUT
PENDEK, KEMAS DAN
TIDAK BERFESYEN
KEMEJA PUTIH TANDA NAMA
LENGAN PENDEK NAMA DI ATAS POKET
LENCANA PADA POKET
TALI PINGGANG
BIRU GELAP/HITAM
SELUAR SLACK
WARNA BIRU GELAP
STOKIN HITAM
KASUT KANVAS / KAIN WARNA HITAM KESELURUHANNYA.
(BERTALI @ LEKAT. TIDAK BOLEH BERSARUNG (KUNGFU)
TIDAK BOLEH BERLINE MERAH ATAU PUTIH)
BAJU DALAM BERWARNA PUTIH
PAKAIAN SERAGAM
MURID PEREMPUAN
TUDUNG BERWARNA
PUTIH. ANAK TUDUNG
JUGA BERWARNA PUTIH
TANDA NAMA
NAMA DI ATAS
LENCANA DI BAWAH
(DI SEBELAH KIRI)
BAJU KURUNG PUTIH
KAIN BIRU GELAP
STOKIN HITAM
KASUT KANVAS / KAIN WARNA HITAM KESELURUHANNYA.
(BERTALI @ LEKAT. TIDAK BOLEH BERSARUNG (KUNGFU)
TIDAK BOLEH BERLINE MERAH ATAU PUTIH)
PAKAIAN JASMANI
1. Baju sukan / Pendidikan Jasmani yang
dibekalkan dari Kedai Buku Sekolah
sahaja dibenarkan.
2. Seluar track bottom yang dibekalkan oleh
pihak sekolah atau track bottom berwarna
hitam atau biru gelap sahaja tanpa corak
dan line di tepi.
3. Kasut sukan dibenarkan ketika aktiviti
Pendidikan Jasmani
SERAGAM PENGAWAS
SEKOLAH LELAKI PEREMPUAN
Kemeja Lengan Panjang ungu Tudung ungu gelap
cerah Baju kurung ungu cerah
Kain sekolah
Seluar sekolah
Tali leher biru gelap (blue black)
Vest biru gelap
PUSAT Kemeja Lengan Panjang biru Tudung biru cerah
SUMBER cerah Baju kurung biru cerah
Kain sekolah
Seluar sekolah
Tali leher biru gelap (blue black)
Vest hitam
PEMBIMBING Kemeja putih lengan pendek Tudung ungu cerah
RAKAN SEBAYA Seluar sekolah Baju kurung putih
Tali leher ungu cerah Kain ungu cerah
Vest ungu cerah
KEDAI Kemeja putih lengan pendek Tudung putih
BUKU Seluar sekolah Baju kurung putih
Vest hijau gelap Kain sekolah
KETUA / Vest hijau gelap
PENOLONG Kemeja putih lengan pendek
Seluar sekolah Tudung putih
Tali leher hitam Baju kurung putih
Button badge KETUA KELAS Kain sekolah
Button badge
PENOLONG
ETIKA RAMBUT
1. Potongan rambut pendek,kemas disikat dan tidak berfesyen
2. TIDAK DIBENARKAN potongan rambut berfesyen seperti
PUNK, MOHAWK, SKINHEAD, KOREAN STAIL dan
sebagainya yang menghilangkan ciri dan norma sebagai
seorang murid sekolah.
3. Cara pemotongan tidak sampaikan menampakkan kulit
kepala. Tepi tidak terlalu nipis dan bahagian atas
mestilah pendek.
PANJANG RAMBUT ATAS TIDAK MELEBIHI 1 INCHI.
(IBU BAPA DIHARAP AGAR PEKA PADA PERATURAN
SEKOLAH DAN TIDAK MENURUT KEHENDAK ANAK).
ETIKA RAMBUT
PERHIASAN
1. Murid dilarang memakai barang kemas dan
sebarang perhiasan.
2. Murid lelaki TIDAK DI BENARKAN memakai gelang,
rantai dan bertato.
3. Murid DI LARANG mamakai inai, pewarna kuku,
pengilat kuku dan lain-lain. Pastikan kuku
sentiasa pendek.
BASIKAL
Murid SK Balok Makmur yang menggunakan basikal
ke sekolah, perlu MEMASTIKAN basikal mempunyai
ciri-ciri keselamatan seperti berikut:
a - bertongkat
b - brek tangan (hand brake)
Basikal lajak TIDAK DI BENARKAN sama sekali
KESALAHAN
RINGAN
1. Datang lewat ke sekolah
2. Tidak membayar yuran sekolah
3. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
4. Tidak membuat kerja rumah
5. Mengusik /mengganggu murid lain
6. Merayau-rayau
7. Makan dalam kelas
8. Melompat pagar sekolah
9. Membeli dari penjaja luar sewaktu belajar
10. Bermain basikal dalam sekolah
11. Menulis surat cinta
12. Menghalang atau menggagalkan usaha untuk
menyiasat murid yang bersalah
13. Bermain permainan berbahaya
14. Tidak menunjukkan semangat kekitaan atau
sayangkan kepada sekolah
15. Sengaja mengotorkan kawasan sekolah
16. Pakaian seragam sekolah tidak lengkap/kemas
(tiada tanda nama, lencana sekolah, tali leher)
17. Sengaja tidur di dalam kelas sewaktu belajar
18. Sengaja memakai selipar /sandal tanpa sebab
19. Berada dalam kelas sewaktu rehat (kecuali
dengan kebenaran)
20. Lain-lain kesalahan ringan
KESALAHAN
SEDERHANA
1. Bermain mercun di sekolah
2. Bising/mengganggu kelas
3. Menipu/bercakap bohong
4. Keluar kelas tanpa kebenaran atau sengaja
berada di luar kelas
5. Sengaja tidak menepati masa
6. Ponteng sekolah/ponteng kelas
7 Berambut panjang
8. Bermain terup
9. Berpakaian tidak kemas atau tidak sopan
10. Bersubahat dalam kesalahan bererti meredai
kesalahan itu
11. Berebut-rebut di kantin/makmal atau bilik khas
12. Mengubah markah yang diperolehi dalam
sesuatu peperiksaan
13. Tidak menghormati pengawas sekolah
14. Tidak menghormati kakitangan sekolah
15. Meminjam tanpa kebenaran
16. Membeli barang-barang curi atau menyimpan
barang-barang yang telah curi
17. Menghilangkan harta benda sekolah yang
dipinjam
18. Sengaja tidak membuat atau menyiapkan kerja
rumah/sekolah
19. Sengaja mengotori sekolah/kelas/bilik
khas/kawasan sekolah
20. Ponteng perhimpunan/acara rasmi sekolah
21. Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah
22. Sengaja tidak membawa buku teks/buku latihan
dan lain-lain keperluan pelajaran
KESALAHAN
BERAT
1. Kurang sopan, biadap, melawan guru
2. Mencuri
3. ‘Ragging’/Buli
4. Mengugut/melawan/memukul pengawas
5. Memeras wang murid lain
6. Menipu tandatangan guru
7. Menganggotai kumpulan haram
8. Meniru dalam peperiksaan
9. Terlibat dengan dadah
10. Tidak menghormati Lagu Negaraku / Negeri Pahang
11. Berjudi
12. Memukul guru atau murid lain
13. Bergaduh/bertumbuk/berkelahi
14. Minum minuman yang memabukkan
15. Vandalism (merosakkan harta benda) sekolah/
menconteng dinding bangunan sekolah
16. Membawa, menyimpan dan menyebar gambar lucah
17. Melakukan perkara yang tidak baik yang boleh
merosakkan akhlak
18. Mengintai murid perempuan dalam tandas
19. Merokok, menghisap rokok, curut atau paip
20. Membawa senjata merbahaya
21. Memeluk murid perempuan/lelaki
22. Bercangkrama/bercumbu-cumbuan
23. Pelacuran, hamil, mengadakan hubungan seks, kahwin
atau nikah
24. Berkhalwat di kawasan sekolah atau di luar sehingga
didenda di mahkamah
25. Mengganggu atau mengejek murid lain yang boleh
menimbulkan rasa malu terhadapnya
26. Tidak menghormati guru dengan mengeluarkan kata-
kata lucah dan lain-lain
27. Mengeluarkan kata-kata lucah, mencarut/menulis atau
melukis perkara-perkara yang dianggap lucah
PERATURAN
LAIN / BARU
1. Selain wajib mematuhi peraturan-
peraturan di dalam buku ini, murid-murid
juga wajib akur kepada peraturan lain
yang digubal oleh pihak sekolah yang
tidak tercatat di dalam buku ini.
2. Pihak sekolah juga akan mengeluarkan
peraturan-peraturan baharu
berdasarkan keperluan semasa dan
setiap murid wajib mematuhinya.
3. Murid juga dikehendaki mematuhi
arahan-arahan / peraturan-peraturan
dari semasa ke semasa yang
dikeluarkan oleh Pihak Sekolah /
Pejabat Pelajaran Daerah atau
Kementerian Pelajaran Malaysia.
HARAPAN
Pihak sekolah berharap agar ibu bapa
dapat membantu pihak sekolah dalam
membentuk sahsiah murid agar berdisiplin dan
sentiasa mematuhi peraturan sekolah yang telah
ditetapkan. Didikan dari peringkat awal adalah
salah satu cara dalam mendisiplinkan murid.
Guru sebagai pembantu dalam pembentukan
dan ibu bapa sebagai pencorak kehidupan,
keperibadian dan kemenjadian anak-anak pada
masa hadapan.
** PIHAK SEKOLAH BERHAK MENGAMBIL
TINDAKAN SEKIRANYA MURID
MELANGGAR DAN TIDAK MEMATUHI
PERATURAN YANG TELAH DI TETAPKAN
AKUJANJI
BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN BALOK MAKMUR.
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi
rujukan dan panduan saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan
mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi
sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan
sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar
disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang
setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Pengakuan murid:
Saya ____________________________________________
dari kelas _________________ telah membaca keseluruhan isi
buku Peraturan dan Disiplin Sekolah dan memahaminya.
Tandatangan Murid:
Nama:
Pengakuan ibu/bapa/penjaga:
Saya ____________________________________________
ibu / bapa / penjaga kepada murid seperti nama yang tertulis di
atas telah membaca keseluruhan isi buku Peraturan dan Disiplin
Sekolah dan memahaminya.
Tandatangan Ibu bapa/Penjaga:
Nama:
HAK CIPTA TERPELIHARA