The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3451 a Kokurikulum - Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHONG WEI SHAN IPG-Pelajar, 2024-03-13 03:18:31

TUGASAN 1 - BUKU LOG DIGITAL

MPU3451 a Kokurikulum - Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia

44 PENGESYORAN FUNGSI Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Sukarelawan Belia (antara 18 – 30 tahun) semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Bertugas semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. b. Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. c. Aktiviti perkhemahan. d. Aktiviti mengumpul dana. e. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. f. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. g. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan


45 3.7 PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi BSMM iaitu: 1. Mesyuarat Agong ➢ Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi jawatankuasa. ➢ Jawatan yang dipertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja. ➢ Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas 2. Perlantikan oleh penasihat ➢ Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu. ➢ Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. ➢ Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong. ➢ Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan. ➢ Carta organisasi biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut kepada carta organisasi berikut:


46 3.8 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Jawatankuasa Tugasan Pengerusi 1.Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan cabang. 2.Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. 3.Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. 4.Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK cabang dalam perlaksanaan tugas mereka. 5.Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. 6.Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. 7.Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan kementerian, Jabatan kerajaan dan BSMM. Naib Pengerusi I 1.Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. 2.Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. 3.Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. 4.Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang. Naib Pengerusi II 1.(bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib Pengerusi I) Setiausaha Kehormat 1.Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. 2.Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan badan-badan kerajaan, swasta dan pertubuhan lain di peringkat Cabang. 3.Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. 4.Menyelaras semua kegiatan Cabang. 5.Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan peruntukan tahunan dan penyata kewangan.


47 6.Menjadi pegawai pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang. Bendahari Kehormat 1.Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan penyata penerimaan dan pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan dan kunci kira-kira bulanan dan tahunan. 2.Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit. 3.Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang. 4.Bertanggungjawab menyediakan belanjawan tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke cawangan. 5.Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. 6.Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. 7.Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun. Pegawai Perubatan 1.Bertanggungjawab mengenai berbagai aspek perubatan dan kesihatan dalam program-program Cabang. 2.Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskinikan cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah, pemulihan pernafasan dan lain-lain perkara yang bersangkutan di peringkat Cabang. Penguasa Jururawat 1.Bertanggungjawab dalam segala aspek kegiatan rawatan dan kejururawatan di Cabang. 2.Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan. Pegawai Penjaga Latihan 1.Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan mengenai semua hal latihan di cabang. 2.Bertangggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Latihan Cabang. 3.Berkerjasama dengan Penolong Pengarah Latihan Cawangan dalam usaha menyelaras, merancang dan mengimplimentasi program latihan untuk Cabang dan Unit. 4.Bertanggungjawab dalam merancang dan mengadakan semua program latihan untuk Cabang.


48 5.Bertanggungjawab memajukan Laporan Latihan Cabang kepada Penolong Pengarah Latihan Cawangan. Pegawai Penjaga PBS 1.Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah PBS Cawangan, Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan PBS di Cabang. 2.Bekerjasama dengan Penolong Pengarah PBS dalam penubuhan dan pembangunan PBS di Cabang. 3.Bekerjasama dengan Pengerusi JKK Bantuan Bencana dalam pengerahan dan memobilisasikan anggota PBS semasa bencana alam peringkat Cabang. 4.Bertanggungjawab menyediakan laporan aktiviti PBS peringkat Cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah PBS dari semasa ke semasa. 5.Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat Pasukan PBS, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. 6.Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah PBS. 7.Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat Pegawai pegawai PBS. 8.Bersama Pegawai Latihan menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang sewajarnya. Pegawai Penjaga Belia / Link 1.Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Belia dalam semua hal kebajikan am, pengurusan dan kegiatan unit-unit Belia Kanak-kanak di Cabang. 2.Bekerjasama dengan Penolong Pengarah Belia dalam penubuhan dan pembangunan unit Belia / Kanak-kanak di Cabang. 3.Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan aktiviti bela / kanak-kanak peringkat cabang dan memajukan kepada Penolong Pengarah Belia dari semasa ke semasa. 4.Bertanggungjawab menyediakan laporan berhubung kenaikan pangkat pasukan Belia, pertukaran pemimpin dan alamat melalui Pengerusi / Setiausaha Kehormat Cabang seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cabang. 5.Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan belia / kanak-kanak yang mana di dalam bidang dan tugas beliau. Disyorkan jika terdapat masalah dan keraguan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah Belia.


49 6.Mempengerusi, menasihat dan menyelaras mesyuarat pegawai pegawai belia dan kanak-kanak. 7.Bersama-sama Pegawai Latihan menentukan pasukan belia dan kanak-kanak mendapat latihan yang sewajarnya. Pegawai Seranta 1.Bertanggungjwab kepada Pengerusi Naib Pengerusi Cabang dalam memberi informasi mengenai kegiatan Cabang. 2.Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam menerbitkan semua bahan berita, bahan bercetak atau elektronik dan penerangan mengenai kegiatan Cabang. 3.Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat Cabang dalam membangunkan satu sistem perhubungan antara berbagai Jawatankuasa Cabang dengan Cawangan dan pasukan pasukan. Kuartermaster 1.Bertanggungjawab kepada Pengerusi Naib Pengerusi Cabang dan Kuartermaster Cawangan untuk semua asset (peralatan dan bekalan) yang dipunyai oleh Cabang. 2.Bertanggungjawab mengenai stor dan inventori Cabang dan menyediakan laporan harta benda dan lain-lain yang berkaitan kepada Cawangan dari semasa ke semasa melalui Setiausaha Kehormat Cabang. Pengerusi JKK Bantuan Bencana 1.Bertanggungjwab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dan Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan di dalam aktiviti Bantuan Bencana. 2.Bertanggungjwab dalam memberi arahan bergerak (movement orders), arahan pentadbiran dan operasi dalam gerakan bantuan bencana di peringkat Cabang dengan kerja sama Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan. 3.Bertanggungjawab mengendalikan Pusat Kawalan Bantuan Bencana BSMM Cabang dan dengan kerjasama Pegawai Penjaga PBS / Belia dalam pengerahan serta tenaga manusia dalam masa bencana. 4.Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan barang-barang bantuan bencana. 5.Bertanggungjawab dalam merangka, membangunkan dan kemaskinikan Rancangan Persediaan Bantuan Bencana peringkat Cabang dengan kerjasama Cawangan. 6.Bertanggungjawab menyediakan laporan bencana / persediaan / bantuan dari semasa ke semasa dan memajukan kepada Pengerusi JKK Bantuan Bencana Cawangan melalui Setiausaha Kehormat Cabang. 7.Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bantuan Bencana Kerajaan di peringkat Cabang.


50 Pengerusi JKK Kutipan Derma 1.Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Kutipan Derma Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan kutipan derma peringkat Cabang. 2.Bertanggungjawab dalam program kutipan derma peringkat Cabang. 3.Berhubung dengan Cawangan dalam merangka projek kutipan derma peringkat Cabang. 4.Berhubung dengan Pegawai Penjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli dan bantuan. 5.Bertanggungjawab dalam menghantar semua laporan kegiatan yang telah dijalankan mengikut kelulusan Cawangan dan perlembagaan persatuan dan memajukan semua laporan berkaitan melalui Setiausaha Kehormat Cabang. Pengerusi JKK Anti Dadah 1.Bertanggungjawab kepada Pengerusi JKK Anti Dadah Cawangan dan Pengerusi / Naib Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang dalam merancang, melaksanakan dan menilai kegiatan anti dadah peringkat Cabang. 2.Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah serta menarik perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah.


51 4.0 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH 4.1 SEJARAH Pengasas Palang Merah Palang Merah (Red Cross) yang berpangkalan di Switzerland diasaskan oleh seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva. Walaupun Jean Henry dibesarkan dalam kemewahan, tetapi dia dilatih berdisiplin dan kuat beragama. Dia amat mementingkan kepercayaan dan moral yang tinggi. Semasa meningkat dewasa, beliau banyak menyertai persatuan-persatuan yang berunsurkan kemanusiaan seperti League of Alms yang bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. Pergerakan yang Jean paling minat ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama, kesatuan ini juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Cadang penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. Minat yang tinggi terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan Henry meletakkan jawatan beliau sebagai pegawai bank demi memenuhi minat beliau. Perniagaan yang dibangunkan oleh Henry mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Namun begitu, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila tercetusnya Perang Solferino. Jean Henry Dunant


52 Perang Solferino Sekitar Jun 1959, Henry menyaksikan Perang Solferino ketika beliau dalam perjalanan ke Algeria, Afrika. Peperangan yang berlanjutan selama 16 jam itu mengakibatkan kawasan peperangan itu dipenuhi dengan 40,000 askar yang terkorban dan juga cedera. Tindakan yang diambil oleh Jean Henry: ❖ Membantu tentera yang cedera dan sakit. ❖ Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan. ❖ Menjadikan rumah dan gereja berdekatan sebagai hospital sementara. ❖ Meminta pertologan penduduk setempat agar memberi pertologan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit. ❖ Menggunakan kempen dan slogan ‘Tutti fratelli’ (Kitakan bersaudara). Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere. Battle of Solferino


53 Segala yang berlaku semasa beliau berada di kawasan peperangan itu telah dicatatkan lalu diterbitkan sebagai sebuah buku yang bertajuk "A Memory of Solferino". Henry memikirkan bahawa kesengsaraan yang dilalui mangsamangsa Perang Solferino perlulah diberikan perhatian. Oleh itu, beliau telah mencetak beberapa naskhah bukunya menggunakan wang saku sendiri untuk diedarkan kepada ketua-ketua negara Eropah. Dalam penulisannya, beliau telah mencadangkan dua perkara untuk diambil perhatian. Cadangan pertama, membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang tercedera semasa peperangan. Cadangan kedua, mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang tercedera daripada mana-mana pasukan perlulah dibantu. A Memory of Solferino: Henry Dunant


54 Penubuhan Jawatankuasa Berlima Tindakan Jean Henry telah membuahkan hasil apabila pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan yang terdiri daripada Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini adalah untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku ’A Memory of Solferino’. Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Keputusan Konvesyen ini telah memberi peruntukan seperti berikut: ➢ Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan. ➢ Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. ➢ Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam, iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatar belakang putih Connittee of Five


55 Sejarah Penubuhan BSMM di Malaysia 1984 •Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan sebagai cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. 1950 •Lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang. 1957 •Cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu 1963 •Pada 4 Julai, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima dan mengiktiraf secara rasmi sebagai Persatuan Palang Merah. •Pada 24 Ogos pula, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) 1965 •Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan Akta Persekutuan Palang Merah Malaysia (Akta No.47 tahun 1965) 1975 •Persatuan Palang Merah --> Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) •Akta Persatuan Palang Merah --> Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 2007 •Pada 25 Mac, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke-116 telah memutuskan pertukaran pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


56 Objektif Perlembagaan BSMM Di bawah Peruntukan Akta Perbadanan, objektif BSMM: Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan Perjanjian Konvensyen Geneva serta menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. Lagu Rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat


57 Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia BAHAWA KAMI AHLI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, BERIKRAR, AKAN TAAT SETIA KEPADA, DULI YANG MAHA MULIA, SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, SERTA PEMERINTAH-PEMERINTAH DI NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA. BAHAWA KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA PATUH PADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG, SERTA ARAHAN PERSATUAN WALAU DIMANA JUA KAMI BERADA. BAHAWA KAMI BERIKRAR, AKAN SENTIASA MEMBERI KHIDMAT SUKARELA, KEPADA YANG SAKIT DAN MENDERITA, DIWAKTU AMAN ATAU BENCANA, BERDASARKAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT: KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN


58 4.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS BULAN SABIT MERAH 1. Kemanusiaan ✓ Sedaya upaya mencegah dan meringankan kesengsaraan. ✓ Tujuan: melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormatmenghormati sesama manusia. ✓ Memupuk sifat persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia. 2. Saksama ✓ Bantuan diberi tanpa mengira bangsa, kaum, agama, darjat atau status politik ✓ Tujuan: meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes yang paling memerlukan. 3. Berkecuali ✓ Mempertahankan kepercayaan yang ada pada diri dengan tidak menyebelahi manamana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik, perkauman, agama atau ideologi. 4. Kebebasan ✓ Sebuah pergerakan yang bebas. ✓ Walaupun Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-badan awam yang berkuasa, tetapi diberi kuasa untuk bertindak secara bebas dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. 5. Perkhidmatan Sukarela ✓ Satu badan yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. 6. Bersatu ✓ Hanya terdapat satu Persatuan Bulan Sabit Merah di dalam sesebuah negara. ✓ Persatuan ini terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli. ✓ Persatuan ini harus menjalankan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kemanusiaan di seluruh negara. 7. Kesejagatan ✓ Sebuah pergerakan antarabangsa yang mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.


59 4.3 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (ICRC) ❖ Ditubuhkan pada 1863, dengan nama “Jawatankuasa Lima Orang”. ❖ Pada tahun 1876, jawatankuasa ini dinamakan sebagai Internasional Committee of the Red Cross (ICRC). ❖ ICRC merupakan sebuah institusi yang bebas dan berkecuali dari segi politik, ideologi dan agama. ❖ Ibu pejabat terletak di Geneva, Switzerland. ❖ Bilangan maksima anggota ialah 25 orang dan mereka terdiri daripada warga Switzerland.


60 Peranan ICRC 1. Pemaju Konvensyen Geneva: • Memajukan UUKA untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva 2. Orang tengah yang berkecuali: • Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuhan • Memastikan mangsa awam dan tentera dalam peperangan mendapat perlindungan / pertolongan 3. Penjaga prinsip-prinsip: • Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati • Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan Aktiviti-aktiviti ICRC 1. Perlindungan • Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman, layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya. • Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. 2. Pengesanan • Memastikan orang tahanan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing. • Mendapat senarai orang-orang tahanan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat. 3. Bahagian Bantuan Umum • Mendapat dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada pihak yang memerlukan. • Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-delegasi tertentu. 4. Bahagian Perubatan Umum • Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi. • Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran alat-alat prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka.


61 PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH / Internasional Federation of Red Cross and Red Cresent Societies (IFRC) ❖ Ditubuhkan pada 5 Mei 1919 di Paris secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan tawaran perang. Peranan IFRC • Bertindak sebagai badan tetapi mengenai perhubungan, penyelarasan dan pengajian di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan dan untuk memberi mereka apa jua pertolongan yang diminta. • Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diiktiraf. • Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa bencana alam. • Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana dan juga dalam operasinya. • Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras dengan “Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana


62 Palang Merah dan Bulan Sabit Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa. • Untuk menggalakkan dan menyelaras penyertaan Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkusa kerajaan yang tertentu. • Menggalak dan menyelaras di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan, pertukaran idea bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan untuk menjalin perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada semua negara. • Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahli-ahli daripada penduduk dan memupuk prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pergerakan. • Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC). • Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan bekerjasama dalam penyebaran undang-undang ini dan prinsip-prinsip asas di antara Persatuan-persatuan Kebangsaan. • Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan dan perakuan yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan serta menjadi penjaga kepada keutuhannya dan pelindung kepada kepentingannya. • Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan Antarabangsa.


63 PERSATUAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH KEBANGSAAN ❖ Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan Peranan 1. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam. Persatuanpersatuan Kebangsaan menjalankan fungsinya dalam bidang: • Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam. • Pencegahan penyakit. • Membaiki tahap kesihatan. • Melatih anggotanya. 2. Peranan semasa dalam masa peperangan: • Membantu perkhidmatan perubatan tentera, menjaga yang cedera, sakit dan menderita dalam kalangan tentera. • Membantu orang-orang tawanan dan tahanan-tahanan awam.


64 4.4 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


65


66


67 Struktur & organisasi pertubuhan PBSM IPGKPT GURU PENASIHAT PN. CHE ROHANI BINTI CHE AZIZ SETIAUSAHA OOI HUI QUN NAIB SETIAUSAHA ANGELA TIONG YI JIA BENDAHARI YONG ZI WEI NAIB BENDAHARI NUR ERIKA RIDWANA AJK PISMP 19/24 CHIN KE YI YEW TENG TENG AJK PISMP 20/25 MUHAMMAD YUSOF BIN KAMARUDIN MOHD MAHATHIR BIN HASSAN AJK PISMP 21/26 JANOTHAN TAN YU QING GWYNETH TOK EN XI AJK PISMP 22/27 CALVIN CHEAM HING CHUNG EDWIN FAM LI QUAN AJK PPISMP JACKQUELYNE ANAK MAJO CHAN JIA JIA PENGERUSI LEE XIN YI NAIB PENGERUSI MUHAMMAD ZHAFIRUL ARIFF BIN ZIANOM


68 4.5 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA) ➢ UUKA adalah peraturan yang atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. ➢ Ia melindungi mereka yang tidak terlibat atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan dan mengehadkan cara dan kaedah peperangan. ➢ UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. ➢ Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian undang-undang lazim diterima pakai oleh semua negara. ➢ UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. ➢ Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. ➢ Tetapi, sebaik sahaja konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai. ➢ Dalam konflik bersenjata antarabangsa dan bukan antarabangsa, semua pihak mesti mematuhi peraturan-peraturan UUKA, yang mana membezakan keduadua jenis konflik tersebut Konflik bersenjata antarabangsa ✓ Bermakna apabila sekurang-kurangnya dua buah negara terlibat. ✓ Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempat-empat Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I. Konflik bersenjata bukan antarabangsa ✓ Atau dikenali sebagai perang saudara adalah terbatas dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan sama ada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. ✓ Satu rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. ✓ Peraturan tersebut terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II, yang mana mempunyai skop yang lebih kecil.


69 4.6 PEMBANGUNAN KONVENSYEN - KONVENSYEN GENEVA •Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam Angkatan tentera di medan pertempuran (12 Ogos 1949) ✓Melindungi petempur yang cedera dan sakit, kakitangan yang merawat mereka, bangunan tempat mereka diberi perlindungan dan peralatan yang digunakan untuk merawat mereka. ✓Mengawal dan menentukan penggunaan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Konvensyen Geneva Pertama •Konvensyen penambahbaikan terhadap keadaan anak-anak kapal dari angkatan tentera yang cedera, sakit dan karam semasa pertempuran di laut(12 Ogos 1949) ✓Memberi perlindungan kepada petempur-petempur yang terdiri daripada anak-anak kapal yang karam dan mengawal serta menentukan sesuatu keadaan yang membolehkan mereka dibantu. Konvensyen Geneva Kedua •Konvensyen merujuk kepada layanan yang diberikan kepada tawanan perang (12 Ogos 1949) ✓Melindungi angkatan tentera yang ditawan semasa perang. ✓Menyediakan peraturan bagi tatacara layanan tawanan perang dan mewujudkan hak dan tanggungjawab terhadap kuasa menawan mereka. Konvensyen Geneva Ketiga •Konvensyen yang berkaitan dengan perlindungan orang awam semasa perang(12 Ogos 1949) ✓Mewujudkan peraturan bagi melindungi masyarakat awam, khususnya mereka yang mendiami di kawasan jajahan dan mereka yang dinafikan kebebasannya. Konvensyen Geneva Keempat


70 4.7 PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN Protokol Tambahan I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) ✓ Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. Protokol Tambahan II Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977) ✓ Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. Protokol Tambahan III Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005) ✓ Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. 4.8 TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA • Mengesa negara-negara yang menganggotai PBB supaya memastikan perwakilan wanita dipertingkatkan di semua peringkat. ➢ Untuk tujuan memberi hak kaum wanita membuat keputusan dalam institusi nasional dan dalam mekanisme bagi mencegah pengurusan serta menyelesaikan konflik. • Mengesa setiausaha agong melantik lebih banyak wanita sebagai wakil dan utusan khas untuk menjadi menghantar bagi pihaknya. • Mengesa setiausaha agong mencari jalan bagi meluaskan peranan serta sumbangan wanita dalam operasi lapangan PBB dan pemerhati tentera, polis awam dan personal hak manusia. • melahirkan kesanggupannya untuk mencantumkan perseptif jantina ke dalam operasi menjaga keamanan dan mengesa setiausaha agong supaya memastikan, di mana sesuai ,operasi lapangan meliputi komponen jantina. • Negara-negara agong perlu menambahkan sokongan sukarela kewangan, teknikal dan logistik bagi usaha latihan yang peka jantina.


71 • Negara-negara yang terlibat perlu berunding dan melaksanakan perjanjian keamanan dan mengamalkan perspektif jantina termasuk: ➢ keperluan istimewa dan gadis semasa penghantaran balik, penempatan semula. ➢ langkah-langkah yang menyokong daya usaha wanita tempatan dan proses dan peribumi bagi penyelesaian konflik. ➢ langkah-langkah perlindungan dan rasa hormat kepada hak wanita dan gadis. ➢ melindungi wanita dan gadis dari keganasan berasaskan jantina terutamanya rogol, penganiayaan seks dan bentuk lain keganasan dalam keadaan konflik bersenjata. • Negara-negara terlibat dalam konflik bersenjata supaya menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa mengenai hak-hak dan perlindungan wanita serta gadis terutama kewajipan yang dikaitkan dengan mereka di bawah konvensyen Geneva (1949). • Tanggungjawab semua untuk menghentikan inpuniti dan mendakwa di mahkamah mereka yang bertanggungjawab bagi penghapusan bangsa genosid, jenayah terhadap manusia, jenayah perang termasuk yang berkaitan dengan keganasan seksual terhadap wanita dan gadis-gadis. • Negara-negara yang terlibat dalam konflik bersenjata perlu menghormati sifat awam dan perikemanusiaan khemah-khemah serta penempatan-penempatan dan mengambil kira keperluan tertentu wanita dan gadis-gadis 4.9 KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE Objektif konvensyen-konvensyen Hague - Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa - Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan - Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata - Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa


72 KONVENSYEN HAGUE 1899 & 1907 ▪ Adalah undang-undang peperangan. ▪ Memberi hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan. ▪ Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan Persidangan Keamanan Pertama 1899 Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907 Kawalan •Director-general of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization mempunyai kuasa dalam memastikan bahasa objek-objek dan warisan sesebuah negara yang berlaku konflik adalah terpelihara. Perlindungan istimewa •International Register of Cultural Property under Special Protection •Sesebuah negara berhak mendaftarkan barangan, objek yang dianggap bernilai dalam masa 30 hari ketika tercetusnya konflik. Pengangkutan •United Nations Educational, Scientific and Cultural Oraganization akan menyediakan pengangkutan untuk membawa keluar barangan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Lambang kenderaan •Kenderaan yang membawa barangan ini mestilah meletakkan lambang ini. •Pihak yang terbabit dalam konflik tidak boleh memusnahkan, merosakkan atau merampas kenderaan tersebut. •Sehingga kini, konvensyen Hague masih lagi digunakan untuk melindungi sesetengah hak barangan untuk kepentingan sejagat. Terdapat 4 bab utama dalam Konvensyen Hague


73 4.10 LAMBANG / EMBLEM TARIKH SITUASI 17 Februari 1863 Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa Perang sewaktu mesyuarat pertamanya mengemukakan cadangan supaya satu lambang digunakan oleh sukarelawan, ambulans dan hospital yang mana dihormati oleh semua pihak terlibat dalam konflik. 26 Oktober 1863- 29 Oktober 1863 Cadangan penggunaan lambang Palang Merah dikemukakan semasa Persidangan Antarabangsa Geneva 1863. Lambang ini secara khususnya ialah lambang palang berwarna merah yang diletakkan di atas permukaan berwarna putih. Lambang ini merupakan bendera Switzerland yang diterbalikkan warnanya yang merupakan penghormatan kepada negara tersebut. Berlatarkan warna putih kerana telah menjadi budaya di mana bendera putih adalah untuk gencatan senjata 22 Ogos 1864 Diiktiraf sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang melalui Persidangan Diplomatik 1864 dan dimasukkan dalam peraturan peperangan. Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans dan pasukan penyelamat. Ia juga dipakai pada lengan menandakan si pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang memakai lambang ini tidak boleh diserang malah sepatutnya diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak pun. 13 April 1877 – 13 Januari 1878 Perang Russia – Turki (The Russo-Turkish War)meletus. Walaupun telah menandatangani Konvensyen Geneva I, Turki mengisytiharkan akan menggunakan lambang Bulan Sabit Merah tetapi pada masa sama masih menghormati penggunaan lambang Palang Merah oleh pihak lawan. ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sewaktu konflik ini Tahun 1929 Persidangan Diplomatik telah diadakan bagi menyemak Konvensyenkonvensyen Geneva. Persidangan bersetuju dengan cadang Turki, Mesir dan Parsi untuk memberi pengiktirafan kepada lambang Bulan Sabit Merah, lambang Singa dan Matahari Merah.


74 Tahun 1980 Republik Islam Iran (dahulunya Parsi) mengisytiharkan pengguguran penggunaan lambang Singa dan Matahari Merah dan digantikan dengan lambang Bulan Sabit Merah. Bagaimanapun, Iran berhak untuk kembali menggunakan lambang Singa dan Matahari Merah Tahun 1992 Cornelio Sommaruga, Presiden ICRC ketika itu mencadangkan supaya dikemukakan satu lambang tambahan yang tiada kaitan dengan bangsa, politik dan agama. Tahun 1999 Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mengemukakan cadangan penubuhan Kumpulan Kerja Bersama Negara dan Persatuan Kebangsaan (Joint Working Group of States and National Societies)bagi membentuk lambang yang boleh diterima oleh semua pihak. 4.11 PENGENALAN/INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA Penggunaan lambang Penggunaan sebagai pelindung (Protective use) Digunakan dalam masa perang untuk melindungi anggota-anggota atau alat-alat seperti anggota perubatan, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Digunakan oleh Jawatankuasa Palang Merah (ICRC) dan Persekutuan (IFRC) dan anggota-anggota mereka, sama ada bagi tujuan perubatan atau sebaliknya. Penggunaan sebagai pengenalan (Indicative use) Hanya menunjukkan bahawa penggunaannya sama ada orang atau alat-alat ada berkaitan dengan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tetapi tidak semestinya di bawah perlindungan Konvensyen Geneva


75 Lambang Bulan Sabit Merah Lambang Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


76 4.12 UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN Bagi tujuan Konvensyen ini, kanak-kanak bererti setiap manusia berumur bawah lapan belas tahun, melainkan, di bawah undang-undang yang terpakai kepada kanak-kanak itu, umur dewasa dicapai lebih awal. 1. Negara Ahli hendaklah menghormati dan memastikan hak yang dikemukakan dalam Konvensyen ini bagi setiap kanak-kanak dalam bidang kuasanya tanpa apa-apa jenis diskriminasi, tanpa mengira kaum, warna kulit, jantina, bahasa pertuturan, agama, pendapat politik atau pendapat lain, negara asal, asal etnik atau asal-usul sosial, harta, kecacatan, status kelahiran atau status lain kanak-kanak itu atau ibu/bapanya atau penjaganya yang sah. 2. Negara-Negara Ahli hendaklah mengambil semua langkah yang sewajarnya bagi memastikan kanak-kanak dilindungi daripada semua bentuk diskriminasi atau hukuman atas dasar status, aktiviti, pendapat yang disuarakan oleh atau kepercayaan ibu bapa kanakkanak itu, penjaga kanak-kanak itu yang sah, atau ahli keluarga kanak-kanak itu. 1. Dalam semua tindakan berkenaan kanak-kanak, sama ada diambil oleh institusi kebajikan sosial awam atau swasta, mahkamah undang-undang, pihak berkuasa pentadbiran atau badan perundangan, kepentingan kanak-kanak hendaklah menjadi pertimbangan utama. 2. Negara-Negara Ahli mengaku janji untuk memastikan kanak-kanak itu diberikan perlindungan dan penjagaan yang diperlukan untuk kesejahteraannya, dengan mengambil kira hak dan kewajipan ibu/bapanya, penjaganya yang sah, atau individu lain yang bertanggungjawab terhadapnya di sisi undang-undang, dan, bagi mencapai matlamat ini, hendaklah mengambil semua langkah perundangan dan pentadbiran yang sewajarnya. 3. Negara-Negara Ahli hendaklah memastikan bahawa institusi, perkhidmatan dan kemudahan yang bertanggungjawab menjaga atau melindungi kanak-kanak mematuhi standard yang diwujudkan oleh pihak berkuasa berwibawa, terutamanya dari segi keselamatan, kesihatan, bilangan dan kesesuaian kakitangannya, dan penyeliaan berwibawa. Perkara 1 Perkara 2 Perkara 3


77 Negara-Negara Ahli hendaklah mengambil semua langkah perundangan dan pentadbiran, dan langkah lain, yang sewajarnya bagi melaksanakan hak yang diiktiraf dalam Konvensyen ini. Berhubung dengan hak ekonomi, sosial dan budaya, Negara-Negara Ahli hendaklah mengambil langkah tersebut dengan menggunakan, semaksimum mungkin, sumbernya yang ada dan, jika perlu, dalam rangka kerjasama antarabangsa. Negara-Negara Ahli hendaklah menghormati tanggungjawab, hak dan kewajipan ibu bapa atau, jika berkenaan, ahli keluarga luas atau komuniti seperti yang diperuntukkan oleh adat resam tempatan, penjaga sah atau orang lain yang bertanggungjawab terhadap kanakkanak itu di sisi undang-undang, untuk memberikan, dengan cara yang selaras dengan keupayaan kanak-kanak itu yang sedang berkembang, arahan dan bimbingan yang sewajarnya dalam penggunaan, oleh kanak-kanak itu, hak yang diiktiraf dalam Konvensyen ini. 1. Negara-Negara Ahli mengakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup. 2. Negara-Negara Ahli hendaklah memastikan, semaksimum mungkin, kemandirian dan perkembangan kanak-kanak. 1. Kanak-kanak hendaklah didaftarkan dengan segera selepas dilahirkan dan mempunyai hak, sejak dilahirkan, untuk diberi nama, hak untuk memperoleh kerakyatan dan, sedapat mungkin, hak untuk mengenali dan dijaga oleh ibu bapanya. 2. Negara-Negara Ahli hendaklah memastikan hak ini dilaksanakan menurut undangundangnya dan obligasinya di bawah instrumen antarabangsa yang berkaitan dalam bidang ini, terutamanya jika tanpa hak ini, kanak-kanak itu tidak bernegara. Perkara 4 Perkara 5 Perkara 6 Perkara 7


78 1. Negara-Negara Ahli mengaku janji untuk menghormati hak kanak-kanak untuk mengekalkan identitinya, termasuk kerakyatan, nama dan hubungan kekeluargaan, seperti yang diiktiraf oleh undang-undang, tanpa gangguan menyalahi undang-undang. 2. Jika seseorang kanak-kanak tidak diberi, dengan cara yang menyalahi undang-undang, sesetengah atau kesemua elemen identitinya, Negara-Negara Ahli hendaklah memberikan bantuan dan perlindungan yang sewajarnya, dengan tujuan untuk mewujudkan semula identitinya dengan cepat. 1. Negara-Negara Ahli hendaklah memastikan seseorang kanak-kanak tidak dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya, kecuali apabila pihak berkuasa berwibawa, tertakluk kepada kajian semula kehakiman, menentukan, menurut undang-undang dan prosedur yang terpakai, bahawa pemisahan tersebut adalah perlu demi kepentingan kanakkanak itu. Penentuan tersebut mungkin perlu dibuat dalam kes tertentu, seperti kes yang melibatkan penderaan atau pengabaian kanak-kanak itu oleh ibu bapanya, atau kes ibu bapa tinggal berasingan dan keputusan mesti dibuat tentang tempat tinggal kanak-kanak itu. 2. Dalam apa-apa prosiding menurut perenggan 1 perkara ini, semua pihak berkepentingan hendaklah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam prosiding tersebut dan menyuarakan pandangan mereka. 3. Negara-Negara Ahli hendaklah menghormati hak kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibu/bapa atau kedua-dua ibu bapa untuk mengekalkan hubungan peribadi dan berhubung terus dengan kedua-dua ibu bapa secara tetap, kecuali jika ia bertentangan dengan kepentingan kanak-kanak itu. 4. Jika pemisahan tersebut disebabkan oleh apa-apa tindakan yang dimulakan oleh sesebuah Negara Ahli, seperti penahanan, pemenjaraan, pembuangan, deportasi atau kematian (termasuk kematian akibat apa-apa sebab semasa orang itu berada dalam tahanan Negara) ibu/bapa atau kedua-dua ibu bapa atau kanak-kanak itu, Negara Ahli itu hendaklah, apabila diminta, memberi ibu bapa, kanak-kanak itu atau, jika wajar, ahli keluarga lain maklumat penting tentang keberadaan ahli keluarga yang tiada, melainkan pemberian maklumat tersebut akan menjejaskan kesejahteraan kanak-kanak itu. Selanjutnya, Negara-Negara Ahli hendaklah memastikan pengemukaan permintaan seumpamanya tidak, dengan sendirinya, membawa akibat buruk bagi orang berkenaan. Perkara 8 Perkara 9


79 1. Menurut obligasi Negara-Negara Ahli di bawah perkara 9, perenggan 1, permohonan oleh seseorang kanak-kanak atau ibu bapanya untuk memasuki atau meninggalkan sesebuah Negara Ahli bagi tujuan penyatuan semula keluarga hendaklah ditangani oleh NegaraNegara Ahli dengan cepat, dan secara positif dan berperikemanusiaan. Selanjutnya, Negara-Negara Ahli hendaklah memastikan pengemukaan permintaan seumpamanya tidak membawa akibat buruk bagi pemohon dan ahli keluarga mereka. 2. Seseorang kanak-kanak yang ibu bapanya tinggal di Negara-Negara yang berlainan mempunyai hak untuk mengekalkan hubungan peribadi dan berhubung terus dengan kedua-dua ibu bapa secara tetap, kecuali dalam keadaan tertentu. Bagi mencapai matlamat itu dan menurut obligasi Negara-Negara Ahli di bawah perkara 9, perenggan 2, NegaraNegara Ahli hendaklah menghormati hak kanak-kanak itu dan ibu bapanya untuk meninggalkan mana-mana negara, termasuk negara mereka sendiri, dan hak mereka untuk memasuki negara mereka sendiri. Hak untuk meninggalkan mana-mana negara hanya tertakluk kepada sekatan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan yang diperlukan untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman awam (ordre public), kesihatan awam atau moral, atau hak dan kebebasan orang lain, dan adalah selaras dengan hak lain yang diiktiraf dalam Konvensyen ini. 1. Negara-Negara Ahli hendaklah mengambil langkah untuk memerangi pemindahan haram kanak-kanak ke luar negeri dan ketak pulangan kanak-kanak dari luar negeri. 2. Bagi mencapai matlamat ini, Negara-Negara Ahli hendaklah menggalakkan pengikatan perjanjian dua hala atau berbilang hala, atau penerimaan perjanjian sedia ada. 1. Negara-Negara Ahli hendaklah memberikan jaminan kepada kanak-kanak yang berupaya membentuk pandangannya sendiri bahawa dia mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan tersebut dengan bebas dalam semua hal yang melibatkan kanak-kanak itu, dan pandangan kanak-kanak itu diberi pertimbangan yang sewajarnya mengikut umur dan kematangan kanak-kanak itu. 2. Bagi tujuan ini, kanak-kanak itu hendaklah diberikan peluang terutamanya untuk didengari dalam mana-mana prosiding kehakiman dan pentadbiran yang melibatkan kanak-kanak itu, sama ada secara langsung, atau menerusi wakil atau badan tertentu, dengan cara yang selaras dengan peraturan tatacara undang-undang negara. Perkara 10 Perkara 11 Perkara 12


80 1. Kanak-kanak mempunyai hak terhadap kebebasan bersuara; hak ini termasuk kebebasan untuk mendapatkan, menerima dan menyampaikan semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau bercetak, dalam bentuk seni, atau menerusi mana-mana media lain yang menjadi pilihan kanak-kanak itu. 2. Penggunaan hak ini mungkin tertakluk kepada sekatan tertentu, tetapi sekatan ini hanyalah seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang dan adalah perlu untuk: (a) menghormati hak atau reputasi orang lain; atau (b) melindungi keselamatan negara atau ketenteraman awam (ordre public), atau kesihatan awam atau moral. 1. Negara-Negara Ahli hendaklah menghormati hak kanak-kanak terhadap kebebasan berfikir, kebebasan hati nurani (freedom of conscience) dan kebebasan beragama. 2. Negara-Negara Ahli hendaklah menghormati hak dan kewajipan ibu bapa dan, apabila berkenaan, penjaga sah, untuk memberikan arahan kepada kanak-kanak dalam penggunaan haknya dengan cara yang selaras dengan keupayaan kanak-kanak itu yang sedang berkembang. 3. Kebebasan untuk menzahirkan agama atau kepercayaan seseorang dengan jelas mungkin hanya tertakluk kepada apa-apa pengehadan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang, dan adalah perlu untuk melindungi keselamatan awam, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral, atau hak dan kebebasan asasi orang lain. 1. Negara-Negara Ahli mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun secara aman. 2. Sekatan tidak boleh dikenakan terhadap penggunaan hak ini, selain sekatan yang dikenakan menurut undang-undang dan yang diperlukan dalam masyarakat demokrasi demi kepentingan keselamatan negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam (ordre public), perlindungan kesihatan awam atau moral, atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain. Perkara 13 Perkara 14 Perkara 15 Perkara 16


81 1. Tiada seorang pun kanak-kanak boleh dikenakan gangguan arbitrari atau gangguan menyalahi undang-undang terhadap privasi, keluarga, rumah atau surat-menyuratnya, mahupun serangan menyalahi undang-undang terhadap maruah dan reputasinya. 2. Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi oleh undang-undang daripada gangguan atau serangan tersebut. Negara-Negara Ahli mengakui fungsi penting yang dimainkan oleh media massa dan memastikan kanak-kanak mempunyai akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber nasional dan antarabangsa, terutamanya maklumat dan bahan yang bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan sosial, rohani dan moralnya, serta kesihatan fizikal dan mentalnya. Bagi mencapai matlamat ini, Negara-Negara Ahli hendaklah: (a) Menggalakkan media massa supaya menyebarkan maklumat dan bahan yang memberikan manfaat sosial dan budaya kepada kanak-kanak, dan yang selaras dengan semangat perkara 29; (b) Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penghasilan, pertukaran dan penyebaran maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber budaya, nasional dan antarabangsa; (c) Menggalakkan penghasilan dan penyebaran buku kanak-kanak; (d) Menggalakkan media massa supaya mengambil perhatian terutamanya tentang keperluan linguistik kanak-kanak yang tergolong dalam kelompok minoriti atau orang asli; (e) Menggalakkan pembangunan garis panduan yang sewajarnya bagi melindungi kanakkanak daripada maklumat dan bahan yang memudaratkan kesejahteraannya, dengan mengingati peruntukan perkara 13 dan 18. 1. Negara-Negara Ahli hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama untuk membesarkan dan memastikan perkembangan anak. Ibu bapa atau penjaga sah, mengikut mana yang berkenaan, mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan dan memastikan perkembangan anak. Kepentingan anak adalah perkara asas yang perlu mereka ambil berat. 2. Bagi tujuan menjamin dan menggalakkan hak yang dikemukakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Ahli hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan Perkara 17 Perkara 18


82 penjaga sah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membesarkan anak, dan memastikan institusi, kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dibangunkan. 3. Negara-Negara Ahli hendaklah mengambil semua langkah yang sewajarnya bagi memastikan kanak-kanak yang ibu bapa mereka bekerja mempunyai hak untuk mendapat manfaat daripada kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang mereka layak nikmati. 1. Negara-Negara Ahli hendaklah mengambil semua langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya bagi melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau perlakuan cuai (negligent treatment), penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa, penjaga sah atau mana-mana orang lain yang menjaga kanak-kanak itu. 2. Langkah perlindungan tersebut termasuk, mengikut kewajaran, prosedur yang berkesan bagi mewujudkan program sosial untuk memberikan sokongan yang diperlukan oleh kanakkanak dan mereka yang menjaga kanak-kanak itu, dan bagi bentuk pencegahan lain, serta bagi pengenalpastian, pelaporan, rujukan, penyiasatan, rawatan dan pengambilan tindakan susulan terhadap kejadian penganiayaan kanak-kanak yang diterangkan hingga kini, dan, mengikut kewajaran, bagi penglibatan kehakiman. 1. Kanak-kanak yang dibawa keluar dari persekitaran keluarganya buat sementara waktu atau buat selama-lamanya, atau yang demi kepentingannya sendiri tidak boleh dibenarkan berada dalam persekitaran itu, berhak mendapat perlindungan dan bantuan khas yang diberikan oleh Negara. 2. Negara-Negara Ahli hendaklah, menurut undang-undangnya, memastikan penjagaan alternatif bagi kanak-kanak tersebut. 3. Penjagaan tersebut mungkin termasuk, antara lain, penempatan rumah angkat, kafalah undang-undang Islam, pengambilan anak angkat atau, jika perlu, penempatan di institusi penjagaan kanak-kanak yang sesuai. Semasa mempertimbangkan penyelesaian, perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada kebaikan mewujudkan kesinambungan dalam didikan kanak-kanak, serta latar belakang etnik, agama, budaya dan linguistik kanak-kanak itu. Perkara 19 Perkara 20


Click to View FlipBook Version