MPU2062- SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK:
SUMBANGAN SAINS TEKNOLOGI DN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM
KEPADA INSTITUSI INTELEK ISLAM
DAN
KEPADA DUNIA AM
PENULIS:
MOHAMAD DANISH HAKIMI BIN ROZALI 13DKA21F1146
MUHAMMAD AFI HAZWAN BIN RUZAKI 13DKA21F1156
MUHAMMAD ADIB AASYRIF BIN MAT NASIR 13DKA21F1062
FATIN SYAHIRA BINTI MAHADI 13DKA21F1119
NUR NAJIHAH BINTI ARYANTO 13DKA21F1098
AISYAH SYAFIQAHUSNA BINTI HASSAN 13DKA21F1077
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
3
PENDAHULUAN 4
5
PENGENALAN
6
DEFINISI SAINS DARI ASPEK
BAHASA DAN ISTILAH 7
DEFINISI SAINS DARI ASPEK 8
KEILMUAN ISLAM
9
TEKNOLOGI DARI ASPEK 10
BAHASA DAN ISTILAH
11 - 14
TEKNOLOGI DARI ASPEK
KEILMUAN ISLAM
KEJURUTERAAN DARI ASPEK
BAHASA
KEJURUTERAAN DARI ASPEK
KEILMUAN ISLAM
Sumbangan Sains Teknologi
Dan Kejuruteraan
kepadaInstitusi Intelektual
Islam
Peranan Sains Teknologi dan 15 - 17
Kejuruteraan Dalam Islam 18 - 19
IMPAK PENGABAIAN SAINS 20
DAN TEKNOLOGI KE ATAS
21
UMAT ISLAM 22
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
SAINS DAN TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN UMAT ISLAM
KESIMPULAN
RUJUKAN
2
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t bersyukur kehadrat illahi dengan limpah
kurniaanya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
ditetapkan oleh pensyarah kelas kami. Terlebih dulu kami ingin
mengucapkan jutaan dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kepada pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin khasnya
kepada pensyarah Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami
iaitu Ustaz Mohd Zahari Bin Yusoff yang telah memberikan tugasan
kepada kami. Kami kumpulan 4 kelas DKA1S2 telah diberikan tugas
untuk membuat tugasan yang bertajuk Sains Teknologi Dan
Kejuruteraan dalam Islam 2022. Semasa kajian dijalankan, kami
bekerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk dikongsi untuk
memberikan hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses
melaksanakan tugasan ini.
Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada Mohamad Danish Hakimi Bin
Rozali, Muhammad Afi Hazwan Bin Ruzaki, Muhammad Adib Asyrif Bin
Mat Nasir, Fatin Syahira Binti Mahadi, Nur Najihah Binti Aryanto, Aisyah
Syafiqahusna Binti Hassan. Kami telah berusaha untuk menjayakan
tugasan ini dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum
memulakan tugasan ini. Kami berpendapat bahawa tajuk yang diberikan
kepada kami ini merupakan sumbangan sains teknologi dan
kejuruteraan dalam islam kepada institusi intelek dan kepada dunia am.
3
PENGENALAN
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang
ilmudalam Islam.Dalam bidang sains, sains
adalah satu usaha manusiauntuk
menghuraikan sesuatu dengan tepat dan
secara kuantitatif mengenai alam tabi’I dan
perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis
dan eksperimen yangbenar.Antara konsep
dalam sains adalah hukum, sebab dan
akibat.Dalam hal ini,sains dan Islam sama-
sama berpegang kepada prisnsip bahawa
ala mini adalah bersifat konseptual iaitu
sesuatu yang boleh difahami dan
dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan
hakiki.Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi
muslim yangberiman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan
teknologi tanpa akhlak dansains yang menolak spiritual. Sains dalam
pandangan Barat beranggapan sumberwahyu tidak diperlukan
berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah satu
penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos
pulaumpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan
secara tepat dan konkrit.
4
DEFINISI SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Daripada perkataan Inggeris iaituscience. Juga berasal daripada
perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud
pengetahuan.Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized
knowledge in any field, but applied usually to the organization of
objectively verifiable sense experience.”Sains dalam skop yang luas
bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan
pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.Boleh
didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan
(iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang
lahir daripadanya.Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang
fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan
intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).Kajian yang
rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,intuisi,
emosi dan perkara-perkara agama.Sains terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu :
1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)
5
DEFINISI SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai
sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa
batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.Sains dalam
Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk
kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.Ia adalah
satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan
penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah
dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu
kebenaran.Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik,
yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji
kebenarannya.Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik,
ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.Sains Islam berasaskan
nilai, neutral dan objektif. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori
utama iaitu:-
Sains Propaedeutik = Melibatkan kemahiran seperti membaca , menulis
, ilmu pengetahuan ,timbangan , pertanian , biografi dan sejarah.
Sains Syariah = Sains ini ialah satu bidang yang sama dengan ilmu
agama pada hari ini . Bidang yang termasuk dalam kategori ini ialah ilmu
tajwid , hadis , syariah , tafsir dan lain-lain .
Sains Falsafah = Merangkumi bidang Matematik Propaedeutik , Logik ,
Sains Tabii , dan Matematik Tabii .
6
TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih
daripada satu takrifan.Takrifanyang pertama ialah pembangunan dan
penggunaan alatan,mesin,bahan,dan proses untuk menyelesaikan
masalah manusia.perkataan teknologiberasal dari perkataan
Greek.[Techne] bermaksud seni,kemahiran,rekaan dan[logia]yang
bermaksud pembelajaran,kajian.Istilahini bolih diguna pakai sama ada
secara umum atau dalam bidang tertentu.Contohnya teknologi
pembinaan,teknologi perubatan dan teknologi maklumat.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadjet
menggunakan prinsip sains dan proses terkini.Namun rekaan lama
seperti tayar masih menunjukkan teknologi.Oleh itu,teknologi akan
berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.Takrifan teknologi
yang diguna pakai di sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia
ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta
menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan
seharian.
Teknologi dalam islam adalah satu cabang ilmu praktikal untuk
mencapai tujuan praktikal sebenar,bertunjangkan tauhid kepada
Allah,seimbang antara satu sama lain terlaksana mengikut system etika
Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan
kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi`i
dengan baik.Dalam sejarah sains islam istilah yang bertepatan dengan
teknologi ialah sina`ah yang bermaksud ilmu gunaan.Pengetahuan yang
berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains,bertujuan
memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia .Teknologi
dalam islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu
tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-
prinsip dasar islam .Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan
yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil
keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada
manusia.Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi
dengan kaedah yang paling efisyen
7
TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan
praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara
satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang
mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia
sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik.
(Wan Ramli Wan Daud, 1991)
Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi
ialah istilah ‘صناعةsina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan. .
Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan
pengetahuan sains. . Bertujuan memberi kemudahan dan
kemakmuran kepada manusia.
Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi
manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika
serta prinsip-prinsip dasar Islam. Teknologi satu pengetahuan
kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan
sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada
Allah swt.
8
KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA
Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science)
yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil
keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan
kaedah yang paling efisyen.
9
KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Kejuruteraan ialah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian
dalam penggunaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan
kepada manusia. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu
manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secaa lebih berkesan.
Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera
Islam tersebar ke Benua Eropah, khususya Andalus (Sepanyol) dan Itali.
Dalam bidang kejuruteraan awam, penciptaan kubah dan menara masjid
membuktikan kefahaman dan kemahiran jurutera dan sarjana Islam.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, bidang kejuruteraan awam
hidrologi diperkenalkan dan beberapa buah terusan telah dibina.
Terusan yang utama ialah ialah terusan yang menghubungkan Sungai
Nil dengan Laut Merah.
Rekaan-rekaan menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran
dan kefahaman ilmu para sarjana Islam dalam segala bidang
kejuruteraan pada zaman itu apabiala menggabungkan dengan rekaan
seni-seni halus. Pada abad ke-8M, jurutera-jurutera Islam telah
mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah
kilang kertas di Samarqand dan Baghdad. Pada awal abad ke-9M,
Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang
sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.
Perkembangan semasa di Malaysia turut mendorong permintaan yang
tinggi terhadap profesion kejuruteraan. Iu ini dapat dilihat hamper setiap
hari jawatan kosong sebagai jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar
tempatan dan media elektronik. Walaupun skop kerjaya ini agak
mencabar, namun mampu memberikan kepuasan kepada para jurutera.
Tambahan pula, dan imbuhan yang diberikan agak lumayan sekali gus
mampu menarik minat golongan muda untul menceburi bidang
kejuruteraan ini.
10
Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepadaInstitusi
Intelektual Islam
Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting
dalampembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam.
Antaranya:
Universiti dan institusi pendidikan.
✓ Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranyaUniveristi
al-Azhar, universiti di Andalus contohnya UniversitiGranada,
Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.
Perpustakaan
Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah HarunAr-Rsyid di
Baghdad.
Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yangmahir,
menjadi agen penukaran budaya dan pemindahanteknologi,
menerbitkan bahan penMaksudnya yang berkualitidan berjaya
menhghidupkan budaya ilmu.
Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.
Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
11
Hospital
Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan,
rawatan dan pusat latihan kejururawatan dankedoktoran.
Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalamspiritual,
pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkanpenyakit.
Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.
Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospitalbergerak
dan pusat kecemasan.
Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat
pengajian perubatan yang lebih teratur.
12
Balai Cerap
Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran
astronomi dan pusat pengumpulan data.
Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian
astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra.
Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat
pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun
silam,mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan
emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan
cerapan untuk mengisahkan teori.
Kejuruteraan Awam
Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek,
berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan
seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di
Damascus yang dibina pada kurun ke-7 M.
13
Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.
Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan diIsfahan, Iran
pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak
dan bersegmen.
Kejuruteraan Hidrologi
Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan
pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air
Sungai Furat ke Bashrah sebagai puncaair kerana berlakunya kemarau
yang panjang.
Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina disekeliling Bandar
Isfahan dengan mengalirkan air daripadaSungai Zayandirud bagi
kegunaan pertanian dan perumahan
14
Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.
Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia
untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam
adalahberasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah
satukepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-
tandakekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran
pencipta.
Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian
sainshendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagitujuan
kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada
AllahSWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan
manusiabongkak dan jauh daripada Allah SWT.
Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan
fikiranmanusia tentang keagungan Allah SWT melalui
kecanggihanciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan
Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk
kepentingan diri
Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa
seseorangkepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada
manusiamelalui penggunaan akal.
Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa
kepadapenerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam
Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :Maksudnya :
15
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya
malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa
yangberguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit
berupaair, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-
nya danDia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran
angin danawan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh
terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan”
(Surah Al-Baqarah : 164)
3.
Membantu Pelaksanaan Syariat
Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong
olehkepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.
Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat
Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.
Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat
kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan
manusiasesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.
4.
Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan
akansesuatu perkara.
Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu
mencerapbulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh
awalpuasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk
meramal sesuatu perubahan cuaca.
16
Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam
5.
Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.
Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan
sesuatukarya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.
6.
Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material
dankehidupan seharian yang diperlukan.
Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat
tinggal,pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.
Menjadikan kehidupan manusia selesa.
Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.
17
IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT
ISLAM
BIDANG HURAIAN
SOSIAL
Umat Islam akan ketinggalan
EKONOMI jauh berbandingumat dan bangsa
lain yang lebih maju.
POLITIK
PENDIDIKAN Maruah umat Islam akan
dipandang hina dimata agama lain
SAINS, TEKNOLOGI DAN dan umat Islam akandiperkotak-
KEJURUTERAAN katikkan oleh bangsa lain
Umat Islam akan menjadi satu
umat yang sukabergantung
kepada kuasa asing.
Kebanyakan penguasaan
bidang ekonomi dakanditerajui
oleh bangsa asing dan
penguasaanteknologi juga
didominasi oleh bangsa asing.
Umat Islam akan ditindas dan
seterusnyadijajah oleh bangsa
dan agama lain.
Umat Islam menjadi satu umat
yang tidak pandai berdikari
memimpin negaranya sendiri
Penerapan dan pelaksanaan
sains teknologi dankejuruteraan
akan terpisah dari nilai-nilaiagama
yang sebenar.
Unsur-unsur kesepaduan ilmu
dengan agamasudah tidak wujud
lagi.
Pelaksanaan sistem pendidikan
yangdilaksanakan adalah secara
dualisme.
Umat Islam akan bergantung
kepada sains dan teknologi barat
yang mana akan menimbulkan
masalah kepada umat Islam
sendiri. Contohnya
18
hari
ini umat Islam sendiri
bergantungkepada duniateknologi
barat seperti penggunaan
internet,telefon bimbit dan lain-lain
peralatan teknologiterkini.
Memberi keuntungan yang
besar kepada duniateknologi
barat sendiri.
Umat Islam semakin mundur
dan malas untuk mencipta
sesuatu teknologi baru yang
bolehdigunakan oleh sejagat
19
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN UMAT ISLAM
Sains dan teknologi menyumbang kepada pembanganan peradaban
tamadun manusia. Sains dan teknologi konvensional adalah sekular dan
terbukti mendatangkan kemudaratkan kepada alam sekitar, sistem
ekonomi dan sosial. hal ini kerana ,tiada nilai-nilai keinsanan dalam
sains barat dan telah terbukti bahawa sains dalam al quran adalah lebih
bersifat 'rabbani' dan mengandungi epistemologi sains tauhidik.
Dalam menjelaskan kebaikan dan keburukan sains dan teknologi ini
,tiga isu besar akibat pembangunan adalah pencemaran alam sekitar
dan pemasaran global , kewangatan ekonomi yang diakibatkan oleh
manipulasi dan spekulasi sistem perbankan dan kewangan serta gelaja
sosial yang kerterlaluan seperti seksualisme, keruntuhan moral ,LGBT
,dan konsurisme.
Kebaikkan dan keburukkan adalah dua elemen yang ada dalam apa-apa
jua kerja yang dilakukan . Sains dan teknologi akan menjadi baik dan
bermanfaat atau buruk dan merosakkan adalah bergantung pada cara
penggunaannya sama ada secara bestari dan patuh syariat atau
sebaliknya.
20
KESIMPULAN
Pengakhiran kata, semua perkara di dunia mempunyai keburukan dan
kebaikan tersendiri. Islam adalah agama yang benar, sebagai seorang
muslim kita mestilah patuh ajaran islam dan menjadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup supaya tidak terpesong ke lembah
kemungkaran. Al-Quran telah menceritakann segala-galanya. Jadikan
saintis islam terdahulu yang berjaya membuat kajian dan penemuan
baharu berdasarkan Al-Quran. Kesimpulannya, hidup kita di dunia ini
adalah bagaikan sebuah ujian di mana Al-Quran adalah sebagai rujukan
atau dalam erti kata lain buku teks dan Nabi Muhammad pula sebagai
guru kita, perbuatan kita di dunia pula sebagai jawapan ujian dan gagal
serta gagal lulus adalah syurga neraka kita
21
RUJUKAN
https://teknologidalamislam.wordpress.com/2016/03/21/sains-teknologi-
dan-kejuruteraan-dalam-islam-2/
https://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknologi_dan_Keju
ruteraan_Dalam_Islam
http://bab2stkihbb.blogspot.com/2018/01/sains-teknologi-kejuruteraan-
dalam-islam.html
http://sainsteknologikejuruteraanbab1.blogspot.com/2017/03/sains-
teknologi-kejuruteraan-dalam.html
22