The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Private Side, 2024-04-04 12:52:14

TAKAFUL DAN ARRAHNU Presentation

TAKAFUL DAN ARRAHNU Presentation

AHMAD ARIN FITRI BIN ABDUL KADIR IZZAH FAQIHAH BINTI AZHAR NURUL FATIN ATIRABINTI MOHD RAMZI (M02DSC23F022) (M02DSC23F004) (M02DSC23F014)


Berasal dari perkataan arab 'Al-Kafala bermaksud [ menjamin , menjaga atau memelihara ] Tafsiran Syara ' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah Kamus dewan edisi ke-4 menerangkan insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan hukum agama islam MAKSUD TAKAFUL


firman Allah SWT: ُعْدَواِن ْل ِم َوا ْث وا َعىَل ا ِإْل ُن َعاَو َت َوالَّتْقَوٰىۖ َواَل ِب ِّر ْل وا َعىَل ا ُن َعاَو َت َو DALIL TAKAFUL Maksudnya: Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan ketakwaan. Janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. --Surah al-Maidah (2) dalil ini merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji) Al-quran


Rasulullah SAW bersabda: ُة ها الصدق ُك سَتْهِل َت ذِهُبها أو ال ُت ابتغوا في ماِل اليتيِم، أو في ماِل اليتامى ال Wang peserta takaful akan dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah AS-Sunnah Maksudnya: “Carilah kelebihan (perniagakanlah) dalam harta anak yatim atau harta anak-anak yatim supaya ia tidak hilang atau dibinasakan oleh sadaqah (zakat).” --Riwayat al-Baihaqi (10983) Hadith ini menyarankan agar harta anak yatim itu diperniagakan supaya ia berkembang.Ini membuktikan aktiviti pelaburan adalah perkara yang digalakkan dalam Islam.


pelaburan ini dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah dalam Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b) peserta dikehendaki mengeluarkan sumbangan berdasarkan konsep tabarruat pihak syarikat merupakan pengendali risiko jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru ' yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut. penyertaan takaful adalah sebuah akad tabarru di antara peserta dengan pengendali takaful dan bukan akad jual beli. tidak mengandungi unsur-unsur riba , maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian)


HUKUM TAKAFUL Hukum takaful dianggap halal atau diperbolehkan dalam Islam kerana memenuhi prinsip-prinsip syariah


KONSEP TAKAFUL 1. Al qasamah > ialah tabung yang diwujudkan untuk membantu mereka yang teraniaya berhubung dengan nyawa manusia.manfaat adalah daripada tabung itu akan diberikan kepada waris mangsa bunuh yang tidak diketahui siapakah pembunuhnya,sebagai mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris. 2. Al aqilah > ialah satu system yang berasaskan tanggungjawab dan kerjasama . Mereka berpakat mewujudkan tabung. Segala pungutan wang adalah mengikut tempoh yang dipersetujui. manfaatnya ialah dapat membantu ahli atau peserta yang terlibat dalam pembunuhan secara tidak sengaja, dan menebus tawanan perang daripada musuh


3.Tabarruʼ > iaitu sumbangan atau derma yang diberikan oleh peserta yang kemudiannya diberikan kepada peserta lain yang memerlukannya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. *konsep utama dalam takaful


WANG DISIMPAN DALAM 2 AKAUN Akaun Peserta Akaun Khas Peserta


1 . MUDHARABAH perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan. Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat. Contoh : Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat 2 . TABARRU 3 . WAKALAH seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. 3 AKAD UTAMA


Sistem Islam Sumbangan At-Tabarru ' at Pelaburan halal Majlis Pengawasan Syariah Tiada unsur riba Tiada unsur maisir (judi) Tiada unsur gharar (tidak jelas) Al-mudharabah (perkonsian untung) CIRI-CIRI TAKAFUL


KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL Menegakkan sistem muamalah Islam Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful. Mendapat pulangan melalui perkongsian untung Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta ) Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta ) Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat


RUMUSAN Tuntasnya , takaful adalah diharuskan dalam Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum Syara’ . Dengan takaful, masyarakat dapat melindungi diri dari risiko keuangan tanpa melanggar prinsip agama, sambil mempromosikan kolaborasi dan keadilan dalam mengelola risiko bersama-sama.


http://www.ustazshauqi.com/2009/04/fahamkahanda-sistem-takaful.html?m=1 http://simpanwang.weebly.com/blog/memahamiinsurans-dan-takaful https://www.slideshare.net/aynuranajwa/presentationtakaful-144300146 RUJUKAN


Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan ar-Rahnu yang diambil daripada kata terbitan bahasa Arab. Ar-Rahnu berasal daripada kata perbuatan Rahanayang bermakna menggadaikan. MAKSUD AR-RAHNU Rahnu dari sudut bahasa bererti kekal, tetap dan tahan. Rahnu bererti “gadaian” dalam bahasa Malaysia. Menurut bahasa, ertinya mempertaruhkan sesuatu umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan tanahair dan sebagainya. Menurut istilah hukum fekah atau hukum syarak, rahnu atau “gadai” ialah menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang buat menjelaskan hutang itu ketika tidak kuasa membayarnya. Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi dalam bukunya ‘Al-Halal wa Al-Haram fil Islam’menghuraikan maksud gadaian itu sebagai sesuatu barang yang dijadikan peneguhan atau kepercayaan dalam urusan hutang-piutang. Barang yang dijadikan jaminan itu boleh dijual, jika hutang tidak dapat dibayar. Tetapi penjualan itu mesti sama nilainya dengan nilai wang dipinjam.


ٌة وَض ٌن َّمْقُب ٰـ َه ِر َف ًبا ِت َكا ْا ِجُدو َت ْم َل َو ٍر ن ُكنُتْم َع ٰىَل َسَف ِإ َو )Surah al-Baqarah283 : 2( DALIL AR-RAHNU Al-quran Maksudnya: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalat tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperolehi seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungjawab yang boleh dipegang


ى َرُسْوُل ِهللا َصىَّل ُهللا َر ْت: اْشَت َل ا َق ُمْؤِمِنْيَن ْل ِّم ا ْة ُأ َش ِئ َعْن َعا ْهْوِدٍّى َطَعاًما َوَرَهَنُه ِدْرَعُه َي َم ِمْن َّل ْيِه َوَس َل َع ) رواه البخاري( DALIL AR-RAHNU AS-Sunnah Maksudnya: Daripada Aisyah r.a “ Rasulullah pernah membeli makanan daripada orang yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya baju besi baginda.


HUKUM AR-RAHNU Berdasarkan dalil , hukum ar-rahnu adalah harus iaitu harus bergadai dengan sesuatu atau apa-apa barang yang sah diperjualbelikan. Ertinya apa-apa barang atau sesuatu yang sah dijual maka ia sah digadai.


RUKUN-RUKUN AR-RAHNU Ada 4 perkara: 1. Rahin dan Murtahin (Penggadai dan Pemegang Gadai) Berakal : Penggadai dan penerima gadaian mestilah waras. Bapa atau penjaga tidak boleh menggadai harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ada keuntungannya. Baligh : Tidak sah bagi kanak-kanak dan orang gila. Cerdik : Penggadai mestilah berkeahlian dalam menguruskan hartanya (ahliyatut tabaru '). Tidak dipaksa : Penggadai dan penerima gadaian melakukan gadaian dengan kehendak sendiri tanpa paksaan orang lain. Berkuasa penuh terhadap diri dan hartanya : Harta atau barang gadaian penggadai mestilah hak miliknya secara mutlak.


2. Marhun (Barang Gadaian) Suci dari segi syarak. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada manusia. Barang yang hendak digadai adalah hak milik penggadai. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya akad atau sighah. Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan. Harta gadaian adalah benda yang sah untuk digadai. Tidak sah menggadai harta wakaf.


3. Marhun bih (Hutang) Bayaran atau barang yang diberi kepada penggadai itu mestilah hutang yang dimaklumi. Maka tidak sah jika tidak berupa hutang seumpama benda yang wajib diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya. 4. Sighah (Lafaz) Tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul. Syaratsyaratnya sama dengan syarat-syarat pada urusan berjualbeli. Maka tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Juga tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.


PERKARA YANG MEMBATALKAN AR-RAHNU Terbatal dan tamat sekiranya penggadai telah membayar keseluruhan hutangnya kepada pemegang gadaian ataupun barang yang digadaikan itu diserahkan semula kepada penggadai. Pembatalan ini juga berlaku sekiranya barang gadaian itu rosak dan orang yang memegang gadaian itu meninggal dunia. Terbatal jika seseorang itu tidak dapat menjelaskan hutangnya pada masa yang ditetapkan dan menyebabkan barang gadaiannya dijual turut akan membatalkan gadaian yang berlaku ataupun barang yang digadai itu telah disewa atau disedekahkan kepada orang lain. Pembatalan juga akan berlaku sekiranya orang yang memegang gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa pengetahuan penggadain.


KELEBIHAN AR-RAHNU 1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam Terdapat 7 kelebihan: 2. Nilai gadaian tidak merosot Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.


3. Wang lebih gadaian dipulangkan Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian. 4. Barang kemas yang disimpan selamat Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.


5. Caj perkhidmatan yang rendah Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut. 6. Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam ArRahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.


7. Tempoh membayar balik yang munasabah Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.


RUMUSAN Secara kesimpulannya, gadaian adalah diharuskan dalam Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum Syara’ . Sudah menjadi kewajipan kepada umat islam memastikan setiap gadaian adalah menurut syariah. Bahkan setiap rukun-rukun dan syarat juga mestilah dipatuhi supaya dapat menghalang daripada kezaliman dan penindasan.


RUJUKAN https://izwandyasri.blogspot.com/2014/11/1.html https://emasrajabukit.blogspot.com/2011/07/arrahnu-ciri-ciri-kelebihan-berbanding.html https://emasrajabukit.blogspot.com/2011/07/arrahnu-ciri-ciri-kelebihan-berbanding.html


Click to View FlipBook Version